Thursday, November 11, 2010

YANG HIDUP AKHIRNYA MESTI MATI...YANG MENGIKUT KITA TIGA PERKARA...AMAL JARIAH..ILMU YANG MENAFAAT SERTA AMALAN ANAK SOLEH...JADI JANGAN HIDUP SEKALI DIDUNIA NI...KERJANYA BUAT MAKSIAT

NEGARA


7.5 juta pemilik akaun Facebook

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini.
“Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih.
“Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya


NEGARA


Shamrin Fotograf meninggal dunia


SHAMRIN mati selepas bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Vokalis utama kumpulan Fotograf, Mohd. Shamrin Abdul Samad, 45, meninggal dunia pada pukul 6 petang semalam dipercayai akibat kegagalan fungsi jantung.
Vokalis tersebut dikejarkan ke hospital selepas dia rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini petang semalam.
Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.
"Sewaktu sedang bermain bola, dia mengangkat tangan dan membongkok seperti mahu mengikat tali kasutnya.
"Dia kemudian pitam dan dikejarkan ke hospital," ujar Riot, bekas anggota kumpulan Kool yang turut berada di padang ketika itu


NEGARA


Bekas jaguh lumba basikal maut


ANGGOTA polis memeriksa kereta Proton Saga yang dinaiki Daud selepas dirempuh sebuah treler di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Rembau semalam.


REMBAU – Bekas jaguh lumba basikal negara, Daud Ibrahim meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 232.6, Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.
Daud, 63, maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga yang dipandunya dirempuh sebuah treler dalam kejadian pukul 1 pagi itu.
Jurucakap polis berkata, selepas dirempuh, mangsa telah tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala serta badan.
“Bomba mengambil masa kira-kira lapan minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya yang memberitahu pemandu treler berusia 44 tahun itu tidak cedera


NEGARA


103 mangsa banjir kena halau


OTHMAN (kanan) menyambut ketibaan mangsa banjir yang mendakwa dihalau dari pusat penempatan banjir SK Alor Janggus di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR - Gara-gara berbeza fahaman politik, mangsa banjir mendakwa dihalau keluar dari pusat pemindahan banjir.
Nasib malang itu didakwa berlaku ke atas 103 orang daripada 27 keluarga mangsa banjir yang tinggal di pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Janggus dekat sini semalam.
Arahan supaya mereka mengosongkan pusat tersebut dibuat oleh salah seorang ahli jawatankuasa (AJK) pusat itu melalui pembesar suara.
Amat memeritkan, mereka mendakwa hanya diberikan tempoh lima minit untuk berbuat demikian dan terpaksa berpindah ke pusat penempatan di Sekolah Menengah Alor Janggus di sini.
Tukang kebun, Abd. Aris Ahmad, 37, mendakwa, dia tidak menyangka jawatankuasa pusat berkenaan tergamak berbuat demikian memandangkan mereka adalah antara 1,700 mangsa banjir lain yang tinggal di situ sejak 2 November lalu.
"Kami ada membuat aduan tentang pelbagai perkara yang tidak mencukupi seperti makan dan peralatan lain termasuk selimut dan tikar sedangkan banyak makanan dan peralatan tersimpan dalam stor.
"Namun mereka sentiasa memberi pelbagai alasan dan apa yang menghairankan, barangan yang kami minta itu diberi kepada orang-orang tertentu sahaja tanpa banyak soal," dakwanya yang tinggal di Kampung Pulau Kerengga di sini.


NEGARA


Budak nyaris diculik dalam bas


MOHD. AMIN gembira ketika didukung datuknya, Hashim apabila dipertemukan di IPD Cheras semalam sambil diperhatikan Abd. Rahim (kiri).


KUALA LUMPUR – Tindakan bijak seorang pekerja hotel yang terus menghubungi polis sebaik ternampak sesuatu yang mencurigakan dapat menyelamatkan seorang kanak-kanak hiperaktif, Mohd. Amin Rozi daripada dilarikan seorang lelaki warga asing kelmarin.
Sebelum dibawa ke balai polis, Mohd. Amin, 3, yang menaiki bas RapidKL seorang diri sambil memegang botol susu terlebih dahulu telah didampingi oleh lelaki asing berkenaan yang seolah-olah cuba memujuk kanak-kanak itu supaya mengikutnya.
Pekerja hotel berkenaan, Nurasyikin Ruji, 40, memberitahu, ketika itu dia bersama anak perempuannya menaiki bas berkenaan menuju ke ibu negara pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, apabila tiba di satu perhentian, dia ternampak Mohd. Amin menaiki bas itu bersama sekumpulan remaja. Sebaik naik, kanak-kanak itu tidak duduk bersama remaja berkenaan.
“Saya lihat dia begitu lincah dan sering bertukar tempat duduk. Dia sentiasa bercakap tetapi tidak menangis.
“Saya kemudian ternampak seorang lelaki asing berusia dalam lingkungan 30-an duduk di sebelahnya seolah-olah cuba memujuk Mohd. Amin supaya mengikutnya,” cerita Nurasyikin ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini semalam


NEGARA


Peniaga tudung dipenjara 17 tahun


GAMBAR fail menunjukkan mayat Siti Bidah diusung ke dalam kenderaan polis selepas dibunuh di rumahnya di Tumpat Mac lalu.


KOTA BHARU - Seorang ibu kepada tiga anak dijatuhi hukuman penjara 17 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian ibu saudaranya pada Mac lalu.
Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap Zuraini Ismail, 26, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 5 Mac lalu. Dia sebelum itu ditahan di Penjara Pengkalan Chepa di sini sementara menunggu untuk dibicarakan.
Zuraini yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mengikut kertas pertuduhan, Zuriana dituduh membunuh Siti Bidah Ismail, 56, antara pukul 12.01 tengah malam dan 5.30 pagi 4 Mac lalu di Taman Harmoni, Kampung Berangan di sini.
Ketika melakukan perbuatan tersebut, Zuriana sedang mengandung anak ketiga. Ketika itu kandungannya berusia tujuh bulan


50,000 pelajar amuk bantah yuran universiti


BEBERAPA anggota polis dan penunjuk perasaan bertempur di luar ruang legar ibu pejabat Parti Konservatif di London kelmarin.


LONDON - Satu tunjuk perasaan yang disertai 50,000 pelajar kelmarin bagi membantah rancangan kenaikan yuran universiti bertukar menjadi protes paling ganas di Britain sejak beberapa dekad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Bantahan tersebut bermula secara aman di sini kelmarin tetapi bertukar ganas selepas beberapa kumpulan menghasut para pelajar supaya merusuh.
Lokasi paling teruk terjejas termasuk ibu pejabat Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri, David Cameron di Menara Millbank di sini yang menyaksikan kerosakan mencecah ratusan ribu pound sterling.
Pemuda-pemuda memakai penutup kepala dan topeng mengamuk dengan memecahkan tingkap-tingkap ibu pejabat Parti Konservatif sebelum mereka pergi ke tingkat tujuh bangunan tersebut dan membaling sebuah alat pemadam api ke arah anggota-anggota polis.
Mereka turut membakar patung-patung Cameron dan timbalannya, Nick Clegg dengan diiringi sorakan penunjuk-penunjuk perasaan lain.
Polis berkata, sekurang-kurangnya 14 mangsa yang cedera dibawa ke hospital termasuk tujuh anggota polis manakala 35 penunjuk perasaan telah ditangkap.
"Rusuhan ini tidak dapat diterima. ia memalukan London dan kami," kata Komisioner Polis Metropolitan London, Paul Stephenson.
Menurutnya, pihak polis cuma menempatkan lebih 20 anggota di luar Menara Millibank kerana menjangkakan protes tersebut akan berjalan secara aman.
Namun, anggota-anggota polis itu cuma mampu memerhatikan tindakan ganas kumpulan perusuh selepas mereka diasak oleh beribu-ribu penunjuk perasaan.
Pelajar-pelajar itu membantah kenaikan yuran universiti sehingga 9,000 pounds (RM44,901) setahun tiga kali daripada kadar sekarang.
Perdana Menteri Britain yang kini berada di Seoul untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 yang bermesyuarat di Seoul, Korea Selatan mengutuk protes ganas itu.
Menurutnya, undang-undang perlu digunakan bagi berdepan dengan para perusuh yang memecahkan tingkap dan menceroboh pejabat Parti Konservatif yang dipimpinnya.
"Apa yang bukan menjadi sebahagian daripada demokrasi kami ialah keganasan dan melanggar undang-undang. Ia tidak betul," katanya.
Kerajaan Britain kini merancang untuk menaikkan yuran universiti dan memotong perbelanjaan universiti bagi mengurangkan perbelanjaan awam sebagai langkah mengurangkan bajet defisit. - Agensi


DUNIA


Adik Sultan Brunei beri kunci istana kepada peguam Britain


THOMAS DERBYSHIRE dan Faith Zaman.


MANHATTAN, Amerika Syarikat (AS) - Putera Jefri Bolkiah yang merupakan adik pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memberikan kunci sebuah 'istananya' di sini kepada seorang peguam Britain dan isterinya sebelum mendapati mereka menyelewengkan wang miliknya melebihi AS$7.25 juta (RM22.4 juta), menurut perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Manhattan seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.
Peguam, itu Thomas Derbyshire dan isterinya, Faith Zaman dituduh memulakan penipuan untuk melesapkan wang Putera Jefri sebanyak AS$5 juta (RM15.4 juta) bagi membeli beberapa kediaman di California selepas mereka diberi kepercayaan untuk menguruskan empayar perniagaannya.
"Beliau (Putera Jefri) memberikan kunci-kunci 'istananya' kepada defendan (Derbyshire dan isterinya) tetapi mereka mengkhianati kepercayaan itu dengan melesapkan wangnya," kata peguam, Linda Goldstein yang mewakili Putera Jefri.
Putera berusia 56 tahun itu pernah memiliki lebih 2,000 buah kereta, 600 kediaman, sembilan pesawat dan lima buah bot.
Pasangan peguam itu bagaimanapun, menyangkal tuduhan terhadap mereka dan menyaman balas Putera Jefri sebanyak AS$11.94 juta (RM36.8 juta) kerana mendakwa beliau belum melunaskan bayaran yang dijanjikan sebelum ini.
Kedua-dua peguam itu diberhentikan pada 2006 apabila Putera Jefri menuduh mereka mengkhianatinya.
Derbyshire, 43, dilahirkan di Bootle, Merseyside, barat laut England dan merupakan peguam jenayah dengan pendapatan kelapan tertinggi di Britain iaitu sekitar AS$1.07 juta (RM3.3 juta) setahun.
Dia menetap bersama isterinya, Faith Zaman, 34, di Hampstead, London Utara. - Agensi




DUNIA


Asap misteri dilihat di New York


GAMBAR menunjukkan asap misteri yang dilihat di ruang udara di Far Rockaway, Queens, New York kelmarin.


QUEENS, New York - Selepas satu asap misteri yang dikatakan sebagai satu pelancaran peluru berpandu di pantai Los Angeles, California pada petang Isnin lalu, asap serupa turut dilihat di ruang udara Far Rockaway, Queens Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar gumpalan asap yang melonjak ke langit itu dirakamkan oleh seorang pejalan kaki kira-kira pukul 5 petang kelmarin.
Ia kelihatan seperti asap yang keluar dari peluru berpandu yang baru dilancarkan.
Sehingga kini, puncanya masih belum diketahui.
"Ia kelihatan seperti asap sebuah roket," kata jurugambar itu yang menyatakan bahawa asap itu muncul di selatan Rockaway yang mungkin melangkaui Brooklyn atau New Jersey.
Penduduk tempatan memberitahu asap itu tidak kelihatan seperti 'sisa' yang ditinggalkan oleh pesawat yang terbang dari Lapangan Terbang Kennedy yang terletak berhampiran dengan tempat kejadian.
Pada Isnin lalu, gambar asap yang sama dirakamkan oleh seorang jurugambar sebuah stesen televisyen semasa dia menaiki sebuah helikopter sekitar pukul 5 petang.
Ketika itu, Jabatan Pertahanan AS menafikan bahawa ia melancarkan sebarang ujian peluru berpandu dan tidak mengetahui mengenai fenomena tersebut.
Namun, jabatan itu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa ia berpuas hati bahawa sumber asap itu adalah dari sebuah pesawat selepas pihaknya memeriksa rakaman kepulan asap tersebut berdasarkan rekod radar Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan sistem pengesanan pelancaran peluru berpandu miliknya. - Agensi

No comments:

Post a Comment