DUNIA
WikiLeaks masih berfungsi
ELLINGHAM, United Kingdom - Bekas penggodam yang kini menjadi amat terkenal, Julian Assange (gambar kecil) semalam menyatakan laman web WikiLeaks yang diasaskannya masih berfungsi dengan lancar walaupun Bank of America menghentikan transaksi kewangan ke laman itu.
Dia membuat kenyataan itu semasa tinggal di rumah rakannya yang juga seorang wartawan di sini setelah dibebaskan daripada tahanan dengan ikat jamin pada Khamis lepas.
Assange ditahan atas dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.
Penggodam yang juga wartawan itu ditahan pada 7 Disember lalu oleh polis Britain semasa dia berada di Britain.
Namun, dia perlu melaporkan diri di sebuah balai polis berhampiran dan memakai tag elektronik.
Menurut pihak Bank of America, pihaknya menghalang transaksi itu kerana percaya bahawa WikiLeaks mungkin terlibat dengan aktiviti yang tidak sesuai dengan dasar dalaman bank berkenaan.
Sebelum ini, MasterCard, PayPal dan Visa Europe turut menghalang transaksi ke laman berkenaan.
Laman web WikiLeaks telah mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang mengandungi maklumat sulit Amerika Syarikat (AS).
Maklumat itu turut mengandungi komen pemimpin AS terhadap ketua kerajaan negara lain.
"Kita merupakan pertubuhan yang kuat. Semasa saya berada di dalam kurungan, kami meneruskan penyiaran maklumat pada setiap hari dan ia tidak akan berubah," kata Assange.
Dalam perkembangan pendedahan WikiLeaks kelmarin, pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyatakan siasatan sedang dilakukan berhubung dakwaan Presiden Sudan, Omar al-Bashir memasukkan AS$9 bilion (RM28.21 bilion) ke dalam akaun-akaun bank. - Agensi
DUNIA
Hurley berpisah dengan kekasih angkara SMS seks
LONDON - Pelakon filem Bedazzled, Elizabeth Hurley bertindak memutuskan hubungan dengan bekas bintang kriket dari Australia, Shane Warne, lapor sebuah akhbar semalam.Hurley, 45, memutuskan hubungan cintanya itu selepas mendapat tahu bahawa Warne menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi mesej seks kepada seorang wanita Australia yang sudah berkahwin.
Warne, 41, yang berharap akan berkahwin dengan pelakon itu dikatakan berasa amat kecewa dan tidak dapat tidur kerana bimbang dengan skandal terbarunya itu.
Kelmarin Hurley membuat kenyataan di laman Twitter bagi meminta supaya laporan yang mendakwa dia akan menghabiskan masa bersama dengan Warne di Australia dihentikan.
Warne menerima satu lagi tamparan apabila Hurley menyatakan dia tidak merancang untuk menceraikan suaminya, Arun Nayar yang merupakan taikun dari India.
"Bosan, kini terdapat banyak spekulasi bodoh, tidak ada seorang pun yang menceraikan seseorang, belum lagi. Tiada mana-mana pihak yang berebut wang dan saya tidak merancang untuk pergi ke Australia. Cukuplah," kata Hurley dalam Twitter.
Hubungan Hurley dengan Warne mendapat liputan seminggu lalu di Britain selepas akhbar News Of The World menyiarkan gambar mereka bercium di dalam sebuah lif hotel.
Apabila berita itu disiarkan, Hurley mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya manakala Warne turut mengakui sudah menamatkan hubungan dengan bekas isterinya. - Agensi
DUNIA
Senat AS lulus gay dalam tentera
WASHINGTON - Dalam satu undian bersejarah untuk hak-hak gay, Dewan Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin bersetuju untuk menggugurkan undang-undang yang melarang golongan gay berkhidmat secara terbuka dalam tentera negara itu.
Seramai 65 senator di dewan tersebut bersetuju untuk menggugurkan undang-undang berusia 17 tahun itu berbanding 31 yang menentang.
"Sudah tiba masanya untuk mengiktiraf bahawa pengorbanan, keberanian dan integriti tidak lagi ditakrifkan menerusi orientasi seks," kata Obama yang berikrar untuk menggugurkan undang-undang tersebut pada 2008.
Sebelum ini golongan gay terpaksa menyembunyikan identiti mereka dengan tidak boleh memberitahu rakan-rakan bahawa mereka adalah gay jika tidak mahu dipecat. - AFP
Janda kaya pulangkan lebih RM22.56 bilion
NEW YORK - Seorang janda, Barbara Picower akan memulangkan semula lebih AS$7 bilion (RM22.56 bilion) kepada mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran pelabur terkena yang kini dipenjarakan selama 150 tahun, Bernie Madoff.Wang yang akan dipulangkan itu adalah milik suaminya, Jeffrey Picower yang telah meninggal dunia kerana serangan jantung di tepi kolam renang di rumah miliknya di pantai Palm, Florida, Amerika Syarikat (AS) pada 2009 semasa berumur 67 tahun.
Sebelum meninggal dunia, Jeffrey melabur dalam skim cepat kaya itu selama beberapa tahun dan memperoleh pulangan lumayan.
Namun, ekoran kematian Jeffrey, aset dan harta miliknya diwariskan kepada Barbara.
Peguam Bagi Daerah Selatan New York, Preet Bharara berkata: "Penyelesaian ini mewakili pemulangan kembali rampasan terbesar dalam sejarah AS."
Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar mengenai pemulangan semula wang yang telah dilaburkan itu di sini pada Jumaat lalu.
Setakat ini, pemegang amanah yang dilantik mahkamah, Irving Picard hanya memperoleh semula wang yang telah dilaburkan Madoff sebanyak AS$1.55 bilion (RM4.85 bilion) sedangkan dia dipercayai pendakwa raya mengambil wang para pelabur sebanyak AS$65 bilion (RM203.74 bilion).
Pemulangan wang yang dilakukan janda kaya itu mungkin akan menyebabkan mangsa-mangsa penipuan skim cepat kaya anjuran Madoff mendapat sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah wang yang telah dilaburkan mereka.
Selama bertahun-tahun, Madoff menggunakan wang pelabur baru untuk membayar dividen kepada pelabur lama.
Namun, ekoran krisis kewangan yang menyebabkan harga saham merudum pada 2009, Madoff terpaksa membuat pengakuan bahawa skim pelaburannya adalah skim cepat kaya.
Madoff mengaku bersalah pada tahun lalu kerana mewujudkan skim cepat kaya yang paling besar di dunia menyebabkan dia dihukum 150 tahun penjara. - Agensi
DUNIA
Sembunyi syabu dalam kemaluan
JAKARTA - Seorang wanita berusia 28 tahun yang mengaku pernah menjadi amah di Malaysia dan Singapura ditangkap kerana membawa sebahagian dadah syabu yang disembunyikan di dalam kemaluan dan colinya, lapor sebuah akhbar kelmarin.Dia membawa syabu seberat 643 gram dan ditangkap di sebuah hotel di sini selepas pegawai-pegawai pihak berkuasa Lapangan Terbang Sukarno-Hatta mencurigai gelagatnya yang tiba dari Malaysia pada Jumaat lalu.
Selepas disoal siasat, wanita itu mengaku diberi upah sebanyak RM2,500 untuk membawa dadah tersebut ke Indonesia.
Menurutnya, dia ditawar pekerjaan untuk membawa dadah tersebut oleh seorang rakannya yang pernah menjadi amah di Malaysia.
Wanita itu berkata, rakannya itu memberitahu, dia perlu menemui seorang lelaki di Malaysia.
Setibanya di Malaysia, dia diminta kembali ke Jakarta dengan membawa syabu itu
Lelaki itu mengajar wanita tersebut cara untuk menyembunyikan dadah tersebut. - Agensi
DUNIA
Agnes Monica tak fikir soal cinta
JAKARTA - Penyanyi lagu Matahariku, Agnes Monica (gambar atas) menyatakan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal cinta, lapor Kompas.com semalam. Menurutnya, kesibukan dengan kerjanya menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai hal-hal peribadi."Kehidupan cinta memang kurang berjaya. Aku kurang waktu untuk hal-hal peribadi," katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat lalu.
Agnes, 24, membolot anugerah penyanyi solo wanita terbaik dan album pop terbaik dalam Anugerah Muzik Indonesia 2010. - Agensi
Warne patah hati ditinggal Liz
WARNE berhasrat kahwini Liz.
Warne, 45, dikatakan patah hati apabila Liz meninggalkannya begitu cepat selepas pelakon itu berpisah daripada suaminya, Arun Nayar. Bagaimanapun, Liz mengambil tindakan tegas dan tidak memberi peluang kepada playboy Australia itu yang sememangnya mempunyai reputasi yang buruk.
Warne dipercayai sudah meniduri lebih 1,000 wanita dan berlaku curang kepada isterinya, Simone beberapa kali. Liz pula malam tadi menghantar mesej ke laman Twitternya dan memberitahu keadaan dialaminya boleh dimuatkan dalam rancangan The Jerry Springer Show.
Liz menulis: “Er...tolong sebutkan saya dalam ruangan paling menyeronokkan dalam rancangan Jerry Springer.” Warne dikatakan memberitahu temannya bahawa dia ingin mengahwini Liz, 45. Namun, pada masa sama, dia didakwa cuba memikat ibu dua anak warga Australia, Adele Angeleri apabila menghantar puluhan mesej kepada wanita itu.
Adele yang mengelolakan butik pakaian bertentangan dengan ibu pejabat kebajikan dimiliki Warne, Yayasan Shane Warne di Melbourne, sebelum ini pernah menemui Warne untuk cadangan perniagaan.
Mereka saling bertukar nombor tetapi Warne mula menghantar wanita berusia 40 tahun itu mesej lucah
Satu ketika, Warne menulis dia sedang memerhatikan Adele dari pejabatnya dan memberitahu wanita itu nampak seksi.
Suami Adele, Denis Angeleri yang bekerja sebagai peguam meminta penjelasan isterinya ketika menemui mesej itu. Bagaimanapun, Adele memberitahu hubungan mereka sekadar bertukar mesej dan tidak pernah berjumpa Warne yang sudah berpisah dengan Simone. Angeleri, 47, yang berang turut berbicara dengan Warne melalui telefon tetapi bekas pemain kriket itu hanya berdiam diri saja bila Angeleri meminta penjelasan mengenai hal itu. - Agensi
Wanita disyaki bunuh, kerat tubuh anak
Mayat kanak-kanak yang terburai isi perut itu ditemui dengan jantung dan organ lain tubuhnya dipotong serta diletakkan di bilik berbeza dalam flet dihuni keluarganya.
Wanita beragama Islam, Shayma Bharuchi, 35, didapati sedang duduk di kerusi goyang di sebelah mayat anaknya, Nusayba di dapur ketika suaminya pulang.
Dia sedang mendengar bacaan ayat al-Quran yang dimainkan di alat MP3 melalui fon kepala.
Keadaan mengerikan itu ditemui bapa Nusayba, Jerome Negney, 36 ketika sampai di flet keluarga itu di Clapton di London Timur, tengah hari kelmarin.
Shayma dikatakan menikam anaknya dan kemudian mengerat tubuh kanak-kanak itu mengikut upacara mandi darah.
Negney yang dipercayai seorang mualaf membuat panggilan kecemasan sebelum ahli paramedik mengesahkan Nusayba sudah mati di tempat kejadian. Shayma yang turut mempunyai dua lagi anak berusia 14 dan 16 tahun dan tiada di rumah ketika kejadian berlaku kemudian ditahan.
Doktor yang memeriksa Shayma mengesahkan dia tidak sihat untuk disoal siasat polis dan dikelaskan di bawah Akta Kesihatan Mental. Jiran tetangga semalam memberitahu mereka menyaksikan Shayma menangis ketika dibawa dua anggota polis dari flet tempat tinggalnya.
Shayma pula masih lagi ditahan. - Agensi
Pelukan cuma gimik Slank: Kaka
Kata Kaka - atau nama sebenarnya, Akhadi Wira Satriaji - kejadian itu tidak membawa sebarang makna tersirat, sebaliknya spontan sesuai dengan persembahan yang mereka lakukan.
“Saya mendapat tahu ada peminat Syahrini tak boleh terima aksi itu, tetapi mereka perlu faham, bukan dia saja jadi tetamu Slank.
“Ada ramai jemputan dan setiap satunya memberikan gimik tertentu,” katanya kepada media,
semalam.
Ketika Syahrini mendendangkan lagu bersama Kaka, vokalis Slank itu memeluknya dari belakang dan dibiarkan saja penyanyi terbabit.
Kata Kaka, setiap persembahan pentas, penyanyi perlu menampilkan gimik bagi menghiburkan peminat.
JAKARTA: Teman lelaki Krisdayanti, Raul Lemos, akan bercerai secara rasmi dengan isterinya, Silvalay Noor Athalia, atau lebih dikenali sebagai Ata.
Namun, Raul tidak boleh terus memikirkan tarikh untuk menikahi Krisdayanti (juga dikenali sebagai KD) kerana kakak penyanyi itu, Yuni Shara, menetapkan satu syarat lagi.
Kata Yuni, Raul mesti menunjukkan surat perceraiannya dengan Ata sebelum boleh mendapat persetujuan bernikah.
“Jika benar Raul sah bercerai, sila tunjukkan surat pengesahan kepada saya sebelum persetujuan diberi untuk membenarkan dia menikahi Krisdayanti,” katanya kepada media, semalam.
Kata Yuni, paling penting Krisdayanti tidak bernikah dengan suami orang.
“Mengenai di mana dan bila pernikahan akan dilangsungkan, itu terserah kepada Krisdayanti,” katanya. - Agensi
Kata Kata, apa yang dilakukan itu tidak lebih daripada sekadar satu ekspresi pentas yang tidak wajar disalah anggap.
Kejadian itu berlaku ketika Slank meraikan ulang tahun ke-27, baru-baru ini.
SMS cerai bawa padah
Lelaki itu mengesahkan dia menghantar SMS kepada isterinya selepas bertengkar dengan wanita terbabit tetapi tidak berniat untuk menceraikan isterinya. Bagaimanapun, hakim mendakwa mesej yang dihantar itu menyebabkan talak sudah digugurkan dan tidak boleh ditarik balik. - Agensi
No comments:
Post a Comment