Thursday, January 6, 2011

ADAKAH HUKUMAN SETIMPAL DENGAN PERBUATAN ZINANYA....JAUH LEBIH RINGAN DARI HUKUM ALLAH...AKHIRAT MEMANG TAK TERLEPAS

DUNIA


Lihat perompak melalui aplikasi iPhone


IMEJ menunjukkan seorang perompak menyelongkar barang di rumah milik Claire Blevin di Denver baru-baru ini.



DENVER, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita, Claire Blevin yang memasang kamera web dan aplikasi iPhone untuk memeriksa seekor anjing peliharaannya semasa dia bekerja berasa terkejut apabila melihat kelibat seorang perompak di rumahnya pada skrin komputer, lapor sebuah akhbar semalam.
Perompak itu tidak memakai topeng kerana menyangka kediaman tersebut kosong. Dia menyelongkar bilik Blevin, 23, dan mengambil pemain muzik iPod dan barangan lain baru-baru ini.
Menyedari kediamannya diceroboh, Blevin segera menelefon polis di sini untuk melaporkan kejadian itu yang dilihatnya menerusi satu aplikasi iPhone.
Aplikasi yang digunakan Claire dikenali sebagai iCam yang boleh digunakan pada telefon bimbit iPhone menerusi muat turun dan dijual semurah $4.99 (RM15.30).
"Banyak lagi barang di dalam rumah saya, tetapi agak pelik kerana dia (pencuri berkenaan) tidak mengambilnya," kata wanita tersebut.
Penceroboh itu akhirnya diberkas hasil maklumat orang ramai selepas rakaman tersebut disiarkan oleh sebuah stesen televisyen tempatan bagi membantu pihak polis. - Agensi




Ariel dipenjara 5 tahun

06/01/2011 5:19pm

JAKARTA 6 Jan. - Penyanyi Ariel Peterpan tergamam dan tertunduk lesu sebaik hakim menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya selepas didapati bersalah terlibat dalam penerbitan video lucah dengan Luna Maya dan Cut Tari.



DUNIA


Ikan tuna gergasi dijual RM1.21 juta


IKAN tuna sirip biru yang dijual pada harga RM1.21 juta diletakkan di atas troli di pasar Tsukiji, Tokyo semalam.



TOKYO - Seekor ikan tuna sirip biru gergasi mencipta rekod jualan apabila ia dibeli pada harga 32.49 juta yen (RM1.21 juta) dalam lelongan di pasar Tsukiji, Tokyo semalam.
Ikan seberat 342 kilogram itu ditangkap di luar pantai Pulau Hokkaido.
Harga ikan itu mengatasi rekod pada 2001 yang mencatatkan jualan cuma 20.02 juta yen (RM749,312.97).
Ikan itu dibeli oleh satu pasangan pemilik restoran sushi Jepun dan Hong Kong yang berkongsi bidaan. - AFP
Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Ilham juga dikenakan denda sebanyak Rp250 juta (RM85,000).



DUNIA


Guna tangan tangkap ikan air tawar


GAMBAR yang disiarkan dalam laman YouTube menunjukkan seorang lelaki berjaya menangkap seekor ikan air tawar dengan menggunakan tangan.



LONDON - Terdapat kegilaan terbaru dalam kalangan pemancing apabila mereka menggunakan tangan untuk menangkap ikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pertandingan menangkap ikan dengan menggunakan tangan itu bermula pada 1990-an tetapi apabila iklan mengenainya disiarkan di Internet ia kini mempunyai ramai pengikut.
Seorang pemancing yang aktif menggunakan tangan, Tim Jones berkata: "Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan air cetek.
"Jika paras air melebihi kepala anda, menangkap ikan dengan menggunakan tangan akan menjadi sukar dan mustahil untuk bergusti dengan seekor ikan di permukaan."
Menurutnya, pemancing yang menggunakan tangan suka menangkap ikan air tawar di bawah pokok yang tumbang, celah batu atau lubang di tepi tebing sungai.
"Ikan air tawar akan membuat sarang di tempat yang dianggap selamat. Semasa musim bertelur dan musim panas, suhu dalam air akan meningkat. Anda akan sukar untuk mencari ikan di sarang pada waktu itu kerana haiwan itu kerap meninggalkan lokasi tempat bertelur," katanya.
Seorang pemilik laman web memancing, Jason Cook berkata, menangkap ikan dengan tangan itu dianggap sebagai aktiviti berbahaya.
Menurutnya, jari si penangkap ikan boleh hilang dimakan ikan.
Para penangkap ikan itu akan memasukkan tangan ke dalam mulut ikan air tawar menyebabkan terdapat calar dan luka pada lengan mereka kerana terkena gigi haiwan tersebut.
Berat sebahagian ikan yang ditangkap itu boleh mencecah 27.21 kilogram. - Agensi




DUNIA


Lagi misteri ratusan burung jatuh


SEEKOR burung perling (kiri) dan burung hitam bersayap merah ditemui mati pada Isnin lalu selepas ia jatuh dari langit di Pointe Coupee Parish, Louisiana.



NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.
Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beeba di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.
Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.
Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.
Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."
Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.
Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.
Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.
Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.




Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.
Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.
"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.
Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.
Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beeba, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.
Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi





DUNIA


China uji pesawat pejuang kalis radar


GAMBAR jet perang J-20 terbaru buatan China yang didedahkan di Internet semalam.



BEIJING - Beberapa pakar penerbangan percaya China menguji sebuah prototaip jet perang yang tidak mampu dikesan oleh radar pada minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar-gambar jet itu disiarkan di Internet manakala sumber-sumber tentera China yang dipetik media Jepun mengesahkan bahawa ia melibatkan sebuah model ujian pesawat pejuang J-20.
Berita itu didedahkan beberapa hari sebelum lawatan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Robert Gates ke Beijing untuk memulihkan semula hubungan dengan China.
Lawatan itu dibuat selepas AS bersetuju menjual senjata bernilai berbilion-bilion dolar kepada Taiwan.
Pakar-pakar menyatakan bahawa jet kalis radar versi China itu lebih besar daripada yang dijangkakan. Ia yang boleh membawa peluru berpandu mungkin digunakan untuk serangan jarak jauh.
Menurut laman web Aviation Week, jet J-20 mempunyai satu tempat duduk, dua enjin berkembar selain lebih besar dan berat berbanding pesawat Sukhoi T-50 buatan Rusia dan F-22 buatan AS.
"J-20 akan menjadi benar-benar kompetitif sama dengan F-22 berdasarkan kemampuan," kata seorang pakar mengenai ketenteraan China dari Pusat Strategi dan Penilaian Antarabangsa, Rick Fisher.
Jet itu diuji pada minggu lalu di sebuah landasan terbang di tenggara China.
- Agensi

No comments:

Post a Comment