Saturday, January 1, 2011

BILA DUNIA TIADA UTAMAKAN MORAL....SUDAH RASA TIADA APA NAK DIMALUKAN LAGI...

Beckham saman pelacur RM77j

BECKHAM...nafi tiduri.
BECKHAM...nafi tiduri.
IRMA...disaman.
IRMA...disaman.
LOS ANGELES: David Beckham mengambil tindakan memfailkan saman terhadap pelacur, Irma Nici yang mendakwa melakukan hubungan seks bersamanya.
Beckham memfailkan saman AS$25 juta (RM77 juta) terhadap Irma dan penerbit majalah In Touch Weekly yang menerbitkan kisah Irma itu dalam edisi September lalu.

“Saya tidak pernah bertemu Irma, apalagi meniduri atau membayarnya untuk khidmat seks,” ujar Beckham dalam dokumen yang difailkan di Mahkamah Los Angeles, semalam.
Dalam pengakuannya, bintang bola sepak itu mendakwa Irma hanya mereka cerita mengenai pendedahan yang dibuat kepada majalah itu.

Beckham menafikan dia membayar untuk meniduri Irma bersama pelacur lain pada Ogos 2007 dan meniduri Irma sekali lagi di Hotel Claridges di London sebulan selepas itu.

Dia juga menegaskan dakwaan Irma bahawa Beckham melakukan hubungan seks bersamanya sebanyak lima kali sama sekali palsu.

“Kenyataan Irma menyebabkan saya dan keluarga menghadapi tekanan emosi serta menjejaskan kehidupan peribadi dan kerjaya saya,” lapor Beckham dalam dokumen mahkamah.

Beckham bekas pemain bola sepak Manchester United dan Real Madrid kini bermain untuk LA Galaxy, mempunyai tiga anak hasil perkahwinan dengan Victoria, bekas anggota kumpulan Spice Girls. - Agensi



Pengurus mayat banci hantu



MEDELLIN: Seorang pengurus mayat meningkatkan kemahirannya ke satu lagi tahap apabila melancarkan gerakan membanci hantu di bandar kedua terbesar Colombia ini.
Setakat ini, kakitangannya sudah mengumpulkan 215 roh, 23 sempat di rakam dalam kamera dan video.

“Tidak boleh disangkal bahawa bangunan dan rumah di bandar ini berhantu.
“Sudah sekian lama kita mendengar cerita mengenainya dan kami berpendapat sudah tiba masanya untuk mendekati, mengumpul dan mengklasifikasikan mereka menerusi bancian,” kata William Betancur.

Pemilik Rumah Pengurusan Mayat Betancur itu berkata, dia mula melakukan kerja itu beberapa minggu lalu dengan menghantar empat pekerja ke bangunan sekitar Medellin, 245 kilometer ke barat laut Bogota, ibu negara Colombia.

“Mereka kembali dengan mencatatkan penemuan dengan 215 hantu. Video dan kamera kami merakam 23 daripada mereka,” katanya dengan bangga.

Menurutnya, hantu itu akan diklasifikasikan berdasarkan bunyi, sinaran cahaya atau imej.

Betancur berkata, dia menerima panggilan setiap hari daripada orang ramai dan syarikat dari Colombia dan juga seberang laut yang menawarkan bantuan termasuk kelengkapan pengesan hantu.

Kami merancang untuk mengambil masa setahun bagi menjalankan bancian. “Kemudian kami akan menulis buku mengenainya, atau lebih jauh daripada itu, menerbitkan filem atau dokumentari,” kata Betancur. - AFP



Wanita campak anak lepas lahir



KINGSTON: Polis di ibu negara Jamaica berkata, seorang wanita dengan sengaja mencampakkan anak yang baru dilahirkannya menerusi tingkap tingkat dua di hospital tempat dia dirawat.
Jurucakap polis, Yanique Matthews berkata, bayi itu meninggal dunia serta-merta.

Menurut Matthews, pihak hospital masih berusaha mententeramkan wanita berkenaan yang dipercayai meroyan.
Polis bagaimanapun turut menyiasat kemungkinan ada orang ketiga terbabit dalam kejadian berkenaan. — AP



Abba bersatu semula untuk perkahwinan William, Kate

LONDON: Kumpulan Abba yang dibubarkan pada 1982, dilapor mungkin bersatu semula di atas pentas bagi membuat persembahan pada majlis perkahwinan Putera William dengan Kate Middleton pada April depan.
“Kemungkinan kami akan bersatu. Kami akan cuba melakukannya,” kata Agnetha Faltskog, seorang daripada anggota kumpulan itu.

Menurutnya, kumpulan itu yang popular dengan lagu ‘Dancing Queen’ dan turut dianggotai Benny Andersson dan Anni-Frid Lyngstad memang merancang untuk membuat persembahan bersama tetapi hingga kini belum dapat memutuskannya.
“Bagaimanapun, saya yakin rancangan itu akan berjaya, mungkin pada majlis perkahwinan Putera William dan Kate,” katanya. - Agensi



Ariel, Luna, Miyabi berlakon satu filem



JAKARTA: Tiga selebriti kontroversi - Ariel ‘Peterpan,’ kekasihnya, Luna Maya dan bintang porno dari Jepun, Miyabi - akan berlakon dalam sebuah filem yang akan diterbitkan oleh pengarah dan penerbit, Ody Mulya Hidayat.
“Saya sudah berbincang dengan Luna Maya mengenai filem itu. Dia tertarik.

“Saya juga memberitahunya, bagaimana jika Ariel diajak berlakon sekali? Luna Maya bersetuju.
“Lalu saya menghubungi Miyabi untuk memberitahu mengenai filem itu. Dia juga tidak ada masalah,” kata Ody.

Ody bagaimanapun menafikan mengambil kesempatan terhadap kedudukan Luna Maya dan Ariel yang kini terbabit dalam kes video lucah.

“Saya sudah lama merancang filem ini. Sebelum kes itu, saya sempat mempelawa Ariel untuk berlakon dalam filem saya kerana tahu dia mempunyai bakat untuk berlakon. Kini, yang berubah ialah konsep filem itu saja,” kata Ody.

Sementara itu, pelawaan pada Miyabi dibuat kerana bintang porno itu berminat untuk berlakon lagi dalam filem Indonesia.

“Dia ingin berlakon lagi dalam filem Indonesia lebih-lebih lagi selepas muncul dalam filem ‘Hantu Tanah Kusir.’ “Miyabi akui sesuai bergandingan dengan pelakon di sini,” kata Ody. - AFP




Depe azam kahwin lagi tahun ini

JAKARTA: Pelakon filem seram, Dewi Persik atau Depe berkata, dia berazam untuk berkahwin tahun ini.
“Pada 2011, saya tidak akan cari kekasih, tetapi cari suami,” katanya kepada wartawan, semalam.

Dia yang kini bercinta dengan pelakon muda, Nicky Tirta pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-duanya berakhir dengan perceraian. - Agensi



Lakon semula autopsi Michael Jackson dikecam



LOS ANGELES: Wasi harta peninggalan Michael Jackson semalam meluahkan perasaan marah mereka terhadap rancangan untuk melakonkan semula pembedahan mayat Raja Pop itu.
John Branca dan John McClain menyifatkan pihak yang menerbitkan rancangan berkenaan sebagai ‘tidak sensitif.’ Dalam surat mereka kepada Discovery Communicatrion, kedua-dua wasi itu menyelar Discovery Channel dengan menggunakan perkataan paling ‘pedas’ apabila menyifatkan rancangan itu sebagai ‘keinginan yang tidak bertanggung jawab bagi mengeksploitasi kematian Michael dengan berusaha secara sinis bagi menipu orang awam supaya percaya bahawa pertunjukan itu mempunyai nilai perubatan.’ Branca dan McClain berang dengan iklan promosi program berkenaan di Eropah yang menunjukkan ‘lambang’ Michael, sarung tangan berlabuci muncul di sebalik kain putih penutup mayat.

“Discovery seolah-olah menganggap ia bertindak pintar dalam menggunakan iklan kreatif itu untuk program berkenaan.
“Sebenarnya, mereka tidak ada perasaan tanggungjawab dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain,” kata kedua-dua wasi berkenaan dalam surat yang dialamatkan kepada Presiden Discovery Communication, David Zaslav.

“Bagi pihak keluarga dan peminat Michael, kami menggesa anda menimbang semula dan membatalkan program itu,” kata mereka. - Agensi

No comments:

Post a Comment