Majlis Syura Saudi bincang rancangan benar wanita memandu
Akhbar Al Yawm melaporkan langkah untuk membincangkan isu yang amat kontroversi itu diambil selepas majlis itu menerima petisyen daripada 128 lelaki dan wanita tempatan yang menggesa Pengerusinya, Shaikh Abdullah Bin Mohammad Al Shaikh memulakan perbahasan mengenai hak wanita negara itu untuk memperoleh lesen dan memandu.
“Memandangkan ramai wanita Saudi yang memandu di luar negara, mereka perlu dibenarkan berbuat demikian di negara sendiri.
“Kami tidak fikir anda atau rakyat Saudi lain ingin melihat wanita Saudi di tepi jalan raya merayu pemandu teksi membawanya ke hospital, sebagai contoh,” menurut kandungan petisyen itu.
Ia turut mencadangkan undang-undang yang membenarkan wanita memandu itu perlu disertakan dengan peraturan untuk mengenakan tindakan tegas terhadap kaum lelaki yang mengganggu wanita yang sedang memandu.
“Tindakan tegas perlu termasuk penahanan dan hukuman penjara serta denda yang tinggi supaya tidak ada orang berani mengganggu pemandu wanita.
Cadangan itu mendapat bantahan sebahagian rakyat Saudi yang mendakwa, dengan membenarkan wanita memandu, ia akan menyebabkan masalah baru sosial dan keluarga. - Agensi
Firma Itali cipta simen telus
PENCAPAIAN ARKITEK...ruang pameran Itali di Ekspo Shanghai di China tahun lalu satu-satunya dibina menggunakan simen telus setakat ini.
Bahan itu - dinamakan sebagai i.light - mempunyai banyak lubang halus bagi membolehkan cahaya melaluinya tanpa menjejaskan keteguhan struktur.
Perbezaan konkrit itu hanya dapat dikesan jika ia dilihat dari jarak dekat apabila ada liang seluas dua hingga tiga milimeter padanya.
Pada hari cerah, persekitaran dalaman bangunan diperbuat daripada simen itu seperti disinari lampu pada dinding dengan sebahagian daripada cahaya matahari disaring bagi mengelakkan terlalu terang.
Simen itu dihasilkan dengan campuran sejenis damar khas oleh syarikat Itali, Italcementi.
Setakat ini i.light hanya pernah digunakan sekali - bagi membina tapak pameran Itali di Ekspo Shanghai di China, tahun lalu.
Bahan itu dikatakan menarik perhatian banyak pihak kerana mampu menjimatkan penggunaan elektrik.
Italcementi menggunakan i.light pada 40 peratus daripada bangunan pameran setinggi 18 meter itu, atau 3,774 panel telus dan separa telus dengan jumlah berat keseluruhan 189 tan.
Sebelum ini, ada pengeluar menghasilkan bahan hampir sama menggunakan kabel gentian optik, tetapi menurut Italcementi, i.light jauh lebih baik daripada produk itu.
Pengarah Inovasi Italcementi Group, Enrico Borgarello, berkata ‘simen telus’ itu menggunakan damar plastik yang lebih murah berbanding gentian optik.
“Tambahan pula kemampuan i.light ‘menangkap’ cahaya jauh lebih baik kerana ia memiliki sudut visual yang lebih lebar,” katanya. Ketika ini, belum dapat dipastikan sama ada i.light akan dipasarkan di seluruh dunia. - Agensi
Guru wanita terlampau ditahan
Sumber berkata, polis percaya guru wanita itu, Ashley Blumenshine, menjalin hubungan melampau dengan remaja berusia 16 tahun sejak sebulan lalu.
Kata sumber, Ashley, 27, ditahan di belakang sebuah pusat beli-belah sejurus selepas dia dilihat berada dalam kereta bersama remaja terbabit kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika itu seorang daripada mereka dilihat dalam keadaan separuh bogel.
“Polis yakin Ashley baru saja selesai mengadakan hubungan seks apabila dia diberkas,” katanya.
Ashley mengajar tarian dan pendidikan fizikal di Sekolah Tinggi Plainfield North sejak empat tahun lalu dan memang popular di kalangan pelajarnya. - Agensi
Robingah nafi dirogol
BANJARNEGARA: Bekas pembantu rumah Datuk Seri Dr Rais Yatim, Robingah, menafikan dia pernah diperkosa Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu pada 2007.
Ketika ditemui media di rumahnya semalam, Robingah berkata, dakwaan dia menjadi mangsa serangan seksual Rais tidak benar sama sekali.
Malah, katanya, sepanjang bekerja di rumah Rais, dia mendapat layanan baik daripada menteri berkenaan.
“Saya sering diberi ole-ole atau wang sagu hati,” katanya.
Berasal dari Pagelak, daerah Madukara di Banjarnegara, Jawa Tengah, Robingah mendakwa bekerja di rumah Rais selama lapan tahun mulai 1999.
Sepanjang tempoh itu, katanya, dia pernah pulang ke kampung bercuti selama satu setengah bulan pada 1999.
“Ketika itu ada tiga pembantu rumah berasal dari Indonesia di rumah beliau,” katanya.
Menurut Robingah, 47, ketika di rumah Rais, tugasnya adalah sebagai penghantar makanan jika menteri terbabit mengadakan jamuan.
Katanya, dia juga menjadi tukang buka pintu setiap kali Rais keluar atau pulang ke rumah.
“Beliau adalah seorang majikan yang baik dan tidak pernah melakukan kekasaran ke atas saya.
“Di sini, saya menegaskan bahawa tidak pernah berlaku kejadian perkosaan seperti dilaporkan beberapa pihak,” katanya.
Sementara itu, suami Robingah, Sukirman, 52, mengaku wanita terbabit tidak pernah mengeluh atau mengadu mengenai masalah kerja sepanjang tempoh berkhidmat di Malaysia.
Disebabkan begitu, kata Sukirman, dia tidak keberatan membenarkan Robingah bekerja di rumah Rais sehingga lapan tahun.
“Justeru, saya terkejut apabila ada berita mendakwa isteri saya diperkosa majikannya,” katanya. - Agensi

Pembantu rumah buat penafian bertulis
CIPANAS: Ketua Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat, semalam turut menafikan laporan seorang menteri Malaysia merogol seorang pembantu rumahnya.
Menurut Jumhur, ada pengesahan bertulis daripada pembantu rumah terbabit, Robingah, yang menyatakan dia tidak pernah mengalami serangan seksual sepanjang bekerja di rumah menteri itu.
“Seorang kakitangan BNP2TKI bertemu Robingah di rumahnya di Madukara dan memperoleh kenyataan bertulisnya,” katanya.
Dalam kenyataan itu, Robingah mengaku tidak pernah diperkosa dan dilayan dengan baik oleh majikannya.
Laporan itu diserahkan kepada Menteri Tenaga kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhaimin Iskandar.
Berhubung dakwaan Robingah dirogol seorang menteri ketika di Malaysia, Jumhur berkata, semua pihak perlu berhati-hati dan menyemak maklumat yang ada sebelum membuat kenyataan.
“Dakwaan ini membabitkan maruah seseorang,” katanya. - Agensi

Berkhatan lindungi wanita daripada ancaman kanser serviks
WASHINGTON: Amalan berkhatan didapati mampu melindungi seseorang daripada jangkitan virus yang menyebabkan kanser serviks.
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins mendapati, pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet semalam, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan.
“Amalan seks yang selamat juga penting,” katanya. Penyelidik diketuai Maria mendapati, lelaki berkhatan juga kurang berisiko dijangkiti virus HIV yang menyebabkan seseorang menghidap Aids.
Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.
Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks.
Bagaimanapun, ia juga boleh menyebabkan masalah sama pada dubur, zakar, kepala dan leher. - Reuters
BAITULMAQDIS: Tentera Israel semalam mengesahkan, seorang lelaki penduduk Hebron yang ditembak mati oleh anggotanya adalah orang awam yang tidak bersalah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan ganas.
Jurucakap tentera rejim Zionis itu berkata, pihaknya kesal dengan kesilapan itu.
“Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia pengganas,” kata jurucakap itu, beberapa jam selepas Omar Kawasme, 67, ditembak mati ketika baring di katilnya oleh tentera Israel yang melancarkan gerakan mencari seorang tahanan Hamas yang tinggal di bangunan sama.
“Dia bukan sasaran kami. Ia berlaku secara tidak sengaja. “Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia terbabit atau pernah terlibat dalam kegiatan ganas. Kami kecewa dengan kejadian itu,” kata jurucakap itu. - AFP
BAITULMAQDIS: Sebuah akhbar Israel memetik ketua agensi perisikan Israel sebagai berkata, Iran tidak akan memiliki senjata nuklear sebelum 2015.
Menurut akhbar Yediot Ahronot, Pengarah Mossad, Meir Dagan dilaporkan berkata baru-baru ini, keadaan itu berlaku kerana program nuklear Iran terlewat.
Pegawai Israel sebelum ini memberi tempoh lebih singkat.
Bagaimanapun, menurut kebanyakan anggaran terbaru, Iran memerlukan beberapa tahun lagi untuk menghasilkan bom atom.
Seorang anggota Kabinet rejim Zionis memberitahu minggu lalu, Iran mempunyai kira-kira tiga tahun lagi sebelum boleh memiliki senjata nuklear. - AP
Penyelidik dari Universiti Johns Hopkins mendapati, pasangan lelaki berkhatan mempunyai kadar jangkitan human papillomavirus (HPV) 28 peratus lebih rendah daripada biasa.
Dalam laporan disiarkan di jurnal perubatan Lancet semalam, seorang daripada penyelidik terbabit, Dr Maria Wawer, berkata amalan berkhatan sepatutnya diterima umum sebagai langkah mengawal penyebaran HPV di kalangan wanita.
“Bagaimanapun, ia hanyalah sebahagian daripada langkah perlindungan.
“Amalan seks yang selamat juga penting,” katanya. Penyelidik diketuai Maria mendapati, lelaki berkhatan juga kurang berisiko dijangkiti virus HIV yang menyebabkan seseorang menghidap Aids.
Mereka juga mengumpulkan maklumat mengenai hampir 1,000 wanita dijangkiti HPV yang dikenal pasti sebagai pasangan seks suami masing-masing.
Selepas dua tahun, hanya 27.8 peratus daripada pasangan lelaki berkhatan dijangkiti virus berkenaan berbanding 38.7 peratus di kalangan lelaki tidak berkhatan.
Jangkitan HPV dikenali sebagai punca utama seseorang wanita mendapat kanser serviks.
Israel akui bunuh orang tak berdosa
Jurucakap tentera rejim Zionis itu berkata, pihaknya kesal dengan kesilapan itu.
“Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia pengganas,” kata jurucakap itu, beberapa jam selepas Omar Kawasme, 67, ditembak mati ketika baring di katilnya oleh tentera Israel yang melancarkan gerakan mencari seorang tahanan Hamas yang tinggal di bangunan sama.
“Dia bukan sasaran kami. Ia berlaku secara tidak sengaja. “Tidak ada tanda-tanda menunjukkan dia terbabit atau pernah terlibat dalam kegiatan ganas. Kami kecewa dengan kejadian itu,” kata jurucakap itu. - AFP
Iran hasil bom atom selepas 2015
Menurut akhbar Yediot Ahronot, Pengarah Mossad, Meir Dagan dilaporkan berkata baru-baru ini, keadaan itu berlaku kerana program nuklear Iran terlewat.
Pegawai Israel sebelum ini memberi tempoh lebih singkat.
Bagaimanapun, menurut kebanyakan anggaran terbaru, Iran memerlukan beberapa tahun lagi untuk menghasilkan bom atom.
Seorang anggota Kabinet rejim Zionis memberitahu minggu lalu, Iran mempunyai kira-kira tiga tahun lagi sebelum boleh memiliki senjata nuklear. - AP
Alat intip dalam gigi
TEHERAN: Seorang wanita Amerika Syarikat tidak dibenarkan memasuki negara itu dari Armenia selepas peralatan mengintip ditemui dalam giginya.’
“Kira-kira seminggu lalu, seorang pengintip wanita Amerika, Hal Talayan ditahan daripada memasuki Iran oleh pegawai kastam di Nordouz, kawasan sempadan di wilayah Timur Azarbaijan,” lapor agensi berita Fars, semalam.
“Wanita berusia 55 tahun itu dilarang ketika dia memasuki Iran dari Armenia tanpa visa dan memasang kelengkapan mengintip dalam giginya.
“Pengintip itu berkata, dia akan dibunuh oleh pasukan keselamatan Armenia jika Iran menyerahkannya kepada mereka,” lapor agensi itu.
Setakat ini, tidak ada pengesahan rasmi mengenai kejadian itu yang mulanya dilaporkan oleh sebuah laman web berita, Nasimonline.ir.
Sebelum ini tiga warga ditahan oleh Iran atas tuduhan mengintip, bersama-sama dengan pengembara, Sarah Shourd, 32, Shane Bauer, 28 dan Josh Fattal, 28.
Ketiga-tiga mereka mendakwa memasuki wilayah Iran secara tidak sengaja apabila ditahan pada 31 Julai 2009 ketika mengembara di wilayah Kurdis Iraq.
Walaupun Sarah dibebaskan atas dasar peri kemanusiaan, pihak berkuasa Iran tidak menggugurkan kes terhadapnya dan pegawai menetapkan 6 Februari untuk perbicaraan ketiga-tiga pengembara itu.
Tarikh itu serentak dengan ulang tahun revolusi Islam 1979 dan kejatuhan rejim Shah yang disokong oleh Amerika Syarikat.
Dua wartawan Jerman juga berada dalam tahanan pihak berkuasa Iran selepas mereka ditangkap Oktober lalu ketika menemuramah anak wanita yang dihukum rejam sampai mati.
Iran berkata, wartawan itu masuk tanpa visa dan gagal memperoleh kebenaran yang diperlukan untuk wartawan daripada pihak berkuasa sebelum ‘menyamar sebagai wartawan’ ketika menghubungi keluarga Sakineh Mohammadi Ashtiani. - AP
JAKARTA: Indonesia masih tergolong sebagai satu daripada lima negara paling berbahaya untuk wartawan meskipun kebebasan akhbar dan hak untuk bersuara dilaksanakan di negara itu.
Empat negara lain yang termasuk dalam senarai berkenaan ialah Pakistan, Mexico, Honduras dan Iraq.
Perkara itu dinyatakan oleh anggota Majlis Akhbar yang juga wartawan kanan Indonesia, Bambang Harimuthi di pejabat Kementerian Koordinator Politik Hukum Keamanan, semalam.
Menurutnya, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) melaporkan, 97 wartawan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, tiga daripadanya wartawan negara itu.
Jumlah ini tidak termasuk kematian wartawan dan Pengerusi Redaksi Pelangi di Ambon, Alfreds Mirulewan.
Alfred mati ketika melakukan siasatan terhadap penyeludupan minyak di Maluku Barat Daya. - Agensi
JAKARTA: Semua pelakon Indonesia digalakkan menjalani ujian air kencing dalam usaha pihak berkuasa mengekang amalan penyalahgunaan dadah dalam industri hiburan di negara itu.
Ketua Unit Siasatan Polis Indonesia, Anjan Pramuka Putra, berkata Persatuan Artis Filem Indonesia (Parfi) meminta polis bekerjasama bagi menangani isu dadah di kalangan selebriti.
“Bagaimanapun, jika ujian air kencing itu dilakukan polis, keputusannya boleh memberi kesan kepada artis terbabit,” katanya, semalam.
Anjan mengulas inisiatif Parfi bagi menangani masalah salah guna dadah di kalangan artis yang semakin meningkat ketika ini.
Kelmarin, Anjan berkata, seorang model dari Afrika Selatan, Cara Lachelle, ditahan kerana memiliki 1.19 gram dadah methamphetamine.
Cara berada di Jakarta untuk menjalani penggambaran filem Obama Anak Menteng - sebuah cerita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Cara diberi watak ibu Obama, Ann Dunham.
Dia ditahan di sebuah apartmen di Rasuna Said, Jakarta Selatan pada Jumaat minggu lalu selepas seorang pengedar dadah membocorkan maklumat mengenainya. - Agensi
“Kira-kira seminggu lalu, seorang pengintip wanita Amerika, Hal Talayan ditahan daripada memasuki Iran oleh pegawai kastam di Nordouz, kawasan sempadan di wilayah Timur Azarbaijan,” lapor agensi berita Fars, semalam.
“Wanita berusia 55 tahun itu dilarang ketika dia memasuki Iran dari Armenia tanpa visa dan memasang kelengkapan mengintip dalam giginya.
“Pengintip itu berkata, dia akan dibunuh oleh pasukan keselamatan Armenia jika Iran menyerahkannya kepada mereka,” lapor agensi itu.
Setakat ini, tidak ada pengesahan rasmi mengenai kejadian itu yang mulanya dilaporkan oleh sebuah laman web berita, Nasimonline.ir.
Sebelum ini tiga warga ditahan oleh Iran atas tuduhan mengintip, bersama-sama dengan pengembara, Sarah Shourd, 32, Shane Bauer, 28 dan Josh Fattal, 28.
Ketiga-tiga mereka mendakwa memasuki wilayah Iran secara tidak sengaja apabila ditahan pada 31 Julai 2009 ketika mengembara di wilayah Kurdis Iraq.
Walaupun Sarah dibebaskan atas dasar peri kemanusiaan, pihak berkuasa Iran tidak menggugurkan kes terhadapnya dan pegawai menetapkan 6 Februari untuk perbicaraan ketiga-tiga pengembara itu.
Dua wartawan Jerman juga berada dalam tahanan pihak berkuasa Iran selepas mereka ditangkap Oktober lalu ketika menemuramah anak wanita yang dihukum rejam sampai mati.
Iran berkata, wartawan itu masuk tanpa visa dan gagal memperoleh kebenaran yang diperlukan untuk wartawan daripada pihak berkuasa sebelum ‘menyamar sebagai wartawan’ ketika menghubungi keluarga Sakineh Mohammadi Ashtiani. - AP
3 wartawan terbunuh di Indonesia sepanjang tahun lalu
Empat negara lain yang termasuk dalam senarai berkenaan ialah Pakistan, Mexico, Honduras dan Iraq.
Perkara itu dinyatakan oleh anggota Majlis Akhbar yang juga wartawan kanan Indonesia, Bambang Harimuthi di pejabat Kementerian Koordinator Politik Hukum Keamanan, semalam.
Menurutnya, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) melaporkan, 97 wartawan terbunuh di seluruh dunia sepanjang tahun lalu, tiga daripadanya wartawan negara itu.
Jumlah ini tidak termasuk kematian wartawan dan Pengerusi Redaksi Pelangi di Ambon, Alfreds Mirulewan.
Alfred mati ketika melakukan siasatan terhadap penyeludupan minyak di Maluku Barat Daya. - Agensi
Polis nasihat pelakon uji air kencing sendiri elak ditahan
Ketua Unit Siasatan Polis Indonesia, Anjan Pramuka Putra, berkata Persatuan Artis Filem Indonesia (Parfi) meminta polis bekerjasama bagi menangani isu dadah di kalangan selebriti.
“Bagaimanapun, jika ujian air kencing itu dilakukan polis, keputusannya boleh memberi kesan kepada artis terbabit,” katanya, semalam.
Anjan mengulas inisiatif Parfi bagi menangani masalah salah guna dadah di kalangan artis yang semakin meningkat ketika ini.
Kelmarin, Anjan berkata, seorang model dari Afrika Selatan, Cara Lachelle, ditahan kerana memiliki 1.19 gram dadah methamphetamine.
Cara berada di Jakarta untuk menjalani penggambaran filem Obama Anak Menteng - sebuah cerita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Cara diberi watak ibu Obama, Ann Dunham.
Dia ditahan di sebuah apartmen di Rasuna Said, Jakarta Selatan pada Jumaat minggu lalu selepas seorang pengedar dadah membocorkan maklumat mengenainya. - Agensi
No comments:
Post a Comment