Raja Farah Kahwin Bulan Depan
PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah, 22, bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan depan (November) bersama kekasihnya, Megat Andika, 25.
Menurut Farah, dia dan Megat telah pun melangsungkan pertunangan mereka pada 9 Oktober lalu.
"Sebenarnya, majlis pertunangan diadakan tanpa dirancang. Asalnya pihak lelaki mahu merisik dahulu. Tapi lain pula jadinya bila tarikh merisik dijadikan sebagai hari pertunangan dan tarikh pertunangan dijadikan kepada hari pernikahan.
"Apapun, saya akan umumkan tarikh pernikahan kami dalam masa terdekat nanti. Pada bulan depan, keluarga saya dan dia (Megat) merancang untuk membuat majlis pernikahan dahulu dan di sebelah malamnya pula, kami akan adakan majlis kesyukuran.
"Resepsi pula mungkin kami adakan pada awal tahun depan kerana saya masih lagi sibuk dengan penggambaran drama Kau dan Aku untuk siaran Astro sehingga hujung tahun ini.
"Saya sendiri tidak sangka dengan perancangan ini. Kami baru bercinta pada 14 Februari lalu dan hubungan kami tidak sampai setahun pun. Tapi, mungkin dah sampai masanya untuk kami dijodohkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, disini, Rabu.
Tambah calon pelakon pembantu wanita terbaik bagi Festival Filem Malaysia yang ke-23 (FFM23) itu, dia kini mempersiapkan diri mempelajari tanggungjawab sebagai seorang isteri daripada ibunya.
Sementara itu, ketika menghubungi Megat, dia gembira kerana dirinya dan Farah sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri.
"Saya pun tak sangka yang kami akan disatukan. Semua ini adalah jodoh. Saya harap segala perancangan kami berjalan dengan lancar," katanya
Lisa Surihani Terima Padah Kerana Menjerit
Disebabkan banyak menjerit untuk melakonkan babak penuh emosi, Lisa, 24, menerima padah apabila mengalami sakit tekak sehingga suaranya berubah menjadi serak.
Bagi mengelakkan suaranya menjadi lebih serak, duta produk Garnier dan Lip Ice ini meminta kebenaran daripada penerbit filem tersebut, David Teo untuk mengurangkan babak menjerit kerana bimbang ia akan memberi kesan kepada karier pengacaraannya.
Ini kerana, dalam masa yang sama, Lisa sedang sibuk mengacarakan program Mari Menari bersama pengacara dan pelakon Awal Ashaari.
Selain Lisa, filem Sekali Lagi… turut dilakonkan oleh Shaheizy Sam sebagai Arman dan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha (Amy).
Menariknya tentang filem ke-11 lakonannya itu, Lisa melakonkan watak sebagai seorang ibu tunggal bernama Shiela dan mempunyai seorang anak bernama Amy (Mia Sara Nasuha).
Buat pertama kalinya, Lisa bergandingan dengan pelakon yang dikaguminya iaitu Shaheizy Sam yang melakonkan watak Arman, lelaki yang mempercayai dirinya mengidap autisme.
Bercerita sedikit tentang pengalamannya setelah membintangi filem yang telah selesai penggambaran itu Lisa akui seronok dengan gandingan terbaru tersebut.
“Saya baru pertama kali berlakon dengan Sam dan sememangnya saya teruja apabila berlakon dengannya," ujarnya.
Lisa menganggap watak Shiela memberikan cabaran tersendiri kerana ceritanya sangat berat dan penuh emosi.
Umie Aida Kempen Untuk Wanita Mangsa AIDS
Umie berkata, beliau amat simpati dengan nasib wanita yang dijangkiti penyakit berkenaan apatah lagi yang berpunca daripada perbuatan suami masing-masing.
“Saya mahu wanita yang dijangkiti HIV akibat perbuatan suami mereka agar menjadi wanita yang tabah dan tidak malu untuk mendapatkan perlindungan serta kaunseling daripada pihak hospital,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.
Bagi menjayakan kempen itu, Umie turut dijemput memberi penerangan mengenai gejala penyakit itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam selama sejam bermula pukul 3 petang.
Kempen itu diadakan sempena persidangan Umno yang berlangsung dari 19 hingga 23 Oktober ini.
Selain Umie, artis-artis lain yang dilantik menjadi duta oleh majlis itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Fahrin Ahmad, Winnie K dan Dayang Nurfaizah.
Sebagai duta Majlis Aids Malaysia, Umie turut meminta orang ramai agar terus menyalurkan sumbangan bagi membolehkan majlis itu menubuhkan rumah perlindungan yang dapat berfungsi untuk membekalkan kerjaya kepada wanita-wanita tersebut.
“Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat membantu Majlis Aids Malaysia untuk menyalurkan sumbangan kerana dengan bantuan itu kita dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira agama atau bangsa,’ katanya
FFM23: Filem Magika Bolot 5 Anugerah Cipta
Anugerah tersebut adalah bagi kategori Kostum/Busana yang dimenangi Hasnan Yaacob, Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu ciptaan Edry Abdul Halim, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).
Sementara itu, persaingan sengit bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik berpihak kepada aktor Shaheizy Sam (V3: Samseng Jalanan) manakala Yana Samsudin pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit.
Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.
Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem Belukar dan Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Brian Ng (V3: Samseng Jalanan).
Dua anugerah utama iaitu Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik yang dimenangi oleh My Spy (Afdlin Shauki) telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Magalin Decruz.
Kesemua pemenang Anugerah Cipta menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.
Sementara itu anugerah utama pula akan disampaikan pada malam kemuncak FFM23 yang akan di adakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 24 Oktober ini
No comments:
Post a Comment