Tuesday, October 5, 2010

BAGAIMANA AURAT2 MEREKA..TAK RASA BERDOSA KE...

Nantikan siaran Pencarian Dewi Remaja 2010 di Astro Ria


Pencarian Dewi Remaja 2010 kini semakin tiba di penghujungnya dalam mengilap bakat-bakat baru ke persada seni tanah air.

Program anjuran majalah Remaja terbitan Kumpulan Media Karangkraf ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada industri hiburan.

Sememangnya, Dewi Remaja menjadi platform kepada ramai anak muda berbakat dalam menempa nama dalam pelbagai bidang antaranya peragaan, lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.

Antara nama popular yang digilap bakatnya melalui Dewi Remaja adalah Aleeza Kassim, Rita Rudaini, Puspa Narayan, Juliana Banos, Emilia Rosnaida, Jasmin Hamid, Annahita Bakavoli, Wan Shahlim dan Scha.

Editor majalah Remaja, Izwaashura Sadali berkata, Dewi Remaja musim ke-8 ini membawa kelainan apabila finalis-finalis berpeluang menonjolkan diri dan bakat masing-masing seperti mana di realiti TV.

Menurutnya, 12 finalis kini dikuarantinkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur selama 10 hari dan mereka akan menghadapi pelbagai cabaran.

Katanya, untuk mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi finalis-finalis ini, Dewi Remaja boleh ditonton di saluran Astro Ria pada 9.30 malam bermula 10 November ini sebanyak enam episod.

Manakala, rakaman final Dewi Remaja yang berlangsung di KL Life pada 24 November ini akan ditayangkan di Astro Ria pada 22 Disember, jam 9.30 malam.

Berkongsi pengalaman, salah seorang finalis tunggal kaum India, Shangkharee Nadarajan, 21, berkata, bakat yang ada dalam bidang pengacaraan mendorong bakal doktor ini untuk mengejar impian mempunyai talk show sendiri sekiranya berjaya dinobatkan sebagai Dewi Remaja.

Masih lagi di tahun pertama Ijazah Perubatan, gadis ini bijak membahagikan masa antara pelajaran dan mengejar cita-citanya bergelar seorang doktor.

“Bakat yang ada, jangan dipersiakan apatah lagi keluarga sentiasa memberi sokongan untuk sentiasa berjaya mencapai apa yang diimpikan,” katanya.

Seorang lagi finalis, Izara Aishah, 18, berkata, Dewi Remaja menjadi platform untuknya mengaplikasikan ilmu yang di pelajari dalam Diploma Seni Persembahan.

Izara yang meminati bidang lakonan berharap, pengalaman yang ditimbanya mampu menjadikannya pelakon berbakat besar selain tidak jemu untuk berusaha menjiwai watak dan emosi dalam menjadi pelakon yang disegani.

No comments:

Post a Comment