Monday, September 27, 2010

fahamilah..dunia akan tinggal..kita sekarang otw menuju ke akhirat...jgn leka di dunia ni....hingga lupa mengumpul amal


12 Barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

BILA MANUSIA BERFIKIR IA LEBIH BIJAK DARI ALLAH...HIDUPLAH DALAM TAKWA

DUNIA


Wanita direjam kerana berzina


GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.


ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.
Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.
Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.
Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.
Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube
Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

KOMEN
KEJAM DAN TAK PERIKEMANUSIAN...
BAGAIMANA ZINA MELAMBAK2...HUBUNGAN SEX DIRAKAM..DITONTON BERJUTA2 MANUSIA....BOLEH DILIHAT TAK KIRA PERINGKAT UMUR MANUSIA...ADAKAH NI LEBIH BERMARUAH...DAN ADAKAH SIFAT KEMANUSIANNYA TERLALU TINGGI...HINGGA JADI IKUTAN PADA MANUSIA LAIN...LAHIRNYA ANAK2 LUAR NIKAH...BERLAKU BUNUH MEMBUNUH...PERGADUHAN2..PERCERAIAN...BERSEKEDUDUKAN...SUMBANG MUHRAM....SIHIR MENYIHIR DAN PELBAGAI KEJAHATAN DARI KEGIATAN ZINA DAN HUBUNGAN SEX DIRAKAM DAN VIDEOKAN....PELACUR DAH TAK SEGAN SILU LAGI....ADAKAH NI  YANG DIKATAKAN BERPERIKEMANUSIAN...
ADAKAH MANUSIA MENCIPTA ALLAH ATAU SEBALIKNYA...KALAU KITA SEDAR KITA DICIPTA...TAK MASUK AKAL...ORANG YANG DICIPTA LEBIH BIJAK DARI PENCIPTA(ALLAH SWT)..KEMALUAN2 ..SERTA NAFSU2 DAN SEGALA2NYA ALLAH YANG MENCIPTA...SUDAH MESTINYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI APA UNDANG2 YANG SESUAI UNTUK@MANUSIA YANG DIA CIPTA.....

DUNIA


Pelacur minta Beckham tanggalkan seluar

IRMA NICCI


LOS ANGELES - Seorang pelacur, Irma Nicci mencabar bintang bola sepak dari England, David Beckham supaya membuka seluarnya di dalam kamar mahkamah bagi membuktikan dia tidak pernah melakukan hubungan seks dengannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelacur berketurunan Bosnia itu menegaskan bahawa dia mengetahui cir-ciri kemaluan Beckham.
Irma, 26, atau nama sebenarnya Nezirovic mendakwa dia menjalin hubungan intim dengan Beckham di London dan New York pada 2007 dan mereka pernah melakukan seks bersama seorang lagi wanita.
Sumber-sumber Beckham menyatakan kenyataan Irma itu menyebabkan bintang bola sepak itu memfailkan saman menuntut gantirugi £16 juta (RM78.3 juta ) di sebuah mahkamah di sini pada Jumaat lepas. Saman itu difailkan terhadap sebuah majalah AS kerana menyiarkan berita tersebut.
"Wanita itu berniat jahat dan berbohong tanpa mengemukakan apa-apa bukti bagi menyokong ceritanya," kata sumber Beckham.
Sebelum ini, desas-desus mengenai ciri unik kemaluan bintang bola sepak berusia 35 tahun itu tersebar meluas di Internet yang mungkin boleh digunakan oleh Irma di mahkamah.
Beckham yang mempunyai tiga anak hasil perkahwinannya dengan bekas anggota kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham, kini mewakili pasukan bola sepak AS, LA Galaxy dan pernah bermain untuk kelab Manchester United dan Real Madrid. - Agensi

Saturday, September 25, 2010

CERITANYA MULA BERKURANG...

Tiga suspek kes Sosilawati ditahan semula berhubung kes bunuh ahli perniagaan India


2010/09/25

KUALA LUMPUR: Tiga suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, termasuk dua peguam adik beradik, ditahan semula bagi membantu siasatan polis berhubung pembunuhan seorang ahli perniagaan dari India.

Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, berkata polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek esok.

Kehilangan ahli perniagaan, Allal Kathan Muthuraja, turut dikaitkan dengan suspek kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, apabila dia dilapor hilang selepas dijemput kedua-dua peguam itu, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba di Malaysia 18 Januari lalu.
Rabu lalu, polis mengesahkan Muthuraja, 34, yang dilaporkan hilang sejak awal tahun ini, telah dibunuh.

Isteri mangsa, S Usharani, 24, membuat laporan mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Banting pada 8 September lalu dan memberi keterangan berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, semalam.

Ketiga-tiga suspek sebelum ini ditahan reman selama seminggu sejak 12 September lalu, berhubung kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandu peribadi Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32.

Tempoh tahanan reman mereka kemudian dilanjutkan seminggu lagi dan berakhir hari ini.
Keempat-empat mangsa pembunuhan kejam itu dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 September lalu, polis mengesahkan kesemua mangsa dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor. - Bernama


Reman suspek kes ugut isteri jutawan India dilanjut enam hari


2010/09/25

SEPANG: Tempoh tahanan reman dua suspek kes ugut isteri jutawan dari India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang di Banting sejak awal tahun ini, dilanjutkan enam hari lagi oleh Mahkamah Majistret Litar di sini, hari ini.

Majistret Hurman Hussain membenarkan permohonan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan kedua-dua suspek membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S Usharani, 27

Ia adalah kali kedua tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.
Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1juta yang kononnya bagi membebaskan Muturaja, 34.

Mereka yang memakai baju lokap berwarna oren, dibawa ke mahkamah pada 9.30 pagi.

Turut kelihatan peguam yang mewakili kedua-dua lelaki itu, Chelvarajan R Suppiah. - Bernama


SPRM Serbu Ibu Pejabat Perhilitan

PETALING JAYA: Pegawai pencegah rasuah menyerbu ibu pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Cheras dekat sini berikutan dakwaan rasuah dalam pengeluaran permit-permit hidupan liar.
Difahamkan, pegawai-pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pergi ke ibu pejabat Perhilitan pada pagi Selasa sebelum merampas fail, dokumen-dokumen dan komputer riba yang mempunyai kaitan dengan pengeluaran permit dan lesen hidupan liar bagi membantu siasatan mereka.
Menurut sumber jabatan, pegawai SPRM meminta untuk menyiasat pegawai berpangkat tinggi yang bertanggungjawab secara keseluruhannya dalam mengawasi dan mengeluarkan lesen serta permit hidupan liar.
Walaupun pegawai yang dipercayai bertanggungjawab memberikan sokongan dan mengesyorkan kelulusan permit itu bercuti, pegawai SPRM tetap dibenarkan untuk memasuki pejabatnya.
Semasa serbuan itu, dipercayai beberapa pegawai juga telah ditemu bual.
Dalam pada itu, ketika dihubungi, pegawai kanan Perhilitan mengesahkan SPRM telah berada di ibu pejabat Perhilitan untuk menjalankan satu siasatan tetapi enggan mengulas lanjut.
Dia juga menolak untuk membuat spekulasi jika terdapat mana-mana permit hidupan liar yang dikeluarkan untuk peniaga hidupan liar terkenal Anson Wong atau anggota keluarganya telah dibatalkan.
Sementara itu Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali menegaskan kedatangan pegawainya ke Perhilitan adalah semata-mata 'lawatan' dan bukan serbuan.
Beliau bagaimanapun menolak untuk mengulas lanjut.
Ibu pejabat tersebut merupakan satu daripada tiga cawangan pejabat di negara ini selain cawangan Pulau Pinang dan Johor yang bertanggungjawab dalam pengeluaran permit-permit hidupan liar.
Bagi pengendali haiwan liar, terdapat tiga jenis permit dan lesen.
Satu lesen diperlukan untuk pemegang mengawal hidupan liar yang dilindungi seperti ular sawa seperti yang terkandung dalam Jadual Dua, Empat dan Lima Akta Perlindungan Hidupan Liar manakala satu permit khas diperlukan untuk spesies yang dilindungi sepenuhnya seperti harimau Malaya, badak Sumatera dan Orang Utan

Guan Eng Sahkan Guna Dana Judi Basmi Kemiskinan

PETALING JAYA: Ketua Menteri, Lim Guan Eng akhirnya mengesahkan bahawa kerajaan negeri menggunakan dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Kenyataan terbaru itu dilihat bertentangan dengan penjelasannya sebelum ini yang menafikan bahawa kerajaan negeri menggunakan wang judi bagi pemberian wang ihsan kepada rakyat.
Bagaimanapun menerusi laman sosial twitter miliknya, Guan Eng menjelaskan bahawa kerajaan negeri mengasingkan dana pelbagai sumber untuk diagihkan bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.
"Derma Kelab Lumba Kuda untuk anti-kemiskinan kerajaan Pulau Pinang asingkan kerana ada bukan Islam juga yang miskin.
"(Penerima) Yang Islam dari hasil kerajaan negeri yang tidak ada lesen judi," katanya pada Sabtu.
Media hari ini melaporkan pendedahan Pergerakan Pemuda Umno mengenai sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh sumber perjudian untuk disalurkan kepada golongan miskin.
Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000.
Surat bertarikh 9 Julai 2010 itu ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.
Sementara itu, sumber dalaman kerajaan negeri turut mempersoalkan mekanisme perlaksanaan agihan bantuan bagi membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
"Jika benar kerajaan negeri mengasingkan wang derma daripada sumber perjudian dan sumber yang tidak terlibat dengan perjudian, akaun mana semua wang berkenaan disimpan?
"Bagaimana kalau semuanya dimasukkan dalam satu akaun? Bolehkah kita tahu wang itu halal atau tidak kalau sudah disatukan, melainkan kerajaan negeri mempunyai dua akaun," katanya kepada mStar Online.
Menurut sumber berkenaan sepanjang pengetahuannya, semua wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaun yang sama daripada pelbagai sumber dana kewangan

CERITA TERBARU YANG MEMBIMBANGKAN SERTA MENGUSARKAN....

Taska terlibat kemataian bayi diarah henti operasi

25/09/2010 6:25pm

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Dua buah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska), satu di Putrajaya dan satu lagi di Seremban yang menyebabkan berlaku kematian bayi semasa penjagaan mereka, telah diarah menghentikan operasi selama tiga hari.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu dibuat bagi membolehkan penyiasatan yang lebih terperinci dijalankan terhadap Taska berkenaan.
Isnin lalu, seorang bayi perempuan berusia tiga bulan Nur Azwa Safrina Khairul Anuar didapati mati ketika dalam buaian di sebuah Taska di Paroi, Seremban.

Pada Selasa lalu pula, seorang bayi perempuan juga berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz mati dikatakan akibat tercekik susu yang diberikan pengasuhnya di sebuah Taska di Presint 8, Putrajaya.
"Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kedua-dua Taska ini tidak berdaftar dengan JKM dan dengan itu JKM mempunyai kuasa untuk mendakwa kedua-dua Taska tersebut," kata Shahrizat dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika disabit kesalahan, pihak Taska terbabit boleh diambil tindakan undang-undang iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. - Bernama


Reman suspek ugut isteri jutawan India disambung

25/09/2010 3:16pm

SEPANG 25 Sept. - Mahkamah Majistret Litar di sini hari ini melanjutkan tempoh tahanan reman dua suspek kes ugut isteri jutawan dari India, Allal Kathan Muturaja yang dilaporkan hilang di Banting, Selangor sejak awal tahun ini, enam hari lagi.

Majistret Hurman Hussain membenarkan permohonan polis berhubung perkara itu bagi membolehkan kedua-dua suspek membantu siasatan kes mengugut isteri jutawan itu yang juga warganegara India, S.Usharani, 27.
Ini merupakan kali kedua tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Kedua-dua suspek disyaki terbabit dengan perbuatan mengugut Usharani bagi memperoleh wang RM100,000 sebagai pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta yang kononnya bagi membebaskan Muturaja, 34.
Kedua-dua suspek yang memakai baju lokap berwarna oren, dibawa ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi tadi.
Peguam yang mewakili kedua-dua lelaki itu, Chelvarajan R. Suppiah, juga hadir di mahkamah. - Bernama



Siasatan kes bunuh Sosilawati selesai dalam masa terdekat

25/09/2010 3:33pm

GEORGE TOWN 25 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
"Polis masih meneruskan siasatan (kes pembunuhan Sosilawati)... kita akan selesai tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob sempena Hari Raya Aidilfitri di sini.
Semalam, pasukan forensik polis dilaporkan sekali lagi melawat ladang milik suspek utama kes pembunuhan Sosilawati yang terletak di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting, Selangor.
Sosilawati, 47, pemandu Kamarudin Shansuddin, 44, peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang pada 30 Ogos selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 13 September lepas, polis mengesahkan mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - Bernama


Operasi kumpul bukti kes bunuh Sosilawati diteruskan

25/09/2010 11:22am

KUALA LANGAT 25 Sept. - Pasukan penyelam polis kini memulakan operasi untuk mengumpul lagi bahan bukti berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di kunci air, pekan Banting berhampiran pasar raya Econ Save, di sini hari ini.
Sebanyak 10 kenderaan polis dilihat tiba di lokasi tersebut pada kira-kira pukul 11 pagi ini.
Dua hari lalu, polis menemui gelang emas dipercayai milik Sosilawati di tali air yang sama kira-kira 200 meter dari lokasi operasi hari ini. - Utusan


JSJ nafi laporan akhbar

KUALA LUMPUR 24 Sept. - Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini menafikan laporan dua akhbar yang menyatakan kelapan-lapan suspek pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kerana disyaki turut merogol jutawan kosmetik tersebut.
Pengarahnya, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menegaskan, laporan yang disiarkan akhbar Berita Harian kelmarin dan The Star semalam adalah tidak benar kerana suspek-suspek dibawa ke HKL untuk pemeriksaan kesihatan.
"Tujuan kelapan-lapan suspek dibawa ke HKL adalah untuk pemeriksaan bagi memastikan mereka berada dalam keadaan baik.
"Kita juga cuba mengenal pasti jika terdapat sebarang kecederaan mahupun penyakit yang dialami suspek-suspek sebelum dibenarkan berjumpa dengan peguam masing-masing," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau menambah, selain itu polis tidak meminta HKL melakukan pemeriksaan lain terhadap suspek-suspek.
Dalam pada itu, Mohd. Bakri turut menafikan mengenai dakwaan suspek-suspek telah dipukul oleh polis untuk menandatangani beberapa dokumen ketika dalam siasatan.
Beliau menasihatkan pihak berkenaan supaya membuat laporan polis jika benar dakwaan tersebut berlaku.
Sementara itu, keluarga suspek utama hari ini menangguhkan hasrat untuk membuat laporan berhubung dakwaan peguam bergelar Datuk itu telah dipukul polis ketika dalam siasatan.
Peguam, Ravi Nekoo ketika dihubungi hari ini berkata, laporan polis itu terpaksa ditangguhkan kerana dia tidak sempat berjumpa dengan keluarga anak guamnya bagi merangka laporan yang akan dibuat.
"Saya sibuk, sebab itulah kita belum buat lagi laporan polis berkenaan. Untuk membuat laporan polis saya perlu berbincang dengan keluarga anak guam dan merangka laporan yang dibuat.
"Saya akan memaklumkan kemudian bila laporan itu akan dibuat jika keluarga anak guam akan meneruskan hasrat mereka," katanya



Suspek utama ke lokasi untuk lakon semula



Kenderaan polis yang membawa suspek kelihatan keluar dari ladang milik suspek utama kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Ladang Gandong, Tanjung Sepat dekat Kuala Langat, semalam. - BERNAMA



KUALA LANGAT 24 Sept. - Polis hari ini membawa semula suspek utama dan empat lagi suspek kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya ke tiga lokasi berasingan di sini dan Subang Jaya bagi tujuan melakonkan semula semua kejadian yang berlaku.
Difahamkan, tindakan itu dilakukan selepas Jabatan Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kes tersebut semalam, kepada polis supaya siasatan terperinci dilakukan.
Lokasi pertama yang dituju ialah firma guaman milik suspek utama di Jalan Chempaka Off Jalan Sultan Alam Shah, berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini, pukul 2.15 petang.
Di sana, hanya suspek utama yang dibawa ke tempat letak kenderaan sebelum diminta melakonkan selama kira-kira lima minit bagaimana dia bertemu dan berbincang dengan mangsa-mangsa.
Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu kemudian dibawa menaiki kereta Proton Waja berwarna emas menuju ke ladang miliknya di Ladang Gadong di sini.
Empat suspek lain yang memakai baju lokap berwarna oren turut dibawa ke ladang tersebut dengan menaiki kenderaan berasingan.
Mereka tiba secara berasingan pukul 2.30 petang ke ladang yang dipercayai menjadi lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain.
Di sana pula, keempat-empat suspek dipercayai telah diminta melakonkan semula bagaimana mereka telah menyiksa dan membunuh mangsa-mangsa.
Lebih 10 kenderaan polis dan forensik kelihatan memasuki kawasan ladang berkenaan bersama kesemua suspek.
Suspek-suspek kemudian dibawa ke dua tempat di Subang Jaya, iaitu lokasi kenderaan Sosilawati dan peguamnya, ditemui.
Terdahulu pasukan polis yang terdiri daripada Bahagian Siasatan Jenayah Siasatan Khas (D9) dan Unit Forensik negeri dan Bukit Aman menghadiri taklimat diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dan Timbalan D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Azizan Anan.
Sementara itu, petugas media yang berada di hadapan pintu pagar ladang milik suspek utama tersebut seawal pukul 10 pagi bagaimanapun diminta beredar sebaik sahaja pasukan polis dan forensik memasuki kawasan berkenaan.
Kumpulan media hanya dibenarkan berada di jalan masuk ke kawasan ladang, iaitu kira-kira 200 meter dari lokasi pembunuhan.
Kesemua suspek kemudian dibawa keluar dari Ladang Gadong kira-kira pukul 5.30 petang.
Bagaimanapun tidak diketahui bahan bukti baru yang diperolehi oleh pihak polis sepanjang berada di ladang bersama suspek-suspek



Peguam dalam dilema untuk bela suspek



Tiga peguam bela kepada suspek utama kes bunuh Sosilawati Lawiya, D.P. Vijandran (tengah) bersama Puspha Ratnam (kiri) dan Ravi Nekoo ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 24 Sept. - Peguam, D.P. Vijandran masih dalam dilema sama ada akan meneruskan tindakannya untuk membela dua beradik, iaitu suspek kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi.
Menurutnya, beliau setakat ini belum membuat keputusan muktamad untuk membela kedua-dua beradik itu sekiranya mereka dituduh di mahkamah.
"Saya masih belum membuat keputusan muktamad untuk membela kedua-dua anak guam kerana masih gagal untuk berbincang dengan mereka.
"Saya akan hanya membuat keputusan itu (membela) selepas dibenarkan bertemu dan melakukan perbincangan secara sulit dengan mereka berdua (suspek)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan Vijandran merupakan salah seorang daripada tiga peguam yang dilantik untuk membela kedua-dua suspek utama dalam kes pembunuhan kejam Sosilawati dan tiga lagi.
Peguam lain yang turut dilantik ialah Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam.
Menurut Vijandran, bagi membela kedua-dua beradik itu beliau memerlukan bukti atau keterangan mencukupi daripada suspek-suspek.
"Ini kerana setakat ini saya belum mendapat gambaran tepat daripada kedua-dua anak guam mengenai kes itu," katanya.
Sementara itu, Ravi Nekoo ketika dihubungi hari ini menetapkan pendiriannya untuk membela kedua-dua suspek apabila mereka dituduh di mahkamah.
Menurutnya, beliau akan membela kedua-dua beradik itu kerana keluarga mereka telah melantiknya jika dituduh di mahkamah dan memerlukan pembelaan.
Ravi dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan serta sering mengendalikan kes-kes jenayah dan sivil, telah dilantik sebagai peguam kepada dua suspek itu pada 12 September lalu.
Beliau juga salah seorang peguam pemerhati kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu prosiding Suruhanjaya Diraja Siasatan berhubung klip video perbualan peguam Datuk V.K. Lingam yang dikatakan mengatur pelantikan hakim-hakim di negara ini, dua tahun lalu.






Friday, September 17, 2010

TIADA SEGAN SILU...PERKARA DIKETAHUI UMUM..HUKUM AGAMA SEMUA DAH TOLAK TEPI....MEREKA LEKA DENGAN DUNIA YANG SEMENTARA

Jenny, Amir pernah rapat



2010/09/18
LONDON: Pelacur yang dilanggani Wayne Rooney, Jenny Thompson pernah melakukan aksi seks dengan juara tinju, Amir Khan.
JENNY (kanan) bergambar bersama Amir (kiri) dan  pelakon, Will Mellor (tengah) di sebuah kelab malam beberapa tahun lalu.
JENNY (kanan) bergambar bersama Amir (kiri) dan pelakon, Will Mellor (tengah) di sebuah kelab malam beberapa tahun lalu.
JENNY.
JENNY.
Menurut akhbar The Sun, Jenny, 21, melakukan aksi seks pada juara welterweight dunia itu selepas menghabiskan masa bersamanya dan dan rakannya di kelab malam.
Bagaimanapun, Jenny yang dibayar £1,200 (RM5,800) oleh bintang Manchester United itu untuk mengadakan seks di sebuah hotel ketika isterinya, Coleen hamil, tidak mengenakan bayaran terhadap Amir, 23.

Sumber yang rapat dengan gadis berasal dari Bolton itu berkata: “Dia pernah tinggal berhampiran kediaman Amir dan gemar menghabiskan masa bersama peninju itu dan rakan-rakannya.

“Mereka biasa pergi ke kelab malam J2 di Bolton. Amir senang hati untuk membawanya ke bahagian VIP. Dalam satu kunjungan, Jenny melalukan aksi seks padanya.

“Ia dilakukan secara tergesa-gesa dan mereka tidak mengadakan seks. Kerana itu Amir tidak membayarnya. Ia berlaku beberapa tahun lalu ketika Jenny masih belum menjadi pelacur. Amir pula bujang.”

“Mereka kini tidak bersua lagi. Tidak mungkin Amir menyambut baik kehadirannya lagi.

“Dia berkawan baik dengan Rooney, Rio Ferdinand dan beberapa pemain Manchester United yang lain.

Saya tidak fikir Amir percaya apa yang berlaku.” Jenny mula mengenakan bayaran untuk seks selepas menjalinkan hubungan dengan pemain seperti El Hadji Diouf dan pemain Bolton Wanderers yang lain.

Diouf yang kini bermain untuk Blackburn Rovers berang apabila ditanya mengenai Jenny baru-baru ini.

Amir yang dihubungi semalam, enggan mengulas.- Agensi


Kekasih Gelap Akui Kehebatan Perlakuan Seks Ashton
AKTOR Hollywood Ashton Kutcher digosipkan telah belaku curang dengan isterinya, aktres Demi Moore. Gosip itu terjawab apabila wanita yang pernah tidur bersama Ashton bernama Brittney Jones, 21, mengakui perkara itu.
"Ashton adalah lelaki yang hebat dan sangat istimewa buat saya," ujar Brittney menurut The Hollywood Gossip, Jumaat.
Wanita itu pada mulanya mahu menggoda Ashton secara diam-diam kerana waktu pertama kali bertemu dengan Ashton, bintang film 'Spread' itu sedang bermain boling bersama Demi dan anak tirinya.
Namun begitu, Brittney mengaku terkejut ketika Ashton menghubunginya.
"Saya melakukan semua yang dimintanya menerusi SMS, dia seperti sangat paranoid dan tidak mahu menulis SMS tentang masalah. Apabila dipelawa untuk bertemu, dia terus bersetuju dan merancang segala-galanya," jelas Brittney.
Brittney dan Ashton didakwa telah melakukan hubungan seks di atas sofa ruang tamu rumah Ashton dan Demi Moore.


Emma Stone Diserang Asma Ketika Lakon Adegan Seks
AKTRES Emma Stone (gambar) diserang asma ketika sedang melakonkan adegan seks menerusi filem terbarunya Easy A!.
Dalam filem tersebut, Emma melakonkan watak Olive. Dia harus berpura-pura melakukan adegan seks dengan seorang lelaki dalam sebuah pesta.
"Saya dapat serangan asma ringan, tanpa mengetahui yang saya mengidap asma," ujar Emma menurut Showbiz Spy, Jumaat.
Bintang filem Ghosts of Girlfriends Past itu mengaku sangat malu dengan insiden tersebut. Dia juga bimbang sekiranya perkara itu menjadi bualan di kalangan krew di lokasi

Wednesday, September 15, 2010

DAH SAMPAI TAKDIRNYA


Bayi rentung dalam dakapan ibu


Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@bharian.com.my
2010/09/16

Foto  

  • ANGGOTA bomba memeriksa kereta Proton Persona dinaiki pasangan suami isteri, Azri Ismail, 27, dan Sunita Abu Bakar, 25, (gambar kecil) bersama bayi mereka berusia 13 bulan dan seorang rakan yang rentung selepas merempuh penghadang jalan di Kilometer 394 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang, pagi semalam.
  • Foto
    ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat mangsa kemalangan di KM 394 Lebuhraya Utara Selatan dekat Hulu Bernam, semalam.
Kereta dinaiki pasangan suami isteri bersama rakan terbakar selepas rempuh penghadang jalan

HULU BERNAM: Empat orang termasuk pasangan suami isteri dan bayi mereka rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas merempuh penghadang jalan dalam kemalangan di Kilometer 394 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Behrang di sini, pagi semalam



Dalam kejadian pada jam 8.05 pagi, semua mangsa dalam perjalanan pulang dari Air Hitam, Kedah ke Kota Damansara dekat sini, selepas bercuti menyambut Aidilfitri.Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta Proton Persona, Azri Ismail, 27, isterinya, Sunita Abu Bakar, 25, dan anak mereka, Muhammad Amar Haikal, berusia 13 bulan serta seorang rakan dikenali sebagai Mohd Haznizam Abdul Mutalib, 20.

Azri dan Mohd Haznizam berasal dari Kampung Kelubi, Mukim Ayer Hangat, Langkawi manakala Sunita dari Kampung Permatang Bongor, Air Hitam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Hulu Selangor, Asisten Superintendan Mohd Taib Songoh, berkata kejadian berlaku selepas kereta yang dipandu Azri cuba mengelak sebuah lori pasir yang diletakkan di lorong kecemasan di kiri lebuh raya sebelum merempuh penghadang jalan berkenaan.

Beliau berkata, akibat rempuhan kuat, kereta terbabit terbakar menyebabkan keempat-empat mangsa rentung selepas gagal menyelamatkan diri. 
“Paling menyayat hati apabila bayi terbabit rentung dalam dakapan ibunya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian terpaksa mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung di kereta terbabit.

“Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) di sini kira-kira jam 11.50 pagi untuk dibedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian pada jam 4.15 petang, semalam, ” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Mangsa sempat patah balik ambil ketupat palas

ALOR SETAR: Mangsa kemalangan ngeri Sunita Abu Bakar dan keluarganya sempat berpatah balik ke rumah keluarganya di Kampung Permatang Bongor, Air Hitam, dekat sini untuk mengambil ketupat palas yang tertinggal walaupun ketika itu mereka sudah sampai ke Kulim.

Abangnya, Suhaimi, 27, berkata beliau tidak menyangka adiknya itu bersama suami Azri Ismail, 27, anak mereka Muhammad Amar Haikal Azri, 13, serta pekerja pasangan itu, Mohd Hasnizam Abdul Mutalib, 20, berpatah balik semata-mata mahu mengambil ketupat itu.

Katanya, mereka bertolak pulang ke ibu negara pada kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin dan beberapa jam selepas itu mangsa pulang semula ke rumah kerana tertinggal ketupat yang dibekalkan untuk mereka bawa pulang ke Kuala Lumpur.

Suhaimi berkata, Sunita, 25, anak ketujuh daripada lapan beradik memberitahu mereka sudah sampai di Kulim, iaitu kira-kira 150 kilometer dari rumah apabila menyedari tertinggal makanan kegemaran arwah pada setiap kali Aidilfitri.

“Ketika tiba di rumah Sunita kelihatan berat hati untuk pulang ke Kuala Lumpur dan berehat beberapa jam sebelum bertolak ke ibu negara pada jam 10.30 malam tadi (kelmarin).

“Saya tidak menyangka itu petanda dia tiga beranak pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Permatang Bongor, Air Hitam, dekat sini, semalam.

Katanya, Sunita pulang untuk beraya di kampung pada Rabu lalu dan pulang ke kampung suaminya di Langkawi pada hari ketiga Aidilfitri

TAK TAU ...BETUL ATAU SALAH...CUMA KALAU ADALAH....HARAM HUKUM...DIKIRA MENGIKLAN ARAK...DI ROTAN 40 KALI DIZAMAN NABI SAW....

Otromen Otromen Pas's Photos - Wall Photos

Photo 20 of 20   Back to Album · Otromen Pas's Photos · Otromen Pas's Profile

NAK JUGA BUAT...DIKHUATIR SEBAGAI PENGGALAK...REMAJA XTAKUT...ADAKAH HUKUM ALLAH....NAK DIABAIKAN...SEOLAH2 MENGHARUS ZINA....PERLAKU TIDAK DIHUKUM SEWAJARNYA...MANA MEREKA NAK SERIK...


NEGARA

Sekolah Harapan beroperasi esok

 



BANGUNAN Sekolah Harapan di Jasin, Melaka.




MELAKA - Sekolah untuk remaja hamil dikenali sebagai Sekolah Harapan akan memulakan operasi esok walaupun sehingga kini masih belum mempunyai pelajar.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, Sekolah Harapan sepatutnya mula dibuka hari ini namun ditunda esok kerana hari ini merupakan cuti umum Hari Malaysia.
"Walaupun belum ada pelajar, sekolah ini tetap akan dibuka bermula pukul 10 pagi Jumaat ini (esok).
"Kita akan buka sekolah ini dulu, selepas ini sesiapa yang berminat boleh membuat permohonan dan segala maklumat mereka akan dirahsiakan," katanya ketika ditemui pemberita di Seri Bendahara di sini semalam.

NEGARA

Bayi berusia 14 hari dibuang

 

BAYI perempuan yang dijumpai di Kampung Salor, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan dipercayai berusia 14 hari dijumpai berbalut dengan kain lampin dan tuala di beranda sebuah rumah di Kampung Salor di sini semalam.
Bayi berkulit putih itu ditemui oleh pemilik rumah tersebut yang juga seorang kakitangan kerajaan, Mohsin Syeikh Mohammad, (gambar) 50, pada pukul 8 pagi.
Menurut Mohsin, dia mulanya dimaklumkan oleh seorang anak saudaranya yang berusia 19 tahun yang terdengar tangisan bayi.
"Sebaik sahaja saya membuka pintu, saya ternampak seorang bayi perempuan yang diselimut dengan kain lampin serta tuala yang diletakkan di beranda.
"Semasa dijumpai, saya dapati di sisi bayi itu juga terdapat botol susu yang dipenuhi dengan susu, kemudian saya membawa bayi itu ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri," katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini semalam