Saturday, December 18, 2010

MANUSIA LA NI...KEBANYAKAN TERPERANGKAP DENGAN TIPU DAYA DUNIA...YANG MENJADI UJIAN KEIMANAN KITA

DUNIA


Api bakar rambut model

 


RAMBUT seorang model terbakar semasa dia berada di dalam tab mandi di bilik sebuah hotel di Los Angeles pada Selasa lalu.


LOS ANGELES - Rambut seorang model wanita yang berada di dalam tab mandi terbakar semasa parti penyanyi rap, Diddy-Dirty Money diadakan di sebuah bilik hotel di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kebakaran itu dipercayai berpunca daripada api lilin yang terletak di belakang model berkenaan.
Pada mulanya, model itu tidak menyedari rambutnya itu terbakar semasa penyanyi tersebut berbual secara langsung dalam program mempromosikan album terbarunya pada Selasa lalu.
Namun, apabila api tersebut semakin membesar dan bahang panas terasa, beberapa orang di sekeliling model itu mula melarikan diri termasuk penyanyi berkenaan.
Model itu kemudian bertindak pantas dengan merendamkan rambutnya ke dalam air yang terdapat dalam tab mandi menyebabkan ia padam.

Penyanyi itu kemudian menenangkan para pengunjung dengan menyatakan bahawa insiden tersebut berada dalam kawalan.
Aksi model itu boleh dilihat di laman YouTube di Internet. - Agensi


DUNIA


Motosikal unik dijual RM172,452


SEORANG lelaki menunggang motosikal unik keluaran syarikat Parker Brothers Choppers di Florida.


MIAMI - Sebuah motosikal yang digerakkan program komputer seperti dalam filem sains fiksyen, Tron: Legacy kini direalisasikan ke dunia nyata oleh pembuat motosikal, Parker Brothers Choppers yang beribu pejabat di Florida, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.
Motosikal yang dikenali sebagai Light Cycle itu sepanjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam.
Syarikat Parker Brothers Choppers menyatakan pihaknya hanya menghasilkan lima buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 (RM172,452) seunit.
Pengurus Operasinya, Jeff Halverson memberitahu ia menggunakan enjin TL1000R.
"Empat unit sudah dijual dan hanya sebuah lagi yang tinggal," kata Halverson.
Terdapat sambungan komputer tablet iPad yang membolehkan statistik tunggangan dimuat turun daripada komputer yang ada pada motosikal itu.
Gambar motosikal itu boleh dilihat di laman web YouTube.
Populariti motosikal itu di laman tersebut telah menarik perhatian syarikat perfileman Disney dan penerbit filem Tron: Legacy yang mahu menggunakan Light Cycle dalam acara promosi filem berkenaan. - Agensi




DUNIA


Krisdayanti bakal berkahwin minggu depan


RAUL Lemmos dan Krisdayanti.


JAKARTA - Penduduk di kawasan tempat tinggal penyanyi Krisdayanti, 35, di Radio Dalam, Jakarta Selatan heboh mengatakan bahawa penyanyi itu bakal berkahwin pada minggu depan, lapor sebuah akhbar semalam.
"Undangannya sudah disebar. Mungkin hanya untuk orang-orang tertentu, selebihnya anda semak sendiri," kata satu sumber.
Sumber itu turut memberitahu bahawa, majlis itu bakal diadakan di Hotel Mulia, Senayan, Jakarta.
Sebelum ini, Krisdayanti pernah menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Timor Leste, Raul Lemmos.
Raul dikatakan sudah menghantar surat untuk bercerai dengan isterinya, Silvalay Noor Athalia di Timor Leste.
Menurut Silvalay, keputusan mahkamah mengenai status perceraian mereka bakal diketahui pada 21 Disember ini.
Dalam perkembangan sama, akhbar Tribunnews.com melaporkan bahawa bekas suami Krisdayanti, Anang Hermansyah, 41, merestui perkahwinan bekas isterinya itu.
"Kalau memang itu sudah menjadi keputusan yang baik buat Yanti (Krisdayanti) dan baik untuk jangka panjangnya, bagi aku itu keputusan yang tepat," kata Anang yang mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan Krisdayanti. - Agensi



DUNIA


Jolie-Pitt kahwin tahun depan


ANGELINA JOLIE dan Brat Pitt tiba untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem The Tourist di Palacio de Deportes di Madrid, Sepanyol kelmarin.


MADRID - Pasangan kekasih, Angelina Jolie dan Brad Pitt akan berkahwin pada Hari Kekasih tahun depan di sebuah pusat pemulihan terpencil di Jodhpur, India, lapor akhbar Hindustani Times semalam.
Pasangan itu dikatakan sudah membuat persiapan untuk melangsungkan perkahwinan dengan mengikut budaya Hindu.
Pitt, 46, dan Jolie, 35, yang masih belum berkahwin kini mempunyai tiga anak sendiri dan tiga anak angkat.
Kedua-dua mereka merupakan pengikut seorang pemimpin kerohanian Hindu, Siddh Guru Ramlal Siyag.
Pasangan itu juga mempelajari yoga sejak beberapa tahun lalu. - Agensi




DUNIA


AS bakal ada presiden gay


JIMMY CARTER


WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-39, Jimmy Carter percaya bahawa negara itu bakal mempunyai seorang presiden homoseks pada masa hadapan, lapor sebuah akhbar semalam.
Beliau dalam sebuah wawancara bersama laman web Big Think memberitahu bahawa seluruh penduduk AS kini bersedia untuk memilih seorang presiden gay.
"Saya tidak pasti mengenai pilihan raya yang akan datang (pengundi memilih seorang presiden gay)," katanya.
"Namun, saya fikir dalam waktu terdekat kerana kita mula menyedari bahawa homoseksual adalah sama seperti berdepan dengan hal berkaitan kaum," tambahnya.
Menurutnya, penduduk negara ini sudah menyesuaikan diri untuk menerima seorang presiden yang mungkin wanita.
Beliau berkata, apa yang jelas, penduduk AS kini sudah menerima seorang presiden berkulit hitam dan mungkin seorang gay pada masa depan. Carter telah menjadi presiden dari tahun 1977 hingga 1981.
Barack Obama merupakan Presiden AS kulit hitam yang pertama di AS dan negara itu turut mempunyai seorang presiden yang berstatus bujang iaitu James Buchanan yang memerintah dari 1857 hingga 1861. - Agensi





Gadis 24 tahun menang Ratu Cantik Universiti di Korea Selatan


KATIE FARR


LEEDS - Seorang gadis berumur 24 tahun, Katie Farr dipilih untuk memenangi Ratu Cantik Universiti peringkat dunia di Korea Selatan baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam. Dia dipilih barisan hakim yang kagum dengan kecerdasan selain wajahnya yang cantik.
Katie dari sini menewaskan 40 lagi saingannya.
Gadis itu memiliki tahap kecerdasan (IQ) sebanyak 140 dan dia merupakan rakyat Britain yang pertama memenangi gelaran tersebut sejak ia diperkenalkan pada 1986.
Semua peserta merupakan pelajar atau bekas pelajar universiti dan berani menunjukkan kemahiran berdebat, kerja-kerja kebajikan dan bakat individu.
Tidak ada kategori pakaian renang namun Katie mampu memikat hakim dengan menunjukkan kemahiran tendangan dalam perlawanan tinju.
Dia menjadi model sebelum memperoleh ijazah sains politik dari University of Leeds.
Pada tahun lalu, dia memenangi gelaran Ratu Cantik Leeds. Para peserta perlu mengetahui cara untuk membuat kuih tradisional, memberikan bantuan makanan untuk golongan tidak berumah dan menyampaikan guni arang kepada penduduk miskin Korea.
Menurut Katie: "Keputusan itu tidak hanya bergantung kepada pertandingan akhir. Terdapat sekumpulan orang yang mengikuti kami dan melihat kami selama dua minggu. Berdasarkan pandangan saya, pemenang pertandingan itu merupakan yang paling bijak dalam pertandingan ratu cantik."
Pertandingan itu sebenarnya dianjurkan oleh persatuan pelajar dari beberapa buah universiti di dunia.
Tujuan ia diadakan adalah untuk mempromosikan keamanan. Pemenang sebelum ini terlibat dalam aktiviti keamanan di negara-negara seperti Kosovo dan Rwanda yang pernah dilanda peperangan. - Agensi




DUNIA


Assange bimbang diekstradisi ke AS


JULIAN ASSANGE menunjukkan dokumen mahkamah semasa dia muncul di depan sekumpulan pemberita selepas dibebaskan dengan ikat jamin di Mahkamah Tinggi di London kelmarin.


LONDON - Pengasas laman web WikiLeaks, Julian Assange kelmarin menyatakan dia pernah mendengar khabar angin bahawa dirinya dituduh sebagai seorang pengintip oleh Amerika Syarikat (AS).
Kenyataan itu dikeluarkan selepas dia dibebaskan dengan ikat jamin oleh seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini selepas ditahan pada 7 Disember lalu atas dakwaan merogol dan mencabul dua wanita.
Assange kini menjadi amat popular selepas laman webnya itu menimbulkan kemarahan AS kerana ia mendedahkan lebih 250,000 kabel diplomatik AS yang mengandungi maklumat sulit.
Ia mendedahkan pandangan-pandangan diplomat AS mengenai isu-isu global dan pemimpin-pemimpin dunia.
Dia yang ditemui di sebuah rumah agam rakannya di Suffolk juga menyatakan kebimbangannya bahawa prosiding ekstradisinya ke Sweden merupakan satu helah untuk membawanya ke AS.
Assange membuat dakwaan itu kerana prosiding perbicaraan itu berlaku dalam cara yang pelik.
Peguam pengasas WikiLeaks itu, Mark Stephens sebelum ini pernah mendakwa satu jemaah juri rahsia telah dibentuk di Virginia untuk mengemukakan tuduhan-tuduhan yang boleh dikenakan terhadap Assange.
"Saya tidak takut untuk diekstradisi ke Sweden. Saya lebih bimbang jika diekstradisi ke AS," kata Assange.
Para peguam berpendapat, tindakan mengekstradisi Assange ke Sweden adalah bermotifkan politik.
Namun, para pendakwa raya Sweden menyatakan permintaan ekstradisi itu tiada kena mengena dengan WikiLeaks.
Assange yang bercakap kepada para penyokongnya di luar mahkamah berikrar akan terus mendedahkan maklumat rahsia.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 200,000 pound (RM978,477) dengan syarat yang ketat.
"Adalah sesuatu yang hebat untuk menghidu udara bersih di London semula," kata Assange yang dikerumuni sekumpulan jurugambar yang mahu merakamkan gambarnya. - Agensi




DUNIA


Tipu kelayakan untuk masuk Universiti Harvard


GAMBAR yang disiarkan akhbar Boston Globe kelmarin menunjukkan Adam Wheeler bersama ibu bapanya sebelum perbicaraannya diadakan di sebuah mahkamah di Boston.


BOSTON - Seorang pemuda berusia 24 tahun, Adam Wheeler mengaku bersalah berhubung 20 dakwaan terhadapnya termasuk penipuan identiti sebagai usahanya untuk memasuki Universiti Harvard di Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Boston Globe kelmarin.
Wheeler memberitahu hakim sebuah mahkamah di sini bahawa dia berasa malu dengan perbuatannya.
Dia diarahkan diletakkan dalam pemerhatian pihak berkuasa selama 10 tahun dan membayar AS$45,800 (RM143,651) sebagai ganti rugi selain menjalani sesi kaunseling.
Pemuda itu juga dilarang untuk cuba mendapatkan sebarang keuntungan dengan menjual kisahnya.
Pihak pengurusan Universiti Harvard mula menyiasat Wheeler pada September lalu selepas seorang profesor yang meneliti semula permohonannya untuk biasiswa Rhodes dan Fulbright.
Profesor itu mendapati bahawa pemuda tersebut telah memplagiat hasil kerja akademik yang dilakukan oleh pelajar lain.
Pihak pengurusan universiti itu mendapati Wheeler memalsukan transkrip Universiti Harvard supaya ia menunjukkan dia mendapat banyak A bagi membolehkannya layak mendapat biasiswa.
Pemuda itu kemudiannya diberikan geran penyelidikan lebih AS$45,000 (RM141,142), biasiswa dan bantuan kewangan dengan menggunakan hasil kerja akademik yang diplagiat.
Dia yang memasuki kursus utama bahasa Inggeris itu dibuang dari universiti tersebut pada tahun lalu selepas profesor tersebut membongkar penipuannya.
Semasa perbicaraan, dia mengaku menggunakan surat perakuan palsu dan memalsukan transkrip peperiksaan sekolah tinggi dan kolej.
Universiti Harvard merupakan universiti berprestij di AS dan salah seorang bekas pelajarnya ialah pengasas laman web Facebook, Mark Zuckerberg. - Agensi

No comments:

Post a Comment