JANGAN SEBAB CINTA MARUAH TERKORBAN...DAN TERUS BERGELUMANG DOSA DAN TAK MAU BERTAUBAT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Friday, October 30, 2009
SAKA DAN CINTA
Saka mungkin ada yang tidak tahu atau tidak faham apa yang dimaksudkan saka.Kebanyakan orang melayu di Malaysia tahu dan mungkin tempat lain juga tahu.
Cuma istilah sahaja mungkin tidak sama.Saka ini merupakan makhluk Allah swt juga yang lebih dikenali dengan panggilan jin.Jin ini juga terdiri dari pelbagai agama,secara mudah ada jin kafir dan ada jin Islam.Bila jin Islam ia tidak jauh beza dengan manusia Islam,ada baik dan soleh,munafik,zalim,fasik dan mungkin sudah keluar Islam tapi masih menganggap dirinya Islam.Sama ada saka keturunan(turun menurun),berbentuk yang menumpang,dituntut atau sebagainya.Dan lagi sama kita sedar atau tidak sedar kita mempunyai saka atau saka mengawal kita pada sesuatu2 ketika.Mungkin ada saka baik tetapi ada saka jahat atau ahli maksiat.Suka berpoya2,berzina dan sebagainya.
Jadi kita hanya dijadikan oleh saka sebagai sarung atau alat pemuas nafsunya semata2.Satu kelemahan saka ini ialah orang mempunyai saka mudah dirasuk jin atau terkena sihir sebab jin iaitu saka dan jin yang datang merasuk atau sihir,semuanya ada bersangkut paut dengan jin juga.Mereka ada kontek antara satu dengan lain.
Dengan kata lain mereka tolong menolong antara satu dengan lain.Kecuali jin Islam yang taqwa.Ini disebabkan dikalangan jin juga ada yang taqwa sama seperti manusia.Bagi jin jahat,fasik,munafik,kafir serta suka kepada maksiat,zina dan sebagainya.Saka@jin ini merasuk kita(tuan badan@yang ada saka)agar suka berzina dll.Jadi dengan secara tidak langsung kita suka dan mudah kearah itu iaitu melakukan maksiat walaupun kita sebenar kuat berpegang pada agama.Gulungan ini juga tidak terlepas dari mainan dan kejahatan jin(saka).Rasa cinta disebabkan dorongan saka atau sihir juga ada dalam masyarakat yang agak sukar dibendung dan sukar diketahui dan dikesan.
Bahayanya ialah dikhuatiri dalam keadaan sedar tidak dikuasai saka atau sihir kita tetap berzina atau buat maksiat sebab sudah biasa dan sedap dengan zina serta perbuatan maksiat tu.Dengan kata lain sudah sebati.Maka banyaknya berlaku perzinaan serta maksiat lain adalah hasil dari dorongan saka,jin dan perbuatan sihir.Bagi mengatasi masalah ini tiada jalan lain dengan memperbanyakkan ibadat serta doa memohon perlindungan dari Allah swt.
Biasanya jin dan saka ini tidak suka kepada orang yang bertaqwa atau orang yang mempunyai hubungan rapat dengan Allah swt.Ada juga cara mengatasinya berubat dengan cara yang benarkan oleh syarak.Memang tidak digalak berubat dengan sihir juga atau mengunakan perkhidmatan jin.Ini dikhuatiri jin yang digunakan untuk mengubat kita, mengambil tempat saka atau jin yang menjadi alat bagi mengubat sihir kepada kita.
Mungkin ada cara lain mengelak saka,jin serta syaitan iaitu dengan melakukan segala ibadah semata2 ikhlas kerana Allah swt.Inilah Allah swt nyatakan kepada syaitan yang memohon untuk merosakan@mengoda cucu-cicit nabi Adam as.Boleh mengodanya(cucu@cicit nabi Adam as) kecuali orang yang ikhlas dalam beragama(tidak boleh digoda).Dengan keterangan yang serba kekurangan diatas mudahan2 sedikit sebanyak membantu tentang masalah saka serta sihir yang berperanan memberi perasan cinta,rindu,berahi,ketagih,tanpa segan silu untuk berzina atau membuat kerja2 maksiat yang lain.
Banyakkan mohon perlindungan dengan Allah,serta mengamalkan bacaan ayat Kursi,ayat seribu dinar juga 3 qul.Mudah2an sedikit sebanyak dapat membantu masalah saka dan jin ini.Boleh juga dengan cara melanggar segala pantang larang,kerana apabila pantang larang ini dilanggar biasanya yang ada hubungan dengan jin atau saka.Jadi dengan melanggar pantangnya, dengan sendiri ia(saka dan jin itu) lari atau pun tidak lagi bersama dengan kita(sebab telah melanggar perjanjian).Jika masih tidak dapat diatasi masalah ini,eloklah berjumpa dengan orang yang lebih arif dalam bidang saka,jin dan sihir dengan syarat mereka ini tidak mengubat atau membuang saka,jin dan sihir ini,dengan menggunakan jin juga atau tidak melanggar hukum2 syarak...
Bagi orang yang mengunakan khidmat saka,jin dan sihir elok berhenti dan bertaubat kerana kesan diakhirat nanti amat berat seksaannya serta sangat2 dimurkai Allah swt.Ingat,sehebat mana pun kita,kita tetap mati dan akan menerima balasan dari Allah swt Yang Maha Berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment