Tuesday, September 14, 2010

Sosilawati

MENTERI Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama anak Kamarudin Shansudin, Balqis Diana(tengah) serta anak sulung Datuk Sosilawati Lawaiya, Erni Dekritawati Yuliana Bukhairi (dua dari kanan) dan Erni Erinawati Sofia(kanan) bersama penduduk setempat membaca surah Yassin pada majlis tahlil di kediamannya di Taman Harmonis,Gombak.Turut sama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk

ANGGOTA polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat D9 Bukit Aman membawa keluar CPU komputer dan beberapa dokumen dari pejabat suspek utama bergelar Datuk bagi membantu siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati dan tiga individu lain.Foto: Mohd Yusni Ariffin

Sosilawati mahu serah perniagaan kepada anak-anak
SHAH ALAM – “Saya mahu serah syarikat Nouvelle Beauty kepada anak sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini (ajal),” itu sebahagian kata-kata Datuk Sosilawati Lawiya ketika dihubungi rakannya sebelum dilaporkan hilang, 30 Ogos lalu.

Menurut rakannya yang juga Pengarah Urusan Jun Hair & Beauty (M) Sdn Bhd, Junaidah Kitting, beliau yang menghubungi Sosilawati tiga hari sebelum jutawan kosmetik itu dilaporkan hilang namun beliau masih tidak mengesyaki sebarang kejadian buruk berlaku.

Katanya, Sosilawati tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebaliknya bersikap periang dan peramah seperti kebiasaannya.

“Kami sudah berkawan sejak 17 tahun yang lalu dan sering berhubung dengannya untuk bertanya khabar walaupun jarang berjumpa kerana kesibukan tugas.

“Bila berjumpa, kami lebih banyak bercerita tentang hal keluarga saja berbanding perniagaannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, beliau ada mendengar rakan karibnya sedang menguruskan hal pembelian tanah sebelum Ramadan, namun tidak bertanya lanjut mengenainya.

“Kami sekeluarga berasa sedih dengan pemergiannya dan bersimpati dengan nasib anaknya yang kehilangan ibu semasa menyambut Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu, rakan niaga yang juga Pengarah Urusan D’Navechee Beauty (M) Sdn Bhd, Datuk Azlina Che Abdullah menyifatkan pemergian Sosilawati sebagai kehilangan besar kerana beliau adalah tokoh wanita berjaya dan dicontohi.

Katanya, selepas berita kehilangan Sosilawati tersiar, beliau cuba menghubungi jutawan kosmetik itu berkali-kali, namun tiada jawapan.

“Selalunya, bila panggilan tidak dijawab, beliau (Sosilawati) akan menelefon semula, namun keadaan itu tidak berlaku.

“Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Sosilawati,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sebagai rakan niaga yang pernah menjalinkan kerjasama dengan Allahyarham Sosilawati, kehilangannya amat dirasai.

"Negara kehilangan tokoh usahawan wanita yang cekal dan seorang wanita yang bersikap dermawan," katanya.

Seorang lagi rakan karib Sosilawati, Hashim Anang berkata, sukar untuk menerima hakikat Sosilawati sudah tiada tetapi paling terkilan apabila kematiannya begitu tragik.

"Beliau seorang yang merendah diri, sudi berkongsi ilmu kejayaannya melalui bengkel-bengkel bersama ibu tunggal dan seorang yang dermawan membantu rumah-rumah kebajikan dan anak yatim," katanya yang bertugas sebagai Pengurus Perhubungan Awam Kumpulan Media Karangkraf, - Sinar Harian 



Pembunuhan Sosilawati bukan pembunuhan yang biasa....
 

Oleh: penhijau

"Pembunuhan Jutawan kosmetik Sosilawati sepatutnya membuka mata pihak polis yang selama ini lebih tertumpu kepada penyiasatan yang tidak begitu penting, malah sebenarnya tidak perlu. Bayangkan dari sebahagian banyak sumber-sumber polis yang ada hanya digunakan untuk siasat kegiatan parti politik pembangkang.

Inilah silapnya polis. Akibat terlalu mengikut arahan orang politk khususnya UMNO melalui Kementerian yang tertentu seperti yang diakui oleh bekas KPN, maka PDRM telah mengambil langkah yang silap dalam melaksanakan tugas kepolisannya.

Sesungguhnya pembunuhan jutawan berkenaan bukanlah satu pembunuhan yang biasa. Keluarbiasaannya bukan hanya sekadar cara pembunuhan itu dilakukan, tetapi sebenarnya lebih daripada itu. Allahyarham secara zahirnya mengambil langkah yang tepat apabila mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pembunuhnya itu dengan ditemani oleh beberapa orang yang dianggap profesional dalam bidang masing-masing. Dengan ditemani oleh peguam beliau yang boleh menasihatinya dalam hal perundangan dan disertai oleh kawan beliau yang merupakan seorang pegawai bank yang boleh menasihati beliau dalam hal kewangan. Malahan turut pula disertai oleh pemandu beliau yang sudah pasti tahu selok belok tempat yang ingin ditujui.

Maka pertemuan yang berlaku itu menurut kepercayaan Sosilawati akan merupakan satu pertemuan yang penuh dengan ketelusan semangat profesional berdasarkan kepada kepakaran bidang masing-masing.
Manakan tidak pertemuan itu adalah dengan seorang Datuk yang memang dikenal terlibat dalam banyak transaksi penjualan tanah yang melibatkan jutaan ringgit. Saya amat yakin sekira Sosilawati mengetahui bahawa beliau akan bertemu dengan seoang penjenayah yang amat berbahaya sekali-kali beliau tidak akan sanggup untuk mengadakan pertemuan itu. Sekali pun kalau manusia yang ingin ditemui hanyalah seorang pariah tepi jalan, saya yakin Sosilawaty akan hanya membawa orang-orang yang dapat membantunya kalau terdesak. Ketiga orang rakannya itu juga pasti menyangka bahawa pertemuan itu hanya dengan seorang usahawan tanah seperti mana usahawan tanah yang lain. Sebab itu mereka datang dengan tangan kosong sebab medan perlawanan mereka hanyalah dalam bidang profesyen masing-masing. Itu sangkaan mereka.


Rupa-rupanya yang temui oleh Sosilawati itu adalah seorang penjenayah besar. Yang boleh menghilangkan orang tanpa dapat dikesan. Disebalik wajahnya sebagai seorang Datuk yang berprofil tinggi dan mempunyai kedudukan yang tinggi rupanya beliau mempunyai satu wajah lagi yang terlalu huduh iaitu wajah seorang penjenayah. Seolahnya amalan membunuh sudah menjadi satu amalan biasa dan bukannya benda baru. Amalan membunuh kemudian membakar mangsa bukan lagi benda pelik yang dilakukan oleh pelakunya. Satu amalan yang samseng pariah jalanan pun tidak sanggup melakukanya

Kemungkinan terlibatnya penjenayah terbabit dalam rangkaian pengganas antarabangsa adalah satu kemungkinan yang tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Polis seharusnya menyiasat hingga ke akar umbi siapakah sebenarnya penjenayah ini. Apakah hubungannya dengan pengganas LTTE yang pernah dilaporkan menjadikan Malaysia sebagai medan latihan mereka Jangan hanya nak siasat kegiatan militan Islam yang setakat ini tak dapat dibuktikan secara sahih kewujudannya. Siasat sama kegiatan Militan hindu, militan tamil, militan kristian, militan cina dan segala bentuk mak nenek militan. Jangan hanya tala kat militan Islam.

Bila hanya tumpu kat militan Islam macam ni lah jadinya....sampai kena bunuh kena bakar..abu mayat kena hanyut. Demikian dahsyat sekali perlakuan yang dilakukan keatas umat islam dalam bulan puasa yang mulia. DNA masih boleh dikenalpasti

SHAH ALAM - Proses pengecaman asid Deoksiribonukleik (DNA) melalui bukti biologi yang ditemui anggota forensik berhubung kes kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain mampu melancarkan lagi siasatan dan membantu pendakwaan.

Penganalisis Jenayah, Kamal Efendi Hashim berkata, DNA adalah proses saintifik untuk mengenal pasti pertalian genetik yang boleh didapati di bahagian tertentu di tubuh manusia

“Sekiranya berlaku kematian, ada bahagian dalam badan manusia yang masih mempunyai DNA dan boleh dikenal pasti seperti tulang, tisu badan, rambut dan bulu yang mempunyai akar, air liur dan peluh.

“Dalam kes ini, setakat ini bukti biologi atau fizikal membolehkan DNA milik keempat-empat mangsa dianalisis dengan tepat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Program Kaunseling Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Sapora Sipon berkata, setakat ini pembunuhan mereka dipercayai disebabkan sifat tamak selain faktor sampingan lain.

“Walaupun kes ini masih samar dan belum dibawa ke mahkamah, saya percaya ia berlaku disebabkan kepentingan peribadi sehingga bertindak tidak rasional,” katanya.

Mengulas mengenai kesanggupan penjenayah melakukan pembunuhan kejam, Sapora berkata setiap pembunuhan dipengaruhi faktor berlainan.

“Terdapat kes-kes tekanan mental yang mendorong seseorang melakukan pembunuhan kejam, seperti dialami penghidap skizofrenia, atau dikenali sebagai penyakit mental.

“Malah, jika seseorang mengalami penyakit seperti ini, nasib akan menyebelahi mereka kerana kebanyakan pesalah yang mengalami penyakit ini sering terlepas daripada menerima hukuman,” katanya.

Sapora berkata, natijah daripada kes pembunuhan kejam seperti ini kadang kala berjaya mengheret penjenayah kepada penderitaan mental akibat rasa bersalah, sementara ada yang tidak merasa kesal.: - Sinar Harian



Polis temui bukti baru

BANTING – Polis menemui dua telefon bimbit jenis Blackberry dan jam tangan dipercayai milik mangsa pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, bersama tiga individu lain di Ladang Gadong, sejak kelmarin.

Menurut sumber, dua telefon bimbit itu ditemui dalam tali air berdekatan sebuah restoran makanan segera di sekitar Banting malam kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, pemilik sebenar kedua-dua telefon bimbit itu masih belum dapat dipastikan.

“Siasatan awal tidak menolak kemungkinan, telefon itu milik salah seorang daripada empat mangsa terbabit.

“Selain itu, senjata tajam iaitu pisau turut dijumpai dalam sungai berhampiran Ladang Gadong iaitu lokasi di mana abu keempat-empat mayat mangsa dipercayai dihanyutkan. Senjata itu dipercayai alat yang mungkin digunakan suspek dalam kejadian,” katanya.

Sumber berkata, siasatan lanjut bagi memperoleh bukti lain kes diteruskan pada jam 4 petang semalam di kawasan Sungai Kanchung Laut, kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, seramai tiga daripada lapan suspek dibawa ke lokasi terbabit bagi membantu siasatan yang melibatkan Unit Forensik serta bantuan daripada tiga anggota Unit Selam Marin.

“Siasatan yang dibuat memperoleh petunjuk baru apabila seutas jam tangan dipercayai milik salah seorang daripada empat mangsa ditemui dalam sungai berkenaan. Sehingga jam 6.30 petang semalam, usaha mencari bahan bukti diteruskan polis,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kawasan firma guaman milik suspek bergelar 'Datuk' mendapati tiada pekerja di pejabat malah premis itu turut ditutup.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang semalam, terdapat dua anggota polis dilihat memasang garisan polis di kawasan premis terbabit untuk menjalankan siasatan berhubung kes





WAJIB BACA!!!

Oleh: ashrain

"PERHATIKAN DENGAN TELITI KRONOLOGI PERISTIWA INI !!  Ketua Polis Negara Tan Seri Musa Hassan mendedahkan dalam sidang media Di Bukit Aman pada 7hb September 2010 bahawa wujud campurtangan pihak ketiga yang dirujuknya pihak KDN sehingga mengganggu siasatan.Campurtangan yang dimaksudkannya adalah bermotifkan kepentingan peribadi, politik dan agenda sendiri.

Laporan Berita Harian 11hb September 2010- Kehilangan jutawan kosmetik dikatakan didalangi oleh seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.Beliau dikatakan mahir dalam menghilangkan pelanggannya.Walaupun laporan polis telah dibuat namun beliau sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. 3.  Datuk Seri Bakri Zinin,Pengarah Siasatan Jenayah PDRM mengesahkan dalam sidang media di IPD Kuala Langat pada 12hb September 2010, bahawa suspek iaitu seorang peguam bergelar DATUK yang ditangkap  mengaku menggunakan modus operandi yang sama dengan merujuk kes kehilangan 4 orang yang dilaporkan sejak setahun yang lalu.
Apa kaitan rentetan yang saya paparkan di atas? Apa kaitannya antara satu kenyataan dengan kenyataan yang lain? Jadi atas dasar ketelusan dan integriti,saya menyeru KPN yang baru agar siasatan yang telus dilakukan,jangan biarkan campurtangan pihak ketiga mengganggu siasatan polis.Ingatlah tentang AMANAH yang anda pikul yang kelak akan di soal ALLAH di akhirat kelak.Kembalikan dan pulihkan kewibawaan PDRM!Dedahkan siapa orang kenamaan yang mendalangi kegiatan jenayah tersebut.Jangan takut dan gentar kerana ALLAH sentiasa di pihak orang-orang yang benar


12 jam tempoh pembakaran


SHAH ALAM - Membakar mayat seorang manusia sehingga menjadi abu memerlukan kira-kira 12 jam, kata Pensyarah Tamadun India Universiti Malaya (UM), Dr M Rajantheran.

Beliau berkata, tempoh panjang itu biasanya menggunakan kayu getah.

“Sejak dahulu lagi, kaedah membakar mayat secara tradisional bagi kaum India adalah menggunakan kayu api. Kayu api itu disusun di bawah mayat bagi memudahkan proses pembakaran.:


“Namun, sekarang banyak alat pembakar menggunakan gas dan elektrik yang boleh didapati sekitar ibu kota dan Petaling Jaya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rajantheran berkata, terdapat juga kaedah pembakaran lain seperti krematorium, iaitu pembakaran menggunakan gas.

“Walaupun alat ini dianggap moden dan mendapat permintaan tinggi pada masa sekarang, namun tempoh untuk membakar mayat memakan masa sehingga 12 jam juga.

“Misalnya, kalau kita hantar mayat untuk dibakar jam 5 petang, jam 10 pagi keesokan harinya barulah mayat itu menjadi abu,” katanya.

Menurutnya, tempoh masa secara saintifik bagi membakar mayat seorang manusia masih belum dibuktikan kerana proses itu bergantung kepada keadaan fizikal mayat yang dihantar untuk dibakar.

“Bagaimanapun, sehingga kini saya masih belum mendapat fakta mengatakan terdapat mayat dibakar dengan menggunakan najis lembu bagi mempercepatkan proses pembakaran,” katanya. - Sinar Harian




Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati?

Oleh: AnakSungaiDerhaka

"Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati..Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider  seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren..


Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini..
Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati. Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..
DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam




Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk..
Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu

Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas



Inikah Datuk yang disyaki Membunuh Sosilawati?

Ini adalah gambar-gambar suspek yang ditahan oleh pihak polis berikutan kes pembunuhan Dato Sosilawati..


Perhatikan lelaki yang berpakaian warna oren..


Perhatikan juga wajah lelaki yang ditengah-tengah ini..

Berdasarkan laporan oleh The Malaysian Insider di SINI seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka telah ditahan berikutan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Cuba baca Notis yang dikeluarkan oleh Bar Council dibawah yang dikeluarkan pada 31 Mac 2007..

DALAM PERKARA AKTA UNDANG-UNDANG PROFESYEN 1976

PER : EN. PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (NO K/P : 690211-10-5525)
EN. SURENDREN A/L NALLIANNEN (NO K/P: 720801-10-5773)
EN. UMAR BAKI BIN ABDUL MAJID (NO K/P : 480805-08-5765)

NOTIS ADALAH DIBERIKAN bahawa Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam telah menjatuhkan perintah-perintah disiplin terhadap peguambela dan peguamcara yang dinamakan di bawah, berkuatkuasa 21 hari dari tarikh perintah-perintah tersebut.

Digantung dari amalan guaman selama satu (1) tahun menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007 dan akan tamat pada 30 Mac 2008

En. Pathmanabhan a/l Nalliannen
En. Surendren a/l Nalliannen

Beramal di :
Tetuan Pathma Nalli & Partners
No. 198, Jalan Sultan Abdul Samad
42700 Banting
Selangor

Dibatal dari daftarai Peguambela dan Peguamcara menurut perintah bertarikh 9 Mac 2007

En Umar Baki Bin Abdul Majid

Dahulunya beramal di:
Tetuan Umar Baki & Co.
No. 3348, Tingkat 1
Jalan 18/32, Taman Sri Serdang
43300 Seri Kembangan
Selangor

Oleh yang demikian, mereka tidak layak untuk menjalankan amalan guaman mereka dan pihak Mahkamah, ahli-ahli Majlis Peguam dan pihak awam dinasihat mengambil perhatian tentang perkara ini.

Bertarikh : 31 Mac 2007

Lim Chee Wee
Setiausaha
Majlis Peguam

Sumber dari SINI

Ini pula berita yang mengaitkan ladang berkenaan dengan seorang penguam yang bergelar Datuk..

Kes Sosilawati: Polis Berkampung Di Lokasi Sejak 2 Minggu Lalu

KUALA LANGAT: Sudah dua minggu ramai polis dilihat di sekitar Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini bagi melakukan siasatan.

Keadaan itu disedari penduduk sekitar sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dan andaian.

Bagaimanapun ia terungkai ekoran penemuan empat mayat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 bersama tiga individu lain.

Ketua MIC Cawangan Taman Gadong, M. Mohan, 53, berkata, beliau mendapat tahu berita tersebut apabila pihak polis mula mengawal pergerakan keluar masuk di simpang ke ladang terbabit pada Sabtu.

"Ketika itu saya mahu ke Kuil Sri Maryaman yang terletak di laluan masuk berkenaan. Saya dimaklumkan polis bahawa mereka sedang melakukan siasatan. Ini pertama kali kejadian seumpama ini berlaku di sini," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, Ladang Gadong itu dimiliki seorang peguam bergelar datuk yang pernah dicari polis bagi membantu siasatan.

Ladang milik persendirian berkeluasan tiga ekar itu mempunyai ternakan ayam, lembu dan kambing.

Sementara itu, tinjauan mStar Online di rumah banglo Sosilawati pada 11:30 pagi, lebih 10 wartawan dan jurugambar telah berkumpul di depan kediaman mewah itu.sepenuhnya sila baca di SINI

Cuba bezakan antara kedua-dua gambar dibawah ini dengan gambar-gambar diatas

Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen
Sumber gambar dari SINI

Surrendren adik Datuk Pathmanabhan
Sumber gambar dari SINI


Jadi.. Adakah mereka ini, Dato dan Adik lelakinya yang ditahan kerana disyaki membunuh Sosilawati ?

Perhatian : Aku sekadar bertanya.. adakah mereka itu yang ditahan oleh pihak Polis berikutan pembunuhan Datuk Sosilawati itu setelah sebuah Blog dengan nama Pengundi Setia Sungai Rapat mengesahkan bahawa kedua-dua mereka itulah yang ditahan oleh pihak Polis.


NEGARA


Penyelam temui zink pelapik mayat



PASUKAN penyelam menemui sebilah senjata tajam di Sungai Kanchong Laut di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting semalam. Gambar kecil: Polis membawa seorang suspek ke Subang Jaya dan menemui kunci kereta dipercayai milik Sosilawati.



BANTING - Pasukan penyelam polis semalam menemui enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.
Bahan bukti itu ditemui selepas tiga suspek yang dibawa ke sungai itu menunjukkan lokasi zink-zink tersebut dibuang selepas selesai membakar mayat Sosilawati dan rakan-rakannya.
Tiga lagi yang turut menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik itu ialah pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Selain itu, di sungai sama polis menemui sebatang besi tajam dipercayai turut dijadikan senjata membunuh empat mangsa itu.
Besi sepanjang 60 sentimeter itu kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja mengangkat buah kelapa sawit yang dimasukkan ke dalam lori. Turut ditemui sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter


Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dalam sungai



2010/09/15    
BANTING: Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.
Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya. Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.
Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.

Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.

Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.

Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam. Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka.


Kes bunuh Sosilawati: Hanya perlu sedikit cebisan



2010/09/15
KUALA LUMPUR: Tindakan membakar mayat sebagai cara menghapuskan bukti pembunuhan bukan bermakna ia mampu mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan mangsa bagi membolehkan penjenayah yang bertanggungjawab bebas dan bermaharajalela.
Ini kerana, ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) boleh dilakukan berdasarkan kepada bukti biologi lain yang dijumpai di lokasi kejadian seperti cebisan daging, serpihan tulang atau gigi.
“Walaupun hanya tulang ditemui ketika siasatan unit forensik di lokasi kejadian, ia sudah cukup untuk mengesan identiti mangsa. Ketepatan ujian DNA juga hampir sempurna iaitu sehingga 99.9 peratus memandangkan profil bagi setiap individu adalah unik dan berbeza.
“Kes bunuh dan bakar cara luar biasa pernah dilakukan penjenayah kerana ia pernah terjadi ketika pembunuhan kejam Canny Ong yang turut dibakar kira-kira tujuh tahun lalu,” kata seorang pakar forensik yang enggan dikenali ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya ujian DNA boleh dilakukan melalui pelbagai sampel, bukan hanya tertumpu kepada air liur atau darah semata-mata dan kebiasaannya sampel darah waris terdekat seperti ibu, adik-beradik dan anak digunakan untuk pengesahan identiti itu.

“Sampel DNA termasuklah kuku, air mani, darah, cecair badan atau tisu, urin, bulu kemaluan, tulang dan calitan bahagian sulit individu.
Buat masa ini, pasukan forensik dan kimia masih melakukan pengumpulan bahan bukti bukan saja mengenalpasti mangsa, tetapi untuk mengukuhkan bukti di peringkat siasatan dan pendakwaan.
“Kerja ini harus dilakukan dengan teliti dan mengambil masa sedikit apatah lagi membabitkan ramai mangsa,” katanya.

Sementara itu, ibu Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar menjalani ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, keluarga mangsa menjalani ujian itu di Wad Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1 tengah hari.

Bapa mentua mangsa, Raden Pangat Ishak berkata, selain mereka, difahamkan ketiga-tiga waris terdekat mangsa, ibu Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim dan Kamarudin Shamsuddin turut menjalani ujian yang sama bagi pengesahan identiti kesemua mangsa itu.

“Kami tidak pasti lagi bila keputusan itu diketahui. Tadi (semalam) ibu Noorhisham memberikan sampel darah yang akan dihantar ke Jabatan Kimia. Berkemungkinan keputusannya diketahui tiga atau empat hari lagi,” katanya.
Difahamkan, bahan bukti seperti cebisan tulang dan abu yang ditemui berkemungkinan dibawa ke HKL dan ujian DNA dilakukan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL, Dr Lailanor Ibrahim berkata, setiap ujian DNA dilakukan HKL mengikuti operasi prosedur standard (SOP) tanpa mengira status sesuatu kes.

“Pesakit datang ke HKL membuat ujian mengikut prosedur dan sampel diperoleh dihantar ke makmal yang diiktiraf,” katanya


Kes bunuh Sosilawati: Mahu ujian di luar negara



2010/09/15

BATU PAHAT: “Kami akan tetap lakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) buat kali kedua di luar negara selepas ini,” tegas Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik yang dipercayai mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya, di sekitar Ladang Kelapa Sawit Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.
Masturi berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan hasil ujian DNA yang masih lagi dalam siasatan polis sejak kes terbabit terbongkar.
Katanya, sehingga kini ahli keluarga jutawan itu belum menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan hasil ujian dijalankan.

“Sehingga hari ini (semalam), kami masih lagi menunggu keputusan ujian DNA itu di samping tidak putus-putus berdoa mengharap dia (Sosilawati) masih lagi hidup.

“Walaupun jika ujian DNA menunjukkan ia positif, kami sekeluarga nekad mahu ujian itu diadakan buat kali kedua,” katanya ketika ditemui di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti di sini, semalam.

Masturi berkata ujian DNA kali kedua selepas ini akan diadakan di luar negara sama ada Singapura atau Thailand.

Menurutnya, ahli keluarga tidak berniat mempertikaikan hasil ujian DNA yang dijalankan, namun keputusan berkenaan dibuat atas kehendak keluarga.

“Bagaimanapun saya yakin Sosilawati masih lagi hidup dan selamat dan dia mungkin disembunyikan di lokasi lain,” katanya.

Pada masa sama, Masturi turut mengatakan ahli keluarganya bersiap sedia mengadakan upacara pengebumian jutawan berkenaan dan mereka menunggu hasil keputusan DNA yang dijalankan polis.

“Dia dikebumikan di kampung ini, berikutan permintaan keluarga termasuk penduduk setempat tetapi selepas itu kami jalankan ujian DNA di luar negara pula,” katanya.

Beliau ditemui ketika bersama 100 penduduk kampung berkenaan mengadakan Majlis Solat Ghaib di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jutawan yang disifatkan penduduk tempatan sebagai dermawan


Kes bunuh Sosilawati: 'Hormati keputusan keluarga'



2010/09/15
SEREMBAN: “Kami meminta semua pihak menghormati keputusan keluarga untuk tidak memberi sebarang kenyataan kepada media berhubung isu ini,” kata jurucakap keluarga peguam peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Menurutnya, keluarga membuat keputusan mengenai perkara itu dan semua pihak diharap menghormatinya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Harian Metro di kediaman mereka di Ampangan.


Kes bunuh Sosilawati: Suasana hiba

Gambar Oleh Amran Hamid, L Manimaran, Rosdan Wahid, Mohd Yusni Ariffin dan Luqman Hakim Zubir

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Suasana hiba masih menyelubungi kediaman jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, semalam, malah pagar banglo mewah berkenaan masih ditutup dan hanya kenalan rapat termasuk ahli keluarga terdekat yang dibenarkan memasuki kediaman berkenaan.
Selain ahli keluarga, beberapa orang kenamaan turut kelihatan hadir menziarahi keluarga mangsa termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehingga jam 6 petang semalam, pekarangan kediaman berkenaan dikerumuni lebih 30 petugas media yang dikerumuni beberapa anggota polis peronda (MPV) berpakaian preman bagi memastikan keadaan berjalan lancar


Kes bunuh Sosilawati: Rampas tujuh komputer



2010/09/15
BANTING: Polis mengambil tujuh komputer peribadi kepunyaan suspek utama kes bunuh, bakar Datuk Sosilawati di pejabat miliknya di Bandar Banting, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Polis dilihat hadir bersama seorang suspek dipercayai peguam yang juga suspek utama kes bunuh Sosilawati di pejabat berkenaan.
Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti komputer dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.

Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa.

Sementara itu, lokasi pembunuhan dipenuhi Unit Forensik dari jam 11 pagi diiringi beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang mengawal kawasan berkenaan.

Hampir 10 kereta termasuk kenderaan forensik dilihat memasuki kawasan lokasi utama pembunuhan dipercayai mencari bukti lain yang mungkin ada hubung kait dengan kes pembunuhan.

Sekitar jam 2 petang semalam juga tiga kenderaan polis dilihat memasuki kawasan berkenaan dan dipercayai membawa suspek utama.

Menurut sumber, polis dipercayai giat mencari bukti kukuh di lokasi kejadian bagi membuktikan mayat dibakar adalah mayat jutawan kosmetik berkenaan bersama tiga lagi mangsa


Kes bunuh Sosilawati: 'Hukuman maksimum'

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/15
KUALA LUMPUR: “Pembunuh yang melakukan perbuatan kejam itu wajar menerima hukuman maksimum dan kes ini perlu diselesaikan secepat mungkin,” kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika diminta mengulas berhubung kes pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan tragedi yang menyentuh perasaan masyarakat itu sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Terbaru saya membaca akhbar berhubung mereka disembelih sebelum dibakar, sukar untuk dibayangkan betapa kejam dan tidak menyangka budaya keganasan ini akan berlaku di negara ini,” katanya selepas menghadiri majlis bacaan Yasin di kediaman keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak, semalam.

Majlis berkenaan turut dihadiri 500 ahli Pergerakan Wanita Umno, penduduk setempat dan anak kepada pemandu peribadi Kamarudin Samsudin, Balqis Dayana, 12.

Shahrizat berkata, perbuatan kejam pembunuh yang sanggup menyembelih dan membakar mangsa tidak harus dimaafkan dan perlu menerima hukuman setimpal.

“Saya amat berterima kasih kepada pasukan polis yang gigih mengumpulkan maklumat berhubung kejadian bunuh itu dan berjaya menahan semua suspek sehingga membawa kepada penemuan beberapa bukti bagi memudahkan kes ini diselesaikan dengan cepat.

“Wanita Umno akan terus memantau kes ini sehingga suspek dibawa ke muka pengadilan. Selepas semua bukti jelas dan nyata, suspek perlu segera dibicarakan di mahkamah dan hukuman maksimum perlu dijatuhkan secepat mungkin. Tidak boleh tunggu lagi kerana bimbang budaya keganasan ini seolah-olah tiada kesudahan,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu membuka mata masyarakat dan menolak budaya keganasan berlaku di negara ini, malah semua pihak mengecam perbuatan jenayah daripada terus berleluasa.

Dalam sidang akhbar itu, beliau berkata, tanggungjawab memerangi jenayah bukan hanya terletak di bahu pihak berkuasa, tetapi perlu bermula daripada keluarga dan masyarakat. Menurutnya, pembabitan seorang suspek yang mempunyai latar belakang profesional dalam kes berkenaan amat mengejutkan.

“Seorang yang bergelar Datuk dan bekerjaya peguam melakukan perbuatan terbabit layak dipanggil keji. Pendapat saya, seorang yang profesional tidak sepatutnya melakukan perbuatan jenayah. Malah, perbuatan kejam di kalangan profesional sebenarnya tidak bagus untuk masyarakat,” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan kesal apabila ada segelintir masyarakat mengaitkan kes pembunuhan itu dengan isu politik perkauman


Kes bunuh Sosilawati: Polis buka kembali 2 kertas siasatan



2010/09/15
KUALA LUMPUR: Polis membuka kembali dua kertas siasatan yang berkaitan pembunuhan oleh individu yang tidak dikenali sekitar kawasan Banting sejak tahun lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat semula berikutan kematian yang menjurus ke arah pembabitan suspek utama, peguam bergelar Datuk yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga lelaki lain. “Kes pertama membabitkan kematian seorang wanita berusia 40-an yang dibunuh di hadapan rumah suspek pada tahun lalu. Mangsa ditikam beberapa kali oleh individu yang tidak dikenali,” katanya. Menurutnya, polis juga membuka siasatan berikutan kehilangan seorang ahli perniagaan dari Chennai, India, juga di kawasan Banting. Sementara itu, menurut isteri mangsa berkenaan yang dikenali S Usharani, 24, beliau bersedia datang ke Malaysia bagi memberikan keterangan jika diperlukan.
Sementara itu dalam satu perkembangan lain, empat daripada lapan suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga lelaki lain sudah diserahkan kepada polis Gombak berikutan mereka disyaki turut mempunyai kaitan dalam satu kes pembunuhan di daerah terbabit yang berlaku 8 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, semua suspek itu diserahkan oleh polis Bukit Aman untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Menurutnya, bagaimanapun semua itu masih dalam siasatan dan pihaknya tidak pasti sejauh mana semua mereka terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Beliau berkata, sejauh mana pembabitan suspek dalam kes berkenaan atau benar mereka terbabit belum dapat dipastikan kerana ia masih dalam siasatan.

“Memang ada empat daripada lapan suspek yang ditangkap berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki diserahkan kepada kami untuk membantu siasatan kes pembunuhan kakitangan MPS pada 8 Mac lalu,” katanya



Antara Sosilawati, Datuk dan Orang Kenamaan

Oleh: kiyaiharaki

Kerajaan di desak supaya menyegera dan menyempurnakan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati.Ini kerana menurut laporan Kosmo Ahad menyebutkan secara jelas seorang 'Datuk' yang menjadi suspek utama kes berkenaan mempunyai hubungan dengan orang kenamaan.Bahkan Datuk yang digelar 'MAHIR MENGHILANGKAN ORANG' itu telah mempunyai beberapa laporan polis ke atasnya yang sudah dibuat.

Maka apa sudah jadi dengan laporan polis terhadap kes sebelumnya?Kerajaan juga didesak supaya menyiasat sehingga ke akar umbi apa hubungan istimewa Datuk berkenaan dengan orang kenamaan yang dimaksudkan dan siapakah orang kenamaan berkenaan?Bahkan mengikut laporan Kosmo Ahad, 'Datuk' ini sering terlepas dari tindakan undang-undang kerana mmpunyai hubungan yang istimewa dengan orang kenamaan!!!Maka dalam kes ini sudah pasti beberapa misteri akan terungkai seandainya kes yang mendapat liputan luas media ini disiasat dengan penuh ketelusan.Maka pasti pelbagai lagi persoalan akan timbul,

Cuma cabarannya sudah pastilah ke atas Ketua Polis Negara yang baru.Mudah-mudahan beliau mampu merungkai misteri kes yang berprofil tingi ini!Misteri Nusantara…

Berikut laporan Kosmo Ahad

(12 Sept 2010)

:KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam. Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan. Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis. Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

Peguam Arah Bunuh
KUALA LUMPUR: Peguam bergelar Datuk disyaki sebagai dalang yang mengarahkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.
Difahamkan, peguam terbabit mengarahkan sekurang-kurangnya tiga lelaki dipercayai pekerjanya, membunuh keempat-empat mangsa di sebuah rumah tinggal dalam ladang kelapa sawit di Sungai Gadung yang dipercayai miliknya.
Jenayah keji itu dilakukan selepas Sosilawati bersama tiga rakannya itu berdepan sendiri dengan peguam berkenaan berkaitan urusan penukaran hak milik pembelian tanah bernilai RM25 juta.
Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.
Isnin lalu, polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat.
Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan khabar angin sama ada mangsa-mangsa itu membawa wang sejumlah RM4 juta bersama untuk berjumpa dengan Datuk terbabit.
Sementara itu, polis menghubungi suami kepada T. Selvi, iaitu mangsa dibunuh di Banting pada 27 April tahun lalu.
Mekanik, P. Balasundram, 54, mendakwa peguam terbabit telah menipunya sejumlah wang pada tahun 2008 dalam satu perniagaan pinjaman wang yang dikongsi oleh mereka.
Beberapa hari kemudian, dia mendakwa, isterinya ditetak dengan parang sehingga mati oleh dua penyerang di hadapan rumahnya di Taman Cempaka di Banting.
Balasundram yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan suspek utama berkenaan berkata, dia menerima satu panggilan telefon daripada polis berhubung dengan pembunuhan isterinya.
"Anggota polis itu memberitahu dia mengiringi peguam terbabit ke pejabatnya untuk mengumpul dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pinjaman wang," katanya.
Di PETALING JAYA, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima dua laporan kehilangan dua individu di Banting yang dipercayai berkaitan dengan peguam terbabit.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut.



NEGARA

Tiada pembunuh upahan terlibat

 



Anggota polis forensik mencari bahan bukti lain di Sungai Panchau, Ladang Gadong semalam tempat dipercayai suspek membuang abu mayat Sosilawati dan tiga rakannya.


KUALA LUMPUR - Pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain tiada kaitan dengan kumpulan pembunuh upahan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, pihaknya setakat ini percaya pekerja-pekerja kepada seorang lelaki bergelar Datuk terlibat secara langsung dalam pembunuhan empat mangsa itu.
"Kita percaya mereka (pembunuh) adalah pekerja seorang lelaki bergelar Datuk yang ditahan," kata beliau kepada Kosmo! semalam.
Keempat-empat individu tersebut dipercayai telah dibunuh di dalam stor milik peguam Datuk K. Patmanaban yang juga ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan jual beli tanah.
Satu sumber Kosmo! memberitahu, keempat-empat mangsa itu dipercayai dibunuh bermula pada pukul 10 malam pada 30 Ogos lalu selepas Sosilawati dan rakan-rakannya berjumpa dengan Patmanaban.



Antapanis Ruslan's Photos - Wall Photos

Photo 1712 of 1713   Back to Album · Ruslan's Photos · Ruslan's Profile


No comments:

Post a Comment