Wednesday, September 15, 2010

PATUT2 DAN AGAK2LAH

Isteri minta hadiah hari raya dicerai



2010/09/14

HAFR AL-BATIN (Arab Saudi): “Kamu mahu hadiah hari raya? Saya akan beri kamu hadiah!”
Itu kata-kata yang diluahkan seorang lelaki di Hafr Al-Batin, timur Arab Saudi.

Menurut laporan akhbar Al-Yaum, lelaki itu menceraikan isterinya selepas wanita itu meminta wang dan hadiah hari raya.

Seorang kaunselor perkahwinan berkata, perceraian ketika menyambut Aidilfitri sering berlaku kerana tuntutan berlebihan si isteri atau kerana suami enggan keluarkan belanja menyambut perayaan itu. - Agensi


Balik 'curi' surat cerai

Oleh Shamsul Munir Safini

2010/09/15
KUALA LUMPUR: Suami mana tidak sayu apabila melihat anak dan cucu berhari raya tanpa ibu dan nenek, lebih menyedihkan bukan hanya sekali, tetapi sudah 14 tahun mereka berhari raya tanpanya.
Suami itu, Abdul Manas Awang Kechek, 54, berkata isterinya, Zaiton Ariffin, 45, mula berjauhan daripada keluarga sejak berkenalan dengan seorang lelaki dari Sabah.
Beliau berkata, isterinya mula mengenali lelaki itu sejak dia mula bertugas sebagai pekerja keselamatan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di sini, 14 tahun lalu.

“Saya mula mengesyaki perubahan isteri yang mula panas baran itu ada kaitan dengan lelaki berkenaan, malah isteri saya juga pernah mengugut untuk membunuh diri jika tidak menceraikannya,” katanya.

Manas berkata, isterinya nekad melarikan diri dengan lelaki itu ke Sabah tanpa pengetahuannya selepas dia tidak mahu menceraikannya pada November 1996.

Sejak itu, beliau yang ketika itu tinggal di Rumah Panjang Kampung Pasir Panjang berseorangan membesarkan lima anak.

“Saya difahamkan isteri saya tinggal di Sabah, tetapi tidak mengetahui lokasinya.
“Selepas beberapa tahun, isteri ada menelefon anak saya menceritakan apa yang berlaku dan kenapa dia bertindak demikian,” katanya.

Katanya, isterinya beria-ia mahu diceraikan bagi membolehkannya berkahwin dengan kekasihnya.

“Akhirnya saya terpaksa menceraikannya dengan talak satu pada 2004,” katanya.
Beliau berkata, selepas diceraikan, bekas isterinya ada pulang ke rumah baru mereka di Projek Perumahan Rakyat Setapak pada April lalu, tetapi ada muslihat dia pulang ke rumah.

“Bekas isteri saya pulang bagi ‘mencuri’ surat cerai daripada saya bagi memudahkan urusan perkahwinannya,” katanya.

Katanya, dia hanya berada di rumah dua minggu sebelum pulang semula ke Sabah selepas gagal mencuri surat cerai itu

Manas berharap bekas isterinya pulang semula ke pangkuan anak dan dia bersedia memaafkannya


Mati kerana tegur



2010/09/15
KUALA LUMPUR: Akibat menegur rakan sekerja yang ‘kerap’ menunaikan solat ketika bertugas, seorang pengawal keselamatan warga Myanmar maut selepas rusuk kirinya dipukul dengan sebatang besi di sebuah kilang di Balakong, Serdang, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa Kyaw Htike Aung, 21, mati di tempat kejadian selepas bergelut dengan rakannya warga Pakistan, Asifullah Inayatullah, 24 yang dikatakan tidak berpuas hati dengan teguran mangsa.
Katanya, suspek kemudian mengambil sebatang besi sepanjang hampir satu meter lalu menghayun ke arah rusuk kiri mangsa.

Katanya, suspek ditahan pengurus keselamatan kilang sebelum diserah kepada polis

No comments:

Post a Comment