Sunday, November 21, 2010

DUNIA DAN AKHIRAT ...JUGA SEMUANYA MILIK ALLAH SWT

DUNIA


Polis tangkap suspek berkepala unik


GAMBAR menunjukkan lelaki yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez memiliki bentuk kepala yang ganjil.


MIAMI, Florida - Polis menangkap seorang lelaki yang didakwa melanggan pelacur di sini pada awal bulan ini yang mempunyai bentuk kepala yang ganjil, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Carlos Rodriguez berusia 25 tahun kemudiannya dibebaskan oleh polis selepas disoal siasat.
Menurut laporan polis, seperti disiarkan dalam laman Miami New Times, polis mengklasifikasikan dia mempunyai separuh kepala dalam ruangan ciri-ciri fizikal suspek yang unik.
Seorang kakitangan wanita di Pusat Pratahanan Daerah Miami-Dade mengesahkan bentuk kepala lelaki itu dengan menyatakan dia melihat suspek tersebut kira-kira seminggu lalu. - Agensi


DUNIA


80 jam terperangkap 18 meter bawah laut


Fan (mata ditutup) didukung seorang pekerja selepas dia diselamatkan dari dalam paip yang terletak dalam laut di wilayah Zhejiang semalam.


BEIJING - Sepasukan penyelamat China semalam berjaya menyelamatkan seorang pekerja di pelantar pesisir pantai yang terperangkap selama 80 jam di dalam paip bersaiz satu meter di bawah laut.
Mangsa berusia 43 tahun dan hanya dikenali sebagai Fan itu sedang bekerja di bahagian bawah paip yang berada di kedudukan 18 meter bawah laut di wilayah Zhejiang.
Malangnya, tekanan ombak tiba-tiba membuatkan paip itu tertutup seperti tin makanan dan menyebabkan Fan terperangkap, lapor agensi berita rasmi Xinhua.
Sepanjang berada di dalam paip tersebut, Fan menerima makanan dan air menerusi satu tiub, di samping kaunseling daripada seorang pakar psikiatrik.
Rakaman yang disiarkan oleh China Central Television menunjukkan pasukan penyelamat mengeluarkan Fan dengan menggunakan penunu bagas selepas bahagian paip itu diangkat dari laut.
Fan kemudian dibawa ke sebuah hospital.
Dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
China disifatkan sebagai antara negara yang paling berbahaya untuk bekerja dengan purata 187 pekerja mati dalam kemalangan pada setiap hari dalam pertengahan pertama tahun ini. - AFP


DUNIA


Keluarga Ariel tak hadiri perbicaraan kes video lucah


MAL PUTRAJAYA memegang poster yang memprotes Ariel di Rumah Tahanan Negara Bandung di Pulau Jawa kelmarin.


BANDUNG - Perbicaraan pertama penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel berhubung kes pengedaran klip video lucah yang melibatkan lelaki mirip wajahnya hari ini tidak akan dihadiri oleh keluarganya, lapor akhbar dalam talian, Inilah.com semalam.
"Keluarga tidak akan datang. Sidangnya (perbicaraan Ariel) diadakan secara tertutup," kata kakak Ariel, Nazlien Fahridzal.
Menurut Nazlien, pihak keluarganya menyerahkan kepada kuasa undang-undang untuk menentukan nasib Ariel.
Ariel dituduh mengedarkan klip video rakaman yang menunjukkan dia melakukan hubungan seks dengan pengacara Luna Maya dan Cut Tari.
Luna Maya adalah kekasih penyanyi itu manakala Cut Tari yang sudah bersuami merupakan bekas kekasihnya.
"Ya, pastilah kita berdoa agar Ariel diberi kemudahan saat dia menjalani sidang (perbicaraan) nanti," kata Nazlien.
Penyanyi itu dikatakan sudah bersiap sedia untuk menghadiri perbicaraan yang dijangka dikawal kira-kira 600 anggota keselamatan di sebuah mahkamah di sini.
Menurut seorang penyelaras kumpulan yang menyokong Ariel, Udji, para penyokong berdoa untuk penyanyi itu di Rutan Kebon Waru yang menjadi tempat tahanan selebriti berkenaan.
"Banyak doa yang kami berikan untuk Ariel. Intinya, supaya Ariel diberi kekuatan dari Allah untuk jalani sidang nanti," ujar Udji
Pertemuan singkat antara peminat band Peterpan dengan Ariel di dalam pusat tahanan itu diakui Udji memberikan kesan ke atas jiwa Ariel.
Menurutnya, Ariel semakin bersedia menjalani perbicaraannya hari ini.
"Dia sangat berterima kasih dengan kedatangan dan sokongan kami," ujar Udji.
Sementara itu, hasrat seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya untuk melakukan protes mengenai penyebaran pita video seks Ariel di bulatan Hotel Indonesia, Jakarta semalam tidak kesampaian kerana dia gagal mendapat permit.
Menurutnya, dia dibawa oleh anggota polis ke pejabat polis Jakarta Pusat untuk disoal siasat.
Kelmarin, dia turut membuat protes di Rumah Tahanan negara Bandung berhubung kes penyebaran video seks Ariel dan perbuatan selebriti tersebut. - Agensi


DUNIA


Taliban anggap tanda AS sudah gagal di Afghanistan


BRACK OBAMA (kanan) berbincang dengan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai (kiri) pada Sidang Kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara di Lisbon kelmarin.


KABUL, Afghanistan - Pergerakan Taliban semalam menyatakan pelan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mengeluarkan askar-askar asing dari medan perang Afghanistan pada sepenuhnya pada 2014 menunjukkan tanda-tanda kegagalan pemerintah Amerika Syarikat (AS).
Menurut Taliban, satu perjanjian yang ditandatangani di Lisbon, Portugal yang dihadiri Presiden AS, Barack Obama itu menunjukkan AS gagal untuk mendapatkan bantuan tentera asing menerusi negara-negara yang menyertai NATO atau memperoleh satu komitmen untuk meneruskan operasi ketenteraan bagi tempoh jangka panjang di Afghanistan.
Dalam Sidang Kemuncak di Portugal itu kelmarin, NATO akan menyerahkan semua bentuk kawalan sepenuhnya kepada pasukan keselamatan Afghanistan menjelang 2014.
"Ia merupakan berita baik untuk penduduk Afghanistan dan bagi semua orang yang menyintai kebebasan di dunia dan ia menunjukkan kegagalan pemerintah Amerika," kata satu kenyataan Taliban menerusi e-mel.
"Sejak lapan tahun lalu, pihak penceroboh tidak dapat membentuk sebarang sistem pemerintahan di Kabul dan mereka tidak akan mampu melakukannya," tambah kenyataan tersebut.
Menurut jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid pihaknya akan memerangi askar-askar asing walaupun pengumuman askar itu telah dibuat.
Pada tahun 2009, Presiden AS, Barack Obama menyatakan pentadbirannya akan mula mengeluarkan tentera AS dari Afghanistan mula Julai 2011.
Dalam pertempuran di sekitar Afghanistan, NATO menyatakan pasukan tentera antarabangsa dan Afghanistan berjaya membunuh 20 orang pejuang Taliban dalam satu siri operasi sepanjang hujung minggu lalu.
Tentera AS dan sekutu-sekutunya menyerang Afghanistan sebulan selepas AS diserang pengganas pada 11 September 2001 yang menyebabkan kira-kira 3,000 penduduk terbunuh di New York.
Seramai 100,000 askar AS ditempatkan di negara itu diikuti negara-negara lain dengan tujuan untuk memerangi pergerakan Taliban dan Al-Qaeda yang didakwa AS menjadi tempat persembunyian anggota-anggota pengganas. - Agensi

DUNIA


Ubi kentang berbentuk seperti itik


GAMBAR menunjukkan ubi kentang berbentuk seperti seekor itik.


WEMBLEY - Seorang pelanggan pasar raya Sainsbury di London menemui ubi kentang berbentuk seperti seekor itik, lapor sebuah akhbar semalam.
Ubi kentang itu ditemui oleh seorang pelanggan pasar raya itu, Linda Curley.
Linda berhasrat untuk menyimpan ubi kentang istimewa itu daripada memasaknya untuk dijadikan makanan. - Agensi

DUNIA


Lindsay Lohan tak pegang watak pelakon filem lucah




LOS ANGELES - Pelakon bermasalah, Lindsay Lohan tidak akan melakonkan watak sebagai pelakon lucah, Linda Lovelace dalam filem Inferno.
Pengarah filem itu, Matthew Wilder berkata, pasukan penerbitannya sedang berunding dengan pelakon wanita lain berhubung pemegang watak tersebut.
Menurutnya, satu pengumuman mengenai nama pelakon yang memegang watak tersebut akan dibuat tidak lama lagi.
Beberapa laporan media menyatakan, Lohan yang berumur 24 tahun akan berundur daripada memegang watak pelakon filem lucah itu yang terkenal pada tahun 1970-an.
Pelakon itu dijangka berada di dalam pusat pemulihan di selatan california sehingga 3 Januari depan.
Lohan sebelum ini pernah ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dadah.
Pada bulan lalu, seorang hakim mengarahkan Lohan mendapatkan rawatan di sebuah pusat pemulihan.
Hakim itu membuat keputusan tersebut bagi mengelak Lohan menjalani hukuman penjara. - AP

No comments:

Post a Comment