Monday, October 18, 2010

MACAM NI BOLEHKE..TAK RASA BERSALAH DAN BERDOSA KE

'Kami tetap akan bersatu'

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

pix_middle
HANGAT BERCINTA...hubungan Watie dan Joey jadi tumpuan masyarakat.
HANGAT BERCINTA...hubungan Watie dan Joey jadi tumpuan masyarakat.
SEGALA-GALANYA bermula tanpa dijangka oleh Watie sendiri. Hanya kerana berniat ingin berkongsi perasaan gembira serta mendedahkan hubungan cintanya dengan Joey kepada peminat, mereka kini teruk menjadi sasaran kecaman ramai.
Mengimbas sejenak apa yang berlaku, gosip bertiup kencang sebelum ini mengatakan pasangan ini sedang hangat menyemai benih cinta.

Selepas persoalan demi persoalan, akhirnya Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 34, dan Joey atau Zulkifli Daud, 37, tampil membuka mulut kepada pihak media memberitahu hubungan mereka yang bersemi apabila menjalani penggambaran drama Blues Pasar Tani di Muar, Johor, hujung Mac lalu.


“Joey seorang lelaki sangat penyayang dan sentiasa menggembirakan hati saya. Dari situ, kami akrab sebagai teman dan lama-kelamaan hadir rasa serasi dan selesa hingga saya percaya dan membuka ruang di hati untuk menerimanya.

“Joey kelakar dan bijak membuat saya ketawa. Saya ikhlas berkawan dengan dia. Saya menerima untuk mengenalinya dengan lebih rapat selepas mengetahui dia sudah bercerai.

“Apabila lama mengenalinya saya dapati seorang lelaki yang baik dan hairan kenapa dia sering dikaitkan dengan cerita tak elok,” katanya menggambarkan kebahagiaan yang sedang dilaluinya kini.
Kisah cinta mereka juga secara tidak langsung melonjakkan populariti pasangan ini apabila mendapat liputan meluas semua media. Apatah lagi tiba-tiba muncul Noraini Nasir, isteri Joey sendiri yang mendakwa Watie menjadi punca keruntuhan rumah tangga mereka.

Semakin panas apabila pelbagai tuduhan dilemparkan oleh Noraini, 44, terhadap Joey dan Watie yang sememangnya sinonim dengan kontroversi.

Namun secara pantas, Joey tampil membela kekasihnya ini apabila meminta isterinya tidak mengaitkan Watie sebagai punca penceraian mereka.

“Hentikan spekulasi dan usah babitkan Watie dalam masalah ini kerana dia tiada kena-mengena langsung.

“Saya melihat tiada gunanya kita mengaibkan mana-mana pihak kerana tindakan itu tiada penghujung dan penyelesaian sebaliknya hanya memberi ruang untuk orang sekeliling menepuk tangan.

“Kenyataan itu bukan saja memalukan pihak saya dan dia, malah tak semena-mena nama Watie pula dikaitkan sedangkan punca itu tak pernah wujud sejak awal lagi. Usah mudah menuding jari dan mencari punca dengan mengaitkan nama Watie dalam masalah ini. Perceraian ini tidak langsung disebabkan soal orang ketiga sebaliknya antara kami sudah tiada persefahaman lagi.

“Saya kecewa dan tertekan kerana nama Watie pula dibabitkan. Hubungan kami memang baik dan keluarga kedua-dua pihak juga merestuinya. Saya tak mahu masalah rumah tangga saya memberikan tekanan kepada orang lain,” kata Joey yang berkahwin dengan Noraini pada 4 Mei 2005 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun bernama Zidani Zulkifli.

Seperti mana Joey, Watie juga tidak duduk diam dengan tohmahan yang dilemparkan.

Katanya, dia tidak perlu marah atau melenting kerana sikapnya tidak seperti yang didakwa. Apatah lagi statusnya yang sudah enam tahun bergelar janda memang menjadi sasaran fitnah. Itu semua adalah alasan bagi menuding seseorang menjadi punca kepada sebuah masalah.

“Saya tak terusik atau merasa sedih dengan kata-kata sebegitu kerana perkara sebegini bukan pertama kali dilontarkan.

“Saya sudah lali dan kalis dengan cacian meskipun ada kalanya tuduhan itu melampaui batas. Penat untuk dijelaskan dan saya melihat perkara ini tak perlu diperbesarkan kerana yang akan menjadi mangsa akhirnya adalah saya. Justeru, selagi boleh dielak, saya akan cuba,” katanya.

Biar serong mana pandangan orang, pasangan ini tetap dengan impian melihat percintaan mereka akan berakhir di jenjang pelamin.

Namun sekali lagi Watie diuji apabila Noraini bertindak memfailkan pengesahan lafaz cerai dengan Joey di Mahkamah Rendah Syariah Kajang pada 15 Oktober lalu. Seolah-olahnya semua punca ini datangnya dari Watie.

“Seperti saya katakan, saya hanya menjadi mangsa keadaan. Ini hal rumah tangga Joey dan bekas isterinya, biarlah mereka selesaikan elok-elok. Saya tak mahu masuk campur. Apabila Joey beritahu saya yang dia belum failkan kesnya ke mahkamah, saya sendiri menyuruhnya pergi selesaikan elok-elok kerana tak mahu orang kata macam-macam terhadap saya.

“Ternyata nasib saya memang malang kerana akhirnya dituduh jadi punca sedangkan saya baru rapat dengan Joey pada tahun ini.

“Malah, kawan-kawan pun baru sekarang dapat tahu yang saya sedang rapat dengan Joey. Saya seorang yang suka berterus terang dengan semua kawan-kawan apabila bercinta dengan lelaki.

“Saya bukan jenis manusia hipokrit yang suka merahsiakan perkara yang benar dan saya juga tak berani mengaku benda yang tak betul.

“Saya kecewa kenapa masya�rakat selalu pandang serong dan melabelkan saya sebagai perampas suami orang, sedang�kan sepanjang hidup saya, tak terniat pun nak menghancurkan hati wanita lain.

“Ketika perkahwinan sebelum ini, saya sanggup menjadi isteri kedua kerana tidak mahu bekas suami menceraikan isteri pertama dan tak mahu dia jadi mangsa.

“Kenapa masyarakat selalu mengata saya sedangkan bukan saya yang minta semua ini? Tolong jangan pandang saya macam ‘syaitan’ sangat kerana saya juga manusia yang ada maruah dan bertungkus lumur besarkan anak saya, Ahmad Afif Danial, 6 tahun.

“Di luar, orang nampak saya gembira tapi tak bertanya kesedihan dalam hati saya. Buat apa saya nak bercerita masalah pada orang kerana nanti dikata lain pula.

“Saya minta jangan disamakan saya dengan watak lakonan di TV kerana saya bukanlah perempuan ‘gedik.’ Saya hairan kenapa pula isterinya nak tuduh saya bukan-bukan.

“Mesti ada masalah sendiri kenapa mereka bercerai. Nasib baiklah ibu bapa saya dah tiada, kalau ada mereka pasti sedih dengar tuduhan ini.

“Tapi saya ada adik-beradik yang bekerja di pejabat dan sedikit sebanyak mereka akan berasa malu. Saya hairan kenapa dia nak tuduh saya? Sepatutnya dia kena terima qada dan qadar Tuhan dan tak boleh tuduh saya yang bukan-bukan.

“Setiap yang berlaku pasti ada kesilapan dari kita sendiri. Janganlah asyik nak tuding jari kepada orang lain. Tolonglah jangan salahkan saya. Saya baik dengan bekas isteri pertama Joey, tapi Noraini lain sikit gayanya. Dia perlu ingat kalau buat dosa dengan Allah, mung�kin kita akan diampunkan, tapi kalau buat dosa sesama manusia, susah jadinya kalau tak diampunkan orang itu,” tambah Watie.

Watie yang ketika ini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dia Bukan Mariam arahan Erma Fatimah berkata, dia bersyukur kerana rezekinya tetap ada dalam seni. Namun dia terkilan kerana kehilangan satu ‘job’ sebagai duta produk yang terpaksa ditarik balik apabila isu tuduhan sebagai perampas hangat diperkatakan.

Mengulas mengenai jodohnya dengan Joey, Watie berkata dia menyerahkan perkara ini kepada takdir dan boleh menerima dengan tenang apa saja yang bakal berlaku.

“Apabila kenal Joey, saya dapati dia seorang lelaki yang baik. Kalau boleh saya merancang untuk berkahwin dengannya dalam tahun ini juga. Apapun biarlah dia selesaikan dulu masalahnya dengan Noraini secara baik. Kalau ada jodoh, kami kahwin dan kalau tiada pun saya terima ketentuan Allah dengan hati terbuka,” katanya.


PROFIL
NAMA PENUH: Norwati Sadali
NAMA KOMERSIAL: Hanna@Watie
TARIKH LAHIR: 21 April 1976
TEMPAT LAHIR: Grik, Perak
ASAL: Sungai Besar, Selangor
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
STATUS: Ibu tunggal seorang anak
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan penari
ALBUM: Catwalk, Tamparan dan Idola (bersama Elite)
TEATER: Si Tanggang, Mak Yong, Tun Fatimah dan Taming Sari.
DRAMA: Astana Idaman 2, Haryati 1 & 2, Jendela Hati Yang Terbuka, Rama-Rama Yang Terkopak Sayapnya, Biar Rindu Berbisik, Lara Maisara, Inai Malam Pengantin, Gelora Di Hati Sara, Iris dan Rozana dan Rahsia Hati



KD, Raul boleh kahwin selepas 21 Disember



RAUL dan KD.
RAUL dan KD.
SECHAH Salem Sag�ram alias Silvalay Noor Athalia atau lebih dikenali de�ngan nama singkatnya, Ata, tidak sabar untuk bercerai dengan suaminya, Raul Lemos, yang juga kekasih penyanyi Krisdayanti atau KD.
Dalam kenyataannya kepada media minggu lalu, Ata juga menolak dakwaan kononnya dia sengaja melengah-lengahkan percerai�annya dengan Raul kerana mahu menghalang perkahwinan lelaki itu de�ngan selebriti terkenal Indonesia berkenaan.

“Ramai yang mendakwa saya menjadi penghalang perkahwinan Raul dengan KD. Saya dituduh menjadi punca proses perceraian itu lambat. Mereka menuduh, kerana saya, perkahwinan Raul yang dirancang sejak Februari lalu hingga bulan ini masih tidak dapat dilaksanakan,” kata Ata kepada wartawan Rabu lalu

Ibu anak empat itu menjelaskan bahawa proses perceraiannya dengan Raul berjalan normal.

“Bukan saya melengah-lengahkannya. Memang proses perceraian di Timor Leste berbeza dengan di Indonesia.

“Di sana, pasangan suami isteri diberi tempoh enam bulan dari tarikh permohonan cerai dikemukakan untuk membolehkan mereka mencari jalan damai,” katanya.
Perbicaraan mengenai perceraian mereka mula�nya ditetapkan pada 6 Ogos sebelum ditunda pada 6 September 2010.

Menurut Ata, setakat ini, dia dan Raul sudah dua kali menghadiri perbi�caraan dan keputusannya akan diumumkan 21 Disember ini.

“Sudah jelas pada tarikh itu kami akan cerai. Dan terserah kepada mereka untuk memilih tarikh untuk berkahwin selepas tarikh berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, kerana masih belum bercerai, Raul, ahli perniagaan berasal dari Timor Leste, masih belum mendapat restu daripada keluarga KD untuk melangsungkan perkahwinan de�ngan penyanyi itu, yang juga bekas isteri pencipta lagu, Anang Hermansyah.

“Yang penting di sini bukan kata sepakat antara KD dan Raul, tetapi persetujuan antara Raul dengan keluarga KD,” kata peguam yang juga sahabat karib penyanyi itu, Elsie Lontoh.

Katanya, keluarga KD hanya akan menentukan pendirian mereka apabila Raul secara rasmi bercerai dengan Ata.

“Mereka hanya akan berbicara mengenainya apabila ada surat cerai. Mereka enggan bercakap kosong saja. Semuanya bergantung kepada status Raul secara rasmi,” kata Elsie.

Menurutnya, kerana masalah itu, KD dan Raul tidak mungkin berkahwin tahun ini.
“Tidak mungkin tahun ini. Mereka mungkin memerlukan setahun untuk membuat persiapan seperti katering dan undangan. KD tidak mahu perkahwinannya diadakan secara tertutup,” kata Elsie.

Dia enggan mengesahkan laporan kononnya majlis itu akan berlangsung Februari 2011 tetapi mengiakan bahawa KD sudah memesan gaun untuk majlis kahwinnya.
“Gaun itu akan dipakai KD pada hari perkahwinannya. Ia berbeza dengan gaun ketika KD melangsungkan perkahwinannya dengan Anang.

“Perkahwinan KD, dari gaun, pesta dan makanan yang akan disajikan akan berkonsepkan antarabangsa. KD, ketika bernikah dengan Anang sudah memakai cara tradisional,” kata Elsie


Polis tahan lelaki bantu siasatan kes rogol dan bunuh



IPOH: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol seorang pelajar berumur 16 tahun di Teluk Intan Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, lelaki berusia 21 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam tadi.

"Lelaki itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini untuk membantu polis dalam siasatan kes itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Lelaki itu ditahan kawasan Ladang Rubana iaitu kawasan mayat pelajar berkenaan ditemui mati dalam keadaan bogel Sabtu lalu.

Mayat Divya Barathi Murali ditemui oleh orang ramai pada jam 7.30 pagi sehari selepas keluarganya membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya apabila pelajar itu tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu sekolah

Goh berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa dirogol sebelum dibunuh.

-Bernama



Beg janin: Ditanam pasangan kekasih terlanjur



KOTA KINABALU: Sangka seorang remaja beg plastik yang dibawa pulang ke rumahnya di sebuah taman perumahan di pekan lama Inanam, di sini, kelmarin, mengandungi sesuatu yang berharga ternyata silap kerana ia sebenarnya berisi janin bayi dipercayai dibuang sepasang kekasih terlanjur.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, Mohd Kharul Nizam Abdul Razak, 15, pada awalnya mengorek lubang di sebuah kawasan tanah lapang tidak jauh dari rumahnya selepas curiga dengan kelibat seorang wanita dan lelaki itu. “Pada mulanya saya ke tanah lapang itu menunggu kawan pulang dari kerja, namun tidak lama kemudian saya ternampak seorang wanita dan lelaki menaiki motosikal melintasi kawasan itu dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa satu bungkusan plastik.

“Saya sangka mereka hanya melalui kawasan itu tetapi mula pelik apabila lelaki terbabit memberhentikan motosikalnya sebelum melihat temannya duduk mencangkung menggali tanah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, kelmarin.

Khairul berkata, dia menyangka pasangan terbabit menanam sesuatu berharga dan selepas beberapa minit, mereka terus beredar.

“Selepas mereka beredar, saya ke tempat itu dan melihat kesan tanah seperti baru digali lalu menggali hingga menemui beg plastik hitam

Saya membawa pulang bungkusan itu ke rumah terletak kira-kira 100 meter dari kawasan lapang terbabit,” katanya.
Katanya, sebaik tiba berhampiran rumah, dia membuka plastik itu dan terkejut menemui ketulan daging kemerah-merahan seakan daging haiwan lalu memanggil kakak dan adiknya.

“Kakak saya yang memeriksa ‘daging’ berkenaan mengesahkan ia adalah janin manusia dan segera memberitahu ayah sebelum melaporkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.



Tertuduh kes Sosilawati dan adiknya bukan lagi peguam



KUALA LUMPUR: Tetuduh pertama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan adiknya kini tidak dibenarkan bertindak sebagai peguam cara dan peguam bela.
Ia berikutan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang menolak dengan kos permohonan N Pathmanabhan dan juga adiknya N Surendran supaya mahkamah mengetepikan perintah Lembaga Tatatertib Peguam-peguam yang membatalkan nama mereka sebagai peguam berdaftar.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh yang membuat keputusan itu di dalam kamar juga menolak permohonan kedua beradik itu supaya perintah Lembaga Tatatertib itu digantung sementara menunggu perbicaraan dan keputusan terhadap permohonan itu.

Peguam T Rajasekaran yang mewakili responden M Rajeanteran memberitahu pemberita dengan keputusan tersebut Pathmanabhan dan adiknya yang juga pernah ditahan sebagai suspek dalam kes yang sama, tidak boleh bertindak dalam mana-mana urusan sebagai peguam termasuk pembelian hartanah.

Rajeanteran adalah anak guam kedua beradik itu dalam pembelian satu hartanah pada 1999 dan beliau yang menyedari ditipu membuat aduan polis pada 2003. Pihak lembaga mula menyiasat aduan Rajeanteran pada 8 Februari 2007 hingga 5 November 2009

No comments:

Post a Comment