Monday, November 2, 2009

PERGAULAN BEBAS MENGHASILKAN CINTA SEGERA DAN SEGALANYA SEGERA



Bukan saja mee segera..cinta juga segera.Jika tidak berhati2...badan merana...bersambung

Saturday, October 31, 2009

PANGGUNG WAYANG ADALAH TEMPAT MEMANASKAN NAFSU BERAHI



Disini dalam gelap muda mudi memanaskan badan serta mengilap nafsu...bersambung






ADAKAH JAMUAN AKHIR TAHUN AKAN MENGUJUDKAN CINTA SEMENTARA

Biasa diadakan diakhir tahun.Pelbagai badan mengadakan,tidak kira swasta,badan berkanun,kerajaan, mahu pun kilang2..dikhuatiri ini menjadi tiket mudah untuk berkenalan,bermesra akhirnya jika kurang iman dan sama2 mahukan sex tidak mustahilnya berlakunya zina walaupun ini bukanlah semua....bersambung

Friday, October 30, 2009

JANGAN SEBARANG TUNTUT ILMU PENGASIH IA KADANG2 ADA HUBUNGAN DENGAN JIN DAN SAKA




Dalam percintaan berebut kasih sayang adalah perkara biasa serta lumrah.Mengambil atau menggunakan ilmu sihir adalah perkara biasa.Lebih2 yang dipikat itu susah.Maka sihir digunakan untuk jalan pintas.Jika yang dipikat itu ada saka lebih mudah kerana saka itu sendiri menolongnya dan jarang yang membantu walaupun mungkin ada.Tembok bagi tekena sihir hanya solat yang khusyuk serta solat yang ikhlas.Dengan kata lain mereka ini selalu berdoa kepada Allah dengan memohon perlindungan dari Allah swt.Sebaik2 perlindungan adalah perlindungan Allah swt sahaja

.Ada juga yang mengambil sihir ini atau ubat guna2 hanya bila perlu sahaja tetapi ada juga yang menuntutnya terus dan kadang2 boleh jadi bomoh pengasih.Menggunakan sihir ni haram lebih2 lagi jadi pengamal,ia membuat kerja khurafat dan syirik.Sihir ini menggunakan khidmat jin.Jin ini pula ada yang Islam dan Kafir.Jin Islam pula macam manusia Islam juga.Ada yang jahat, baik dan fasik,zalim dsbnya.Jika tersalah tuntut kita akan merana badan dan susah bila hendak mati.Mungkin jadi saka.Tidak pasal2 anak2 dan cucu2 jadi beban kemudian hari.Jika kita benar2 telah jatuh cinta dan bertujuan baik iaitu hendak jadikan isteri atau suami tidak payah gunakan sihir.Cukuplah hanya berdoa kepada Allah.

Jika tidak terkabul doa itu pasti ada hikmah sebaliknya.Sekurang2 kita dapat pahala serta hubungan kita dengan Allah swt rapat.Cinta itu boleh datang dan pergi.Lebih2 lagi cinta berdasar hawa nafsu dan sihir.Sudah tentu,bila sudah tua,gemuk,sakit dan bermacam2 lagi cinta mula hilang dan padam,mungkin sihir tak menjadi sebab sudah abis tempuh.Nafsu mulalah terarah kepada yang muda,yang lebih gebu dan cantik atau yang mancho gagah badan serta seknya.Siperempuan mengambil jamu@sihir rapat,montok dan berbagai2 susuk dan ubatan2 menegangkan kulit.Silelaki jamu kuat,panjang,besar,tahan lama dan pelbagai lagi agar gagah,tampan serta kelihatan muda.Rambut dihitamkan dan bermacam2 cara agar nampak muda.Umur aje tua.Tua ni sebenar dekat mati.Tak kira lelaki atau perempuan.

Sampai masa jalanlah.Cuma nafsu berjimak tu saja kuat.Takut yang kuat bukan badan tetapi jin yang didalam badan.Kita hanya 'sarung'pada jin.Kita jadi bahan tunggangan jin untuk menunaikan nafsu buasnya.Hingga dosa pahala,syurga neraka tidak peduli lagi.Janji nafsu dapat dipuaskan.Ini semua terjadi kerana lemahnya agama yang ada pada diri kita ditambah tak nak pergi mengaji agama hingga dah tua baka.Masih tak solat,masih suka pada maksiat langsung tak nak berusaha untuk berubah.Rumah dekat dengan masjid atau surau tapi tak datang2.Agaknya fikir masjid dan surau itu kubur kod.Itu sebab bila dah mati baru datang sebab nak sembahyang mayat untuknya.Kalau pasal seronok,makan angin dan buat benda2 maksiat jauh pun boleh sampai.Ke Thailand sampai,medan,jakarta dll sampai.

Kalau dapat semua kuda(perempuan) nak dirasa.Bodoh pula gulungan ini maksiat dibangga2kan.Konon nak beritahu ianya hebat kerana dah merasa puluhan,ratusan atau ribuan perempuan.Nak beritahu kat orang ia hebat diatas ranjang.Mungkin ia juga akan hebat kerana dibelasah didalam kubur.Sebenar hebatnya ialah melawan Allah dan bodoh dalam agama.

Hebatnya lagi ialah jadi kuda dan lembu kepada syaitan serta nafsu jahatnya.Ini disebabkan mereka lupa hari tuanya serta hari matinya.

SAKA DAN CINTA


Saka mungkin ada yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dimaksudkan saka.Kebanyakan orang melayu di Malaysia tahu dan mungkin tempat lain juga tahu.

Cuma istilah sahaja mungkin tidak sama.Saka ini merupakan makhluk Allah swt juga yang lebih dikenali dengan panggilan jin.Jin ini juga terdiri dari pelbagai agama,secara mudah ada jin kafir dan ada jin Islam.Bila jin Islam ia tidak jauh beza dengan manusia Islam,ada baik dan soleh,munafik,zalim,fasik dan mungkin sudah keluar Islam tapi masih menganggap dirinya Islam.Sama ada saka keturunan(turun menurun),berbentuk yang menumpang,dituntut atau sebagainya.Dan lagi sama kita sedar atau tidak sedar kita mempunyai saka atau saka mengawal kita pada sesuatu2 ketika.Mungkin ada saka baik tetapi ada saka jahat atau ahli maksiat.Suka berpoya2,berzina dan sebagainya.

Jadi kita hanya dijadikan oleh saka sebagai sarung atau alat pemuas nafsunya semata2.Satu kelemahan saka ini ialah orang mempunyai saka mudah dirasuk jin atau terkena sihir sebab jin iaitu saka dan jin yang datang merasuk atau sihir,semuanya ada bersangkut paut dengan jin juga.Mereka ada kontek antara satu dengan lain.

Dengan kata lain mereka tolong menolong antara satu dengan lain.Kecuali jin Islam yang taqwa.Ini disebabkan dikalangan jin juga ada yang taqwa sama seperti manusia.Bagi jin jahat,fasik,munafik,kafir serta suka kepada maksiat,zina dan sebagainya.Saka@jin ini merasuk kita(tuan badan@yang ada saka)agar suka berzina dll.Jadi dengan secara tidak langsung kita suka dan mudah kearah itu iaitu melakukan maksiat walaupun kita sebenar kuat berpegang pada agama.Gulungan ini juga tidak terlepas dari mainan dan kejahatan jin(saka).Rasa cinta disebabkan dorongan saka atau sihir juga ada dalam masyarakat yang agak sukar dibendung dan sukar diketahui dan dikesan.

Bahayanya ialah dikhuatiri dalam keadaan sedar tidak dikuasai saka atau sihir kita tetap berzina atau buat maksiat sebab sudah biasa dan sedap dengan zina serta perbuatan maksiat tu.Dengan kata lain sudah sebati.Maka banyaknya berlaku perzinaan serta maksiat lain adalah hasil dari dorongan saka,jin dan perbuatan sihir.Bagi mengatasi masalah ini tiada jalan lain dengan memperbanyakkan ibadat serta doa memohon perlindungan dari Allah swt.

Biasanya jin dan saka ini tidak suka kepada orang yang bertaqwa atau orang yang mempunyai hubungan rapat dengan Allah swt.Ada juga cara mengatasinya berubat dengan cara yang benarkan oleh syarak.Memang tidak digalak berubat dengan sihir juga atau mengunakan perkhidmatan jin.Ini dikhuatiri jin yang digunakan untuk mengubat kita, mengambil tempat saka atau jin yang menjadi alat bagi mengubat sihir kepada kita.

Mungkin ada cara lain mengelak saka,jin serta syaitan iaitu dengan melakukan segala ibadah semata2 ikhlas kerana Allah swt.Inilah Allah swt nyatakan kepada syaitan yang memohon untuk merosakan@mengoda cucu-cicit nabi Adam as.Boleh mengodanya(cucu@cicit nabi Adam as) kecuali orang yang ikhlas dalam beragama(tidak boleh digoda).Dengan keterangan yang serba kekurangan diatas mudahan2 sedikit sebanyak membantu tentang masalah saka serta sihir yang berperanan memberi perasan cinta,rindu,berahi,ketagih,tanpa segan silu untuk berzina atau membuat kerja2 maksiat yang lain.

Banyakkan mohon perlindungan dengan Allah,serta mengamalkan bacaan ayat Kursi,ayat seribu dinar juga 3 qul.Mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu masalah saka dan jin ini.Boleh juga dengan cara melanggar segala pantang larang,kerana apabila pantang larang ini dilanggar biasanya yang ada hubungan dengan jin atau saka.Jadi dengan melanggar pantangnya, dengan sendiri ia(saka dan jin itu) lari atau pun tidak lagi bersama dengan kita(sebab telah melanggar perjanjian).Jika masih tidak dapat diatasi masalah ini,eloklah berjumpa dengan orang yang lebih arif dalam bidang saka,jin dan sihir dengan syarat mereka ini tidak mengubat atau membuang saka,jin dan sihir ini,dengan menggunakan jin juga atau tidak melanggar hukum2 syarak...

Bagi orang yang mengunakan khidmat saka,jin dan sihir elok berhenti dan bertaubat kerana kesan diakhirat nanti amat berat seksaannya serta sangat2 dimurkai Allah swt.Ingat,sehebat mana pun kita,kita tetap mati dan akan menerima balasan dari Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Friday, October 9, 2009

cinta itu keperluan dalam hidup begitu rindu merindui


Tidak dinafikan cinta dan rindu serta segala2nya dari Allah swt.Kita yang berakal serta berpendidikan tinggi tak mudah2 terjerumus dalam kancah maksiat.Bahkan kerana runtunan cinta dan rindu,segala hukum hakam agama dilanggari.Hingga menganggap orang tidak tahu dan mengerti tentang rindu dan cinta.Orang yang menentang jadi batu penghalang.Siapa hendak halang benda baik seperti nikah-kahwin dan hendak berumahtangga.Kahwinlah.Salahnya berpeleseran dulu,beromen2 dulu,bercumbu2 dulu...mungkin zina dulu....Kahwin belum tentu.Itu yang salah.Bagaimana mati sebelum kahwin atau bertaubat.Kalaulah dah sayang,cinta,rindu dan berahi kahwin aja lah.Pinang uruskan segala yang perlu,kemudian kahwin.Emakbapa atau jabatan agama jangan sukar2 atau payah2kan....ini menyebabkan ia kahwin lari.Bagus sebab mereka kahwin kerana tidak mahu berzina.Sokong ajelah.Samada ia berpoligami ke atau tak....yang penting mereka nikah ...yang menghalal hubungan kelamin.Kita larang atau kita susah2kan syarat...ia beromen gak,berzina gak...emakbapa pun dah ada anak dara yang tidak ada dara.Jabatan agama yang mengurus nikahkahwin dapat dosa sama kerana menyusahkan2 perkara baik.Lah hotel banyak,kereta banyak,rumah sewa banyak atau dengan kata lain banyak pasarana untuk mereka berzina.Hukum zina tidak menakutkan lansung.Ada yang mengaku berzina pun tidak dihukum dan boleh kerja balik kerana terlepas dari tuduhan membunuh...Mana maruah agama...mana mufti2,ulamak2,ustaz2 atau pihak berwajib.Orang bercinta ini ,mereka ini macam orang mabuk,lupa diri...zina romen satu benda yang sudah jadi ketagih...baik siapa pun jangan sukar2kan masalah kawhin...walaupun mereka nak berpoligami....tidak bagi pun...dilarang pun....disekat pun....mereka dah bercinta,dan rindu merindu...mereka dah ketagih untuk beromen atau berzina...kahwin saja lah...sekurang2 dosa zina tidak ada lagi sebab dah kahwin....nanti orang kata dah kahwin berzina juga...itu hal belum diketahui...kita bukan Allah swt...yang sudah tahu mereka dah berzina atau ada hubungan itim...kahwinkan...jangan banyak2 soal....nanti orang buang anak kita marah...bunting luar nikah kita marah....dan pelbagai....kalau kau orang dah baik...Alhamdullillah....bukan orang lain sama macam kita.Itu sebab rejam dan rotan hukum zina....yang disebut dalam Quran...tak ikut ....besok jawab aje dihadapan Allah swt dipadang masyhar nanti....

faktor wang dan nafsu hingga cinta jadi rapuh


Kadang2 payah juga kita hendak menyelesai masalah cinta ini....cinta yang bagus cinta kepada Allah swt..cinta kepada isteri atau suami yang tidak dilaranhg.Ini cinta yang dilarang menyebabkan kita bergelumang dengan dosa dan maksiat...Nafsu dan wang ringgit memaikan peranan...zina benda yang sedap...banyak benda haram itu mudah dan senang dilakukan.Disamping sedap dapat memuakan nafsu dan dapat wang...kalau lemah iman siapa yang tak nak.Neraka tak nampak lagi...

Syurga tak lawat lagi....Benda sedap, zina dah rasa berkali2...nangis2 kali pertama...pastu buat lagi...lama2 tidak tak nangis malah ketagih...akhir2nya ada jadi bidang pekerjaan.Ada ahli agama yang bahalul....mengatakan harus....kita tabik kerana berani melanggar hukum Allah swt.Lah ni memang ahli2 agama berani langgar hukum agama atau menjadi syaitan bisu....semata2 kerana wang ringgit untuk memuaskan nafsu untuk hidup mewah dan menunjuk2....

siapa idola atau contoh yang hendak diikutnya saya pun tak tahu.Kalau syaitan tu..mungkin hampir2 kod...atau nak mati baru nak bertaubatlah...saya tabik lagi...sebab mereka tau bila nak mati.Memang sekarang wang dan nafsu orang tidak penduli hukum,sopan santun,budaya atau jenis2 kebaikan...yang penting kekayaan,kemewahan,kemegahan,nafsunya kenyang....hingga ditunjuk oleh perut@hamil....hingga sakit kelamin menjadi masalah negera...

Siapa nak disalahkan....semua patut mengaku... kita juga salah sama...besar atau kecik aje....Sekarang kita nak berubah atau tidak....sedar atau buat2 tak sedar....ingat balasan tetap ada didunia atau akhirat....

ADAKAH GULONGAN YANG SEDANG BERCINTA PERGI MASJID2@SURAU UNTUK PENGAJIAN AGAMA


Entahlah...tak nak komen termasuk artis2...cuma agak2...de ke sempatan orang yang asyik bercinta...gelora cinta,gelora nafsu...ketagihan cumbuan...ketagih yang bermacam2... yang kearah maksiatan.Adakah orang2 macam ini hendak ke masjid2 atau ke surau2 untuk solat berjemaah atau belajar fardu ain dan mendengar ceramah2 agama.Dengan kata lain untuk memberi makan untuk rohani kepada dirinya...

Jasmaninya dah puas...seperti makan dan minum...nafsunya mencari ruang untuk bercumbu2 dan diakhirkan dengan zina tanpa mempedulikan kesan kepada wanita yang dizina.Nak sebut gadis memang perempuan tu dah tidak ada gadis@dara...satu harta yang perlu dijaga.Jika tiada...nilai diri sudah tiada lagi.Jika pengajian@ceramah tidak dipedulikan,bagaimana nak berubah dan meninggalkan maksiat.Perkara2 begini sudah sudah jadi lumrah dah tiada rasa dosa atau tidak rasa ia mengancam masyarakat.Membiarkan anak2 zina kian bertambah...

Hukum sudah lama tidak diperdulikan...ustaz sibuk mengumpul harta...dan mencari kemashyuran bersaing dengan artis.Mungkin katanya persyaitanlah perkara yang tidak menguntungkan.Ibadah2 pengajian2 dan kiamulail2 diniagakan...bagi orang menangis bertaubat pun mesti dibayar mengikut kehebatan masing2.Artis ditunjulkan dimana2 macam ikon2 yang baik...soleh dan soleha agar diikuti oleh masyarakat.Mereka bukan alim ulamak...malah mereka sebagai model2 yang tidak kira halal haram...tidak tau apakah hukum pada mereka yang mendedah aurat,bercampul gaul,berpeluk2 semasa berlakon...dan berbagai aksi pada dasar hukumnya haram.Adakah orang ini memenuhi masjid2@surau2 untuk belajar agama.

Termasuk mereka yang sedang hangat bercinta hanya mencari peluang bercumbu2 dan mungkin berzina.Kalau begini, kita dipihak mana..termasuk ustaz2 tv....ustaz2 radio..ustaz2 surat khabar yang penuh dengan teori2....tapi tanpa praktikal...takut sifatnya ini,... doanya pun tidak makbul lagi sebab hidup dengan mewah dan telah menjual agama dengan dunia...Jika mereka membaca tulisan saya ni...baiklah solat taubat...buat solat sunat isthirah tanya pada Allah swt adakah yang mereka buat betul atau salah....Kalau berdegil gak...

sok jawab saja pada Allah swt....macamana pun hebatnya ia akan tua juga...pencen juga...lemah juga...dan mati juga.....

gulongan agama juga kadang2 menjadikan dirinya fitnah


Biasa kita lihat gulungan agama tidak menegur kemungkaran didepan mata malah memberi memberi nasihat agar bersabar serta tabah.Sedangkan kerjanya orang itu pun telah fitnah@berdosa.Pernah saya melihat bagaimana gulungan agama memberi nasihat atau motivasi kepada seorang artis wanita di tv swasta...agar sabar serta tabah..dengan memberi contoh kisah nabi2 as dan Rasullullah saw...ustaz tu tak tau ke...kerja artis pun dah fitnah dan berdosa...

artis dan pengacara pun tidak bertudung....langsung tidak tegur maksiat didepan mata...adakah ini semata2 wang ringgit, mulut jadi bisu@tertutup untuk menegur...Jangan kita beri contoh2 atau nas2 Quran dan hadis untuk mengharus benda yang jelas haram....saya ulang balik...kerja mereka pun dah membawa fitnah...adakah kita belajar agama untuk mencari dunia semata2 dan kekayaan serta kemewahan...dan bercampur gaul dengan majlis maksiat didepan mata....Ilmu sepatut menegakan agama,membela agama,melakukan ketaatan dan pelbagai kerja hingga Allah reda...

Bukan buat kerja subahat atau kerja2 memang jelas haram@sesat...kita dah sesat dan menyesatkan orang lain.Kita ustaz dah macam tu...masyarakat tentu mengikut...sudah tentu masyarakat menganggap jadi artis harus...walaupun penuh dengan perbuatan2 yang dilarang agama.....Ingat hidup didunia bukan selama2....panjang2 umur pun 130 tahun mati gak...

adakah drama2 dan filem2 dan artis2 menyumbang kearah rosaknya moral


Tidak memikirkan mati dan alam akhirat atau menganggap sempat bertaubat sebelum mati...mungkin inilah yang difikirkan atau diharapkan oleh artis yang sedar atau tahu kerjaya ini haram.

Haram jika..jika ada unsur haram didalamnya...seperti mendedahkan aurat,bergaul bebas,unsur muzik dan tarian yang diharamkan...berpeluk2,berpegang2 dengan lelaki dam perempuan bukan muhram...dan banyak lagi yang menjadi artis atau berlakon haram selain suara wanita itu juga haram bagi lelaki bukan muhram.

Degil atau tak mahu mengaku haram itu lain cerita.Adakah drama ini menyumbang kemaksiatan...kalau kita berpelajaran tinggi dan ditambah lagi tahu ilmu agama ...tak payah hurai panjang2...memang jelas.Kalau drama atau filem mengajar kebaikan atau yang sama dengan waktu dengannya....tak dijamin kejayaannya...atau keberhasilannya...sebab matlamat tak menghalalkan cara...hasrat murni...tapi cara perlaksanaan banyak bertentangan dengan agama.Sedikit sebanyak ia menyumbang kemaksiatan...disamping pengambaran dibuat tidak berlandas agama...langgar hukum agama..contoh telah diberi diatas....ditambah pula orang yang menunton filem tu dikalangan remaja2 yang bergaul bebas...ada tak solat dan mungkin terangsang nafsu bila menunton filem tersebut bila dah terangsang...beromenlah mereka dengan pasangannya....bila dah berahi...stim dan berlakulah zina.Itu belum cara hidup artis pujaannya ditiru....malahan kerjaya telah nampak harus dan merangsangkan...

sebab dapat hidup mewah sebab kahwin dengan orang kaya...dan terkenal...Ini mendorong remaja2 lebih gemar menjadi artis...tak mustahil gulungan agama pun minat kepada artis...artis memang dipilih dikalangan yang comel2...tak kan nak pilih yang yang hodoh2...yang lumpuh dan tepuk(tak boleh jalan)...muka dan body mesti berahi bila ditengok... kita akan pilih artis melecun abis agar orang tengok...jadi suka,stim,terliur dan pelbagai agar filem top dan mngumpul hasil yang lumyan.Disamping menyuburkan maksiat dikalangan manusia yang tak berpaksi atau berpegang pada agama.

Sedikit sebanyak sudah tentu menyumbang ke arah maksiat.... itu memang tentu ada...dan memang tidak nampak salah sebab dah jadi biasa.Sebenarnya boleh tangkap dan dihukum atas kesalahan menghina agama kerana tidak berpakaian sopan dan sebagainya...melalaikan manusia hingga orang tak solat dan melewat2kannya itu pun dah jadi salah...ditambah pula orang jadi buat maksiat atas drama@filem yang kita buat...disebabkan meniru gaya hidup kita yang bercanggah....dengan agama..ada dikalangan artis ditangkap kerana berkhalwat dan pelbagai kesalahan lain.Artis juga mendapat tempat di tv2,di radio2 dan akhbar serta iklan ..

.macam sudah jadi idola agar ditiru oleh masyarakat...sedangkan ia banyak menyemarakan maksiat dari kebaikan....ni lah akhir zaman yang batil nampak haq@benar dan yang haq nampak batil....dimana peranan kita dan majlis fatwa....ingatlah kita tak boleh lari walaupun satu hon atau lebih kecil iaitu satu zarah dari disoal siasat oleh Allah swt....begitu juga cuba nak lari dari mati dan neraka Allah swt...jika maksiat yang kita buat itu tidak sempat bertaubat....kepada Allah swt....








More



Friends18.com Birthday Flash

sabar dan malu digabungkan menjadi cinta itu indah


Jika digabungkan keduanya,mungkin menghasilkan perkara yang positif.Sabar dengan tidak melakukan maksiat....malu dari melakukan maksiat...jika digabungkan maka tiada dan kuranglah zina...kurang anak luar nikah serta pembuangan...Jika hukum quran dijalankan sekalipun ia tak dapat dijalankan sebab tiada ketahap ziaa...malah ringan2 pun tiada dan dijauhi...Jika sabar dari meninggalkan maksiat serta malu pada manusia,lebih2 lagi Allah swt.Ibubapa rasa lega,semua pihak rasa lega dan aman.

Cuma syaitan keluhan kesah dan kepanasan sebab manusia jadi taat pada Allah swt.Agak mustahil berlaku tetapi tidak mustahil.Jika pemimpin itu benar2 takwa...dan semua hukum berlandaskan agama.Islam diletakkan ditempat paling tinggi.Islam dijadikan kaedah untuk mentadbir negara,begitu juga muamalat...muamalat Islam

.Benar2 pemerintahannya mencontohi Rasullullah saw.Sudah tentu Allah akan turunkan rahmat mencurah2...tetapi agak sukar diperolehi tapi tak mustahil berlaku.Ia berlaku dengan kekuasaan Allah swt yang bersifat Ulluhiyah serta Rubbubiyah.IA mengangkat siapa yang IA suka dan menjatuhkan sape yang IA tak suka.Tapi harus diingat bukan yang ada ini tanda IA suka.SukaNYA,IA jika mereka yang memimpin sabar dalam membuat taat dan taqwa.Sabar dan malu adalah salah satu sifat Rasullullah saw.Memang menutur serta menulis...mau pun membahas lebih mudah dari paraktikal dan amalan

.Zaman ini ramai yang boleh cakap tapi tak boleh buat.Kata Syaidina Umar r.a...orang yang pandai bercakap jangan dilantik jadi pemimpin...biasanya ia pandai cakap tapi tak pandai buat kerja...katanya lagi lantiklah orang yang mahir ilmu feqah...sebab ia tahu halal haram...hanya Allah saja yang tahu.

Elok pemimpin mendalami ilmu agama baru memimpin..jangan dah memimpin baru nak mendalami...sebab masa itu kita tak da masa atau sibuk dengan mengurus negara ...sedikit sebanyak sifat berkuasa,sombong sudah ada pada kita...oleh itu gunakan masa yang banyak terluang untuk mendalami agam disamping mengamal apa yang dipelajari dengan bersungguh2...

sistem bercampur gaul suburkan lagi cinta yang membawa kemusnahan dan perlanggaran hukum Allah swt


Tiada siapa berani menafikan sistem bercampur gaul lelaki perempuan secara bebas dimana2 memang dilarang syarak.Dengan kata lain adalah haram.Tiada siapa beri komen...macam tiada haram sebab dah jadi biasa.

Orang agama membisu seribu bahasa.Kalau usik2 pun sikit sahaja.Bercampur gaul ni bermula sejak di tadika lagi,walaupun ia tak haram sebab kanak2 lagi tapi secara sedar atau tidak kita telah melatih mereka tidak malu antara lelaki dan perempuan.Hingga keperingkat lebih tinggi belajar secara campur telah jadi lumrah....

Hingga ke bidang pekerjaan.Siapa nak kita disalahkan...semua menuding jari
kearah yang lain tidak menuding diri sendiri,sekurang2 yang mereka tak menuding diri itu sebenarnya nak selamat dan rasa tak kena mengena dengan dirinya .Tiada pula usaha nak menegah secara serius..malah macam dah seronok.Itu memanglah kesukaan syaitan.Sudah tentu bila dah bergaul timbul urat-mengurat...tegur menegur...mesra2 ...rapat2...itim2...stim2...cinta2...rindu2..berahi2 akhirnya zina.Tak kira bini orang..suami orang dan anak dara serta bujang teruna...

walaupun bukan semua..adakah sebab ini ..kita nak biarkan sahaja...haram tetap haram...Perkara ini sudah tentu ada menyumbang untuk perkara zina..anak luar nikah ...pembuangan anak...sumbang muhram dan pelbagai masalah akan timbul...Ada kita hendak teruskan..hingga Allah murka... dan timpakan bala musibah, baru berubah...sedangkan kita dah mati...sebab musibah itu...Fikirkanlah....

Jangan kita kejar pangkat..gaji besar,hidup mewah...serta berada di zon selesa...sedang kita akan mati..dan ditanya oleh Allah swt..jika gagal maka kita akan dihumban dalam neraka...Jangan kita berfikir yang baik2...,terasa kita akan di masuk kedalam syurga.....sedangkan kita sekarang bergelumang dosa dan maksiat...kemudian mati dan tak sempat bertaubat...Sudahlah hukum Allah tidak dikuatkuasakan..masing2 yang tahu hanya duduk di zon selesa...hidup mewah...jual agama dengan dunia dan main langgar aje...janji dapat duit berguni2...termahsyur pulak tu...didodoi dengan pelbagai kesenangan,kemewahan,kekayaan,kereta2 mewah..rasa tak mati2...dan yang syok berfikiran@berangan2 nanti mati masuk syurga...

sedangkan ia jadi syaitan bisu...dan bercakap tentang hukum berputar2 dan belit2...takut orang benci...nanti tak panggil ceramah...nanti duit tak masuk berguni2...yang seronok maksiat didepan mata selamba tak ditegur....macam tak berdosa...kesian mereka ini memilih kesenangan sementara dengan menolak kesenangan yang kekal...susah gak kalau ada otak letak dikepala lutut...sebenarnya bukan dikepala lutut...tetapi otaknya disandarkan pada wang dan kemewahan semata2...fikirlah sebelum terlambat...jangan hanya pandai ceritakan pasal Karun dan Haman sedangkan kita 2 x 5 = 10.....

seronok syaitan kerana telah berjaya...Kenapa...kerana mereka berjuang,berceramah dsbnya tidak ikhlas ...tujuannya untuk wang dan dunia...manusia boleh kita tipu tetapi Allah swt TIDAK....







Mengapa tidak mengikut lunas2 syarak


Cinta jadi indah jika dipandu oleh syarak serta sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah swt.Selepas kita dijajah oleh Inggeris banyak kita meneruskan tradisi2 walaupun ia bertentang dengan syarak.

Dimana kehebatan mufti2 sekarang...atau ulamak2...guru2 agama atau pemimpin Islam.Islam hanya pada nama,azan dan iqamah masa dilahirkan,cukur rambut,belah mulut banyak yang tidak tahu,aqiqah,korban,solat,haji dan umrah ,bayar zakat,korban...nikah kahwin,cerai berai dan mati...mungkin tudung yang berfesyen2...sedangkan body montok masih jelas...memberahikan....bengkak didada dan punggung...hukum2 lain sudah tidak dipendulikan...macam dah betul Islam yang dibuat.

Lebih suka cerita Islam,pada jual barang,berpakaian,ceramah2 dan pelbagai aktiviti diselit unsur agama.Islam sekarang main selit2...tumpang2..dipinggir2 atau kata lain disingkirkan...kecuali kita mati dan nikah kahwin atau bagaimana yang saya sebut diatas.Adakah kita menganggap agama ini tidak penting...agama ini ciptaan manusia...atau Allah tak erti apa2...tak bijaksana..abis sape yang bijak...kita yang bijak...udara Allah bagi free,nyawa dan roh bagi free dan banyak lagi yang free hingga tak terhitung...

Tapi rasa sendiri cari dan sendiri dapat...Teruk dan dangkal fikirkan kita...Ini hasil dari tidak hadir pengajian agama.Ingat kita tak mati..ingat kita tentu masuk syurga ke...ingat kita pasti sempat bertaubat sebelum mati...susah kalau kita pakai akal syok sendiri...kadang2 dah sakit tenat atau nak mampus masih degil dan tak mahu sedar dan bertaubat..tu lah asyik berseronok,bermewah2 hingga kita tidak ikut lagi peraturan2 syarak.Malah ada yang menentang secara terang2, tentang tak puas hati hukum Allah seperti poligami,faraidh dan hukum2 hudud yang lain...Ingat lu sapa...anak nabi atau rasulke...

Teruk betul orang macam ini...memang tak sedar diri...dah lah Allah hidupkan mereka....lepas tu lawan Allah...dah lah sesat dan ajak orang lain sesat.....memang orang ini tak sedar dik untung.Apa ingat neraka macam panas matahari aje ke...cubanlah masuk dibangunan yang sedang terbakar dengan api sedang menganasnya...nak dekat pun kita tak berani...kalau dah baca rencana ini masih degil dan tak sedar...memang confirm jahil agama dan degil.....memang nak tempah neraka....jika hebat sangat ...tunjukkan kita boleh hafaz quran dalam masa 7 hari atau satu bulan....marilah kita ikut lunas2 dan hukum2 syarak...orang awam ikut cakap ulamak...ulamak2 pulak cakap yang haq dan jangan tipu2...

sebenarnya kalau kita tipu2 dan belit2 bukannya kita tipu2 dan belit2 manusia tetapi Allah swt...he teruk betullah kourang ni tak takut neraka ke..... kalau masih belum mau insaf atau berubah...

Sekelip mata kau berubah





Sederhana Itu Indah

CINTA ITU INDAH BOLEH MENJADIKAN KITA MENONGGENG


Cinta itu indah akan menjadikan tidak indah lagi malah menyakitkan dan menyebabkan kita frust menonggeng..macam mana tak menonggeng..sebab kita dah ditonggek2...ditenggek2 tak kira masa dah macam suami isteri...dah macam2 fesyen digayakan ditempat beradu atau dimana2 yang sempat...kadang2 pasangan ni curang sesama2 sendiri....berjanji sehidup semati...memang masa hidup bersama sebab dah stim...air sedap mesti nak dikeluarkan.

tak kira haram atau neraka...janji sama2 sedap...tiba2 pasangan lari...tak jadi kahwin...kita punya dah rabak..dah puas dijamah...harta dara dah tak ada...menangis darah pun, benda tak kan kembali ...jangan penyakit kelamin atau aids didapati...Tu lah kalau dah bergaul bebas...solat dah tak buat...yang ia pandai main dan main...hingga dirakam tunjuk pada kawan masukkan dalam internet agar semua orang tengok...

Apa punya manusia,apa punya anak...apa punya rakyat...semua diam dan tak mengaku...yang dibela perut dan gaji...yang dikeras dikeraskan lagi..tak boleh kahwin lebih tenggekan mana perempaun boleh ditenggek...Hukum dunia tak sekuat mana...banyak yang lepas...yang penting sedap...tak kira lagi hukum Allah...mati lambat yang difikirkannya...apa lagi belasah aje semasa muda atau barang itu masih keras...badan masih montok ratah sesuka hati...neraka tak fikir sebab dah sedap...dengar ceramah agama..solat tak nak...yang hendak menenggek dan ditenggek...kenapa tak kahwin...dah kahwin tak sedap...zina lagi sedap...syaitan pun tak suka ,kita kahwin...kahwin dah tak bebas...tak boleh ditenggek dan menenggek...mungkin pembaca kata tulisan saya kasar dan lucah...tulisan aje...bagaimana orang yang benar2 main...berjimak...berzina tak lucah lagi ke...

yang menentang hukum Allah tak kasar...memang tuan puan double stardard...bersyarikat dengan syaitan...sabar...dah ramai yang sabar mati...sabar2 tak ada apa yang dibuat...diam...tak bertindak akhirnya yang sabar gol...sok di akhirat jawab aje lah...cinta yang indah akan jadi kita merana bila madu kita dah abis dihisap ia cabut lari dan cari madu lain yang asli lagi sedap manis dan enak...neraka ..bagi orang macam ini ia tak fikir....mati pun tak fikir..kalau ia fikir tentu ia baik dan tak buat...tak setuju ...

kena setuju...tak setuju gak...memang tuan puan jenis orang sentiasa nak menang...orang yang menang hakiki ialah orang yang akan dimasukkan kedalam syurga kelak oleh Allah swt...