Saturday, January 15, 2011

BILA WANITA HANYA DIFIKIRKAN UNTUK PEMUAS HAWA NAFSU SAJA.....

Berlusconi disiasat polis

RUBY nafi adakan seks dengan Berlusconi.
RUBY nafi adakan seks dengan Berlusconi.
ROM: Akhbar utama di Itali semalam melaporkan Perdana Menteri Silvio Berlusconi disiasat dalam kes pelacuran membabitkan gadis Maghribi berusia 17 tahun.
Akhbar Corriere della Sera melaporkan Perdana Menteri berusia 74 tahun itu didakwa menyalah gunakan kuasa dengan cuba menutup kisah hubungan seksualnya dengan gadis itu yang dikenali sebagai Ruby Rubacuori (Ruby si pencuri hati).
Agensi berita ANSA pula mengeluarkan kenyataan pihak pendakwa raya di Milan semalam memfailkan saman terhadap Berlusconi, manakala Corriere melaporkan pihak polis turut menggeledah pejabat dua pembantunya.

Bagaimanapun, pejabat Perdana Menteri itu tidak memberikan sebarang ulasan ketika dihubungi. Jurucakap pejabat pendakwa raya Milan, Antonio Sangermano pula memberitahu pendakwa raya itu tiada untuk memberikan ulasan.
Sekiranya dakwaan itu benar ia adalah perkembangan terbaru tindakan undang-undang yang dikaitkan dengan Berlusconi.
Kes Ruby tersebar luas beberapa bulan lalu selepas Berlusconi dikatakan campur tangan bagi membebaskan gadis itu daripada tahanan polis ketika ditangkap kerana mencuri.
Ketika itu, Berlusconi mendakwa beliau tidak melakukan kesalahan dan hanya campur tangan untuk membantu seseorang yang dalam kesusahan. Ketika ditemu bual pihak media, Ruby memberitahu dia berada di villa Perdana Menteri itu dan berbohong mengatakan usianya lebih 18 tahun. Namun, dia menafikan mengadakan hubungan seks dengan Berlusconi.
Ruby baru saja mencapai usia 18 tahun.
Menurut laporan Corriere, pihak pendakwaraya menuduh Berlusconi menyalah gunakan kuasa kerana menelefon polis Milan pada malam 27 dan 28 Mei tahun lalu supaya membebaskan Ruby.
Pihak pendakwaraya mengesyaki Berlusconi melakukan demikian kerana ingin menyembunyikan kenyataan bahawa beliau sudah bersama gadis itu.
Jurucakap parti pimpinan Berlusconi, Daniele Capezzone berkata, kes undang-undang terbaru ini akan gagal. “Sekiranya seseorang...masih mempercayai Silvio Berlusconi boleh ditewaskan oleh undang-undang, mereka pasti akan kecewa. - AP




DUNIA


PM Itali disiasat kes pelacuran


GAMBAR bertarikh 11 November lalu menunjukkan Ruby menghadiri parti di sebuah disko di Genoa, Itali.


ROM - Sebuah akhbar Itali, Corriere della Sera melaporkan semalam bahawa Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi (gambar) kini disiasat berkaitan kes pelacuran melibatkan gadis berusia 17 tahun dari Maghribi.
Menurut laporan akhbar itu, perdana menteri berusia 74 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasanya untuk menyembunyikan pertemuannya dengan gadis tersebut yang mempunyai nama jolokan Ruby.
Namun pejabat Berlusconi enggan memberikan sebarang komen.
Kes itu diketahui umum beberapa bulan lalu selepas tersebarnya berita bahawa Berlusconi campur tangan untuk membebaskan Ruby yang ditahan atas dakwaan mencuri.
Bagaimanapun, gadis itu kemudian dibebaskan polis.
Ruby sebelum ini pernah berada di vila milik perdana menteri itu.
Berlusconi sebelum ini menyatakan beliau tidak pernah melakukan kesalahan.
Beliau menegaskan hanya campur tangan untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan pada Mei lalu.
Gadis itu juga menafikan beliau telah melakukan hubungan seks dengan Berlusconi. - Agensi



Wanita solo ditawar suami untuk sewa



TBILISI: Satu perniagaan baru di Georgia menawarkan ‘suami’ untuk disewa wanita bujang yang memerlukan bantuan menyelesaikan kerja rumah mereka.
Namun, pemilik perniagaan itu mengakui apa yang diperlukan sesetengah pelanggannya ialah kasih sayang. “Kami menyediakan perkhidmatan untuk wanita yang memerlukan bantuan menyiapkan kerja rumah contohnya seperti kerja membaiki,” kata pemilik perniagaan itu, Beso Mchedlishvili. Namun menurutnya, ramai wanita keliru dengan nama syarikatnya - Suami Untuk Sejam - dan mereka meminta perkhidmatan berlebihan. Sejak syarikat terbabit beroperasi di negara bekas Soviet itu dua bulan lalu, bilangan wanita yang inginkan perkhidmatan intim bertambah ramai mengatasi perkhidmatan asal yang ditawarkan. - AFP


DUNIA


Ribuan tuntut Presiden Tunisia letak jawatan


RIBUAN penunjuk perasaan berarak di sebatang jalan raya menuntut Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali (gambar kecil) meletakkan jawatan di Tunis semalam.


TUNIS – Beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya semalam selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali berikrar akan meletak jawatan pada 2014 dan mengarahkan supaya penggunaan kekerasan terhadap para penunjuk perasaan dihentikan.
Mereka menuntut supaya presiden itu meletak jawatan dengan segera.
Perhimpunan itu dibuat walaupun presiden berusia 74 tahun itu kelmarin berjanji bahawa beliau tidak akan bertanding semula pada pilihan raya akan datang dan menyatakan, pentadbirannya telah tersilap membaca ketidakpuasan yang sekian lama terbuku di hati rakyat.
Beliau juga berjanji akan menurunkan harga barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula di samping berikrar untuk membatalkan sekatan Internet.
Rakyat sebelum ini berang dengan kenaikan harga barang keperluan asas yang tidak terkawal manakala laman web seperti YouTube dan Dailymotion turut disekat.
Namun, akses kepada laman-laman web itu dibuka semula kelmarin.
Selepas 23 tahun melaksanakan pemerintahan kuku besi, pengakuan Zine El Abidine mengenai kelemahan pentadbirannya telah menyebabkan musuh-musuhnya semakin berani selain tajuk-tajuk utama akhbar menyokong peletakan jawatannya.
“Saya faham akan anda (rakyat),” kata muka hadapan akhbar Alchourouk, yang memetik kata-kata presiden berkenaan manakala pesaingnya, akhbar Le Temps melaporkan: “Selepas darah dan kebinasaan kini muncul harapan.”
Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 66 orang terbunuh sejak protes rakyat bermula selepas seorang graduan sebuah universiti di bandar Sidi Bouzid, tengah Tunisia membunuh diri dengan membakar dirinya. – Agensi



Wanita Britain dakwa dirogol 6 lelaki



LONDON: Seorang wanita Britain mendakwa sekumpulan lelaki Sweden dan Thailand bergilir-gilir merogolnya selama dua jam dalam sebuah hotel di Phuket sebelum menghubungi ibunya untuk mendapatkan wang tebusan.
Mangsa berusia 23 tahun itu berkata, dia diserang dalam sebuah hotel di Pantai Patong.

Sebelum itu, katanya, dia pulang ke bilik ditemani seorang lelaki Sweden.
“Apabila tiba di bilik, saya terkejut mendapati ada lima lelaki lain di situ, termasuk tiga pemuda Thailand,” katanya.

Katanya, selepas dirogol, lelaki terbabit mengugut untuk mengasarinya lagi kecuali ibu mangsa membayar sejumlah wang yang dituntut.

Seorang saksi berkata, lelaki terbabit menyarung kepala mangsa dengan kain dan ketawa sambil bercakap dengan ibunya di Britain.

“Mangsa kemudian menghubungi pegawai Kedutaan Britain untuk mengadu, tetapi saya tak fikir dia mampu mengingati wajah penyerangnya kerana dia mabuk ketika itu,” katanya. Sumber berkata, wanita terbabit bekerja secara haram di Phuket selepas tempoh visanya tamat. - ANI

No comments:

Post a Comment