Nik Aziz tempelak pihak hina Islam
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap segelintir rakyat yang menyalahgunakan teknologi seperti Facebook untuk memburukkan nama Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, teknologi adalah satu keperluan, namun ia tidak harus digunakan untuk menyakiti hati dan perasaan orang lain khususnya mana-mana agama.
“Sama ada Facebook atau mana-mana wartawan tak boleh salah guna, kerana kita menumpang di bumi Allah. Kita tidak boleh rogol , tipu dan samun, sama juga media massa tidak boleh pandai-pandai guna,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyampaikan bantuan Hari Raya dari syarikat pakaian Hari-Hari kepada kanak-kanak miskin di sini, semalam.
Sebelum akhbar melaporkan terdapat segelintir individu di negara ini yang menggunakan Facebook dan Youtube dengan mengkritik agama Islam sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam pada itu, Nik Aziz menyifatkan isu kemasukan orang bukan Islam di masjid hanya dipolitikkan pihak tertentu sedangkan perkara itu sudah lama berlaku dan tidak pernah dibangkitkan sebelum Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching bertindak sedemikian.
Beliau memberi contoh terdapat pembinaan masjid di Negeri Kelantan dibiayai oleh orang bukan Islam, tetapi ia tidak pernah dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
“Ini (kemasukan orang bukan Islam ke dalam Masjid) bukan benda baru, masjid di Kelantan ini semuanya dibuat orang Cina, masjid Kota Bharu orang cina buat, sehingga bahagian mimbar, kenapa tidak bising?, kerana ia tidak ada kepentingan politik.
“Selain itu masjid (pasar) Siti Khadijah orang Cina bagi besi, bagi duit tetapi tak ada orang sibuk kerana orang Kelantan faham benda ni,” katanya
JANGAN SEBAB CINTA MARUAH TERKORBAN...DAN TERUS BERGELUMANG DOSA DAN TAK MAU BERTAUBAT...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ لاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم
Tuesday, September 7, 2010
ORANG ISLAM MENGHINA ISLAM ATAU SEBAHAGIAN DARINYA IA BOLEH KELUAR ISLAM@MURTAD..JIKA IA KAFIR NI MENGERUHKAN SUASANA DAN IA BUKAN PERADABAN MANUSIA...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment