Wednesday, October 20, 2010

MENCIPTA ITU BAGUS...JANGAN KITA SAMPAI LUPA PENCIPTA SEBENAR IAITU ALLAH...HINGGA KITA TAK MENJAGA HUKUM HAKAM ALLAH SWT...HINGGA KITA PENTINGKAN DUNIA...KITA KENA SEDAR SEGALA YANG BERLAKU KERANA IZIN ALLAH SWT...

INFINITI


Vakum dan rebus, makanan lebih sihat





PERNAHKAN anda membayangkan memasak rendang ayam dengan kaedah baru iaitu memasukkan kesemua bahan-bahan di dalam plastik khas, divakum dan direbus?
Barangkali ada yang ragu-ragu sama ada rendang ayam itu akan masak dengan sempurna atau sebaliknya.
Jangan terkejut jika anda bukan sahaja mendapat sajian yang masak sempurna dan menyihatkan, bahkan lebih lazat berbanding kaedah masakan biasa. Ini kerana menerusi kaedah itu nutrien yang ada pada bahan-bahan mentah dikekalkan melalui masakan pada suhu rendah.
Ramai yang tidak tahu bahawa makanan yang divakum sebelum dimasak lebih sihat untuk seisi keluarga kerana ia berada dalam persekitaran oksigen yang minimum sekali gus menghalang pembiakan bakteria.
Sekiranya bahan-bahan yang divakum dibekukan, ia mampu bertahan dalam tempoh sebulan tanpa kehilangan kualiti kesegarannya.
Justeru, bagi mereka yang sibuk bekerja tetapi mahukan gaya hidup sihat, Orved Italy memperkenalkan Cuission SV-41 iaitu mesin vakum yang perlu ada di setiap ruang dapur rumah atau digunakan dalam perniagaan makanan industri kecil dan sederhana (IKS).
Pilih sahaja masakan kegemaran sama ada kari, rendang atau masak lemak, ia boleh disediakan dengan kaedah masakan yang dinamakan Sous Vide.
Mesin vakum makanan itu boleh dibeli pada harga RM16,000.

AZURA menunjukkan demonstrasi kepada tetamu yang menghadiri majlis pelancaran inovasi Cuission SV-41.



Sous Vide adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang bermaksud telah divakum. Ia merupakan kaedah masakan yang bertujuan mengekalkan integriti kandungan makanan menerusi mekanisme vakum dan memanaskannya untuk satu tempoh masa tertentu pada suhu di bawah 70 darjah Celsius.
Dua kali ganda masa
Bagaimanapun, untuk kaedah ini makanan yang divakumkan dalam tempoh tidak sampai seminit, perlu dimasak dalam air panas untuk tempoh kira-kira dua kali lebih lama berbanding kaedah masakan biasa menggunakan api.
Walaupun lebih banyak masa diperlukan, namun kaedah itu dianggap berbaloi kerana ia mengekalkan kesegaran dan nutrien makanan.
Jurucakap Orved Italy, Chef Azura Othman memberitahu, Cuission SV-41 dapat mengekalkan kesegaran makanan kerana makanan yang divakum berada dalam persekitaran oksigen yang minimum.
"Makanan yang divakum tahan lebih lama kerana bakteria tidak mudah merebak berbanding makanan yang terdedah dan diletakkan terlalu lama di dalam peti ais," jelas beliau.
Menurut Azura, dengan menggunakan Cuission SV-41, hasil akhir masakan mempunyai tekstur yang terbaik, rasa yang segar dan kuantiti yang tidak terjejas.
"Apabila makanan divakum dan dimasak dengan mekanisme melalui air panas, secara tidak langsung ia meminimumkan pembaziran. Makanan yang sudah dimasak boleh dibungkus semula dan disimpan di dalam peti ais.


MEMASAK menggunakan api mengurangkan kualiti dan kuantiti makanan.


"Makanan yang berlainan sama ada pembuka selera sehingga ke pencuci mulut dapat divakum dan dimasak dalam air panas secara serentak, sekali gus mengurangkan tempoh masa penyediaan serta mengurangkan penggunakaan barangan dapur," katanya pada demonstrasi masakan menggunakan Cuission SV-41 di Hotel Equatorial Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kegunaan seisi keluarga
Usah bimbang untuk meninggalkan keluarga di rumah dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan. Ini kerana kaedah masakan Sous Vide adalah penyelesaian terbaik biarpun anda tidak ada kemahiran dan pengalaman memasak.
Azura memberitahu, semua bahan masakan dimasukkan ke dalam beg vakum dan boleh terus dimasak atau disimpan di dalam peti ais. Jika disimpan dalam peti ais, anak-anak hanya perlu merebusnya di dalam air panas mengikut tempoh tertentu tanpa sebarang masalah.
"Malah, sekiranya tidak dimasukkan ke dalam peti ais sekalipun, makanan divakum masih boleh tahan sehingga lima kali ganda berbanding makanan terdedah.
"Kerana itu menerusi kaedah ini juga anda boleh membawa makanan yang sudah divakum ke tempat kerja. Vakum makanan di rumah dan masak dalam air panas di tempat kerja," katanya.
Azura menekankan, dalam kehidupan moden hari ini teknik masakan Sous Vide menjadi pilihan terbaik untuk seisi keluarga kerana ia mengekalkan 85 peratus khasiat makanan berbanding kaedah masakan biasa.
"Semakin tinggi suhu memasak makanan, kualiti dan kuantitinya semakin berkurang. Suhu terbaik untuk memasak makanan ialah di bawah 70 darjah Celsius. Walaupun suhu rendah, makanan akan masak dengan baik tetapi memerlukan tempoh masa lebih lama.


TEKNOLOGI baru daripada Orved Italy memudahkan penyediaan masakan di rumah.


"Berbanding kaedah masakan biasa, pendedahan pada api boleh mengurangkan kualiti produk sehingga 37 peratus, manakala melalui kaedah vakum menggunakan Cuission SV-41 dan teknik masakan Sous Vide, ia hanya menjejaskan kualiti sajian sekitar lapan peratus," katanya.
Ia berdasarkan satu ujian masakan daging yang pernah dilakukan di Itali.
Azura memberitahu berat permulaan daging yang dikaji ialah empat kilogram (kg) yang dibeli pada berharga 80 euro (RM370).
"Selepas dimasak, teknik masakan tradisional mengalami penyusutan produk sehingga 37 peratus, masakan menggunakan ketuhar gelombang mikro moden kehilangan 25 peratus, manakala teknik masakan vakum dan Sous Vide kehilangan hanya lapan peratus.
"Nilai yang hilang selepas memasak berdasarkan penyusutan produk ialah RM136 bagi teknik masakan tradisional, RM92 bagi masakan ketuhar gelombang mikro dan hanya RM29 bagi teknik masakan vakum dan Sous Vide. Ini bermakna nilai tahunan yang dapat dijimatkan untuk menu itu menggunakan Cuission SV-41 berjumlah RM3,249.
Justeru itu, mekanisme masakan baru tersebut dilihat sebagai satu teknik penjimatan untuk jangka masa panjang.
Untuk maklumat lanjut layari laman web www.orved.com.it.



DUNIA


Robot bedah pesakit prostat


DR. A APRIKAN menggunakan robot DaVinci bagi melakukan pembedahan di Hospital Besar Montreal, Kanada.


MONTREAL - Seorang lelaki Kanada yang menghidap kanser prostat dibedah dengan menggunakan robot di Hospital Besar Montreal baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah robot yang diberi nama jolokan McSleepy diberi tugas membius pesakit itu manakala robot DaVinci melakukan pembedahan.
Seorang pakar Pusat Kesihatan Universiti McGill di hospital itu, Dr. A. Aprikan berkata, doktor-doktor bekerja dari sebuah pusat operasi peralatan bagi menggerakkan robot DaVinci.
Menurutnya, robot itu boleh menggerakkan jari dengan tepat yang tidak boleh dilakukan oleh manusia bersendirian.
Dia dan pasukan pembedahannya mengendalikan robot itu dengan menggunakan alat kawalan video mengandungi imej tiga dimensi yang berkualiti tinggi.
Pasukan itu memindahkan sebahagian daripada kelenjar prostat pesakit tersebut dengan menggunakan robot DaVinci.
Seorang anggota pasukan itu, Dr. Thomas Hemmerling berkata, robot tidak akan menggantikan doktor tetapi ia membantu doktor melakukan pembedahan dengan standard tinggi. - Agensi

No comments:

Post a Comment