Tuesday, October 5, 2010

NI KESAN DIABAI OLEH ANAK2....MUNGKIN ANAKNYA LUPA MENGENANG JASA BAPANYA

Mati tiada siapa tahu


KULIM - Amat menyedihkan. Seorang warga emas dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum mayatnya dijumpai duduk di kerusi di rumahnya di Taman Selasih di sini.

Kematian lelaki berusia 71 tahun yang sudah 10 tahun tinggal seorang diri itu hanya disedari setelah jirannya terhidu bau busuk dari rumahnya.

Kira-kira jam 12.15 tengah hari semalam, jiran berkenaan menghubungi Pertubuhan Prihatin dan Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) setelah berasa curiga apabila terhidu bau busuk dari rumah warga emas itu.

“Difahamkan, mangsa mempunyai isteri tetapi tinggal bersendirian apabila isterinya berpindah ke Kuala Lumpur untuk tinggal bersama anak mereka,” kata jurucakap PPKM yang bergegas ke tempat kejadian setelah mendapat maklumat itu.

Menurutnya, sebelum itu, ada jiran mangsa yang cuba memanggilnya setelah tidak melihatnya keluar rumah sejak tiga hari lalu, namun panggilan mereka tidak berjawab.

Polis yang dihubungi PPKM dan tiba di lokasi tidak lama kemudian, percaya lelaki itu sudah meninggal dunia lebih daripada dua hari berdasarkan keadaan mayat yang sudah mulai membengkak dan berair.

Ketika mayat itu ditemui, radio miliknya masih lagi terpasang manakala keadaan dalam rumah serta semua barangan masih teratur tidak berusik, sekali gus membuktikan kematian warga emas itu tiada kaitan unsur jenayah.

Difahamkan, mangsa adalah pesakit darah tinggi dan mayatnya dibawa ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan meminta ahli keluarga warga emas itu datang menuntut mayatnya setelah selesai dibedah siasat

No comments:

Post a Comment