Wednesday, September 1, 2010

CEKAP IA MELARIKAN DIRI HINGGA SUSAH DIJEJAK

Michael Soosai ditangkap selepas 10 tahun menghilang



2010/09/01

CHENNAI (India): Michael Soosai (gambar), penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini, Khamis lalu, selepas polis India menjejakinya menggunakan teknologi canggih.
Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C Sylendra Babu memberitahu, satu unit khas jenayah siber memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan dinaikinya.
“Dia tidak sedar kami menjejakinya. Dia terkejut apabila kami menahannya di hotel itu. Dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Dia berada di Nepal, Bhopal dan Goa,” katanya.

Polis juga menahan isteri dan tiga anaknya serta merampas satu kilogram emas, dua komputer riba dan beberapa telefon bimbit dalam operasi mengesan selama tiga bulan.

Soosai bersembunyi daripada polis Malaysia hampir 10 tahun lalu. Dia dikehendaki kerana beberapa siri penipuan membabitkan hampir RM1 juta serta satu pembunuhan di selatan India.

Dia didakwa membunuh rakyat Malaysia, N Subramaniam di Cheyyur, daerah Kancipuram, pada 2002.

Soosai, 47, pernah memalsukan kematiannya di Malaysia dan menghilangkan diri untuk beberapa tahun, namun mencabar polis Malaysia untuk menahannya.


NEGARA


Michael Soosai ditahan di India















CHENNAI - Michael Soosai (gambar), penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini Khamis lepas setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih.
Pesuruhjaya Polis Bandaraya Coimbatore, C. Sylendra Babu memberitahu, satu unit khas jenayah siber ditubuhkan untuk memantau pergerakan Soosai dengan mengesan nombor telefon bimbitnya kepada kenderaan yang dia sedang naiki.
"Dia tidak menyedari kami sedang menjejakinya dan terkejut apabila kami menahannya di hotel tersebut. Dia sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat termasuk di Nepal, Bhopal dan Goa," katanya.






DUNIA


Raja dadah Mexico ditangkap polis



EDGAR VALDEZ VILLARREAL (tengah) dipamerkan kepada media di Ibu Pejabat Polis di Bandar Raya Mexico semalam.



BANDAR RAYA MEXICO - Pihak berkuasa Mexico kelmarin mengumumkan penangkapan salah seorang raja dadah paling dikehendaki, Edgar Valdez Villarreal yang turut dikenali sebagai The Barbie kerana kulitnya yang cantik.
Menurut satu kenyataan Kementerian Keselamatan Awam Mexico, penjenayah kelahiran Amerika Syarikat (AS) itu ditahan pada satu operasi polis di tengah Mexico ekoran maklumat perisikan mula diperoleh sejak Jun 2009.
Valdez yang berusia 37 tahun merupakan orang kanan Arturo Beltran Leyva, ketua kartel dadah dan menjadi orang ketiga paling dikehendaki sebelum kematiannya pada Disember 2009 dalam satu operasi ketenteraan.
Sebagai ketua skuad pembunuh, Valdez dipercayai terlibat dalam rampasan kuasa untuk menggantikan Arturo yang bersaing dengan adiknya, Hector Beltran Leyva.
Jabatan Negara AS telah menawarkan hadiah mencecah AS$2 juta (RM6.29 juta) untuk maklumat yang boleh membawa kepada penangkapannya.
Pihak berkuasa Mexico menawarkan ganjaran sebanyak AS$2.2 juta (RM6.92 juta) untuk tujuan yang sama.
Penangkapan itu melegakan Mexico pimpinan Presiden Felipe Calderon selepas meningkatnya keganasan berkaitan dadah di bahagian timur laut Mexico termasuk pembunuhan 72 orang pendatang pada minggu lalu.
Calderon turut mengesahkan penangkapan itu di laman Twitter. - AFP


NI LAIN PULA



DUNIA


Gadis 14 tahun setinggi 2.06 meter



ELISANY SILVA berbual dengan adiknya di rumah mereka di Braganca, Brazil kelmarin.



RIO DE JANEIRO - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Brazil memiliki ketinggian 2.06 meter sekali gus menjadikannya antara remaja paling tinggi di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketinggian remaja itu, Elisany Silva terus meningkat pada kadar 0.l5 meter setahun disebabkan sejenis penyakit tumbesaran tetapi keluarganya tidak mampu untuk membiayai kos perubatan anak mereka bagi menghalang ketinggiannya.
Bercakap dari rumahnya di negeri Para, Elisany memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan bahawa dia tidak dapat pergi ke sekolah kerana tempat duduk bas terlalu kecil untuk dirinya.
"Di rumah juga sukar. Apabila saya leka, kepala saya akan terhantuk pada siling rumah," katanya.
Elisany berharap dia dapat menggunakan ketinggiannya untuk menjadi seorang model fesyen yang berjaya.
Remaja perempuan itu tinggal di sebuah rumah kecil bersama beberapa saudara perempuan dan ibunya, Ana Maria Silva serta bapa tirinya, Luiz Jorge. - Agensi


DUNIA


Perancis marah isteri Presiden dihina pelacur



CARLA BRUNI



PARIS - Pemerintah Perancis semalam menyifatkan penghinaan yang dilakukan oleh media Iran, akhbar Kayhan terhadap wanita pertamanya, Carla Bruni-Sarkozy sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima, kata jurucakap Menteri Luar Perancis, Bernard Valero.
"Kami akan menyampaikan mesej ini menerusi saluran diplomatik yang normal," kata Valero. Akhbar Iran itu melabelkan Bruni sebagai pelacur Itali dan dia sepatutnya mati.
Pada minggu lalu, media Iran berang selepas isteri Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy itu membuat kenyataan umum menyokong seorang wanita Iran yang telah dijatuhkan hukuman direjam sampai mati.
Bruni dan beberapa orang personaliti Perancis yang lain menandatangani satu petisyen yang menggesa Iran agar membebaskan ibu dua anak, Sakineh Mohammadi-Ashtiani berusia 43 tahun.
Sebuah mahkamah Iran telah menyabitkan Sakineh atas dakwaan zina dan bersubahat dalam pembunuhan suaminya.
Kes itu telah mendapat perhatian antarabangsa. Pemerintah Perancis yang sudah pun tidak sebulu dengan rejim Iran berkaitan program senjata nuklearnya telah membuat satu protes rasmi dan mengancam untuk mengenakan sekatan.
Namun, tindakan masuk campur Bruni itu menimbulkan ketegangan paling besar di Tehran apabila media konservatif Iran menyelar bekas supermodel tersebut. "Melihat rekod Carla Bruni jelas menunjukkan kenapa wanita tidak bermoral ini menyokong seorang wanita Iran yang telah melakukan zina, bersubahat dalam pembunuhan suaminya dan telah dijatuhkan hukuman bunuh. Malah dia sendiri patut mati," selar akhbar Kayhan. Namun, Kementerian Luar Iran mengkritik serangan media terhadap Bruni.
"Menghina orang kenamaan dari negara lain dengan menggunakan perkataan kurang sopan tidak dipersetujui oleh Republik Islam Iran," kata jurucakap kementerian itu, Ramin Mehmanparast. - AFP


DUNIA


Rambut diinsurans RM3.14 juta


GAMBAR fail menunjukkan Troy Polamalu (kiri) selepas satu perlawanan bola sepak Amerika di Tampa, Florida pada 1 Februari tahun lalu.


LOS ANGELES - Bintang sukan bola sepak Amerika, Troy Polamalu telah diberi polisi insurans bernilai AS$1 juta (RM3.14 juta) untuk rambutnya oleh jenama syampu anti kelemumur, Head & Shoulders.
Pihak pengurusan Syapu Head & Shoulders memberitahu, pihaknya telah mengambil polisi insurans itu daripada Lloyd di London demi 'keselamatan' rambut pemain pasukan Pittsburgh Steelers tersebut.
Permainan bola sepak Amerika adalah seperti ragbi.
Polamalu yang berusia 29 tahun, berketurunan Samoa dan dilahirkan di Amerika Syarikat (AS) menyatakan dia tidak pernah memotong rambutnya sejak tahun 2000.
Dia kini menjadi jurucakap untuk jenama Procter & Gamble Co. selama dua tahun.
"Jenama itu telah menghasilkan polisi insurans yang pertama seumpamanya untuk melindungi rambut panjang Polamalu," kata Procter & Gamble dalam satu kenyataan.
Pada satu perlawanan pada tahun 2006, rambutnya pernah ditarik oleh seorang pemain, Larry Johnson. - Reuters





DUNIA


Bola sepak sungai pikat penonton


BEBERAPA pemain pasukan Bourton Rovers Second Eleven meraikan jaringan gol semasa menentang skuad Bourton Rovers First Eleven di bandar Bourton, Britain kelmarin.


BOURTON, Britain - Permainan bola sepak pada kebiasaannya terpaksa dihentikan semasa padang becak tetapi di bandar ini sebanyak dua pasukan telah bertanding pada satu perlawanan bola sepak sungai, lapor sebuah akhbar semalam.
Perlawanan bola sepak enam sebelah itu berlangsung di dalam air pada paras buku lali di Sungai Windrush di sini, England kelmarin.
Pasukan yang bertanding itu ialah Bourton Rovers Second Eleven dan Bourton Rovers First Eleven. Tempoh perlawanan itu ialah 30 minit dan ia disaksikan oleh ratusan penonton yang berkumpul di tebing sungai berkenaan.
Perlawanan tersebut merupakan acara tradisi sejak kira-kira 100 tahun lalu dan ia diadakan bagi mengisi dana untuk Kelab Bola Sepak Bourton Rovers. - Agensi

No comments:

Post a Comment