'Dia tetap anak saya'
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Selepas pelbagai perkara menyedihkan dilakukan anaknya, warga emas itu masih sanggup menyediakan makanan kepada Ahmad Shaari Mahamed, 27, setiap hari kerana terlalu kasihan.
Lebih menyedihkan dirinya, Ahmad Shaari sering meracau kerana tidak tahan dipukul orang ramai yang kurang senang dengan perlakuannya kerana tidak tahu dia mengalami masalah mental.
Rakiah berkata, sebagai seorang ibu, dia tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dan membawa bekal makanan untuk diberikan kepada Ahmad Shaari yang sering mengunjunginya di tempat kerja.
“Saya menyediakan bekal ke tempat saya bekerja, walaupun dia pernah mencederakan saya, dia tetap anak saya,” katanya.
Harian Metro, Khamis lalu melaporkan, seorang ibu buntu apabila anaknya yang disahkan mengalami gangguan mental sering bertindak ganas terhadap dirinya dan meminta pihak berkenaan menempatkannya di rumah perlindungan
“Jika ada kecurian pasti dia menjadi sasaran dan biasanya jika dia dipukul, dia tidak membalas perbuatan orang kepadanya tetapi menunjukkan sikap dendamnya dengan datang ke tempat kerja saya sebelum meracau,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Zuhami Omar berkata, JKM tidak mempunyai tempat perlindungan untuk menempatkan pesakit mengalami masalah mental.
Menurutnya, penjaga seharusnya merujuk kes itu kepada pihak polis dan hospital untuk tindakan lanjut.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kes seperti itu harus dilaporkan kepada pihak polis terlebih dulu.
Menurutnya, masyarakat perlu memainkan peranan dan jika lelaki terbabit mendatangkan masalah, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) boleh dimaklumkan untuk menahannya sebelum diserahkan kepada polis
kakitangan awam positif dadah
KLANG: Tiga kakitangan awam antara 13 pengunjung di dua pusat hiburan di Sentosa dan Pandamaran, Pelabuhan Klang ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Klang Selatan, di sini, awal pagi semalam selepas disyaki positif dadah.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian itu, semua suspek berusia 25 hingga 35 tahun disyaki mengambil dadah ketika berhibur.
Pemeriksaan polis mendapati satu daripada pusat hiburan terbabit tidak mempunyai permit sah dan beroperasi melebihi had masa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata semua lelaki terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“Kami turut menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai pekerja pusat hiburan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya
PANTAI REMIS: “Saya dan suami, Che Omar Ahmad, 58, menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan anak (Mohd Saiful Che Omar, 25) meminta tolong lalu memeriksa apa yang berlaku dan mendapati tiga lelaki tidak dikenali berada dalam bilik anak saya.
“Seketika kemudian, suami saya dipukul dan ditetak seorang daripada lelaki terbabit di dapur ketika cuba menyelamatkan diri,” kata Fatimah Dali, 48, mangsa samun dalam kejadian di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi di Kampung Matang Acheh itu, suami dan anak Fatimah parah di kepala dan kaki akibat ditetak sekumpulan perompak yang memasuki rumah ketika mereka tidur. Fatimah berkata, kejadian berlaku ketika semua ahli keluarganya seramai lapan orang tidur di bilik masing-masing sebelum dikejutkan dengan jeritan Mohd Saiful dari biliknya.
Katanya, dia dan suami bergegas bagi memeriksa sebelum suami diserang seorang daripada perompak itu yang memberi arahan supaya mendiamkan diri.
“Kami mengikut arahan lelaki itu kerana bimbangkan keselamatan dan nyawa kami. Pada masa itu, anak dan suami dipukul serta ditetak suspek lain di dapur.
“Saya lihat, suami menggunakan kerusi bagi menghalang ditetak perompak itu. Bagaimanapun, suami tetap terkena tetakan di kaki manakala anak saya turut cedera,” katanya ditemui di sini, semalam
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian itu, semua suspek berusia 25 hingga 35 tahun disyaki mengambil dadah ketika berhibur.
Pemeriksaan polis mendapati satu daripada pusat hiburan terbabit tidak mempunyai permit sah dan beroperasi melebihi had masa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata semua lelaki terbabit ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
“Kami turut menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai pekerja pusat hiburan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah,” katanya
Suami, anak ditetak perompak
“Seketika kemudian, suami saya dipukul dan ditetak seorang daripada lelaki terbabit di dapur ketika cuba menyelamatkan diri,” kata Fatimah Dali, 48, mangsa samun dalam kejadian di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi di Kampung Matang Acheh itu, suami dan anak Fatimah parah di kepala dan kaki akibat ditetak sekumpulan perompak yang memasuki rumah ketika mereka tidur. Fatimah berkata, kejadian berlaku ketika semua ahli keluarganya seramai lapan orang tidur di bilik masing-masing sebelum dikejutkan dengan jeritan Mohd Saiful dari biliknya.
Katanya, dia dan suami bergegas bagi memeriksa sebelum suami diserang seorang daripada perompak itu yang memberi arahan supaya mendiamkan diri.
“Kami mengikut arahan lelaki itu kerana bimbangkan keselamatan dan nyawa kami. Pada masa itu, anak dan suami dipukul serta ditetak suspek lain di dapur.
“Saya lihat, suami menggunakan kerusi bagi menghalang ditetak perompak itu. Bagaimanapun, suami tetap terkena tetakan di kaki manakala anak saya turut cedera,” katanya ditemui di sini, semalam
Katanya, kejadian itu pertama kali berlaku di rumahnya dan bersyukur kerana semua ahli keluarga termasuk suami dan anak selamat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohd Jamil Osman berkata, kejadian berlaku apabila rumah mangsa dipecah masuk tiga lelaki tidak dikenali menerusi satu tingkap dapur sebelum seorang daripada mereka memasuki rumah dan membuka pintu utama bagi membolehkan rakan mereka yang lain masuk.
“Siasatan mendapati, semua suspek memakai topeng bagi mengelak dicam dan mereka melarikan empat telefon bimbit, meninggalkan mangsa dalam keadaan parah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya, pihaknya giat mengesan ketiga-tiga suspek yang dipercayai warga asing
Percaya anak biar berpada
Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my
saipuladli@hmetro.com.my
Beliau berkata, budaya membenarkan anak belajar berdua-duaan dengan rakan berlainan jantina tidak boleh diamalkan kerana nafsu dan tahap kesuburan remaja sekarang jauh berbeza berbanding dulu, tambahan pula dengan pelbagai rangsangan terutama menerusi teknologi maklumat dan Internet.
Menurutnya, perbuatan membiarkan mereka berdua-duaan bercanggah dengan al-Quran, sunnah Nabi Muhammad s.a.w serta peradaban akhlak mulia.
“Kebebasan dan kepercayaan berlebihan kepada anak tidak boleh diberikan, sebaliknya mesti disekat. Apabila kita melakukan perbuatan yang bercanggah dengan agama, akan berlaku sesuatu yang tidak baik.
“Kemudahan seperti Internet dan telefon bimbit mesti dipantau dan sesekali, ibu bapa perlu tengok apa yang disimpan dalam telefon bimbit anaknya.
“Di zaman sekarang, ramai remaja keliru dengan limpahan maklumat yang pelbagai menerusi Internet dan ibu bapa perlu buat pemeriksaan mengejut serta tidak memberi kepercayaan 100 peratus,” katanya mengulas laporan Metro Ahad, semalam mengenai segelintir remaja di bawah umur melakukan maksiat disebabkan kealpaan ibu bapa yang mempercayai rakan berlainan jantina datang ke rumah kononnya untuk belajar, tetapi berakhir di bilik tidur
Nooh berkata, ibu bapa mesti menghidupkan suasana Islam di dalam rumah dengan solat waktu atau hajat berjemaah, baca al-Quran bersama-sama dan sekurang-kurangnya sekali seminggu pada malam Jumaat, membaca surah Yaasin bersama-sama.
“Sekalipun sibuk bekerja, mustahil ibu bapa tiada masa sekali dalam seminggu untuk bersama anak...apa gunanya kerajaan memberikan cuti jika masa itu digunakan untuk urusan lain dan bukannya bersama keluarga? “Ibu bapa yang menentukan masa depan anak. Jangan terlalu membelai anak dengan kemewahan kerana ia boleh menyebabkan anak lupa daratan,” katanya.
11 warga Indonesia asyik berjudi diberkas
Dalam operasi jam 3 petang yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman itu, semua suspek lelaki terbabit yang berada di kawasan berkenaan berjaya diberkas.
Ketua Operasi, Superintendan Maszely Minhad berkata, selain menahan semua yang terbabit, pihaknya turut merampas wang tunai RM1,791 dan pelbagai barangan yang digunakan untuk berjudi selain 13 ekor ayam sabung.
“Berdasarkan barangan digunakan untuk berjudi, kami percaya antara jenis perjudian yang dianjurkan di rumah kongsi itu adalah sabung ayam, judi bola golek dan nombor ekor.
“Semua yang ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun dan lima daripada mereka disahkan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 44 (1) (g) Ordinan Binatang, Seksyen 7 (2) dan Seksyen 4 (1) Akta Rumah judi Terbuka 1953,” katanya
Calon SPM ghaib
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
rnoraina@hmetro.com.my
Kehilangan Fatin itu bagaikan satu misteri buat keluarga terbabit kerana sebelum ini dia tidak pernah menunjukkan sebarang tanda akan meninggalkan rumah selepas bersama-sama menyediakan hidangan menyambut hari raya.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Damai di sini, juga bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok.
Mangsa hilang selepas dikatakan keluar untuk membeli alat tulis sebagai persediaan menghadapi peperiksaan itu.
“Pada hari kejadian, anak saya memberitahu mahu keluar ke kedai membeli alat tulis kira-kira jam 12 tengah hari. Bagaimanapun, sehingga petang anak saya tidak pulang menyebabkan saya cuba menghubungi telefon bimbitnya.
“Panggilan saya dijawab tetapi terputus. Anak saya itu kemudian menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memberitahu berada di Putrajaya dan sedang membonceng motosikal,” katanya datang membuat aduan di Balai Berita di sini, semalam. Dia yang menetap di Damansara Damai, di sini, terkejut selepas menerima SMS berkenaan dan cuba menghubungi anaknya sekali lagi, namun gagal.
Menurutnya, dia mengesyaki anak gadisnya itu dibawa lari seseorang kerana dia mengenali dengan ramai kawan perempuan anaknya itu. Setahunya, rakan anaknya itu tidak tahu menunggang motosikal.
“Bagaimanapun, ada jiran memberitahu pernah melihat anak saya itu membonceng motosikal bersama lelaki lain.
Dia yang juga seorang eksekutif syarikat berkata, pelbagai usaha mencari anaknya itu sudah dilakukan hingga ke Putrajaya sejak kehilangannya, namun usahanya itu tidak membuahkan hasil membuatkan dia akhirnya membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh, di sini, semalam.
Zatul berkata, dia amat berharap anaknya akan pulang semula ke pangkuan keluarga. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai anaknya itu boleh menghubungi nya di talian 010-4304001
No comments:
Post a Comment