Thursday, January 6, 2011

BILA TERSEBAR DAN RAMAI PENGANUTNYA....TIADA SAPE BOLEH MENYEKAT....ITU SEMUA DALAM KEKUASAAN ALLAH SWT

Britain alami proses Islamisasi?



LAUREN...adik ipar Blair.
LAUREN...adik ipar Blair.
LONDON: Jumlah warga Britain yang memeluk Islam di Britain mengatasi 100,000 orang, hampir sekali ganda berbanding 10 tahun lalu.
Kebanyakan mereka terdiri daripada wanita kulit putih berusia 27 tahun yang bosan dengan budaya konsumerisme dan tidak berakhlak masyarakat Britain.

Jumlah itu, yang didedahkan oleh kumpulan pelbagai kepercayaan, Faith Matters, menyebabkan terdapat dakwaan bahawa negara itu kini dalam proses pengIslaman.
Bagaimanapun, laporan pertubuhan itu menyatakan, kebanyakan mereka yang memeluk Islam itu melihat agama itu sesuai dengan kehidupan di Britain.

Ia menganggarkan, kira-kira 5,200 lelaki dan wanita memeluk Islam sejak 12 bulan lalu, termasuk 1,400 orang di London. Hampir dua pertiga adalah wanita, lebih 70 peratus berkulit putih dan usia purata yang berbuat demikian ialah 27 tahun.

Pada 2001, seramai 60,000 memeluk Islam di Britain. Keadaan itu didakwa memenyebabkan perkembangan fahaman pelampau Islam dan serangan ganas, termasuk pengeboman 7 Julai.

Antara saudara baru yang beralih kepada keganasan ialah Nicky Reilly yang cuba meletupkan sebuah restoran di Bristol dengan bom paku dan pengebom kasut, Richard Reid serta pengebom 7 Julai, Germaine Lindsay.

Namun, menurut laporan itu, jumlah saudara baru yang terbabit dalam keganasan adalah kecil.
Kajian yang dijalankan oleh Kevin Brice dari Universiti Swansea menyoal saudara baru mengenai pandangan mereka terhadap aspek buruk budaya Britain.

Antara lain mereka menyebut arak, sikap masyarakat setempat yang sering mabuk, kekurangan moral dan seks bebas.

Sembilan daripada 10 wanita yang memeluk Islam berkata, perubahan agama mereka mendorong mereka berpakaian lebih konservatif.

Lebih separuh mula bertudung dan lima peratus memakai purdah.

Lebih separuh juga mengaku berdepan dengan masalah dengan keluarga masing-masing selepas memeluk Islam.

Tahun lalu, Lauren Booth, adik ipar bekas Perdana Menteri, Tony Blair, menarik perhatian meluas apabila mengumumkan dia memeluk Islam. - Agensi

Kerjaya lebih penting daripada kahwin



MANAMA: Jumlah wanita Qatar yang menangguhkan perkahwinan untuk melanjutkan pendidikan atau karier mencatat peratusan yang tinggi, lapor satu kaji selidik, baru-baru ini.
Menurut hasil kaji selidik dilakukan Institut Sosial dan Ekonomi (Sesri) di Universiti Qatar, wanita Qatar hari ini ingin berkahwin pada akhir umur 20-an atau awal 30-an dan hanya satu peratus berkahwin antara usia 15 hingga 19 tahun.

“Keadaan ini tidak pelik di Qatar dan perkara biasa di kebanyakan negara Arab sekarang,” kata Pengarah Bersekutu Sesri, Hanan Abdul Rahim. “Di negara Arab lain juga, kami melihat perubahan dalam pola perkahwinan,” tambahnya. - Agensi




Pelajar wanita atasi lelaki

RIYADH: Bilangan wanita Saudi yang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara dilaporkan semakin bertambah.
Mereka mewakili 56.6 peratus jumlah pelajar yang kini belajar di universiti seluruh negara ini.

Bilangan itu dijangka meningkat dengan pembukaan kolej dan universiti di Arab Saudi melalui peruntukan 150 bilion riyal (RM122.7 bilion) dalam belanjawan negara.
“Peruntukan dalam belanjawan itu akan digunakan untuk beberapa projek besar,” ujar Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, Dr Ali bin Sulaiman Al-Atiyah dalam satu kenyataan. Menurutnya, kementerian merancang untuk membina 10 kolej baru dengan kos 9 bilion riyal (RM7.3 bilion) sebagai tambahan kepada projek pendidikan yang akan dilaksanakan.

Beliau berkata, kira-kira 26 peratus daripada belanjawan negara diperuntukkan untuk pendidikan dan jelas menunjukkan hasrat pemerintah untuk melabur dalam perkembangan kemahiran insani.

“Kerajaan Saudi juga berusaha untuk memperbaiki kualiti pendidikan kaum wanita sebagai sebahagian polisi baru reformasi yang diusulkan Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Abdullah,” lapor kenyataan dalam buku kecil yang menjadi sebahagian siri lima buku yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Tinggi, semalam. - Agensi



Anak bekas Shah Iran bunuh diri

BOSTON: Anak bongsu bekas Shah Iran ditemui mati, dipercayai akibat bunuh diri, di rumahnya di sini, semalam.
“Alireza Pahlavi, 44 (gambar), mati akibat kecederaan tembakan, dipercayai dilakukannya sendiri,” kata jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Daerah, Kale Wark.

Polis menemui mayat Alireza di kediamannya di South End selepas menerima panggilan kecemasan awal pagi semalam. Seorang jurucakap polis bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat memastikan pemanggil atau sama ada ia dibuat dari itu.
Seorang rakan rapat Alireza, Fardia Pars berkata, Alireza dilanda kekecewaan selepas adiknya, Leila Pahlavi mati di sebuah hotel di London akibat mengambil dadah berlebihan pada 2001.

“Sikapnya berubah sama sekali sejak itu,” kata Pars.

Rakan rapat keluarga bekas Shah itu, Nazie Eftekhari berkata, kekecewaan Alireza Pahlavi bermula sejak keluarganya mula tinggal dalam buangan, diikuti dengan kematian bapanya dan kemudian adiknya yang begitu rapat dengannya.

Alireza dilahirkan pada 1966 di Teheran dan belajar di sana sehingga bapanya digulingkan dalam Revolusi Islam pada 1979.

Bekas Shah Iran, Mohamed Reza Pahlavi meninggal dunia di Mesir setahun selepas digulingkan. - AFP



Aida serik



JAKARTA: Penyanyi Aida Saskia (gambar) tidak menyangka gambar adegan mandi dilakonkan dalam filem ‘Pelukan Janda Hantu Gerondong’ kini tersebar. Dia mengaku serik untuk melakonkan lagi adegan panas jika menerima tawaran seumpamanya.
Pada awalnya, Aida yang mengaku diperkosa ulama sejuta umat Zainuddin MZ tidak mahu melakukan adegan itu. Namun, pengarah filem itu memberitahu adegan terbabit penting untuk filem berkenaan.

“Pada mulanya, saya tidak mahu melakonkan adegan itu tetapi mereka kata ia perlu dilakukan,” ujar Aida ketika dihubungi, semalam. Dia juga mengaku serik dan jika menerima tawaran untuk melakonkan adegan serupa itu, dia akan menolak. “Saya serik, sumpah saya sudah serik,” tuturnya lagi. - Agensi

No comments:

Post a Comment