Thursday, September 18, 2014

LAH NI ZAMAN BANYAK SONGSANG....RASULLULLAH SAW TAK JAMIN KEISLAMAN SELEPAS 300 TAHUN BAGINDA SAW WAFAT

Masjid songsang rasmi hari ini

Cape Town: Seorang ahli akademik akan meneruskan rancangan merasmikan apa yang dipanggilnya ‘masjid terbuka’ hari ini.
Masjid berkenaan, menurut pengasasnya, Dr Taj Hargey, profesor di Pusat Pendidikan Islam Oxford di Britain, akan dibuka kepada semua orang termasuk yang bukan Islam dan gay.

Menurutnya, dia tetap meneruskan rancangan membuka masjid itu walaupun menerima ancaman daripada pelbagai pihak. Dalam kenyataannya kepada akhbar The Cape Times, Hargey berkata, sudah tiba masanya untuk melancarkan ‘revolusi agama’ sesuai dengan revolusi demokrasi di Afrika Selatan dan masjid itu akan dibuka kepada semua orang, termasuk gay untuk bersembahyang di situ.
Ceramah yang akan diadakan bersifat progresif, berilmu dan sama rata.

Wanita akan dibenarkan menjadi imam sementara golongan gay dan bukan Islam dialu-alukan datang.

“Ada yang ancam membunuh saya kerana masjid ini. Tetapi saya tak peduli,” katanya.
FotoRHEEL Raza 60, mengimamkan sembahyang Jumaat di pusat pendidikan Islam Oxford yang diketuai Hargey tidak lama dulu.
Masyarakat Islam Cape Town menyelar masjid itu dengan sebahagiannya menyifatkan Hargey sesat dan menyesatkan.

Majlis Islam Afrika Selatan (MJC) tidak mempunyai kuasa terhadap masjid itu. Timbalan Presidennya, Riad Fataar memberitahu wartawan, pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap masjid berkenaan. Riad juga memberitahu, dia menganggapnya tempat ibadah, bukan masjid.
“Apa juga yang bertentangan dengan Islam, akan mendapat kecaman daripada MJC,” kata Riad.

Sementara itu, Hargey berkata, masjid yang terletak di Wynberg itu, tempat dia dilahirkan, akan dirasmikan jam 1 petang hari ini. Azan akan dilakukan dalam bahasa Inggeris dan Arab sementara khutbah dalam bahasa Inggeris keseluruhannya. Wanita pula dipelawa solat sama saf dengan lelaki. Menurut Hargey, dia akan membaca khutbah sulung dan topiknya berkait dengan kewujudan bersama Kristian dan Islam. Dia menjangka 300 orang akan hadir pada majlis pembukaan itu.

Umat Islam Afrika Selatan bercadang berarak ke masjid berkenaan untuk mendesaknya ditutup sama sekali. - Agensi

Anak lembu berwajah manusia?

Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.
Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.
“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.
FotoMUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.
Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi

Islam tawan 16 kampung Kurdis

Beirut: Tentera Kurdis merayu bantuan ketenteraan daripada pelbagai pihak di wilayah mereka dalam usaha mengekang kemaraan kumpulan Negara Islam (IS) di utara Syria berhampiran sempadan Turki.
Perkara berkenaan dinyatakan seorang pegawai tentera Kurdis semalam selepas IS menawan 16 perkampungan mereka di barat bandar utama puak itu, Ayn al-Arab atau turut dikenali sebagai Kobani.

Timbalan komander tentera Kurdis di Kobani, Ocalan Iso memberitahu media, kumpulan berkenaan menggunakan senjata berat termasuk kereta kebal dalam serangan itu.
Kumpulan pemerhati Syria yang berpejabat di London berkata, penduduk awam Kurdis di kawasan berkenaan melarikan diri dari kampung masing-masing kerana bimbang IS akan melakukan pembunuhan beramai-ramai. Jurucakap Parti Kesatuan Demokratik Kurdis, Nawaf Khalil berkata, kumpulan bersenjata Kurdis terpaksa berundur kerana tidak mampu berdepan dengan militan IS yang datang dengan bala tentera yang besar.

“Pertempuran di Kobani adalah yang paling ganas,” kata Nawaf. - Agensi

Anggota Tentera Makan Haiwan Haram Semasa Menjalani Latihan Survival?


Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang tidak diketahui daripada negara mana menikmati makanan di dalam hutan.

Menurut Facebook berkenaan, ia mendakwa anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia dan dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.

Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.

“Antara binatang yang kelihatan ialah monyet, katak dan beberapa binatang liar yang lain,” katanya.
Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.

“Adakah ini latihan untuk menghadapi situasi darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak.

“Dr Mashitah dalam ruang soal jawab akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan, dalam keadaan biasa memang melacur itu haram, tetapi jika terdesan dan darurat ia dimaafkan,” katanya.

Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.

“Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan terebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat?,” katanya.

sumber

Gadis Melayu Masa Kini.

Gadis melayu masa kini semakin menjadi jadi dengan cara tersendiri, yang paling ketara adalah cara pemakaian yang kurang berdisiplin, Sepatutnya cara pemakaian gadis melayu yang asli adalah dengan memakai baju kurung yang tidak menampakkan bentuk badan serta bertudung menutup aurat, tetapi kita lihat remaja moden masa kini semakin menjadi-jadi disebabkan dengan perubahan semasa serta kenajuan teknologi yang canggih.
Kita lihat satu contoh seorang remaja yang memakai tudung tetapi "ekornya keluar", mana hilangnya maruah diri seorang remaja ini yang sanggup memakai pakaian yang dikatakan bertudung tetapi sebenarnya bogel.

Saturday, September 13, 2014

ANAK/BAYI YANG DIBUANG ATAU DIBUNUH BIASANA HASIL DARI KERJA2 ZINA....DUA DOSA BESAR YANG JELAS/TERANG IAITU ZINA DAN BUNUH

Rangka bayi dalam semak

Butterworth: “Tiba-tiba hati saya tergerak untuk berpatah balik dan melihat kandungan di dalam plastik,” kata seorang pekerja swasta yang menemui rangka dipercayai bayi ketika menjalankan kerja mengukur tanah di Jalan Todak di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 20-an, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas bersama dua rakan.

Menurut Azman, selesai mengukur tanah, mereka bergerak pulang sebelum dia terlihat bungkusan plastik hijau di dalam semak.Saya berpatah balik dan membuka plastik berkenaan. Saya terkejut kerana mendapati ia rangka manusia termasuk tengkorak dan berdasarkan saiz, ia mungkin rangka bayi.

“Saya menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya .

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.
FotoANGGOTA polis membawa beg berisi rangka bayi yang ditemui. Gambar kecil, rangka bayi.
“Kami menghantar rangka itu ke Hospital Seberang Jaya untuk dianalisis,” katanya.

 

pehhhhh.. apa nk jadi la dgn budak2 melayu skrg.. yg perempuan tengah isap gam pastu ramai2 raba. gila.. tengok video kt sini
download 1 : http://bit.ly/1xXUfX9
(tekan download kt bahagian tepi) yg mana tak leh terima tu, ambil lah ni sebagai pengajaran

Padah bergayut di telefon

Georgetown: Tindakan seorang remaja berbual dengan teman wanita menggunakan telefon bimbit sambil duduk di balkoni rumah membawa padah apabila dia tergelincir dan terjatuh daripada tingkat empat kediaman keluarganya di Lengkok Nipah 3, Sungai Dua di sini, semalam.
Akibatnya, mangsa, Chong Yin Xian, 16, patah tulang paha kanan dan tulang tangan kiri. Dia kini masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Menurut sumber, ibu mangsa sebelum itu sudah beberapa kali menegur perbuatannya kerana tembok balkoni terbabit agak licin selain risaukan keselamatannya.
“Tidak lama kemudian, ibunya terdengar jeritan mangsa namun tidak sempat berbuat apa-apa.

“Penduduk kemudiannya menghubungi ambulans. Keadaan mangsa stabil dan tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya.
FotoMANGSA menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian.

Spa sundal diserbu

Kuala Lumpur: Selepas lebih tiga bulan menjalankan aktiviti persundalan dengan menawarkan khidmat mandian kolah berahi kepada pelanggan hidung belang, akhirnya sebuah pusat spa di Bandar Puteri, Puchong, dekat sini, diserbu oleh pihak berkuasa.
Serbuan yang dijalankan sepasukan 10 pegawai dan anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman jam 11 malam kelmarin itu berjaya menahan empat wanita dipercayai pelacur.

Ketika serbuan dijalankan, empat wanita itu dikatakan sedang melayan pelanggan, termasuk seorang dalam kolah jakuzi.
Pakej istimewa yang disediakan pusat spa itu membolehkan pelanggan dan pekerja seks mandi bersama dalam kolah menaikkan keghairahan sebelum mengadakan hubungan seks.

Serbuan diketuai Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais turut menahan seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai penjaga premis terbabit.

Muhammad berkata, empat wanita dipercayai warga Thailand itu ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan yang dimiliki mereka dengan bergiat dalam aktiviti pelacuran.
“Kami sentiasa memandang serius perkara ini dan akan menjalankan serbuan dari semasa ke semasa bagi mengekang aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.

Menurutnya, semua wanita berusia 20-an dan penjaga premis terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk siasatan lanjut.
Tinjauan Harian Metro mendapati terdapat beberapa laluan sulit dibuat sindiket berkenaan yang disyaki digunakan oleh pelanggan dan pelacur di premis terbabit untuk melarikan diri ketika serbuan diadakan.

Turut ditemui ratusan kotak kondom yang disembunyikan dipercayai untuk diberikan kepada pelanggan.

Kedai kopi gesek

Oleh EKHWAN HAQUE FAZLUL HAQUE dan MOHD HAFIZEE MOHD AROP
Banting: Minum sambil bergesek, itulah menu tambahan ditawarkan pengusaha sebuah restoran di sini yang menyediakan sekurang-kurangnya 10 wanita warga China untuk menjadi peneman pengunjung sepanjang menjamu selera di premis dalam ladang kelapa sawit itu.
Terletak jauh di pinggir kota, gadis muda berkulit putih gebu yang rata-rata­nya berusia 20-an ini boleh dibawa keluar dan diajak ke ranjang dengan bayaran kira-kira RM500 oleh pengunjung mata keranjang, terutama pelanggan tetap,
Itulah gambaran boleh diberikan kepada restoran berkenaan yang menawarkan khidmat pelayan pelanggan (GRO) ‘China Doll’ kepada pengunjung­nya dipercayai sejak beberapa bulan lalu.

Beroperasi kira-kira 500 meter dari jalan utama, tidak siapa menyangka ada lebih 10 GRO asyik melayan pelanggan secara terbuka di restoran berkenaan.
FotoSALAH seorang GRO sedang melayan pelanggan.

Selain kopi dan teh, pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman keras selain menjalani sesi urutan dan belaian manja si genit yang hanya mengenakan skirt pendek dan baju nipis bagi menarik pelanggan.

Gagal bunuh diri lepas terjun dari tingkat 11

Beijing: Cubaan seorang wanita untuk membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 sebuah hospital gagal apabila dia terselamat selepas jatuh di atas van yang diparkir di bawah.
Gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan wanita itu terbaring di atas kenderaan berkenaan dengan kecederaan ringan.
Wanita terbabit, pesakit di hospital berkenaan yang terletak di Taizhou, wilayah Zhejiang, datang ke situ untuk pemeriksaan penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Seorang pekerja hospital berkata, dia melihat wanita terbabit naik ke tingkat 11 dan cuba menghalangnya daripada terjun.
FotoWANITA yang cuba bunuh diri itu jatuh ke atas bumbung van.

“Kami nampak perangainya agak pelik dan sebaik melihatnya cuba terjun, kami cuba menangkapnya namun terlepas.

“Mujur dia jatuh ke atas bumbung van yang diparkir di bawah,” kata pekerja itu.

Wanita berkenaan mengalami keretakan tulang akibat kejadian itu, namun tiada kecederaan serius.

Sementara itu, pemilik van berkenaan dikenali sebagai Yang berkata, kenderaannya diletakkan di situ kerana dia membawa ibunya untuk pemeriksaan di hospital pada pagi sama.

“Mujur kami berdua tiada di dalam van ketika kejadian,” katanya. - Agensi

Lelaki cucuh rokok di muka isteri

Kuala Lumpur: Seorang lelaki bersikap tidak perikemanusiaan apabila tergamak mendera dengan memukul selain gemar mencucuh bara puntung rokok ke muka dan tangan isterinya.
Suspek yang berusia 27 tahun itu dikatakan gemar bertindak di luar batasan setiap kali berselisih faham dengan isterinya membabit soal remeh temeh.

Dalam kejadian terbaru jam 8 malam kelmarin, suspek dikatakan sekali lagi berselisih faham dengan isterinya yang berusia 23 tahun di rumah didiami di Jalan Pudu di sini.
Sumber polis berkata, pertengkaran itu bertukar ganas apabila mangsa yang dimaki hamun kemudian diserang suaminya.

“Lelaki itu yang seolah-olah hilang kawalan diri bertindak menumbuk muka isterinya berulang kali.

“Suspek kemudian mengambil bekas bedak dan menghentak objek keras itu ke kepala mangsa menyebabkan wanita itu menjerit kesakitan,” katanya.
Dia berkata, mangsa yang merayu dilepaskan bagaimanapun dicucuh dengan bara puntung rokok di mukanya berulang kali.

“Tidak cukup dengan itu, lelaki terbabit tanpa belas kasihan turut mencucuh rokok ke tangan isterinya menyebabkan mangsa menjerit kesakitan.
“Mangsa yang merayu supaya dilepaskan bagaimanapun terus didera dan dipukul berulang kali sehingga pitam,” katanya.

Menurutnya, suspek hanya melepaskan mangsa selepas mendapati mangsa sudah tidak berdaya dan terbaring di lantai rumah.

“Suspek kemudian keluar dari rumah berkenaan sebelum mangsa pergi ke Balai Polis Pudu di sini, untuk mendapatkan bantuan.

“Mangsa yang membuat laporan polis kemudian dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Nor Azman Muhammad Yusof yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, usaha mengesan suspek masih dilakukan pihak polis.

Penuntut UiTM lima kali ditikam penyamun

Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang penuntut perempuan UiTM berusia 20 tahun parah ditikam penjenayah dalam kejadian samun di rumah sewanya di Lendu, Alor Gajah pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi, mangsa yang menuntut di tahun akhir ditikam sebanyak lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek yang menceroboh masuk rumahnya di tingkat satu sebuah apartmen. Difahamkan, gadis itu tidur bersendirian dalam sebuah bilik sebelum seorang lelaki tidak dikenali memanjat dari belakang bilik dan masuk ke dalam rumah sebelum disedari mangsa.

Berlaku pergelutan antara mangsa menyebabkan suspek berang sebelum menikamnya bertubi-tibu di dada sebelum melarikan diri bersama sejumlah wang dan kunci kereta.
FotoMANGSA ditikam lima kali di bahagian dada selepas berlaku pergelutan dengan suspek.

Mangsa yang parah di dada sempat meminta pertolongan rakan sebilik sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan.

Polis dikatakan sudah mengenalpasti suspek berdasarkan kepada penemuan kunci kereta yang dicuri di sebuah rumah berdekatan dan usaha mengesan lelaki itu sedang giat dilakukan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdulah mengesahkan kejadian.

Tragedi cari madu kelulut

Oleh Zuliaty Zulkiffli
Pendang: Seorang lelaki maut dihempap dahan pokok ketika mengambil madu kelulut di Kampung Asam Jawa, malam tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 malam menyebabkan mangsa Mohd Fakrul Radzi Zainuddin, 27, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang tiba untuk bantuan mengambil masa hampir empat jam untuk membawa turun mangsa yang berada lima meter di atas pokok itu.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa pergi bersama rakannya lalu menebang dahan menggunakan mesin pemotong tetapi tidak sempat mengelak apabila dahan tiba-tiba menghempap badannya.
FotoKEADAAN mangsa yang dihempap dahan pokok. Gambar ihsan JBPM

Ketua Operasi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Hafiz Suhaimi berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.46 malam dan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa berjaya diturunkan jam 11 malam menggunakan tali sebelum diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

DAH TAK DE TEMPAT YANG MENARIK UJNTUK TINGGAL....MEREKA TAK TAHUATAU TERLEPAS INDAHNYA SYURGA...UNTUK MENDAPATKANNA DENGAN TAQWA


Tawar bina rumah tergantung di tebing



RUMAH berkonsepkan tergantung di tebing dijangka mencetuskan revolusi baharu di Australia.- Agensi



CANBERRA - Kediaman berkonsepkan rumah tergantung di kawasan tebing bakal dibina khusus buat mereka yang gemar tinggal di pinggir Australia, lapor portal berita telegraph.uk kelmarin.
Bangunan yang direka oleh arkitek tempatan daripada firma Modscape's Ambitious Designs itu diilhamkan daripada pembentukan teritip di bawah kapal.
"Rekaannya ini sejajar dengan tindak balas pelanggan yang inginkan sesuatu yang luar biasa di kawasan pantai di Australia. Rumah ini bukan sahaja tergantung di tebing bukit, malah memiliki pemandangan Lautan Hindi yang sungguh cantik," kata jurucakap firma tersebut.
Kediaman mewah itu akan memiliki lima tingkat selain digantung di tebing dengan menggunakan pin keluli kejuruteraan tinggi.
Beberapa arkitek dan pakar kejuruteraan daripada firma berkenaan bakal bekerjasama dalam menjayakan pembinaan rumah pasang siap ini. - Agensi



Tentera Pakistan guna bahan letupan alih laluan banjir dari bandar utama



GAMBAR menunjukkan tebing sebuah terusan diletupkan oleh tentera Pakistan bagi mengalihkan laluan air banjir semalam.- AFP


MULTAN - Pihak berkuasa Pakistan kelmarin bertindak melindungi dua bandar raya utama daripada ditenggelami banjir dengan menyediakan bahan letupan bagi kegunaan melencongkan aliran banjir.
Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat selama beberapa hari telah meragut lebih 450 nyawa di Pakistan dan India setakat ini.
Di Pakistan kelmarin Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) menyatakan, lebih 1.8 juta penduduk negara itu kini terjejas akibat banjir.
Di negara jirannya India, antara 300,000 hingga 400,000 orang masih terperangkap di wilayah Kashmir dengan talian telefon terputus berhari-hari manakala bekalan air dan makanan semakin berkurangan walaupun banjir mula surut.
Tentera Pakistan kelmarin menanam bahan letupan sebagai persiapan meletupkan tiga terusan strategik untuk melencongkan aliran air jauh dari bandar Muzaffargarh dan Multan yang terletak dalam wilayah Punjab di selatan negara itu.
Kedua-dua bandar raya itu merupakan hab industri kapas di Pakistan.
"Terusan-terusan itu akan diletupkan jika air banjir masih tidak surut," kata seorang pegawai kanan kerajaan di Multan.
Langkah serupa dilakukan Rabu lalu bagi melindungi bandar Jhang selepas 10,000 orang dipindahkan dalam tempoh semalaman akibat banjir.
Dalam perkembangan berkaitan, tentera Pakistan menyatakan, pihaknya telah menyelamatkan 22,000 orang yang terperangkap akibat banjir di sekitar Punjab dan wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0913&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3DCB7Oukp
Hakcipta terpelihara

Bunuh anjing dalam mesin basuh

Hong Kong: Polis semalam melancarkan siasatan berhubung kes penderaan haiwan selepas seorang lelaki memuat naik gambar ke Internet yang menunjukkan dia membunuh seekor anjing dengan memerangkapnya di dalam mesin basuh.
Gambar itu yang dimuatnaik oleh lelaki yang menamakan dirinya Jacky Lo menunjukkan seekor anjing kecil cuba memanjat keluar dari mesin basuh itu sementara satu lagi menunjukkan haiwan berkenaan bergelut untuk mengelak dirinya daripada lemas ketika mesin itu berpusing.

‘Lo’ berkata dia memuat naik gambar itu untuk menunjukkan ‘cara paling pantas untuk memandikan anjing.’ Menjawab satu soalan oleh seorang pengguna yang bertanya sama ada dia membunuh haiwan itu, ‘Lo’ menjawab dalam ruang komen di bawah gambar itu: “Ya. Ia sudah mati. Anda mahu melihatnya?” Hampir 20,000 pengguna Internet di Hong Kong menandatangani petisyen menerusi online menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki itu. - Agensi

FotoGAMBAR penderaan haiwan yang dimuat naik lelaki berkenaan.

30 tahun terkurung

Rio de Janeiro: Sebuah keluarga yang kehilangan kura-kura kesayangan tidak menyangka dapat bertemu haiwan peliharaan mereka 30 tahun kemudian, lapor media semalam.
Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. Awal bulan ini, ketua keluarga Almeida, Leonel, meninggal dunia dan anak-anaknya bekerjasama membersihkan bilik di tingkat dua rumah mereka yang sarat berisi barangan elektrik rosak.

Selama ini, bilik berkenaan dibiarkan berkunci.
Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.

“Saya meletakkan kotak itu di kaki lima supaya pemungut sampah mengambilnya, tetapi ada seorang jiran bertanya, mengapa saya mahu membuang kura-kura?” katanya. Hairan dengan kata-kata jirannya, Leandro melihat kotak berkenaan sekali lagi dan terkejut melihat apa yang ada di situ.

Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.
Foto
“Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.
FotoKELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun.
“Lama-kelamaan, bilik itu penuh dengan barangan elektrik dan kami tidak berani masuk ke situ,” katanya.

Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.
Namun, kata Lenita, tiada siapa tahu bagaimana Manuela mampu bertahan dalam bilik berkenaan selama 30 tahun. Sementara itu, pegawai vaterinar Rio de Janeiro, Jeferson Pires berkata, kura-kura spesies berkaki merah mampu bertahan walaupun tanpa makanan untuk tempoh lama. “Kura-kura jenis itu boleh hidup tanpa makanan selama dua hingga tiga tahun.

“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.

Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. -Daily Mail

Pemilik ‘F1’ tolak tawaran RM30.9j

London: Seorang ahli perniagaan menolak tawaran lebih £6 juta (RM30.9 juta) untuk nombor plat pendaftaran F1 yang mungkin membolehkannya membeli 600 kereta Ford Fiestas.
Afzal Khan membelanjakan ratusan ribu pound untuk memiliki satu daripada koleksi plat pendaftaran peribadi paling hebat di Britain.

Dan nombor pendaftaran paling diburu ramai ialah F1 yang kini tertera pada kereta Bugatti Veyron miliknya. Usahawan itu mencetuskan kontroversi pada 2008 apabila dia membayar £440,000 (RM2.2 juta) untuk nombor pendaftaran itu, harga paling tinggi untuk nombor plat kenderaan pernah dicatatkan di Britain. Tetapi ia terbukti menjadi pelaburan menguntungkan dengan nilai plat pendaftaran itu kian meningkat lebih 10 kali ganda selepas seorang hartawan menawarkan untuk mebelinya dengan harga RM30.9 juta. Sekiranya dia menerima tawaran itu, akan membolehkannya membeli enam lagi Bugatti Veyron, 75 Range Rover atau 600 Ford Fiestas.
Bagaimanapun, Khan yang mempunyai syarikat Rekaan Khan di Brad- ford, menolak tawaran itu kerana percaya nilainya lebih tinggi daripada tawaran diterima.

Malah, dia tidak terdesak untuk memiliki kereta baru kerana turut mempunyai plat pendaftaran Mercedes SLR McLarennya yang berharga antara £200,000 (RM1.03 juta) dan sebuah lagi plet kereta terpakainya yang berharga £300,000 (RM1.5 juta). Keengganan Khan untuk menjual plat pendaftaran itu bermakna dia masih memegang rekod sebagai individu paling banyak membelanjakan wang untuk memperoleh plat pendaftaran kereta di Britain. Sementara itu, jutawan Russia Roman Abramovich, yang juga pemilik kelab bola sepak Chelsea hanya bersedia membelanjakan sebanyak £285,000 (RM1.4 juta) daripada hartanya yang bernilai £11 bilion (RM56.7 bilion) untuk membeli nombor plat ‘VIP 1’. - Agensi
FotoKERETA Bugatti Veyron milik Khan dengan nombor pendaftaran F1.
FotoKhan bersama keretanya dengan nombor pendaftaran F1.

ORANG JEPUN BERSEDIA UNTUK MATI...KITA TAKUT MATI....BILA KEMEWAHAN DISALAH GUNA

Persiapan untuk mati

Tokyo: Bagi sesetengah orang, ditanam hidup-hidup adalah bayangan paling menakutkan.
Tetapi di Jepun, pengebumian sebelum mati kini semakin popular.


‘Pesta Skukatsu’ atau pesta persiapan untuk mati yang diadakan setiap tahun mendapat sambutan hangat sehingga menarik 5,000 pengunjung dan lebih 50 syarikat pembuat keranda.

Festival itu menawarkan pendekatan peribadi bagi penyediaan upacara pengebumian.
FotoSEORANG wanita mencuba keranda di Pesta Skukatsu di Tokyo baru-baru ini.
FotoSEORANG pekerja menutup penutup keranda dengan seorang wanita di dalamnya.

Di samping itu, pengunjung boleh memilih pakaian pengebumian mereka serta gaya solekan, kemudian mencuba keranda yang mereka inginkan.

Sebaik selesai membuat pilihan, pembeli boleh menandatangani persetujuan untuk membuat tempahan, walaupun tidak tahu bila mereka akan mati.- Agensi

Nombor telefon RM255,000

Riyadh: Seorang warga Arab Saudi sanggup membayar SR300,000 (RM255,000) untuk mendapatkan nombor telefon kegemarannya.
Pembelian berkenaan dilakukan di satu lelongan nombor unik bagi telefon bimbit anjuran Syarikat Telekom Saudi (STC) di hotel Ritz Carlton di Riyadh, kelmarin. sebanyak 64 nombor khas dikategorikan sebagai ‘berlian,’ ‘emas’ dan ‘perak.’

Seorang pegawai STC berkata, pihaknya tidak dapat menjual semua nombor itu memandangkan ada bidaan yang terlalu rendah daripada yang dijangka.
FotoACARA lelongan nombor telefon berkenaan di hotel Ritz Carlton di Riyadh.

“Nombor itu akan dilelong pada tarikh yang akan ditetapkan syarikat tidak lama lagi,” katanya.

Menurutnya, jualan nombor unik Selasa lalu mencecah SR5 juta (RM4.3 juta).
Lelong itu terbuka kepada mereka yang berusia lebih 15 tahun.

Seorang pembida yang juga ahli perniagaan yang dikenali sebagai ‘Muhammed’ berkata, dia tidak kesal membayar harga tinggi untuk mendapatkan nombor telefon yang digemarinya.

Muhamed, 35, berkata, dia membayar SR20,000 (RM17,000) untuk mendapatkan nombor unik itu supaya ia mudah diingat oleh anggota keluarga dan rakannya.

“Yang penting saya puas kerana memperoleh satu nombor unik,” katanya.

Seorang lagi pembida untuk kategori perak menawarkan sehingga SR10,000 (RM8,500) untuk mendapatkan satu nombor tetapi menarik diri kerana tidak mampu membayar lebih daripada itu.

Bidaan bagi kategori perak bermula pada harga SR3,000 (RM2,550).

STC bagaimanapun enggan mendedahkan pembida yang membayar sebanyak SR300,000 mahupun nombor yang dipilihnya. - Agensi

Jepun banyak warga tertua

Tokyo: Jumlah penduduk Jepun berusia 100 tahun atau lebih mencatat rekod tertinggi baru untuk tahun ke-44 berturut-turut.
Kementerian Kesihatan Jepun berkata, jumlah penduduk berusia sekurang-kurangnya seabad di negara itu bertambah 4,423 orang berbanding tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan mereka sehingga 1 September lalu seramai 58,820 orang.“Daripada jumlah itu, 87.1 peratus adalah wanita,” kata kenyataan itu.

Di samping itu, data terkini berkenaan termasuk wanita dan lelaki tertua di dunia yang mendapat pengiktiragan Rekod Dunia Guinness.

Mereka ialah wanita di Osaka, Misao Okawa, 116, dan Sakari Momoi, 111.

Jumlah penduduk berusia 100 tahun atau lebih di Jepun hanya 153 orang ketika kerajaan mula mengumpul data mengenainya pada 1963. - AFP



31,500 sertai IS

Washington: Agensi Perisikan Pusat (CIA) semalam melaporkan kumpulan Negara Islam (IS) yang berpangkalan di Iraq dan Syria kini mempunyai kira-kira 20,000 hingga 31,500 anggota bersenjata.
Perangkaan itu melebihi anggaran 10,000 anggota sebelum ini.
Di kalangan mereka yang berjuang di Syria, 15,000 adalah warga asing termasuk 2,000 warga Barat yang menyertai IS.

Jumlah berkenaan didedahkan sehari selepas Presiden Barrack Obama berikrar meluaskan operasi menentang IS dalam rancangan yang mungkin menyaksikan serangan udara baru ke atas kumpulan itu di Syria, peningkatan serangan di Iraq dan bantuan tambahan untuk tentera Iraq.
FotoGAMBAR fail menunjukkan anggota IS berarak di Raqqa, Syria, selepas menawan bandar itu beberapa bulan lalu.

Jurucakap CIA, Ryan Trapani dalam satu kenyataan menyebut anggaran berkenaan adalah berdasarkan semakan terbaru terhadap semua sumber laporan perisikan dari Mei hingga Ogos tahun ini.

“Jumlah terbaru ini menunjukkan peningkatan keanggotaan kerana proses merekrut anggota baru yang giat dijalankan sejak Jun lalu berikutan kejayaan di medan perang dan pengisytiharan penubuhan khalifah yang dilakukan IS,” katanya

Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mengenai kehadiran pejuang asing dikalangan warga Barat dalam kumpulan bersenjata Sunni itu kerana ia mewujudkan kemungkinan mereka akan melakukan serangan di Eropah dan AS apabila kembali dari Syria dan Iraq. - AFP



Ebola sudah ragut 2,400 nyawa

Geneva: Perangkaan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam menunjukkan virus Ebola kini meragut lebih 2,400 nyawa dan jumlah individu yang dijangkiti meningkat sekali ganda.
Ketua Agensi kesihatan pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Margaret Chan berkata, setakat 12 September, mereka menerima 4,784 kes dan lebih 2,400 kematian dilaporkan.
“Di tiga buah negara yang paling teruk dijangkiti, jumlah pesakit meningkat dengan pastas berbanding kapasiti untuk menguruskan mereka,” katanya Menurut Margaret, di Liberia hospital sudah tidak mempunyai katil bagi menempatkan pesakit Ebola untuk dirawat.
Margaret bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada jumlah terbaru itu termasuk Nigeria selain Liberia, Guinea dan Sierra Leone yang menjadi pusat epidemik berkenaan.
Perangkaan yang dikeluarkan WHO pada Selasa melaporkan 2,300 kematian membabitkan empat buah negara itu sejak awal tahun ini.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Cuba semalam mengumumkan akan menghantar 165 doktor dan jururawat ke Sierra Leone untuk tempoh enam bulan bagi membantu menangani wabak Ebola.
Ebola adalah sejenis virus yang berjangkit melalui cecair badan dan menyebabkan demam serta kematian dalam kebanyakan kes yang dilaporkan.


  AFP
FotoPETUGAS kesihatan memindahkan mayat Prince Nyentee, 29 yang dikatakan penduduk meninggal dunia akibat virus Ebola di Monrovia, ibu negara Liberia, kelmarin. 



Cungkil mata anak dengan sudu

Mexico City: Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan setan.
Dalam kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.
Tetapi apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya, Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.
Mereka ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.
Semalam, dua tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.
Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu. Tetapi tidak seorang pun membukanya.

Kami memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.” Anggota polis, Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur.
“Dua wanita terbabit berlumuran darah.

Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans.

Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel.

- Agensi



Bayi 1 mata meninggal dunia

Beni Suef: Seorang bayi yang dilahirkan dengan satu mata dan hidung di dahi di sebuah hospital di Mesir namun meninggal dunia 15 minit selepas dilahirkan.
Menurut laporan akhbar tempatan semalam, bayi berkenaan dilahirkan secara pembedahan di sebuah hospital di bandar Beni Suef dan doktor menyifatkan ia sebagai kes yang amat jarang berlaku. Di samping itu, akhbar tempatan semalam, melaporkan bayi berkenaan mempunyai satu mata di tengah-tengah mukanya dan hidung yang terkeluar seperti paku di atas mata berkenaan. - Agensi
FotoBAYI bermata satu meninggal dunia lepas 15 minit dilahirkan.


Anak tumpang urus harta

Bangkok: Mitsutoki Shigeta, 24, lelaki Jepun yang mendapat perhatian selepas skandal bayi tabung uji menjadi ayah kepada 12 kanak-kanak menggunakan ibu tumpang Thai kerana mahu memastikan darah dagingnya boleh menjaga empayar perniagaannya.
Perkara itu didedahkan peguam lelaki berkenaan, Kong Suriyamonthon yang mendakwa Shigeta mengisytiharkan aset berjumlah lebih 4 bilion baht (RM398 juta) dan meraih pendapatan 80 juta baht (RM8 juta) setahun hanya dari dividen. Jurucakap polis Leftenan Jeneral Korkiat Wongworachat semalam menemui Kong dan menerima dokumen yang membuktikan Shigeta berasal dari keluarga kaya-raya.

“Ibu bapanya juga tahu mengenai anak daripada ibu tumpang ini, malah anak guam saya berharap mendapat sehingga 20 anak melalui proses berkenaan,” kata Kong.
FotoSHIGETA

Menurutnya, Shigeta ingin menjaga semua anaknya dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan tidak terpisah dengan mereka.
Sementara itu, Korkiat berkata maklumat diperolehi hasil siasatan menunjukkan aktiviti Shigeta itu tidak dikira sebagai pemerdagangan manusia.

“Dia tidak perlu menemui penyiasat di sini. Tetapi jika dia bersetuju datang sudah tentu ini akan membersihkan namanya di mata orang ramai,” katanya.

Selain itu, pemilik klinik All IVF, Dr Pisit Tantiwattanakul turut disiasat berhubung skandal berkenaan.

Doktor berkenaan akhirnya menyerah diri kepada polis semalam - lebih sebulan sejak skandal itu terbongkar.
Semalam ialah hari terakhir ditetapkan untuk dia menjawab saman polis terhadapnya sebelum waran tangkap dikeluarkan.

Pisit didakwa gagal memastikan perkhidmatan disediakan kliniknya mematuhi undang-undang perubatan selain menjalankan klinik tanpa lesen sah.

Kliniknya mendapat perhatian pihak berkuasa selepas didedahkan menjadi tempat Shigeta mendapat khidmat beberapa ibu tumpang untuk melahirkan lebih 10 bayi.

Shigeta membayar wanita terbabit untuk melahirkan anaknya sebelum mengambil bayi berkenaan.

Thailand tidak mempunyai undang-undang khusus berhubung perkhidmatan ibu tumpang.

Bagaimanapun, Majlis Perubatan negara itu mengharamkan penggunaan ibu tumpang yang dibayar.- Agensi

Saturday, June 23, 2012

APA GUNA BERSUKAN JIKA JADI PERGADUHAN,PEMBUNUHAN JUGA PUNCA JUDI...HILANG KHASIAT SUKAN ITU UNTUK MENYIHATKAN BADAN SERTA MENGHIBUR

Lukisan tertua Eropah di gua Sepanyol


GAMBAR menunjukkan lukisan tertua Eropah yang terdapat di dalam gua El Castillo di Sepanyol.


WASHINGTON - Sebanyak 50 lukisan yang terdapat di dalam 11 buah gua di Sepanyol dipercayai sebagai lukisan yang paling tua pernah ditemui di Eropah.
Hasil ujian terhadap lukisan itu menunjukkan ia dihasilkan manusia primitif Neanderthal lebih 40,000 tahun dahulu.
Sebelum ini, tiada bukti menunjukkan bahawa manusia Neanderthal telah menghasilkan lukisan di dinding gua.
"Justeru, adalah satu kejutan jika Neanderthal merupakan pelukis gua pertama di Eropah," kata penulis bersama penemuan tersebut dalam jurnal Science, Joao Zilhao yang merupakan seorang profesor penyelidikan daripada Universiti Barcelona, Sepanyol.
Antara lukisan yang ditemui itu ialah bentuk tapak tangan di dalam gua El Castillo.
Lukisan kuda dan ikan turut ditemui di dalam gua tersebut.
Manusia primitif Neanderthal hidup sebelum kewujudan manusia moden di Eropah dan Asia Tengah. - Agensi

Penunjuk perasaan ganggu Blair


SEORANG penunjuk perasaan lelaki menjerit ke arah Blair di Universiti Hong Kong, Hong Kong semalam.


HONG KONG - Seorang penunjuk perasaan lelaki bertindak menjerit dan mengganggu bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair (gambar) di Universiti Hong Kong semalam.
Lelaki itu melakukan perbuatan itu semasa Blair mahu berucap tentang isu agama dan globalisasi.
Penunjuk perasaan tersebut yang bertindak bersendirian, menjerit bahawa Blair telah melanggar Konvensyen Geneva mengenai tatacara peperangan semasa menjadi perdana menteri.
"Saya tidak akan datang lebih dekat lagi... anda boleh pergi," kata Blair ketika lelaki berkenaan mendekati podium tempatnya untuk berucap.
Lelaki yang tidak dikenali itu bertutur dalam loghat British dan berada cuma beberapa meter dari Blair sebelum beliau dihalang dan diiring keluar oleh beberapa staf Universiti Hong Kong.
"Inilah demokrasi untuk anda," kata Blair ketika lelaki itu diiring keluar.
Bekas Perdana Menteri itu kemudian meneruskan ucapannya.
Beliau berucap di universiti itu sebagai pengasas Yayasan Tony Blair yang berusaha mempromosi persefahaman antara agama utama di dunia.
Semasa berucap, Blair berkata, dunia memerlukan lebih banyak dialog antara agama.
Menurutnya, ia bertujuan bagi memperbaiki kefahaman dalam kalangan penduduk yang mempunyai kepercayaan yang berbeza.
Blair menjadi Perdana Menteri Britain antara tahun 1997 hingga 2007.
Ketika memegang jawatan itu, beliau membuat keputusan supaya Britain menyertai Perang Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2003.
Peperangan itu dilancarkan kerana Blair dan Presiden AS ketika itu, George W. Bush percaya Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein memiliki senjata pemusnah besar-besaran.
Namun, senjata tersebut tidak pernah ditemui sehingga sekarang.
Tentera Britain turut dihantar ke Afghanistan dalam operasi memerangi pengganas yang diketuai AS pada tahun 2001 semasa Blair menjadi perdana menteri. - Agensi

Kilang kostum perang di India


RAI yang memegang pedang berdiri di depan meja yang mengandungi pelbagai bentuk topi perang di kilangnya
di Sahibabad pada 2 Jun lalu.


SAHIBABAD - Seorang ahli perniagaan tempatan, Ashok Rai di Sahibabad di India memperoleh pendapatan sebanyak AS$3 juta (RM9.5 juta) pada tahun lalu selepas kilangnya menghasilkan kostum dan pelbagai jenis peralatan perang pada zaman pertengahan Eropah dan Perang Dunia Kedua.
Dia menceburi bidang tersebut semasa berusia 17 tahun apabila mendengar sebuah syarikat pembuat champangne dari Perancis memerlukan 1,000 pedang untuk dijadikan cenderamata.
Rai kemudian pergi ke bandar Amritsar untuk mencari pembuat pedang yang boleh membuat replika senjata tersebut.
Dia yang kini berusia 37 tahun itu kemudian menukarkan bengkel bapanya yang membuat barang kraf tangan menjadi pengeluar pelbagai jenis peralatan perang.
"Saya meminati sejarah sejak dari kecil lagi. Saya akan menonton setiap filem perang yang ditayangkan di bandar kelahiran saya. Saya juga membaca semua kisah peperangan utama yang dalam sejarah.
"Justeru, mudah bagi saya untuk menerangkan kepada tukang besi tentang kerja-kerja yang perlu mereka lakukan," katanya yang tidak menamatkan pengajiannya di sebuah kolej untuk menceburi perniagaan tersebut.
Selain pedang, bengkelnya menghasilkan baju besi, pelbagai jenis topi perang, lembing, replika bom tangan Perang Dunia Kedua dan perisai.
Menurutnya, kebanyakan senjata tersebut dibuat di kilang miliknya di sini yang memiliki sekitar 500 pekerja.
Rai pernah membekalkan kostum dan senjata untuk beberapa filem epik Hollywood termasuk The Last Samurai, Robin Hood dan Kingdom of Heaven yang menampilkan bintang Hollywood seperti Tom Cruise, Russel Crowe serta Orlando Bloom. - Agensi

Ikan arowana ramal Sweden menang


IKAN arowana yang bernama Big Huat dilihat oleh seorang pekerja di Ladang Ikan Qian Hu, Singapura semalam. - Reuters


SINGAPURA - Seekor ikan arowana yang bernama Big Huat memilih pasukan Sweden akan menang dalam perlawanan menentang skuad England pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012.
Ia membuat ramalan tersebut di Ladang Ikan Qian Hu di sini semalam.
Sebelum ini, ikan tersebut telah meramal dengan tepat tiga perlawanan bola sepak Euro.
Ikan tersebut membuat ramalan dengan memilih bekas yang mengandungi bendera pasukan yang bertanding dalam akuarium haiwan itu.
England akan menentang Sweden di Kiev, Ukraine pada 2.45 pagi esok waktu Malaysia. - Agensi

Bayi enam minggu ditemui dalam bot pelarian Rohingya

SEKUMPULAN etnik Rohingya Islam duduk di dalam sebuah bot selepas mereka dipintas tentera pihak berkuasa Bangladesh semasa melintasi Sungai Naf di sempadan Bangladesh semalam.


PULAU SHAHPURI, Bangladesh - Seorang bayi perempuan yang dibawa melintasi sebatang sungai di sempadan pada waktu malam bagi melarikan diri daripada keganasan di Myanmar ditemui bersendirian di dalam sebuah bot semalam.
Bayi berkenaan ditemui oleh beberapa pengawal keselamatan Bangladesh yang mengusir beratus-ratus pelarian Islam etnik Rohingya dari Myanmar.
Anak kecil berusia enam bulan itu kemudian diserahkan kepada sebuah keluarga Bangladesh.
Keluarga berkenaan memberitahu, bayi itu kurang sihat tetapi mereka akan berusaha menjaganya.
"Pasukan peronda sungai kami memintas sebuah bot pada pukul 2 pagi (waktu Bangladesh)," kata Mejar Shafiqur Rahman.
Beliau mengetuai operasi untuk menghantar pulang pelarian Rohingya yang cuba memasuki Bangladesh melalui bot di Sungai Naf bagi melarikan diri daripada keganasan agama di Myanmar.
"Mereka menggeledah bot berkenaan dan menemui seorang bayi perempuan Rohingya berusia dalam lingkungan satu setengah bulan," kata Rahman kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara telefon.
"Bot berkenaan kosong. Ini satu keajaiban tetapi bayi tersebut kelihatan pucat," tambahnya.
Sejak kelmarin, pasukan peronda sungai Bangladesh telah mengusir 16 buah bot yang membawa lebih 660 pelarian Rohingya dengan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, beberapa pegawai Myanmar memberitahu, keganasan yang melanda negeri Rakhine di barat Myanmar telah meragut nyawa sekitar 25 orang setakat ini.
Kekacauan di Myanmar tercetus selepas sekumpulan penduduk beragama Buddha memukul sehingga mati 10 orang etnik Rohingya yang beragama Islam pada 3 Jun lepas kerana tersilap menyangka mereka membunuh dan merogol seorang gadis tempatan pada bulan lalu.
Tindakan tersebut mencetuskan serangan balas etnik Myanmar dengan banyak kediaman penduduk beragama Buddha dibakar sehingga memaksa campur tangan tentera. - AFP

70 orang maut di Baghdad


SEBUAH bangkai van dialihkan dengan menggunakan sebuah kren selepas satu serangan bom berlaku di Baghdad semalam.


BAGHDAD - Satu siri serangan bom dan tembakan di sini dan beberapa tempat lain di Iraq semasa satu upacara agama puak Syiah diadakan telah mengorbankan lebih 70 orang dan mencederakan puluhan yang lain semalam, kata beberapa pegawai keselamatan dan perubatan.
Serangan itu yang turut menyebabkan lebih 200 orang cedera berlaku semasa penduduk Syiah memperingati kematian Imam Moussa al-Kadhim.
Seorang ketua polis dan doktor berkata, daripada jumlah itu, seramai 19 orang terbunuh dalam dua bom kereta di bandar Hilla, tengah Iraq.
Beberapa pegawai keselamatan dan perubatan memberitahu, sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam sembilan letupan bom dan dua kejadian tembakan di sini yang turut mencederakan puluhan mangsa.
Di ibu negeri wilayah Diyala, Baquba, sembilan bom tepi jalan, sebuah bom kereta dan satu kejadian tembakan meragut nyawa lima orang dan mencederakan 15 yang lain.
Seorang ketua polis berpangkat leftenan kolonel memberitahu, serangan turut berlaku di Balad, utara bandar raya ini dengan empat orang terbunuh dan 24 lagi cedera dalam dua kejadian bom kereta.
Angka kematian tersebut disahkan oleh seorang pegawai pemerintah tempatan.
Keganasan seterusnya berlaku di bandar Al-Azizyah, selatan bandar raya ini yang melibatkan satu serangan bom kereta yang meragut dua nyawa dan mencederakan sekurang-kurangnya dua lagi mangsa.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu. - Agensi

184 samseng bola sepak ditangkap


BEBERAPA penyokong Rusia dan Poland bergaduh di luar Stadium National di Warsaw kelmarin.


WARSAW - Polis menangkap 184 orang kebanyakannya peminat pasukan bola sepak Poland selepas mereka bergaduh dengan penyokong skuad Rusia dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012, menurut Kementerian Dalam Negeri semalam.
Kebanyakan mereka ditangkap semasa 5,000 penyokong Rusia berarak ke Stadium Nasional di sini.
Penyokong-penyokong Rusia itu berarak bagi meraikan ulang tahun kemerdekaan negara mereka.
Perbuatan para penyokong Rusia itu dianggap sebagai hasutan kepada kebanyakan penduduk Poland.
Penduduk Poland menyimpan perasaan marah dengan Rusia kerana sejarah silam semasa era pemerintahan komunis.
Ketika era itu, Poland berada di bawah telunjuk Moscow.
Para penyokong Rusia itu kemudian berdepan dengan 100 samseng bola sepak yang mencetuskan kekacauan sebelum dan semasa perlawanan berlangsung kelmarin.
Seramai 24 orang cedera dalam insiden itu termasuk 10 anggota polis.
Ketika perarakan itu, samseng-samseng Poland menyerang penyokong Rusia yang kemudiannya bertindak balas.
Kedua-dua penyokong itu kemudian saling menendang dan memukul antara satu sama lain.
Akhbar dalam talian MailOnline kelmarin melaporkan para peminat Rusia di dalam stadium mempamerkan kain rentang gergasi yang mengandungi ayat This is Russia sekali gus merujuk kepada bekas empayar Soviet.
Menteri Dalam Negeri Poland, Jacek Cichocki menyatakan, samseng-samseng bola sepak Rusia yang ditangkap itu akan dibicarakan dan mereka akan diusir keluar.
Menurutnya, samseng-samseng Poland akan turut dibicarakan dan bakal menerima hukuman berat.
Anggota-anggota polis melepaskan tembakan peluru getah, menggunakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan pergaduhan.
Dalam perlawanan bola sepak itu, Rusia dan Poland seri 1-1. - Agensi

Rangka askar mati pada tahun 1815 ditemui


PELURU berbentuk bola yang terdapat pada celah rangka itu.


BRUSSELS - Hampir 200 tahun selepas tentera Prussia dan England menewaskan askar-askar Maharaja Perancis, Napoleon Bonaparte di Waterloo, sepasukan ahli arkeologi Belgium akhirnya menemui satu rangka seorang askar muda pada 8 Jun lalu.
"Anda hampir dapat membayangkan keadaan askar itu yang sedang nazak," kata seorang pakar arkeologi Belgium, Dominique Bosquet mengenai rangka manusia tersebut.
Peluru berbentuk bola berada di celah tulang rusuk askar itu.
"Rangka manusia ini masih sempurna," kata Bosquet kepada stesen televisyen RTL kelmarin.
Dipercayai mati pada 18 Jun 1815, rangka manusia tersebut ditemui tertanam 40 sentimeter di bawah tanah.
Pakaian seragam askar itu telah reput tetapi ahli arkeologi akan melakukan kajian ke atas sebatang sudu, kepingan duit syiling, serpihan kayu bertulisan C.B dan tali pengikat kulit yang ditemui bersama rangka tersebut. Ia dikaji bagi mengenal pasti identiti askar itu.
Rangka itu ditemui oleh pasukan arkeologi di sebuah kawasan yang dikuasai askar England ketika perang Waterloo berlaku.
Kawasan berkenaan diratakan pada bulan lalu bagi memberi laluan kepada satu projek pembangunan.
Peperangan itu yang melibatkan 125,000 askar Napoleon dan 210,000 anggota tentera Prussia dan England telah meragut lebih 12,000 nyawa. - AFP

Lokasi penemuan tulang gajah purba jadi tumpuan


GADING turut ditemui di tepi tebing sungai itu.


BANDAR RAYA MEXICO - Lokasi penemuan beberapa tulang gergasi dan gading menjadi tumpuan penduduk di kawasan perbandaran Manuel Doblado, Guanajuato, Mexico kelmarin.
Tulang dan gading itu dipercayai tinggalan gajah purba yang dikenali sebagai mammoth.
Ia ditemui lima hari lalu di tebing sebatang sungai.
Pihak berkuasa majlis perbandaran itu menyita lokasi tersebut.
Pakar-pakar Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan akan membuat kajian bagi mengesahkan sama ada ia ialah tinggalan gajah tersebut.
Berat gajah jantan itu boleh mencecah lebih 12 tan.
Gajah itu dipercayai pupus di benua Amerika kira-kira 12,000 tahun lalu. - Agensi

JANGAN HERAN ORANG@WANITA KE ANGKASA LEPAS...SUNGGUH BERTUAH...UNTUNG2 SANGAT JIKA DIAKHIRAT KITA@WANITA ITU MASUK SYURGA....

Pewaris takhta Arab Saudi meninggal dunia

GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II (tengah) bersama Putera Nayef (kiri) dan Putera Sultan.


RIYADH - Putera Mahkota Arab Saudi, Nayef bin Abdul Aziz Al-Saud meninggal dunia di Geneva, lapor stesen televisyen negara berkenaan semalam.
Putera Nayef yang merupakan Menteri Dalam Negeri sejak 1975 dan dipercayai berusia 78 tahun, merupakan pewaris pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah II.
Beliau dilantik Putera Mahkota pada Oktober lalu berikutan kematian abangnya, Putera Mahkota Sultan.
Stesen televisyen Arab Saudi melaporkan jenazah anggota keluarga diraja itu akan dikebumikan di Kota Mekah selepas solat Maghrib hari ini.
Beliau dilaporkan meninggal dunia di Geneva tetapi punca kematian pewaris takhta berkenaan tidak didedahkan.
Kematian Putera Nayef bermakna Raja Abdullah, 89, perlu melantik bakal penggantinya untuk kali kedua dalam tempoh tidak sampai setahun.
Setakat ini, Menteri Pertahanan, Putera Salman, 76, dilihat calon utama dan putera paling kanan bagi menggantikan Putera Nayef.
Putera Salman dipercayai akan meneruskan dasar pembaharuan yang dilaksanakan oleh Raja Abdullah, berbeza dengan pendirian abangnya.
Nayef sebelum ini memiliki reputasi sebagai pentadbir berfahaman konservatif yang menentang dasar reformasi Raja Abdullah.
Beliau turut bertanggung jawab menghapuskan penentangan rangkaian Al-Qaeda di Arab Saudi.
Putera Nayef, Raja Abdullah dan Putera Salman adalah antara hampir 40 anak lelaki pengasas Arab Saudi, Abdul Aziz Ibn Saud yang mengasaskan negara berkenaan pada 1935.
Salman yang berkhidmat sebagai Gabenor Riyadh, dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada November tahun lalu.
Pada Mei lalu, Putera Nayef berkunjung ke Switzerland bagi menjalani ujian perubatan.
Beliau pernah berada di luar negara beberapa kali pada tahun ini bagi tujuan perubatan termasuk ke Algeria, Amerika Syarikat dan Switzerland.
Namun, penyakit yang dihidapi oleh putera tengah daripada tujuh adik beradik itu tidak dihebahkan.
Putera Nayef merupakan anak lelaki Raja Abdul Aziz bersama isteri yang paling disayanginya, Puteri Hassa Al- Sudairi. - Agensi

Kecoh lagi pasal Lohan


LINDSAY LOHAN membetulkan rambutnya ketika tiba di majlis makan malam Koresponden White House di Washington, 28 April lalu.


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Lindsay Lohan sekali lagi diselubungi drama apabila pasukan kecemasan dipanggil ke sebuah hotel di sini kelmarin untuk merawat aktres berkenaan yang dilaporkan keletihan dan mengalami dehidrasi.
Namun, seorang jurucakapnya kemudian memberitahu, Lohan sebenarnya 'sihat'
Insiden tersebut menggemparkan media AS, laman web selebriti dan Twitter yang melaporkan Lohan, 25, kini dirawat di sebuah hospital selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Namun, jurucakap berkenaan, Steve Honig dalam satu kenyataan memberitahu bahawa laporan tersebut tidak benar.
Kata Honig, Lohan sebenarnya tertidur di bilik hotelnya selepas semalaman bekerja di set penggambaran sebuah filem televisyen.
Menurutnya, penerbit produksi berkenaan mula bimbang apabila dia tidak keluar dari biliknya pagi kelmarin lalu menghubungi pasukan paramedik sebagai langkah berjaga-jaga.
"Lohan kemudian diperiksa dan didapati sihat tetapi dia agak lesu dan kurang air dalam badan," ujar Honig.
"Dia tidak pernah dibawa ke hospital seperti yang dilaporkan. Lohan sedang berehat dan berharap dapat kembali ke set penggambaran tengah hari ini," katanya.
Pada 2007, Lohan ditangkap kerana memiliki dadah dan memandu semasa mabuk, di samping terlibat dengan beberapa kesalahan lain.
Namun, pelakon filem Freaky Friday bangkit semula sejak Mac lalu apabila dia dibebaskan daripada tempoh pengawasan polis kerana kesalahan mencuri barang kemas pada 2011. - Reuters.

Nik Wallenda berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara


Nik Wallenda berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara dari sebelah Amerika Syarikat kelmarin.


JERAM NIAGARA, Kanada - Pelagak ngeri, Nik Wallenda menjadi orang pertama berjalan di atas tali menyeberangi Jeram Niagara yang memisahkan Amerika Syarikat dan Kanada sejauh 548.64 meter.
"Saya sungguh gembira," katanya kepada wartawan selepas menamatkan aksi merbahaya itu di hadapan 112,000 penonton yang berkumpul di kedua-dua belah sempadan berkenaan.
Wallenda, 33, berjalan dalam cuaca cerah di atas kabel tergantung setinggi 60 meter di tebing Jeram Niagara yang belum pernah dilalui sebelum ini.
Dia mengambil masa 25 minit untuk melintasi air terjun terbesar di rantau Amerika Utara itu.
Disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen AS, ABC, percubaan Wallenda ditonton oleh berjuta-juta orang di kaca televisyen.
Wallenda merupakan ahli generasi ketujuh keluarga pelagak ngeri terkenal, Flying Wallendas. - Agensi

China hantar wanita pertama ke angkasa lepas


ROKET Long March II-F yang membawa kapal angkasa Shenzhou-9 berlepas dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan semalam.


JIUQUAN - China melancarkan misi angkasa lepas paling gemilang yang membawa angkasawan wanita pertama bersama dua kru lelaki dalam percubaan untuk berlabuh di sebuah modul makmal angkasa lepas di orbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou 9 berlepas mengikut jadual pada pukul 6.37 petang dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di tepi Gurun Gobi, di sini semalam.
Kapal angkasa berkenaan membawa angkasawan wanita Liu Yang, 33 bersama angkasawan veteran, Jing Haipeng, 45 dan kru baharu berusia 43 tahun, Liu Wang.
Mereka dijangka berlabuh di makmal angkasa lepas Tiangong 1 esok.
Makmal angkasa lepas prototaip itu yang dilancarkan pada tahun lalu, kini berada di orbit pada jarak 343 kilometer dari Bumi.
Ketiga-tiga angkasawan berkenaan akan menguji sistem sokongan hayat Tiangong 1 selama seminggu sebelum kembali ke Bumi.
Tiangong 1 akan diganti dengan sebuah stesen angkasa lepas tetap lebih besar seberat 60 tan yang dijangka siap sekitar tahun 2020.
China berharap dapat menyertai Amerika Syarikat dan Rusia sebagai dua negara dunia yang menyelenggara stesen angkasa lepas sendiri di orbit. - Agensi

Bekas atlet wanita didakwa rogol wanita

GAMBAR fail pada 22 Mei 2006 menunjukkan Pramanik bergambar dengan pingat emas yang dimenanginya pada acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India.


KOLKATA - Seorang atlet wanita India yang memenangi pingat emas pada Sukan Asia 2006, Pinki Pramanik muncul di mahkamah di sini semalam bagi menghadapi dakwaan dia merogol bekas kekasihnya yang juga seorang wanita.
Bekas kekasihnya itu turut mendakwa bahawa Pramanik 26, yang kelihatan seperti wanita sebenarnya ialah seorang lelaki.
Pramanik turut ditahan reman selama 14 hari sehingga perbicaraan berhubung dakwaan merogol itu berlangsung.
"Mahkamah majistret meminta pihak berkuasa untuk membentuk satu lembaga perubatan bagi menentukan jantina Pramanik," kata Ketua Balai Polis di Kolkata, Prabir Roy.
Pramanik yang bersara pada tahun 2007 enggan untuk menjalani pemeriksaan di sebuah hospital semasa dia di soal-siasat selepas ditangkap kelmarin.
"Saya telah menjalani banyak ujian perubatan sepanjang kerjaya sebagai seorang atlet.
"Kenapa saya perlu bersetuju untuk menjalani lebih banyak ujian perubatan yang mengarut ini?," soal Pramanik yang disiarkan akhbar Times of India semalam.
Dia pernah memenangi pingat emas dalam acara 4x400 meter berganti-ganti pada Sukan Asia di Doha, Qatar pada tahun 2006.
Bekas kekasih Pramanik mendakwa dia dirogol beberapa kali.
Namun, Pramanik memberitahu kisah yang berbeza.
"Wanita itu (mangsa) meminta wang sebanyak 300,000 rupees (RM17,271) tetapi saya enggan memberikan wang tersebut kepadanya." kata Pramanik kepada pemberita dari sebuah van polis sebelum dia dihadapkan ke mahkamah.
Polis menyatakan bahawa Pramanik tinggal bersama kekasihnya di sini selama beberapa bulan.
Akhbar Calcutta Telegraph melaporkan bekas kekasihnya menyatakan Pramanik pernah berjanji untuk berkahwin dengannya.
Pramanik berasal daripada keluarga petani yang miskin di negeri Bengal Barat, sekitar 220 kilometer dari sini dan bekerja sebagai seorang inspektor tiket sebelum berkecimpung dalam bidang sukan.
Sementara itu, ibu Pramanik, Puspa memberitahu stesen televisyen Bengali TV bahawa anaknya itu tidak bersalah.
"Saya tidak percaya dia melakukan jenayah seperti itu. Saya berharap dia akan mendapat keputusan yang adil," katanya.
Setiausaha Persekutuan Atlet India, C.K. Valson memberitahu agensi berita AP bahawa pihaknya tidak mengetahui sama ada Pramanik akan diminta untuk memulangkan semula pingatnya ekoran kes tersebut.
"Dia bersara tiga tahun lalu dan tiba-tiba kita mendengar semua ini (kes itu)," katanya.
Menurutnya, pihaknya akan menunggu laporan perubatan sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung kes tersebut.
Pramanik pernah memenangi pingat emas dalam acara larian 400 meter pada Sukan Grand Prix Asia di Bangalore, India pada 22 Mei 2006.
Pingat perak yang dimenangi atlet dari India, Santhi Soundarajan pada Sukan Asia 2006 terpaksa ditarik balik selepas dia gagal dalam ujian jantina yang dilakukan sejurus selepas acara larian tersebut berlangsung. - Agensi

Aduan polis dibuat tentang sikap Lady Gaga


GAMBAR fail menunjukkan Lady Gaga membuat persembahan di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Mei lalu.


BANGKOK – Kementerian Kebudayaan Thailand memfailkan aduan kepada polis semalam terhadap penyanyi terkenal, Lady Gaga.
Aduan itu berhubung perbuatan penyanyi tersebut yang menggunakan bendera Thailand semasa dia membuat persembahan di sini pada bulan lalu.
Sebelum ini, penyanyi tersebut telah mengaibkan ramai penduduk Thailand dengan menyatakan di laman Twitter bahawa dia merancang untuk membeli seutas jam tangan Rolex di pasar malam Bangkok selepas tiba di negara ini.
Namun, Lady Gaga kini berdepan dengan aduan berhubung penggunaan bendera Thailand semasa dia menunggang motosikal dengan memakai bikini di atas pentas.
Seorang pegawai kementerian itu memberitahu akhbar Bangkok Post bahawa menggunakan bendera kebangsaan adalah tidak sesuai dan melukakan perasaan penduduk Thailand.
Menurut akhbar tersebut, pihak kementerian bagaimanapun tidak meminta polis untuk mendakwa Lady Gaga.
Seorang pegawai kementerian itu menyatakan tujuan aduan tersebut dikemukakan adalah untuk menunjukkan perasaan tidak berpuas hati terhadap perbuatan berkenaan.
Bendera Thailand mempunyai tiga warna iaitu merah untuk negara, biru mewakili institusi beraja dan putih untuk agama.
Thailand mempunyai undang-undang kesalahan terhadap raja dan kerajaan yang dikenali sebagai lese-majesty.
Berdasarkan undang-undang itu, hukuman sehingga 15 tahun penjara akan dikenakan terhadap kesalahan menghina raja, permaisuri atau waris takhta.
– Agensi

Identiti pemuda misteri akhirnya terbongkar


WAJAH pemuda misteri yang mendakwa namanya Ray di laman web polis Berlin pada 5 September tahun lalu.


BERLIN - Identiti seorang pemuda misteri yang muncul di Berlin pada tahun lalu dengan mendakwa namanya sebagai Ray dan tinggal di hutan Jerman selama beberapa tahun akhirnya terbongkar.
Pemuda itu mencetuskan misteri pada tahun lalu apabila dia mendakwa keluar dari hutan di Jerman yang menjadi tempat tinggalnya selama beberapa tahun.
Ketika itu, pemuda tersebut menyatakan bapanya telah meninggal dunia dalam hutan.
Namun, polis semalam menyatakan seorang bekas kekasih pemuda tersebut mengenal pasti identitinya sebagai lelaki berusia 20 tahun dari Belanda.
Identiti itu disahkan selepas polis mengedarkan gambar pemuda tersebut untuk mendapatkan maklumat tentang dirinya pada awal minggu ini.
Polis menyatakan pemuda tersebut akhirnya mengaku maklumat yang diberikan oleh bekas kekasihnya itu adalah benar.
Sebelum ini, beberapa orang yang tinggal di bandar Hengelo, Belanda mengenal pasti pemuda tersebut selepas mereka melihat gambarnya yang disiarkan polis Berlin.
Ibu tiri pemuda tersebut dapat mengenalinya selepas melihat gambarnya.
Seorang jurucakap polis di Hengelo, Chantal Westerhoff turut mengenal pasti identiti pemuda tersebut yang kini berusia 20 tahun.
Menurut Westerhoff, pemuda tersebut meninggalkan rumahnya pada September 2011 tanpa memaklumkan kepada bapa atau ibu tirinya yang menyebabkan pasangan tersebut membuat aduan polis berhubung kehilangan anak mereka itu.
Stesen penyiaran NOS Belanda yang mewawancara beberapa rakan pemuda tersebut mendedahkan nama sebenarnya ialah Robin van Helsum.
Dalam kisah yang menarik perhatian dunia itu, pemuda tersebut muncul di bangunan Dewan Bandar Raya Berlin di sini pada 5 September 2011 dan menyatakan bahawa nama pertamanya ialah Ray kepada beberapa orang.
Menurutnya, dia tinggal di hutan bersama bapanya selama lima tahun.
Bertutur dalam Bahasa Inggeris yang diselang seli dengan beberapa perkataan Jerman, pemuda itu memberitahu bahawa bapanya telah mati pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, selepas menanam mayat bapanya di hutan, dia berjalan ke arah utara selama lima hari sebelum tiba di Berlin.
Namun, polis yang tidak menemui mayat bapa budak lelaki tersebut.
Pemuda tersebut tinggal di sebuah institusi kebajikan selepas dia muncul di bangunan dewan itu. - Agensi

Ikan miliki warna sama dengan bendera Jerman


DUA budak lelaki menyaksikan beberapa ekor ikan yang mempunyai warna yang sama dengan bendera Jerman.


KIEL, Jerman - Beberapa ekor ikan kecil di dalam akuarium menjadi tumpuan para pengunjung di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan di sini semalam.
Ikan tersebut menjadi tumpuan kerana ia mempunyai belang hitam, merah dan kuning. Warna itu sama dengan bendera Jerman.
Ia turut mendapat tumpuan ramai kerana pasukan Jerman kini bertanding dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2012 di Ukraine. - Agensi

Pemandu trak buat motosikal kayu


PUSKAS berdiri dekat motosikal miliknya yang diperbuat daripada kayu di Tiszaors kelmarin.


BUDAPEST, Hungary - Seorang pemandu trak berusia 52 tahun, Istvan Puskas membuat rangka sebuah motosikal daripada kayu.
Dia mengambil masa selama dua tahun untuk membuat motosikal itu.
Hendal motosikal itu diperbuat daripada tanduk lembu.
Puskas membuat motosikal tersebut di rumahnya di Tiszaors, 161 kilometer ke timur Budapest. - Agensi

APA ADA HERAN TAK DE JURUTERBANG...SOK DALAM KUBUR SORANG LAGI...GELAP LAGI...SILAP2 HARIBULAN KENA SEKSA LAGI...TAQWALAH....

Kapal angkasa China berlabuh di Tiangong-1

KAPAL angkasa Shenzhou-9 (kanan) mendekati Tiangong-1 di angkasa lepas semalam.


BEIJING - China menamatkan misi berlabuh automatik di angkasa lepas semalam sebelum tiga angkasawan di dalam sebuah kapal angkasa memasuki sebuah modul yang mengorbit Bumi.
Kapal angkasa Shenzhou-9 yang berlepas pada Sabtu lepas dan membawa angkasawan wanita pertama China bercantum dengan modul angkasa lepas Tiangong-1.
Misi berkenaan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen China.
Ini kali ketiga China melakukan misi berlabuh secara automatik selepas dua misi serupa dilaksanakan pada November tahun lalu.
Namun, misi kali ini berbeza kerana membawa bersama tiga angkasawan ke Tiangong-1.
Mereka terdiri daripada Komander Jing Haipeng, Liu Wang dan angkasawan wanita pertama China, Liu Yang.
Matlamat utama misi selama 13 hari itu adalah untuk melakukan prosedur berlabuh secara manual.
China turut merancang menyiapkan pembinaan sebuah stesen angkasa lepas di orbit Bumi menjelang 2020.
Matlamat tersebut memerlukan tekonologi berlabuh yang sempurna seperti yang pernah dilakukan kapal angkasa lepas Amerika Syarikat dan Rusia dalam tahun 1960-an.
Teknik berkenaan sukar dikuasai kerana melibatkan dua kapal angkasa yang berada di orbit sama dan berputar mengelilingi Bumi pada kelajuan beberapa ribu kilometer sejam.
Kapal angkasa dan stesen berkenaan perlu bercantum perlahan-lahan bagi mengelakkan kedua-duanya berlanggar dan berkecai. - Agensi

Anggota polis Pakistan diarah atasi perut buncit

DUA anggota polis yang berperut buncit mengawal sebatang jalan raya di Karachi semalam.


ISLAMABAD - Seorang ketua polis Pakistan telah mengarahkan 175,000 anggotanya mengamalkan diet, kata beberapa pegawai semalam.
Akhbar-akhbar tempatan menganggap arahan itu adalah sebagai 'pertempuran memerangi perut buncit'.
Seorang jurucakap polis, Nabila Ghazanfar berkata, Ketua Polis Punjab, Habibur Rahman telah mengarahkan supaya anggota-anggotanya memakai seluar yang mempunyai ukuran pinggang tidak lebih 96 sentimeter.
"Saya sedang berdiet dan jika saya boleh melakukannya mengapa tidak anda?" kata jurucakap tersebut yang memetik kenyataan Habibur kepada para pegawainya pada bulan lepas.
Menurutnya, kira-kira 50 peratus anggota polis di Punjab mempunyai berat badan berlebihan.
Akhbar The News melaporkan bilangan anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di bandar Rawalpindi berjumlah lebih 77 peratus.
Polis menyatakan, anggota-anggota tersebut diberikan tempoh sehingga 30 Jun ini untuk mengurangkan berat badan.
Ia menjelaskan anggota-anggota yang dilihat terlalu gemuk tidak akan diberikan tugas di barisan depan bermula pada 1 Julai depan.
"Sejumlah pegawai polis mengunjungi gimnasium, berjoging dan melakukan pelbagai senaman termasuk banyak berlari untuk menjadi kurus," kata jurucakap tersebut. - AFP

Pakaian Katy Perry cetus kontroversi


PAKAIAN yang dipakai Perry semasa membuat persembahan pada Anugerah MuchMusic di Toronto kelmarin.


TORONTO, Kanada - Bintang pop Katy Perry mencetuskan kontroversi semasa dia membuat persembahan pada Anugerah MuchMusic di sini, lapor akhbar The Sun kelmarin.
Penyanyi itu muncul dengan memakai pakaian ketat dan jarang.
Perry, 27, memakai pakaian seksi tersebut ketika dia menyanyikan single terbarunya, Wide Awake.
Dia memenangi dua anugerah termasuk Artis dan Kumpulan Antarabangsa Pilihan pada majlis berkenaan yang berlangsung kelmarin.
Selain Perry, anugerah berkenaan turut membariskan beberapa artis popular seperti Carly Rae Jepsen, Justin Bieber, Selena Gomez, Miley Cyrus dan kumpulan LMFAO.
Jepsen merangkul tiga anugerah iaitu Video Terbaik, Video Paling Kerap Ditonton dan Video Pilihan untuk lagu popularnya, Call Me Maybe.
Bieber yang banyak memberi sokongan kepada penyanyi senegara dengannya itu turut memuji kejayaan Jepsen.
Jepsen juga menyanyi bersama Flo Rida dalam majlis tersebut.
Bieber turut menyanyikan lagu All Around the World dalam anugerah itu.
Dia turut memenangi anugerah muzik video terbaik menerusi lagu Boyfriend.
LMFAO merancakkan lagi acara berkenaan apabila beraksi lincah di pentas selepas mereka menerima Video Antarabangsa Terbaik untuk Artis Berkumpulan bagi lagu popular mereka, Sexy And I Know It. - Agensi

Lukisan penduduk Aboriginal berusia 28,000 tahun


LUKISAN yang terdapat di gua batu di Arnhem, Australia.


SYDNEY - Seni lukisan yang terdapat di sebuah gua di Arnhem di Wilayah Utara Australia dipercayai berusia 28,000 tahun, kata beberapa pakar semalam.
Lukisan itu dihasilkan oleh penduduk asli Australia, Aboriginal.
Gua batu itu pernah menjadi tempat perlindungan penduduk tersebut.
Gua itu bernama Narwala Gabarnmang.
Lukisan itu terdapat di bahagian bumbung dan tiang-tiang batu.
Para arkeologi memasuki kawasan tersebut lima tahun lalu. - Agensi

Ribuan itik menuju ke kolam


RIBUAN itik berjalan di sebatang jalan raya di Taizhou semalam.


TAIZHOU, China - Seorang petani kelmarin menyebabkan pergerakan lalu lintas di sebatang jalan raya di sini terhenti, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Beberapa buah kereta dan motosikal berhenti bagi membolehkan haiwan tersebut bergerak secara berkumpulan untuk menuju ke kolam.
Petani tersebut dan beberapa rakannya mengawal pergerakan kira-kira 5,000 itik itu dengan menggunakan sebatang kayu.
- Agensi

15 maut dalam keganasan di Syria

RATUSAN orang berhimpun bagi menghadiri pengebumian seorang penduduk yang terbunuh di Al-Tal, pinggir Damsyik kelmarin.


BEIRUT - Seramai 15 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku di Syria semalam apabila pihak tentera membedil beberapa daerah di bandar Homs, kata sebuah kumpulan pemantau.
Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Syria, seorang penduduk terbunuh di kubu pemberontak di Khalidiyeh akibat serangan tentera rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Serangan itu dilakukan bagi menawan semula beberapa buah daerah yang dikuasai pemberontak.
Seorang pemberontak maut dalam pertempuran dengan tentera rejim di Karm Shamsham, sempadan Homs.
Sementara itu, seorang aktivis di bandar lama, Abu Bilal menceritakan tentang kepungan tentera Syria di beberapa bahagian di bandar ini.
"Tentera rejim membedil kami pada setiap masa. Kami memiliki sedikit bekalan makanan dan air malah kami kehabisan ubat," jelas Abu.
Rakaman video yang dimuat naik oleh kumpulan aktivis di laman web perkongsian video YouTube menunjukkan asap hitam dan kelabu menjulang di beberapa bangunan dengan bunyi bedilan serta tembakan senjata kedengaran.
Pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera rejim Bashar bermula sejak Mac tahun lalu.
Para pemberontak itu mahu Bashar meletakkan jawatan atas dakwaan melakukan salah guna kuasa semasa memerintah.
Lebih 14,000 orang dilaporkan terkorban sejak pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku pada Mac tahun lalu. - AFP

13 maut, penjara di Turki terbakar


BANGUNAN yang terdapat dalam penjara Sanliurfa semalam.


ISTANBUL - Seramai 13 orang terbunuh akibat terhidu asap selepas beberapa banduan membakar selimut dan tilam di penjara Sanliurfa lewat kelmarin, kata beberapa pegawai semalam.
Menurut agensi berita Anatolia, kebakaran akibat perbuatan banduan tersebut dapat dikawal sebelum ia merebak ke seluruh penjara.
Seramai lima lagi banduan dimasukkan ke hospital termasuk 12 kakitangan penjara.
Penjara itu menempatkan kira-kira 1,000 banduan.
Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan berkata, kebakaran itu berlaku ekoran satu pergaduhan dalam bilik penjara yang dihuni seramai 18 orang.
Selepas satu siasatan dilakukan, Menteri Kehakiman, Sadullah Ergin memberitahu, terdapat tentangan daripada beberapa banduan semasa anggota-anggota pasukan keselamatan cuba memindahkan mereka.
Penjara itu dilaporkan hanya boleh memuatkan 250 banduan tetapi bilangan penghuninya bertambah sejak beberapa tahun lalu.
Menurut laporan stesen NTV, perbuatan banduan tersebut membakar selimut adalah bagi membantah kekurangan alat penyaman udara di penjara tersebut.
Polis bertindak melakukan sekatan jalan raya ke penjara tersebut.
Anggota-anggota polis juga menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan beberapa keluarga banduan yang mahu mengetahui identiti penghuni yang mati.
Satu siasatan akan dilakukan bagi menentukan punca kejadian tersebut. - AFP

Pentas konsert rock runtuh


GAMBAR menunjukkan pentas konsert rock sebelum dan selepas ia runtuh di Downsview Park, Toronto kelmarin.


TORONTO, Kanada - Seorang maut dan tiga yang lain cedera apabila sebuah pentas gergasi runtuh tiga jam sebelum persembahan konsert band rock dari Britain, Radiohead di sini, kata beberapa pegawai kelmarin.
Timbalan Komander Perkhidmatan Perubatan Kecemasan, David Viljakainen berkata, seorang lelaki berusia pertengahan 30-an yang terperangkap di bawah runtuhan pentas tersebut disahkan mati.
Menurut Viljakainen, seorang lelaki berusia 45 tahun yang mengalami kecederaan di kepala dimasukkan ke sebuah hospital dan dua mangsa lain dirawat di tempat kejadian di Downsview Park.
Sementara itu, jurucakap polis, Tony Vella berkata, ketika kejadian, beberapa kru sedang bekerja di atas pentas tersebut.
Punca kejadian masih disiasat dan polis menolak spekulasi bahawa ia disebabkan angin kencang.
Kumpulan Radiohead mengumumkan di laman Twitter bahawa konsert tersebut dibatalkan ekoran kejadian tersebut.
Laman web rasmi kumpulan tersebut turut menyatakan sebanyak 40,000 tiket konsert itu habis dijual.
Band itu dianggotai lima orang iaitu Thom Yorke, Jonny Greenwood, Colin Greenwood, Phil Selway dan Ed O'Brien. - Agensi

Majlis perkahwinan unik


MEABON (kiri) dan Robinson melangsungkan perkahwinan di atas trak pikap di Wattsburg kelmarin.


WATTSBURG, Amerika Syarikat - Satu pasangan pengantin, Beth Meabon dan Drew Robinson menaiki sebuah traktor gergasi di sini kelmarin.
Meabon, 20, dan Robinson, 22, memandu traktor itu selepas mereka melafazkan ikrar perkahwinan semasa berdiri di atas bahagian tempat membawa muatan trak pikap di belakang rumah Meabon.
Lebih 150 orang menghadiri majlis perkahwinan pasangan penternak itu. - Agensi

Pesawat angkasa lepas AS mendarat tanpa juruterbang


Pesawat angkasa lepas AS mendarat tanpa juruterbang di Pangkalan Tentera Udara Vanderberg, California kelmarin.


LOS ANGELES - Sebuah pesawat angkasa lepas tanpa juruterbang milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), X-37B mendarat di Pangkalan Tentera Udara Vandenberg di California kelmarin selepas 15 bulan berada di angkasa lepas.
Kapal angkasa itu berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada Mac tahun lalu.
Kapal angkasa seberat 4,989 kilogram dan panjang 8.8 meter itu dibina oleh syarikat Boeing.
Projek membina kapal angkasa itu telah bermula pada tahun 1999.
Ia dihantar ke angkasa lepas untuk menguji teknologi baharu tentera AS.
Projek rahsia itu telah mencetuskan spekulasi tentang peranan X-37B dalam tentera AS dengan sebahagian pendapat menyatakan ia akan digunakan untuk tujuan mengintip dan menghantar satelit kecil.
Kapal angkasa itu direka bagi membolehkan ia berada di angkasa lepas selama 270 hari. - Agensi