Tuesday, December 14, 2010

INI AKSI2 DUNIA...MEREKA DAN KITA HANYA LEKA DENGAN DUNIA...HINGGA LUPA ALAM AKHIRAT YANG KEKAL ABADI...SEPATUTNYA KITA BERIBADAH DAN MELAKUKAN KETAATAN KEPADA ALLAH..AGAR KITA SELAMAT DIDUNIA ...MAUPUN AKHIRAT....

DUNIA


Kapal selam nuklear terbesar di Britain


KAPAL selam nuklear terbesar di Britain akan dilancarkan di Barrow-In-Furness esok.


BARROW-IN-FURNESS - Tentera Laut DiRaja Britain akan melancarkan kapal selam nuklear terbesar di negara itu yang berharga £1.2 bilion (RM5.9 bilion), dikenali sebagai HMS Ambush di sini, Cumbria, barat daya England, esok, lapor sebuah akhbar semalam.
Kapal selam nuklear seberat 7,400 tan itu sepanjang 88.6 meter atau menyamai sebuah padang bola sepak dan selebar empat buah bas. Tingginya pula menyamai bangunan 12 tingkat.
Reaktor nuklear yang menjana HMS Ambush mampu membekalkan tenaga untuk bandar Southampton dan ia tidak perlu naik ke permukaan laut sepanjang jangka hayatnya atau selama 25 tahun serta boleh memusnahkan musuh pada jarak lebih 1,600 kilometer.
Kapal selam jenis pemburu dan pemusnah itu turut berupaya mengitar oksigen dan memproses air bersih daripada air laut untuk 98 krunya pada waktu krisis.
Pihak musuh menggeruni kapal HMS Ambush kerana ia senyap. Kapal itu sukar dikesan dan dilengkapi radar yang boleh mengesan kapal atau kapal selam pada jarak lebih 3,000 kilometer.
Bagi memastikan ia memiliki kuasa pemusnah yang hebat, kapal selam itu akan dilengkapi 38 peluru berpandu termasuk peluru Tomahawk yang memiliki jarak sekitar 2,000 kilometer selain torpedo berat Spearfish. - Agensi


DUNIA


Indonesia kurang subsidi minyak


BEBERAPA orang mengisi petrol ke dalam tangki minyak kenderaan masing-masing di sebuah stesen minyak di Jakarta semalam.


JAKARTA – Parlimen Indonesia semalam meluluskan satu rang undang-undang yang tidak membenarkan kereta-kereta persendirian menggunakan minyak pada harga subsidi mulai tahun depan.
Undang-undang itu yang bakal dilaksanakan mulai Mac tahun depan itu akan bermula di Jakarta.
Pengurangan subsidi itu dibuat ekoran desakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang mahu wang digunakan bagi tujuan pembangunan infrastruktur.
“Sebayak 25 peratus golongan kaya di Indonesia menggunakan 77 peratus subsidi minyak. Subsidi sepatutnya disalurkan kepada mereka yang memerlukannya,” kata seorang ahli parlimen dari Parti Pembangunan Bersatu, Romahurmuziy.
Pemilik kereta persendirian perlu membayar minyak mengikut harga pasaran iaitu sekitar 5,600 rupiah (RM1.94) seliter untuk minyak gred lebih tinggi berbanding 4,500 rupiah (RM1.56) seliter sekarang pada harga subsidi.
Minyak subsidi hanya boleh digunakan oleh pengangkutan awam dan motosikal.
Undang-undang itu akan dikuatkuasakan di seluruh Indonesia secara berperingkat.
– AFP


DUNIA


Pengasas WikiLeaks selar sekatan firma kad kredit


JULIAN ASSANGE


LONDON – Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange semalam menyelar pembekal perkhidmatan kad kredit Visa dan MasterCard serta perkhidmatan pembayaran Internet, PayPal kerana membuat sekatan ke atas laman webnya.
Dia membuat kenyataan itu dari dalam penjara menjelang perbicaraannya di London semalam selepas laman webnya menyiarkan lebih 250,000 kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) yang mengandungi maklumat sulit.
Warga Australia berusia 39 tahun itu menyifatkan ketiga-tiga firma berkenaan sebagai ‘alat dasar luar AS.’
Assange berikrar, tindakan firma itu tidak akan menghalang WikiLeaks daripada terus menyiarkan beribu-ribu kabel diplomatik AS yang mengandungi maklumat sulit.
“Tekad saya tetap teguh. Saya masih berpegang teguh pada visi saya,” katanya dalam satu kenyataan kepada sebuah stesen televisyen Australia yang ditujukan kepada ibunya, Christiane Assange.
Wanita itu tiba di London untuk bersama dengan Assange yang dipenjarakan selepas wang ikat jaminnya ditolak ekoran penangkapannya pada 7 Disember lalu atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita di Sweden.
Assange tidak dibenarkan menemui ibunya tetapi mereka dibenarkan berbual menerusi telefon selama 10 minit.
Dalam perbualan mereka, Assange memberitahu ibunya bahawa dia ditempatkan bersendirian di bilik penjara tingkat bawah tanah.
Pihak pendakwa raya Sweden mahu menyoal siasat Assange mengenai dakwaan cabul dan rogol itu. – Agensi



DUNIA


Penggodam serang Twitter


GAMBAR menunjukkan laman web Gawker.


NEW YORK – Penggodam-penggodam melancarkan serangan siber ke atas laman jaringan sosial Twitter dengan menggunakan lebih 1.3 juta kata laluan yang dicuri daripada laman web media, Gawker, lapor sebuah akhbar semalam.
Penggodam-penggodam tersebut menggunakan kata laluan yang dicuri untuk menceroboh ke dalam beribu-ribu akaun pengguna Twitter.
Mereka kemudian menghantar mesej sampah promosi minuman buah beri dari akaun-akaun yang digodam itu.
Mengulas mengenai serangan siber itu, Twitter menyatakan, pengguna- pengguna yang menggunakan kata laluan untuk laman web Gawker dan Twitter yang sama atau akaun perbankan Internet berisiko terkena serangan tersebut.
Bilangan sebenar akaun Twitter yang digodam
tidak dapat dipastikan tetapi dalam masa beberapa jam sahaja, beratus-ratus ribu daripada sejumlah 175 juta akaun Twitter telah menyebarkan mesej sampah itu.
Motif serangan tersebut mungkin disebabkan laman web Gawker kerap mengkritik sebuah kumpulan penggodam komputer yang dikenali sebagai 4Chan. – Agensi




DUNIA


Mata aktor X-Men lebam


HUGH JACKMAN bergayut pada wayar semasa menuruni bumbung di Opera House, Sydney semalam.


SYDNEY, Australia - Akibat hilang tumpuan, mata bintang filem X-Men, Hugh Jackman lebam semasa dia membuat aksi dramatik dalam siri bual bicara popular, Oprah Winfrey Show di sini semalam.
Jackman, 42, yang memakai abah-abah, turun dari bumbung pentas program televisyen itu di dewan pementasan Opera House di sini dengan menggunakan tali.
Namun, dia hilang tumpuan dan melanggar beberapa buah lampu semasa turun ke pentas.
"Oh Tuhan, dia terhantuk dengan kuat," kata Oprah, 56, selepas Jackman meninggalkan pentas itu.
Oprah berkata : "Tolong letakkan ais di matanya (Jackman).".
Kemalangan yang menimpa Jackman itu berlaku semasa aktor berkenaan menyertai episod akhir jelajah Oprah di Australia yang turut menampilkan bintang rap Jay-Z, kumpulan rock Bon Jovi, pasangan selebriti tempatan, Nicole Kidman dan Keith Urban, pelakon Russell Crowe dan vokalis U2, Bono.
Rakaman untuk program tersebut yang dibuat di depan 6,000 penonton itu terpaksa ditangguhkan seketika selepas Jackman dibawa keluar dari pentas untuk mendapatkan rawatan. - Agensi



DUNIA


Aksi seks oral Kesha di internet


KESHA


LOS ANGELES - Penyanyi yang popular dengan lagu Tik Tok, Kesha menjadi mangsa penyebaran gambar lucah peribadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar yang disebarkan oleh Perez Hilton di laman webnya, UnratedPerez itu menunjukkan seorang lelaki yang identitinya tidak diketahui melakukan seks oral ke atas Kesha.
Menurut laman web HipHopRX.com, Hilton pernah menyebarkan gambar kontroversi Kesha yang lain pada Julai lalu.
Namun, pada kali ini, gambar penyanyi itu lebih jelas.
Kesha merupakan antara selebriti antarabangsa seperti Miley Cyrus, Christina Aguilera dan Lady Gaga yang menjadi mangsa penggodam komputer yang mencuri gambar-gambar milik
peribadi mereka dan menyebarkannya di Internet.- Agensi








DUNIA


Vanessa Hudgens putus cinta


ZAC EFRON dan Vanessa Hudgens di RegencyVillage Theater pada 20 Julai 2010 di Los Angeles sebelum mereka berpisah.


LOS ANGELES - Pelakon saluran televisyen Disney, Zac Efron, 23, menamatkan hubungan dengan kekasihnya, Vanessa Hudgens, 22, selepas mereka menjalin hubungan sejak empat tahun lalu.
Menurut laman web E!Online, pasangan itu yang popular dalam filem High School Musical (HSM) terbitan Disney Channel itu secara rasminya mengumumkan perpisahan tersebut baru-baru ini.
Efron yang memegang watak Troy dan Hudgens melakonkan watak Gabriella dalam filem HSM mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan di lokasi penggambaran filem itu pada 2005.
Menurut sumber, Hudgens yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-22 semalam masih berkawan rapat dengan Efron walaupun mereka sudah berpisah. "Ia berakhir dengan elok dan tiada pihak ketiga yang terlibat," kata sumber tersebut.
Mereka kini sibuk dengan aktiviti seni masing masing. Efron sibuk dengan penggambaran filem The Lucky One di New Orleans manakala Hudgens menjalani penggambaran filem berjudul Journey 2: The Mysterious Island di Hawaii. - Agensi







DUNIA


Bekas putera mahkota Nepal akan ditangkap

KATHMANDU - Bekas putera mahkota Nepal, Paras Shah akan ditangkap dan dikenakan dakwaan selepas dia melepaskan satu tembakan ke udara dalam satu pergaduhan di sebuah pusat peranginan terkenal di Taman Negara Chitwan.
Paras Shah yang berusia 38 tahun dan terkenal dengan gaya hidupnya yang berfoya-foya mendakwa, dua orang lelaki menghinanya dalam perselisihan faham berhubung sistem diraja Nepal.
Sistem diraja Nepal berakhir pada tahun 2008 selepas kumpulan komunis yang melakukan pemberontakan selama sepuluh tahun berkuasa di negara itu.
"Polis telah diarahkan untuk menangkap Paras Shah. Dia akan dikenakan dakwaan menggunakan senjata api di tempat awam," jelas jurucakap Kementerian Dalam Negeri Nepal, Jay Mukunda Khanal. - AFP



DUNIA


Polis Kanada bogelkan wanita tak bersalah


DUA anggota polis memegang tubuh Stacy Bonds di sebuah balai polis di Ottawa, Kanada.


OTTAWA, Kanada - Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.
Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.
Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.
Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.
Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.
Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.
Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.
Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya. - Agensi

No comments:

Post a Comment