Tuesday, October 5, 2010

HUKUMLAH MEREKA2 NI DENGAN HUKUMAN AL QURAN

Pengawal keselamatan didakwa rogol


GEORGETOWN - Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tiga tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur.

Dalam pertuduhan pertama, Shahriza Zakaria, 19, dari Sungai Nibong Setia, Kota Setia Perak didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun kira-kira jam 5 hingga 6 petang di dalam sebuah bilik di Mallog Budget Hotel, Lorong Muda 17 September lalu.

Dalam pertuduhan kedua, Shahriza didakwa merogol mangsa bawah umur itu kira-kira jam 8 hingga 9 malam manakala pertuduhan ketiga, merogol mangsa pada jam 9 hingga 10 malam, pada tarikh dan tempat sama.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdullah.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan dua penjamin bagi ketiga-tiga pertuduhan. Kes akan disebut semula pada 15 Oktober ini


TAK IKUT HUKUM ALLAH MEREAK TAK TAKUT DAN SERIK



Remaja tidak serik

BANDA HILIR - Tidak pernah serik! Itulah kata-kata yang tepat bagi menggambarkan seorang remaja perempuan yang ditangkap khalwat semalam, walaupun masih menanti tarikh perbicaraan kes hamil luar nikah membabitkan dirinya.

Remaja berumur 19 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki berumur 22 tahun di dalam sebuah bilik hotel bajet, di sini.

Ketika serbuan dilakukan, anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terpaksa mengambil tindakan mengumpil pintu bilik berkenaan dengan bantuan seorang pekerja hotel selepas ketukan bertalu-talu mereka tidak diendahkan.

Selepas mengumpil sebahagian pintu, anggota penguat kuasa terus mengarahkan remaja terbabit membuka pintu.

Remaja yang lengkap berpakaian itu terus membuka pintu, sambil mendakwa dia bersendirian di dalam bilik berkenaan.

Tidak berpuas hati dengan dakwaannya itu, anggota penguat kuasa terus menjalankan pemeriksaan dan menemui seorang lelaki yang hanya bertuala, bersembunyi di sebalik pintu tandas.

Sementara itu, dalam serbuan sama, anggota penguat kuasa JAIM turut menahan tiga wanita, yang juga pe�nuntut sebuah institusi pengajian tinggi kerana didakwa berkhalwat dengan dua lelaki di sebuah bilik bersebelahan.

Apabila pintu bilik diketuk, kedua-dua lelaki terbabit bertindak memanjat tingkap bilik sebelum turun ke lobi hotel dan berpura-pura duduk seperti pelancong.

Bagaimanapun, tembelang mereka pecah apabila ketiga-tiga wanita berkenaan mengecam mereka.

Difahamkan, semua wanita terbabit datang dari Segamat, Johor, semata-mata untuk bertemu dan memadu kasih dengan dua lelaki berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat kuasa JAIM, Rahimin Bani yang mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya akan memanggil keluarga mereka yang ditahan bagi memaklumkan mengenai salah laku anak masing-masing.

Menurutnya, dalam usaha menutup kesalahan mereka, ada antara pesalah yang cuba berdalih atau sanggup menipu dengan mengatakan keluarga mereka berada di luar negara.

“Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah dan didakwa di bawah Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah 1991

No comments:

Post a Comment