Wednesday, January 5, 2011

SYUKUR JIKA KITA MUDAH TIDOR....TENANG..TIDAK BIMBANG DAN TAK RASA DUKACITA...

Bieber sukar tidur pada waktu malam



NEW YORK: Ketika ramai remaja perempuan bermimpi tentang Justin Bieber, penyanyi sensasi itu menghadapi masalah untuk tidur.
Remaja berusia 16 tahun itu memberitahu majalah Vanity Fair ada kala dia menghadapi masalah imsonia. Bieber berkata mindanya ligat berfikir pada waktu malam dan ia berlaku kerana dia mula memikirkan perkara yang tidak sempat difikirkan pada waktu siang seperti keluarganya dan Tuhan. Bieber berkata, dia tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan perkara penting ini kerana dia sibuk dengan hal lain pada waktu siang.

Album Bieber ‘My World 2.0’ yang mencapai jualan multi-platinum meraih kategori album pop terbaik dalam Anugerah Grammy. Penyanyi itu turut memenangi anugerah artis baru terbaik.
Majalah Vanity Fair keluaran Februari akan berada di pasaran pada 6 Januari di New York dan Los Angeles dan 11 Januari di seluruh Amerika Syarikat. - Agensi



Wanita ditembak mati anak 10 tahun



OHIO (Amerika Syarikat): Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditahan selepas dia memberitahu jiran yang dia sudah menembak ibunya hingga mati.
Deborah McVay, 46, ditemui mati selepas cedera akibat satu das tembakan di kepalanya Ahad lalu di Big Prairie di pertengahan jalan antara Cleveland dan Columbus di Ohio. Menurut polis, anggota paramedik menemui Deborah tertiarap di atas lantai di ruang tamu kediamannya. Dia disahkan mati di tempat kejadian dan dipercayai peluru ditembak daripada pistol .22 kaliber. Pihak berkuasa bergegas ke kediaman wanita itu selepas seorang jiran menghubungi polis memberitahu anak Deborah menemuinya dan mengatakan dia baru menembak ibunya. Anak lelakinya itu kini ditahan di Pusat Tahanan Juvana Daerah Richland dan akan tampil di mahkamah tengah hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu mempunyai sejarah masalah tingkah laku. - Agensi




Ular sawa dikahwin

PNOM PENH: Satu majlis perkahwinan di Kemboja menarik hampir 1,000 orang kerana pengantin lelaki dan perempuannya ialah ular.
Perkahwinan antara Chamreun, ular sawa betina peliharaan yang sepanjang 3.7 meter dan berat 91 kilogram dengan Krong Pich, ular sawa jantan itu dilangsungkan di Kampung Satu, wilayah Kandal, kira-kira 19 kilometer dari Pnom Penh.

“Kami mengadakan majlis perkahwinan untuk ular sawa itu kerana mahu mengusir perkara tidak baik dan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kampung kami,” kata pemilik Cmareun, Neth Vy, 41.
Tukang tilik percaya ular sawa itu adalah haiwan ajaib yang membawa kemakmuran dan keamanan kepada kampung itu dan penduduk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka selepas seorang budak dipercayai disampuk baru-baru ini.

Majlis itu berlangsung selama dua jam dan berakhir selepas dua sami Buddha merestuinya sambil penduduk kampung menaburkan bunga ke atas mereka. - AFP




Mangsa rakam wajah pembunuh



MANILA: Seorang ahli politik sempat merakam gambar pembunuhnya dalam kamera sejurus sebelum dia ditembak mati, membolehkan polis menangkap lelaki terbabit.
Gambar yang diambil oleh Ahli Majlis Daerah, Reynaldo Dagsa dan disiarkan di muka depan akhbar utama Filipina menunjukkan keluarganya bersiap sedia untuk bergambar sementara pembunuh itu berada di belakang dengan mengacu pistol ke arah mangsanya.

“Ketika dia mengambil gambar keluarganya pada Tahun Baru, pembunuh itu muncul,” kata Ketua Polis tempatan, Jude Santos.
Dagsa ditembak sejurus selepas gambar itu diambil dan mati ketika dalam perjalanan ke hospital. - AFP




Janin ditemui dalam tandas pesawat

MANILA: Polis semalam berkata, satu janin tidak bernyawa ditemui di dalam tandas sebuah pesawat yang tiba di ibu negara Filipina ini.
Ia ditemui beberapa bulan selepas seorang wanita melahirkan anak dalam pesawat dan membuangnya ke dalam plastik sampah pesawat berkenaan.

Penyiasat, Marcelino Peninoy berkata, seorang tukang cuci menemui janin lelaki yang dipercayai berusia lima hingga enam bulan di atas pesawat Syarikat Penerbangan Etihad selepas ia tiba dari Abu Dhabi.
Identiti ibunya belum dikenal pasti. Pengguguran bayi diharamkan di Filipina dan mereka yang didapati bersalah melakukannya boleh dihadapkan ke mahkamah.

September lalu, seorang wanita Filipina yang bekerja di seberang laut meninggalkan bayinya selepas melahirkannya di dalam pesawat.

Dia mendakwa dirogol oleh majikannya. - AP



Janin ditemui dalam tandas pesawat



MANILA: Polis semalam berkata, satu janin tidak bernyawa ditemui di dalam tandas sebuah pesawat yang tiba di ibu negara Filipina ini.
Ia ditemui beberapa bulan selepas seorang wanita melahirkan anak dalam pesawat dan membuangnya ke dalam plastik sampah pesawat berkenaan.

Penyiasat, Marcelino Peninoy berkata, seorang tukang cuci menemui janin lelaki yang dipercayai berusia lima hingga enam bulan di atas pesawat Syarikat Penerbangan Etihad selepas ia tiba dari Abu Dhabi.
Identiti ibunya belum dikenal pasti. Pengguguran bayi diharamkan di Filipina dan mereka yang didapati bersalah melakukannya boleh dihadapkan ke mahkamah.

September lalu, seorang wanita Filipina yang bekerja di seberang laut meninggalkan bayinya selepas melahirkannya di dalam pesawat.

Dia mendakwa dirogol oleh majikannya. - AP



Amah mati: 3 diberkas



ABHA: Polis menahan seorang pemilik pejabat khidmat am warga Saudi dan dua rakyat Sudan untuk membantu siasatan kematian pembantu rumah Indonesia di sini, minggu lalu.
Ketiga-tiganya ditahan kerana membawa mayat pembantu rumah itu ke Hospital Pusat Asir. Bagaimanapun, polis belum memastikan sebarang motif jenayah di sebalik kematiannya. Kejadian itu mendapat liputan meluas media kerana ia berlaku kurang daripada dua bulan selepas pembunuhan seorang pembantu rumah dari negara sama oleh majikannya di wilayah itu.

Jurucakap Polis Asir, Kolonel Abdullah Al-Garni berkata, pembantu rumah itu tinggal di Saudi secara sah bersama majikannya. Majikannya memulangkan wanita itu semula kepada agensi mencari kerja untuk diganti dengan amah lain.
Dalam kenyataannya sebelum ini Abdullah mengatakan pembantu rumah itu mati secara semula jadi.

“Siasatan awal menunjukkan kematian pembantu rumah itu adalah secara semula jadi dan tidak membabitkan motif jenayah,” katanya. - Agensi


Kilang emas terbesar dunia akan dibina di Jeddah



JEDDAH: Bandaraya Jeddah yang memiliki industri emas yang berkembang maju akan mempunyai kilang emas terbesar dunia.
“Kilang pengeluaran itu akan menjadi realiti pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Taiba for Gold & Jewels Co Ltd, Essam A Aziz Sultani dalam sidang media, semalam.

Sidang media itu dianjurkan sempena pelancaran Peraduan Golden Plume untuk pereka emas di Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah (JCCI).
Peraduan itu dianjurkan Majlis Emas Dunia (WGC) dengan kerjasama Badan Pentaksir Emas Jeddah, Taiba serta Pusat Usahawan Wanita Khadija Khowailid. - Agensi




Universiti lancar kempen galak siswi pakai hijab



MAKKAH: Universiti Umm Al-Qura di Makkah akan mendenda pelajar perempuannya yang tidak memakai hijab sebagai sebahagian kempen ’Hijab adalah ibadahku’ Sumber universiti itu berkata, tiada spesifikasi tertentu dalam cara pemakaian hijab itu selain daripada ‘penutupan secara wajar dan tidak menarik perhatian’.
Kempen yang dilancarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar universiti itu adalah susulan daripada program dianjurkan Suruhanjaya Menggalak Kebaikan dan Mencegah Maksiat dalam usaha menggalakkan kewajipan menutup aurat.

Dekan Pengajian Universiti, Nour Qarout ketika melancarkan kempen menekankan kepentingan kewajipan itu diamalkan wanita Muslim.
“Kehormatan wanita Muslim dipelihara kerana ibadah bukan sebagai kegemaran,” ujarnya. “Kempen ini bertujuan menyedarkan pelajar perempuan kepentingan pemakaian hijab mengikut tuntutan agama dan sosial, di samping mempraktikkan budaya ini,” tambahnya.

Menurut Nour, satu pertandingan merangkumi kategori visual, slogan dan lukisan terbaik juga dirancang untuk dianjurkan dengan hijab sebagai tema utamanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment