Thursday, February 17, 2011

RAGAM DUNIA 1

Mengamuk 28 jam kerana dilarang pandu kereta


MAKSIM GELMAN dikawal oleh beberapa anggota polis di sebuah stesen tren bawah tanah di New York kelmarin.



NEW YORK - Seorang artis grafiti, Maksim Gelman yang bersenjatakan lima bilah pisau mengamuk selama 28 jam di bandar raya ini sebelum dia ditangkap kelmarin.
Menurut polis, Gelman yang berusia 23 tahun membunuh bapa tiri dan bekas kekasihnya, Yelena Bulchenko pada Jumaat lalu.
Pemuda itu turut membunuh ibu bekas kekasihnya sebelum dia melanggar sehingga mati seorang pejalan kaki dengan menggunakan sebuah kereta.
Lelaki itu sempat menikam seorang lagi pejalan kaki sebelum dia ditangkap polis di Times Square di sini kelmarin.
Menurut sumber, Gelman melakukan pembunuhan itu hanya kerana bapa tirinya melarang dia memandu kereta Lexus milik keluarga mereka.
Pemuda itu kemudian bertindak menikam bapanya yang berusia 54 tahun pada pukul 5 pagi Jumaat di apartmen mereka sebelum melarikan diri dengan mencuri kereta Lexus itu.
Gelman kemudian pergi ke rumah bekas kekasihnya dan menikam dia dan ibunya sehingga mati.
Pemuda itu kemudian melanggar seorang pejalan kaki yang kemudian mati sebelum dia menikam tiga orang lagi namun mereka tidak mati cuma mengalami kecederaan.
Dia ditangkap selepas seorang penumpang memberitahu anggota polis bahawa seorang lelaki yang wajahnya disiarkan akhbar kerana menikam mati empat orang berada bersama mereka di dalam tren.
Penumpang itu memberitahu polis tersebut di platform tren.
Gelman kemudian keluar dari tren itu dan menaiki sebuah tren lain sebelum dia menikam seorang penumpang.
Dia kemudian menuju ke bilik pemandu dengan menyamar sebagai polis.
Namun, dia bernasib malang kerana salah seorang anggota polis yang sudah berada di dalam bilik pemandu tersebut bertindak menjatuhkan Gelman sebelum menangkapnya. - Agensi


Memancing dari tebing tinggi


LELAKI ini tidak menghiraukan angin kuat semasa dia memancing.



DOWNPATRICK, Ireland Utara - Seorang nelayan menangkap ikan dari tebing setinggi 45.72 meter dekat Downpatrick dengan menggunakan pancing, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Walaupun angin bertiup selaju 112 kilometer sejam, lelaki itu berjaya memperoleh lima ekor ikan kembung selepas memancing selama 90 minit baru-baru ini.
Seorang lelaki yang melalui tebing tinggi itu berkata: "Pemancing tersebut tidak mempedulikan bahaya yang dihadapinya (semasa memancing)." - Agensi


Harimau jaguar bermata juling jadi tumpuan


SEEKOR harimau jaguar yang memiliki sepasang mata juling kini menjadi daya tarikan di Zoo Delitzscher di Jerman.



BERLIN - Seekor harimau jaguar yang mempunyai sepasang mata juling menjadi tumpuan para pengunjung Zoo Delitzscher di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
Harimau jantan berusia 14 tahun itu tinggal dekat sebuah zoo di Leipzig yang turut menempatkan haiwan possum bermata juling bernama Heidi.
Jurucakap zoo tempat harimau jaguar itu dipelihara menyatakan, pihaknya tidak mengetahui kenapa ia memiliki sepasang mata juling.
"Ia amat gembira tetapi haiwan itu tidak akan dapat hidup lama dalam hutan kerana mata tersebut," katanya.
Dia menjelaskan, kesan daripada mata juling itu, haiwan tersebut tidak suka memburu dan memanjat. - Agensi


Ikan paus bengkok


SEEKOR ikan paus yang bengkok dekat bahagian ekor ditemui dekat perairan Pulau Kauai, Hawaii pada Isnin lalu.



HONOLULU - Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat pada Isnin lalu.
Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut.
Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung.
Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba. - Agensi


Kanak-kanak miliki 26 jari


LAI YADI MIN mempunyai tujuh jari pada setiap kakinya dan 12 jari tangan.


BEIJING - Seorang kanak-kanak berketurunan Cina berusia setahun yang tinggal di Okkalarpa Selatan di Yangon, Myanmar, Lei Yadi Min mempunyai 12 jari tangan dan 14 jari kaki, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kanak-kanak itu kini menunggu pengesahan rasmi daripada Guinness of World Records bagi kategori bilangan jari tangan dan kaki yang paling banyak.
Dia memiliki tujuh jari pada setiap kaki dan enam jari tangan.
Secara keseluruhannya, Min mempunyai 26 jari.
Dia bersaing dengan dua rakyat India masing-masing berusia lima tahun dan 15 tahun yang memiliki 12 jari tangan dan 13 jari kaki dengan jumlah keseluruhan 25 jari. - Agensi





Nenek dedah punca dia tumpaskan enam perompak


GAMBAR yang dirakamkan seorang jurugambar menunjukkan Ann Timson (dalam bulatan) memukul seorang perompak di depan sebuah kedai barang kemas di Norhampton, Britain pada Isnin lalu.



NORTHAMPTON - Seorang nenek di Britain, Ann Timson yang menumpaskan enam penjenayah yang mahu merompak sebuah kedai barang kemas dengan menggunakan beg tangannya, menafikan dia merupakan seorang wirawati, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Mungkin sesuatu yang bodoh buat saya kerana terlibat dalam kejadian itu tetapi seseorang perlu melakukan sesuatu," katanya selepas kejadian itu berlaku pada Isnin lalu.
Menurut jiran-jirannya, dia kerap memeriksan penduduk yang terdedah pada jenayah di kawasan perumahannya.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, nenek berusia 71 tahun itu memukul kesemua penjenayah itu dengan beg tangannya apabila dia melihat mereka cuba melarikan barang kemas dari sebuah kedai di sini.
"Saya sedang berdiri dan berbual dengan seorang wanita apabila saya terdengar bunyi bising dan melihat enam lelaki menaiki beberapa skuter di seberang jalan.
"Mereka sedang memukul seorang lelaki dan saya cuba masuk campur untuk membantu lelaki itu. Apa yang merisaukan saya ialah orang ramai hanya berhenti untuk melihat tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan perbuatan tersebut.
"Apabila saya berada dekat dengan mereka baru saya sedar bahawa kejadian itu adalah satu rompakan dan saya bertambah marah kerana mereka (kumpulan perompak) fikir mereka bebas melakukan jenayah di tempat terbuka pada siang hari," katanya.
Menurutnya, dia kemudian memukul seorang perompak itu dengan menggunakan beg tangannya tetapi lelaki itu melarikan diri manakala rakan-rakannya cuba memecahkan cermin untuk mencuri barangan kemas.
"Saya tidak tahu apa yang berlaku seterusnya tetapi saya terus menghayunkan beg saya. Saya memukul seorang perompak yang berada di atas skuter sehingga dia terjatuh. Dia mengangkat sebatang tukul besi untuk memukul saya, jadi, saya terus memukul sambil menjerit meminta pertolongan," jelas nenek itu.
Nasib warga emas itu baik, kerana orang ramai yang berada di sekitar kawasan itu datang untuk menolongnya.
Kejadian tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Salah seorang perompak itu ditangkap oleh orang awam.
Selepas perompak itu disoal siasat, polis telah memberkas tiga lagi rakannya yang lain dan bakinya kini diburu pihak berkuasa. - Agensi


Budak 13 tahun cipta laman mirip Facebook


MUKA surat Muhamad Yahya Harlan dalam laman salingsapa.com.



BANDUNG - Walaupun baru berusia 13 tahun, seorang budak lelaki di Indonesia, Muhamad Yahya Harlan ternyata hebat apabila dia mencipta laman jaringan sosial mirip Facebook, lapor akhbar dalam talian, Tribunnews.com semalam.
Laman itu yang dinamakan salingsapa.com dapat disiapkan Muhamad yang belajar di Sekolah Alam Bandung, di sini, dalam masa sebulan.
Konsep salingaapa.com hampir menyerupai Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg dari Amerika Syarikat tetapi Muhamad berkata, laman webnya menampilkan beberapa ciri tambahan.
"Pada awalnya, saya menonton berita tentang ada orang Indonesia yang mencipta laman web seperti Facebook dalam bahasa Indonesia.
"Saya terus terfikir, saya juga boleh mencipta laman web serupa, tetapi lebih baik lagi," kata Muhamad ketika ditemui di sekolahnya kelmarin.
Seterusnya, anak sulung pasangan Yan Harlan, 45, dan isterinya, Fidriana, 37, itu mulai 'mengklik' komputernya untuk merancang ciri-ciri laman sosial yang akan dihasilkan nanti.
Dia turut mendapat bantuan daripada ayahnya yang menyumbang idea tentang ciri-ciri yang diperlukan untuk menghasilkan salingsapa.com.
Kini, kejayaan pelajar cilik itu mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak.
Menurut ibunya, Muhammad membentangkan hasil kerjanya itu di hadapan 12 mahasiswa Institut Teknologi Bandung semalam.
"Harapan kami ialah laman sosial ciptaan anak saya ini akan digunakan untuk tujuan kebaikan," kata ibunya. - Agensi



Bieber beli kondo RM5.2 juta


RUANG di dalam kondominium Justin Bieber di Los Angeles.



LOS ANGELES - Dalam usia baru mencecah 16 tahun, penyanyi terkenal, Justin Bieber dilaporkan telah membeli satu unit kondominium berharga AS$1.7 juta (RM5.2 juta) di Los Angeles, lapor laman Real Estalker.com di Internet semalam.
Kondominium penyanyi pop itu dikatakan memiliki tiga buah bilik, terletak di kawasan Westwood, bersaiz 222.967 meter persegi dengan hiasan dalaman yang moden.
Keseluruhan kondominium itu dilengkapi jubin lantai berkilat, dinding berwarna putih dilengkapi perabot mewah dan cermin dari lantai hingga ke siling.
Kondominium itu turut menyediakan kemudahan lain seperti pusat kesihatan, tempat letak kenderaan dan bilik parti. - Agensi


Chef wanita bogel di Hong Kong




HONG KONG - Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.
"Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post.
Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.
Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.
Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.
Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.
Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. - Agensi



Pindah zirafah guna rakit besar


EMPAT ekor zirafah dipindahkan dengan menaiki rakit besar di Tasik Baringo, Kenya baru-baru ini.



TASIK BARINGO, Kenya - Lapan ekor zirafah dipindahkan dari Tasik Baringo, Kenya ke habitat asal mereka iaitu Taman Pemuliharaan Ruko Game baru-baru ini dengan menaiki sebuah rakit besar, lapor sebuah akhbar semalam.
Taman pemuliharaan itu terdiri daripada kawasan seluas 7,689 hektar yang terletak di bahagian timur Tasik Baringo. Zirafah-zirafah itu kelihatan seperti itik di dalam air apabila lehernya yang panjang itu mengintai di sebalik kandang untuk melihat apa yang berlaku di sekelilingnya.
Ini merupakan kali pertama haiwan tersebut dipindahkan melalui jalan air dalam sejarah Kenya.
Dua buah bot yang membawa beberapa pakar pemuliharaan turut mengiringi rakit besar itu bagi memastikan ia bergerak dengan stabil. - Agensi

RAGAM DUNIA

Ketam labah-labah semakin membesar


KETAM labah-labah yang dipamerkan di Akuarium Sea Life Weymouth, Dorset memiliki berat 15 kilogram.


WEYMOUTH - Seekor ketam labah-labah gergasi seberat 15 kilogram semakin membesar selepas ia ditangkap oleh seorang nelayan di Heda, Teluk Suraga, barat daya Tokyo, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam labah-labah Jepun itu pada mulanya mahu dijual untuk dijadikan hidangan makanan.
Bagaimanapun, nelayan itu menghubungi seorang ahli biologi yang bekerja dengan Akuarium Sea Life Weymouth di Britain, Robin James.
James pernah melawat kampung nelayan itu beberapa minggu sebelum ketam tersebut ditangkap.
Ahli biologi tersebut kemudian mengatur rancangan untuk menyelamatkan ketam labah-labah itu daripada dibunuh untuk dijadikan makanan.
Kakitangan di akuarium itu percaya bahawa ketam tersebut adalah yang paling besar pernah dipelihara di dunia.
Ketam labah-labah yang berusia 40 tahun itu kini dipamerkan di akuarium tersebut di Weymouth, Dorset, Britain sebelum ia dipindahkan ke Munich, Jerman. - Agensi


Wartawan AS jadi mangsa serangan seksual


GAMBAR Lara Logan (tengah) dirakamkan di Dataran Tahrir, Kaherah sebelum dia diserang pada Jumaat lalu.


NEW YORK - Seorang wartawan stesen televisyen CBS, Lara Logan menjadi mangsa serangan seksual oleh sekumpulan lelaki ketika dia membuat liputan mengenai pergolakan di Mesir.
Menurut kenyataan stesen itu, kejadian tersebut berlaku semasa Logan, 39, berada di Dataran Tharir, Kaherah pada Jumaat lalu terpisah daripada anggota-anggota kumpulannya pada Jumaat lepas.
"Dia dan pasukannya serta petugas-petugas keselamatan mereka dikelilingi golongan berbahaya semasa orang ramai meraikan pengunduran Hosni Mubarak. Dia dikelilingi lebih 200 orang yang hilang akal," jelas CBS.
Menurut kenyataan itu, Logan dikelilingi dan mengalami serangan seksual yang kejam selain dipukul sebelum dia diselamatkan oleh sekumpulan wanita serta kira-kira 20 askar Mesir.
Wartawan itu terpisah daripada kumpulannya di antara 20 hingga 30 minit.
Menurut sumber akhbar Wall Street Journal, Logan, 39, yang merupakan ibu dua anak tidak dirogol
Dia diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu dan kini beransur pulih selepas menerima rawatan di sebuah hospital di New York.
Wanita kelahiran Afrika Selatan itu yang pernah membuat liputan konflik di Iraq dan Afghanistan merupakan antara koresponden peperangan paling dikenali di AS.
Dia dilantik sebagai ketua koresponden asing CBS pada 2006. - Agensi


Penyu gergasi ganggu majlis perkahwinan


KATHRYN dan suaminya menolak penyu gergasi di Akuarium Sea Life di London pada Isnin lalu.


LONDON - Seekor penyu gergasi mengganggu satu majlis perkahwinan yang diadakan di dalam Akuarium Sea Life di sini pada Isnin lalu.
Insiden itu berlaku semasa pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin wanita.
Seekor penyu gergasi itu kemudian menghampiri mereka sebelum ia menggigit gaun pengantin perempuan, Kathryn O'Connor.
Kathryn dan pengantin lelaki, James Oliver kemudian bertindak menolak penyu tersebut dengan tangan mereka.
Oliver kemudian meneruskan majlis perkahwinan dengan mendukung isterinya itu manakala seorang jurugambar merakamkan peristiwa melucukan itu. - Agensi



DUNIA


Sepasang naga dilihat di Kalimantan


SEORANG penumpang bot sempat merakamkan gambar naga raksasa sepanjang 40 meter
di Sungai Mahakam, Kutai Barat, Indonesia pada 29 Januari lalu.


KUTAI BARAT - Penduduk di Kutai Barat, wilayah Kalimantan Timur digemparkan dengan kemunculan sepasang naga raksasa sebesar sepanjang 40 meter.
Haiwan itu dilihat menyusur di permukaan air di Sungai Mahakam yang menghubungkan Riam Haloq, Kampung Long Tuyoq, Kecamatan Long Pahangai di sini.
Naga raksasa seperti ular itu didapati melintas di sungai ini diyakini masyarakat suku Dayak sebagai naga.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar Tribun, peristiwa kemunculan naga tersebut berlaku pada 29 Januari lepas.
Pada hari kejadian, sejumlah penumpang dan pemandu sebuah bot panjang yang dalam perjalanan ke sini melihat sepasang naga mirip ular raksasa itu melintas di permukaan Sungai Mahakam dari arah berlawanan.
Bimbang mereka akan menjadi korban haiwan raksaksa itu, pemandu bot berkenaan mengemudi botnya ke tepi sungai untuk memberi laluan.
"Kedua-dua ekor naga itu bergerak terus dan tidak merasa terganggu dengan kehadiran bot itu," kata seorang penduduk tempatan, Dodik, yang mendengar tentang peristiwa itu daripada keluarganya di Mahakam Ulu.
Pemandu dan beberapa penumpang bot itu kemudian merakamkan gambar raksaksa tersebut dengan menggunakan telefon bimbit berkamera.
Gambar-gambar naga raksasa itu kemudian tersebar dan menggemparkan masyarakat tempatan.
Menurut seorang penduduk di sini, terdapat dua naga yang dilihat. Salah satu haiwan itu dipercayai jantan kerana terdapat dua tanduk di kepala manakala naga betina pula tidak bertanduk.
Kedua-dua haiwan itu memiliki empat kaki, kulit berwarna hitam dengan panjang sekitar 40 meter. - Agensi


DUNIA


Kapal selam seludup dadah berhawa dingin


DUA orang askar mengawal sebuah kapal selam milik penyeludup dadah di Sungai Timgiqui, Colombia kelmarin.


BOGOTA - Tentera Colombia buat kali pertama merampas sebuah kapal selam penyeludup dadah berhawa dingin yang mampu menyelam sedalam tiga meter dan melakukan perjalanan jauh sehingga ke perairan Mexico, kata pihak berkuasa kelmarin.
Sebelum ini, kapal selam penyeludupan dadah yang ditemui di Colombia tidak boleh melakukan selaman ke dalam laut.
Seorang pegawai tentera Colombia, Kolonel Manuel Hurtado berkata, kapal selam itu sepanjang 30 meter dan diperbuat daripada gentian kaca serta boleh membawa enam kru.
Menurutnya, ia yang ditemui di Sungai Timgiqui, sekitar 440 kilometer ke barat daya Bogota, pada Ahad lepas boleh membawa sehingga lapan tan dadah.
Hurtado menyatakan kapal selam yang dilengkapi dengan enjin diesel itu mengambil masa di antara enam hingga lapan bulan untuk dibina dengan melibatkan kos sebanyak AS$2 juta (RM6.10 juta).
Dia berkata, kapal selam itu ditemui berdasarkan maklumat risikan. Ia didapati kosong semasa ditemui. - Agensi


Ibu jari palsu pada kaki mumia Mesir kuno


ORGAN ibu jari palsu yang tertua di dunia disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.


LONDON - Satu ibu jari kaki palsu yang ditemui pada kaki mumia Mesir kuno dipercayai merupakan organ palsu tertua di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Artifak tersebut yang diperbuat daripada kayu dan kulit, kini disimpan di Muzium Mesir, Kaherah.
Ia digunakan pada tahun 600 Sebelum Masehi bagi membantu orang yang hilang ibu jari kaki berjalan seperti biasa.
Ibu jari kaki palsu itu beberapa ratus tahun lebih tua daripada kaki palsu Empayar Rom yang dipercayai organ palsu terawal ditemui sebelum ini. - Agensi


Suami simpan mayat isteri 12 tahun

SEOUL - Seorang lelaki Korea Selatan ditangkap selepas 12 tahun dia membunuh dan menyimpan mayat isterinya di dalam sebuah kotak besar, kata polis semalam.
Menurut polis, kotak besar itu diletakkan di rumah seorang anak perempuannya.
Anak perempuannya itu yang berusia 20 tahun itu terjumpa kotak besar tersebut yang dibalut dengan 10 lapisan plastik semasa dia mahu melakukan persiapan untuk berpindah ke kediaman lain.
Dia yang terkejut melihat mayat seorang wanita di dalam kotak itu bertindak menghubungi polis untuk membuat siasatan pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, siasatan cap jari membuktikan mayat itu adalah ibunya.
Suspek yang dikenali sebagai Lee berusia 51 tahun itu kemudian ditangkap oleh polis di Bucheon.
Lee berkata kepada wartawan bahawa dia bertengkar dengan isterinya kerana masalah perpindahan rumah baru dan perkara lain.
"Namun saya menyimpan mayat itu sebab rasa bersalah terhadap isteri dan anak perempuan saya." katanya.
Lee disyaki membunuh isterinya yang berusia 39 tahun itu di rumahnya pada Jun 1999. - AFP


Aksi spontan juruterbang dalam jet


GAMBAR menunjukkan bentuk jet Typhoon yang dirakamkan jurugambar, Peter Bailey di Cadair Idris,Wales baru-baru ini.


CADAIR IDRIS, Wales - Seorang juruterbang sempat melambaikan tangan ke arah seorang jurugambar semasa dia berada di dalam sebuah jet tempur yang bergerak pada kelajuan 804 kilometer sejam di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Juruterbang itu melambaikan tangannya ke arah jurugambar tersebut, Peter Bailey yang berada kira-kira 91.44 meter dari jet tersebut di kawasan pergunungan Cadair Idris baru-baru ini.
Bailey sempat merakamkan gambar juruterbang Tentera Udara Diraja Britain itu yang duduk di dalam ruang kokpit jet Typhoon berharga £68 juta (RM332 juta).
Semasa gambar itu dirakamkan, jet tersebut melakukan satu latihan ketenteraan. - Agensi


DUNIA


Ibu tumpang lahir cucu lelaki


KRISTINE CASEY yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya (kiri) melihat cucu lelaki yang dilahirkannya di sebuah hospital di Chicago pada Rabu lalu.


CHICAGO, Amerika Syarikat - Seorang wanita berusia 61 tahun, Kristine Casey yang menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya berjaya melahirkan seorang cucu lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.
Kristine melahirkan anak untuk anak perempuannya itu menerusi pembedahan di sebuah hospital di sini pada Rabu lalu.
Dia bersetuju menjadi ibu tumpang selepas anak perempuannya yang kini berumur 35 tahun tidak dapat melahirkan anak selepas dia mengalami keguguran.
Menurut Dr. Susan Gerber, pembedahan untuk mengeluarkan bayi tersebut tidak rumit.
Kelahiran bayi itu disambut dengan gembira oleh semua anggota keluarga termasuk Kristine. - Agensi

Thursday, February 3, 2011

MATI ITU PASTI

"If you tell the truth you don't have to remember anything".

"Tidak ada yang dapat mengubah Qadak (takdir) selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur selain kebajikan."


(Hadis Riwayat Salmam Al Faris)

بسم الله الرحمن الرحيم

MATI!!!
---Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa---

Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.
Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa:

“Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?
” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) syurga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam syurga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang dimatikan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka):
“Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”.
(QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.

Wallahu a’lam bish-shawab.

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikurniakan hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jambatan jambatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.

SAKRATULMAUT ORANG ZALIM

Imam Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang lelaki besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tak sadarkan diri. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang yang melakukan kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.

Kisah ini menggambarkan bahwa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar yang berserabut yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.


Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan datang pada kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi boleh tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata):

“Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan seksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."
(QS Al-An’am 6:93)

(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata);

“Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun”. (Malaikat menjawab): “Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan”. Maka masuklah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu.
(QS, An-Nahl, 16 : 28-29)

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zalim, si malaikat akan berkata,

“Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang yang sekaratulmaut itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.

Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda,

“Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.

Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zalim di neraka,

“Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan seksa neraka”.
Naudzubilamindzalik!


"Ambillah orang-orang berdosa itu,dan bawalah ke dalam NERAKA JAHIM .Sudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya.Rasailah seksaan itu,sesungguhnya dahulu orang yang gagah lagi mulia.Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan di masa dahulu itu."
[Ad-Dhukhan:47-50]


~Tingkat keenam ialah neraka Jahim.Di sini ditempatkan orang-orang yang MENDUSTAKAN AGAMA,iaitu orang-orang Islam YANG BERDOSA.Mereka yang berbuat apa yang dilarang Allah SWT ,terutamanya yang BERZINA,MEMINUM ARAK DAN MEMBUNUH TANPA HAK.
_______________________________________________________
"ALHAMDULILLAH"

"sekiranya dunia dan seluruh harta kekayaan yang ada diserahkan kepada seseorang dari umat ku, lalu ia mengucapkan ALHAMDULILLAH, maka ucapan ALHAMDULILLAH itu lebih baik dan lebih berharga bagi ( daaripada harta benda yang banyak itu)."

Sabda Rasulullah S.A.W

__________________________________________________________



Fatima Zahra:

"Setiap muslim itu bila dia bersembahyang,dosa-dosanya diangkat ke atas kepalanya,setiap kali dia sujud berguguranlah jatuh dosa-dosa itu,maka bila dia selesai melaksanakan solatnya itu bermakna sudah hilang darinya dosa-dosa."
(at-Tabrani)
__________________________________________________________

Beza DUNIA & AKHIRAT.

"Tanya sahabat kepada Rasulullah S.A.W, apakan kebesaran dunia jika dibandingkan dengan kebesaran akhirat?"

Jawap Rasulullah S.A.W : "apa bila dicelup jari mu dilautan, kesan air laut yang terlekat pada jari mu itu adalah "dunia", selebih air lautan tadi adalah kebesaran alam diakhirat yang kekal.

ALLAH'HU'AKBAR!!!

__________________________________________________________
Sabda Rasulullah S.A.W

>>

"Manusia seperti orang tidur, setudah dia mati baru dia bangun (sedar)."
__________________________________________________________

Hadis Rasulullah S.A.W

"Allah S.W.T. menjadikan 100 rahmat. Satu rahmat diberikan untuk seluruh makhluk yang hidup diatas dunia. Dengan rahmat inilah semua manusia, binatang dan burung berkasih sayang. Sedangkan 99 rahmat disediakan Allah untuk Akhirat nanti".

__________________________________________________________

"Berwuduklah dengan sempurna keranaNYA, sesungguhnya ketika berwuduk itu maka akan digugurkan dosa dosa bersama air yang lengalir ketika berwuduk itu."



"Siapa yang membaca tiap habis shalat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus membaca 'Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir' maka akan diampunkan baginya semua dosa-dosanya meski pun sebanyak buih air laut."

(HR Muslim)

__________________________________________________________

Maryam~firman Allah s.w.t . yang bermaksud :

"Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ?

Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang".


Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:

Solat Subuh
Barang siapa yang meninggalkan solat subuh , nescaya Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka selama 60 tahun.

Solat Zohor
Barang siapa yang meninggalkan Solat zohor dengan sengaja dosanya sama dengan membunuh 1000 orang Islam

Solat Asar
Barang siapa yang meninggalkan Solat Asar dengan sengaja , dosanya sama dengan seperti ia meruntuhkan Ka'abah (Rumah Allah)

Solat Maghrib
Barang siapa yang meninggalkan Solat Maghrib dosanya sama seperti ia berzina dengan ibunya atau anak perempuan bagi orang-orang lelaki ataupun berzina dengan bapa atau anak lelaki bagi orang-orang perempuan.

Solat Isya'
Barang siapa yang meninggalkan Solat Isya' nescaya Allah tidak akan redha ia tinggal di dunia ini ( bumi Allah ) dan menggunakan segala nikmat kurniaan Allah. Segala gerak geri adalah semata-mata dalam keadaan berdosa kepada Allah s.w.t.

__________________________________________________________
RENUNGAN BERSAMA SEBAB ATAU TANDA HATI MATI.

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
1. Hubbun dunia (kasihkan dunia)
2. Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3. Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
1. Zuhud dengan dunia
2. Zikrullah
3. Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah

Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
______________________________________________________
Dari Masturid B Syaddad bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Demi Allah tiadalah dunia ini dibandingkan dengan akhirat adalah seumpama salah seorang dari kamu memasukan anak jari kedalam sebuah sungai dan diangkat, maka lihatlah sebanyak mana air yg melekat dijari itu ialah (dunia yang sedikit) begitulah jika dibandingkan kehidupan akhirat.

"(HR Muslim)
_______________________________________________________
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir"
(al-Maidah: 44)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang zalim"
(al-Maidah:45)

"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang fasiq"
(al-Maidah:47)

"Dan Kami telah turunkan kepadamu al-Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya (iaitu kitab-kitab sebelumnya), maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu".
(al-Maidah:48)

"Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling dari hukum Allah, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka"
(al-Maidah:49)
________________________________________________________
Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau
mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan
kezaliman dan pembohongan.

Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan
pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku
dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).

Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong
kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan
dia akan mendatangi telaga (di syurga).

Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.
________________________________________________________
Dari Sahl bin Saad as-saaidi ra berkata : Rasulullah saw bersabda,

"Ya Allah ! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu (sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudah tidak diikut lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (pada fasiqnya), lidah mereka seperti lidah orang Arab (pada fasihnya).

H.R Ahmad

~Renungan~
Mungkin zaman sekarang ini sudah mendekati keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw diatas. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama. Mereka takut mendekati para ulama, kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. Orang tidak segan lagi membuat maksiat walau pun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya. Terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. Golongan ini juga pandai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. Percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain padahal, hati mereka adalah hati harimau yang bersedia untuk menerkam mangsa atau musuhnya.

Nuzubillah!
________________________________________________________
Dari Abdullah r.a berkata bahwa aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

"Kebanyakan kesalahan anak Adam adalah melalui lidahnya"

(HR Tabrani)
________________________________________________________
Muaz B Jabal r.a telah bertanya kpd Rasulullah saw.

"Adakah semua perkara yang kami perkatakan akan dicatat dlm buku catitan amalan?

Baginda saw bersabda:

"Semoga ibumu meratapimu! Ketahuilah bahawa ucapan buruk dari lidahlah yang menyebabkan manusia tersungur ke dalam neraka diatas hidung masing2 & selama mana kamu diam, kamu terselamat dari bencana lidah. Apabila kamu mula memperkatakan sesuatu, maka akan tertulis bagimu dosa atau pahala.

(HR Tabrani)
________________________________________________________
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda :

"Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."

(Riwayat Al-Bukhari)
_________________________________________________________

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X

Wassalam.............:) ♥ ISLAM.


Maher Zain Inshaallah Versi Bahasa Melayu