Thursday, January 6, 2011

HUKUMAN ALLAH DIAKHIRAT TAK BOLEH LARI PUNYA...

'Kami tuntut Ariel digantung'

BANDUNG: Perbicaraan Ariel terganggu dengan jerit pekik penunjuk perasaan yang menuntut vokalis Peterpan itu dihukum mati ketika pendakwa memohon hakim memenjarakannya selama lima tahun, semalam.
Menurut kumpulan penunjuk perasaan itu, hukuman dicadang pendakwa tidak memadai bagi menghukum Ariel yang dituduh melakukan hubungan seks luar nikah dengan dua personaliti televisyen Indonesia.

Jurucakap penunjuk perasaan, Martadinata, berkata Ariel adalah individu yang berpengaruh dan mampu merosakkan moral peminatnya.
“Justeru, jika Ariel tidak dihukum mati, dia mesti dikenakan hukuman paling berat,” katanya.

Sebelum itu, pendakwa mencadangkan hakim menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda lebih RM85,000 ke atas Ariel.

Terkenal dengan lagu Ada Apa Denganmu, Ariel didakwa kerana terbabit menyebarkan klip video hubungan seks luar nikahnya dengan Luna Maya serta Cut Tari.

Berang dengan permohonan pendakwa semalam, penunjuk perasaan turut melaungkan kata-kata “Gantung Ariel!” di luar mahkamah.

Sebahagian daripada puluhan penunjuk perasaan itu juga cuba memasuki kamar mahkamah tetapi dihalang polis.
Apabila prosiding ditangguhkan, Ariel kelihatan tenang dan melemparkan senyuman kepada orang ramai yang berada di luar mahkamah.

Dia kemudian diiring memasuki kenderaan untuk dibawa ke penjara. - Agensi



Banyak berdalih punca penyanyi kena hukuman berat: Pendakwa



BANDUNG: Berbanding Ariel yang dituntut dipenjara lima tahun, tertuduh utama dalam kes penyebaran klip video artis itu, RJ, hanya dicadangkan ditahan empat tahun.
Pegawai pendakwa, Rusmanto, berkata RJ - atau juga dikenali sebagai Redjoy - juga diminta dikenakan denda kira-kira RM85,500.

Menjelaskan situasi itu, Rusmanto berkata, RJ dicadang dikenakan hukuman lebih ringan kerana dia bukan pelaku utama kes berkenaan.
“Ketika disoal siasat, RJ terus mengaku menyebarkan klip video berkenaan.

“Kami mengambil kira pengakuan terus terang dan tidak berbelit-belit RJ,” katanya.

Keadaan lebih rumit ketika pihak berkuasa menyiasat Ariel.

Kata Rusmanto, penyanyi itu tidak mengaku dia adalah lelaki yang muncul dalam rakaman berkenaan.

“Dia masih banyak berdalih walaupun ada bukti terpampang di depan mata,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment