Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, ia dipercayai rangka seorang lelaki berumur 25 tahun ke atas yang ditempatkan di kawasan belukar itu sejak 2 minggu lalu.
Beliau berkata, rangka itu ditemui pada kira-kira 8 pagi dalam keadaan mengiring dengan mulutnya disumbat kain dan ditutup dengan pita pelekat berwarna merah.
Menurutnya, turut dijumpai pada rangka itu ialah sebuah jam tangan berjenama Tag Heuer dan sekotak rokok Marlboro.
"Ada cebisan kulit pada betis kanan rangka itu dan ada tatu yang pudar. Bangsanya tidak dapat dipastikan dan tingginya antara 175 dan 180sm," katanya ketika dihubungi di sini.
Mohd Yusoff seterusnya meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga di kawasan berhampiran supaya menghubungi ibupejabat Polis Daerah Seremban dengan menelefon 06-6033222 bagi membantu siasatan.
Sementara itu seorang saksi, Mohd Japri Che Mustafa yang menemui rangka itu ketika dihubungi Bernama berkata, beliau ke kawasan belukar itu untuk mencari buluh.
"Bila sampai, saya terbau bau busuk yang amat sangat. Selepas mencari punca bau, saya ternampak rangka itu," kata beliau yang merupakan pekerja sebuah pusat pemeliharaan pokok.-Bernama
SEREMBAN: Seorang tukang kebun yang mencari buluh untuk membuat pagar tanaman miliknya, tersentak apabila menemui mayat lelaki sudah reput dipercayai dibunuh dengan kedua-dua tangan terikat di kawasan hutan di Batu 7, Jalan Seremban-Mantin, semalam.
ANGKAT...anggota polis mengusung mayat untuk dihantar ke hospital, semalam.
Jefri Mustafa, 44, berkata, dia menyusuri laluan sungai untuk mencari buluh.
“Ketika melalui kawasan berkenaan, saya terhidu bau busuk agak luar biasa sebelum menemui mayat sudah reput,” katanya, semalam.
Menurutnya, dia segera memaklumkan perkara itu kepada polis.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Md Yusoff Awang berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berusia 25 tahun ke atas dan dipercayai sudah mati sejak dua minggu lalu
“Kedua-dua tangan mangsa turut diikat dan mulut ditutup dengan pita pelekat. Bagaimanapun, tiada kesan kecederaan pada badan mangsa,” katanya.
Menurutnya, lelaki dengan ketinggian antara 175 dan 180 sentimeter itu mempunyai tatu pada betis kanan dan memakai kemeja serta berseluar pendek jenama Blue Tom Classic
“Polis juga menemui seutas jam tangan berjenama dan sekotak rokok Marlboro dalam poket seluar mangsa jenama Diesel,” katanya.
Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999
No comments:
Post a Comment