Cekup 10 GRO
Oleh RUDY SYAREME SHERIFFUDIN
am@hmetro.com.my
2010/09/04
am@hmetro.com.my
2010/09/04
Jurucakap polis berkata, serbuan itu hasil maklumat awam selain risikan mendapati pusat hiburan berkenaan menyediakan perkhidmatan wanita warga asing sebagai GRO.
Katanya, premis hiburan terbabit turut dipercayai mengupah dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an yang bertindak sebagai penjaga lengkap dengan set walkie-talkie.
“Dalam pemeriksaan itu, semua wanita warga asing itu dipercayai pekerja pusat hiburan berkenaan leka melayan pelanggan di bilik masing-masing dan lari lintang pukang selepas menyedari kehadiran polis.
“Namun mereka gagal melarikan diri kerana kawasan itu dikepung dan polis turut menemui satu lubang rahsia di dalam sebuah bilik, dipercayai digunakan untuk melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, polis berjaya menahan 10 wanita warga China dan dua rakyat Vietnam yang dipercayai menyalahgunakan permit lawatan sosial dengan bekerja secara haram di negeri itu.
Beliau berkata, turut ditahan dua wanita tempatan yang bertindak sebagai ‘mummy’ dan penjaga pusat hiburan itu berusia dalam lingkungan 40-an kerana dipercayai menggaji serta melindungi pekerja warga asing yang melanggar syarat permit.
Katanya, selain melakukan kegiatan tidak bermoral, wanita warga asing itu melanggar undang-undang dengan tinggal melebihi masa ditetapkan dan menyalahgunakan permit lawatan sosial.
“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 59/63 dan Seksyen 55 (b) akta sama kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta melanggar syarat permit.
“Pemilik premis akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing yang bekerja tanpa permit,” katanya
No comments:
Post a Comment