Monday, October 11, 2010

ALLAH BOLEH BUAT APA SAJA...MUHASABAH DIRI

Rumah mendap

Oleh Syanty Octavia Amry
soctavia@hmetro.com.my
2010/10/07

GOMBAK: “Sejak hakisan ini berlaku, kami tidak dapat tidur lena dan ketakutan terutama apabila hujan lebat untuk jangka masa panjang,” kata Robiah Mohd Ali, 50, mengenai masalah hakisan tebing sungai berhampiran rumahnya di Batu 8, di sini.
BERBAHAYA...Robiah menunjukkan hakisan di belakang rumahnya.
BERBAHAYA...Robiah menunjukkan hakisan di belakang rumahnya.
RETAK...Robiah menunjukkan rumahnya yang retak akibat hakisan tanah di belakang rumahnya.
RETAK...Robiah menunjukkan rumahnya yang retak akibat hakisan tanah di belakang rumahnya.
Menurutnya, masalah itu berlaku sejak tiga bulan lalu berikutan kerja timbunan tanah di situ dilakukan tanpa penghadang kukuh. “Mereka (pemaju) hanya meletakkan guni pasir, tetapi di sebelah dalam sekadar timbunan pasir yang semakin lama mula terhakis akibat banjir setiap kali hujan.
“Pada mulanya saya tidak menyedari perkara ini, tetapi apabila adik ipar memberitahu dan melihat sendiri hakisan itu mula runtuh sedikit demi sedikit serta semakin menghampiri rumah, saya mula risau,” katanya ketika ditemui di rumahnya, baru-baru ini.

Robiah yang menetap di situ sejak 52 tahun lalu, mengakui pelbagai masalah berlaku di situ termasuk hakisan tanah, pembuangan sampah ke dalam sungai dan berharap pihak bertanggungjawab segera melakukan sesuatu.

“Kami sudah mengadukan perkara ini kepada Ketua Penghulu di sini serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor. Mereka datang beberapa kali membuat pemantauan, namun masih tiada tindakan berkesan yang diambil,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Rosnita Mohd Ali, 41, berkata tiga rumah yang paling terjejas dengan hakisan terbabit termasuk rumahnya.

“Sebelum ini, kedudukan rumah saya sama tinggi dengan jalan, bagaimanapun akibat hakisan dan banjir yang sering berlaku menyebabkan rumah semakin lama semakin mendap,” katanya.

Sehubungan itu, dia berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Sementara itu, jurucakap JPS Gombak, ketika dihubungi berkata, pihaknya dalam proses membersihkan sungai berkenaan bersama beberapa kontraktor yang dilantik.

“Selepas menerima aduan penduduk, kami segera ke tempat kejadian dan kerja pembersihan sungai giat dilakukan di samping membuang rumpun buluh yang tumbang pada hari kejadian.

“Punca utama banjir dipercayai sikap segelintir penduduk yang sesuka hati membuang sampah di sungai ini,” katanya


TERIMA SEBAGAI SURATAN TAKDIR

Umur persaraan wajib tak dinaikkan ke 60 tahun


KUALA LUMPUR -- Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam.

"Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar. Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.

"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menjawab soalan sama ada langkah meningkatkan umur persaraan dapat mengelak tenaga muda yang kini bekerja di sektor awam daripada berhijrah ke sektor swasta, Mohamed Nazri berkata perkara itu dapat diatasi melalui semakan gaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa serta pelbagai kelebihan lain bagi memastikan gaji sektor awam terus kompetitif.

"Contohnya, gaji yang diterima pegawai berkelulusan ijazah pada masa ini lebih baik daripada gaji yang ditawarkan oleh sektor swasta. Kedua, kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti untuk golongan pendidik, dan ketiga, kenaikan pangkat ikut kepakaran seperti dilakukan kepada pensyarah, pegawai perubatan dan penyelidik," katanya.

Bulan lepas, Presiden Cuepacs Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Menurutnya Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia yang umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Umur persaraan kakitangan kerajaan telah mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008

Umur persaraan wajib tidak dinaikkan ke 60 tahun



2010/10/11

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sebarang keputusan mengenai cadangan menaikkan umur persaraan perlu dikaji termasuklah kesan terhadap peluang kerja untuk golongan lepasan sekolah, kolej dan universiti serta keperluan sumber manusia dalam sektor tertentu dalam perkhidmatan awam. "Ketiga (ialah) kesan ke atas usaha kerajaan ke arah bilangan yang wajar.
Kalaupun tidak kecilkan perkhidmatan awam, (kita perlu) mengurangkan kos operasi kerajaan tanpa jejas perkhidmatan untuk rakyat.

"Keempat (ialah) tahap kesihatan anggota perkhidmatan awam, terutamanya menjelang umur persaraan 58, adakah mereka mampu terus bekerja atau tidak," katanya menjawab soalan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Menjawab soalan sama ada langkah meningkatkan umur persaraan dapat mengelak tenaga muda yang kini bekerja di sektor awam daripada berhijrah ke sektor swasta, Mohamed Nazri berkata perkara itu dapat diatasi melalui semakan gaji oleh kerajaan dari semasa ke semasa serta pelbagai kelebihan lain bagi memastikan gaji sektor awam terus kompetitif. Contohnya, gaji yang diterima pegawai berkelulusan ijazah pada masa ini lebih baik daripada gaji yang ditawarkan oleh sektor swasta. Kedua, kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan seperti untuk golongan pendidik, dan ketiga, kenaikan pangkat ikut kepakaran seperti dilakukan kepada pensyarah, pegawai perubatan dan penyelidik," katanya. Bulan lalu, Presiden Cuepacs Omar Osman meminta kerajaan menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Menurutnya Malaysia masih ketinggalan berbanding negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia yang umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Umur persaraan kakitangan kerajaan mengalami perubahan dua kali setakat ini. Pertama, pada 2001 apabila usia persaraan kakitangan sektor awam dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada 2008. -Bernama


KEJAHATAN YANG TENGAH ALLAH BONGKAR

Enam laporan polis dibuat terhadap suspek utama kes bunuh Sosilawati



2010/10/11

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam laporan polis dibuat terhadap peguam dan adiknya yang disyaki suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, yang mana kesemuanya berkaitan dengan kes penipuan, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri Dalam Negeri itu memberitahu Persidangan Dewan Rakyat hari ini, bahawa kesemua laporan yang dibuat di Balai Polis Banting, masing-masing bertarikh 19 Ogos 2005, 20 Oktober 2005, 20 Februari 2009, 18 Mac 2010, 13 dan 14 September 2010.
Beliau berkata, daripada enam laporan membabitkan peguam terbabit serta adiknya, dua kes selesai disiasat dengan satu daripadanya, kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan satu lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

"Satu sudah ditutup berikutan tindakan pengadu menarik semula laporannya dan tiga lagi masih dalam siasatan polis," katanya menjawab soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di sini bersekali dengan soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Lim dalam soalannya ingin tahu tarikh dan jenis laporan polis yang dibuat terhadap adik-beradik peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai Sosilawati di Banting serta tindakan terkini terhadap laporan polis berkenaan.

Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shamsuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 12 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Hishammuddin berkata, tidak timbul persoalan bahawa polis tidak menjalankan siasatan ke atas laporan-laporan yang buat terhadap suspek dan menegaskan bahawa tiada laporan orang hilang dikaitkan dengan suspek sebelum ini.

"Cuma satu laporan sahaja yang dibuat oleh Allal Kathan Kasi iaitu adik kepada A Muthuraja (hartawan warga India) pada 29 Mac 2010 di Balai Polis Klang. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana fakta kes menjurus kepada penipuan.

"Orang yang disyaki dalam kes ini (kes A Muthuraja) bukan suspek utama kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain. Laporan kehilangan Muthuraja yang dikaitkan dengan suspek cuma dibuat pada 8 September lalu oleh isterinya S Usharani, 24, iaitu selepas kes Sosilawati dibongkar termasuklah lain-lain kes yang didedahkan media massa baru-baru ini," katanya.

Menjawab soalan tambahan Lim sama ada akan diadakan satu siasatan terbuka bagi menyiasat kes itu demi mengembalikan kepercayaan awam kepada polis, beliau berkata kepercayaan itu hanya akan terjejas sekiranya terdapat pihak yang memberikan persepsi negatif terhadap pasukan keselamatan itu

Beliau berkata, menurut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daripada tahun 2000 hingga Ogos 2010, sebanyak 35,473 kes dilaporkan mengenai orang hilang dan daripada jumlah itu sebanyak 21,344 kes telah selesai atau telah dijumpai semula.

"Ini adalah kejayaan yang boleh dibanggakan dan mampu menangkis persepsi negatif," katanya.

Dalam sidang akhbar kemudian di lobi Parlimen, Hishammuddin menegaskan bahawa bagi mengelakkan siasatan ke atas kes tersebut terjejas, semua pihak termasuk media perlu merujuk pusat media PDRM bagi mendapatkan maklumat terkini terhadap kes itu.

Hishammuddin berkata beliau yakin suspek kes berkenaan akan didakwa ke mahkamah dalam tempoh terdekat.-Bernama



JANJI MUDAH..TUNAI BENDA YG SUSAH

21 tahun tagih janji surau baru



2010/10/11

KUALA LUMPUR: Penghuni Flat Sri Pahang, di sini, menagih janji Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memindahkan Madrasah Makmuriah di tingkat bawah flat berkenaan ke lokasi baru yang lebih selesa dan boleh memuatkan ramai jemaah.
Mereka mendakwa sejak 21 tahun lalu, surau kecil di tingkat bawah yang boleh memuatkan hanya 100 jemaah itu, masih kekal di situ.
Setiausaha madrasah Flat Sri Pahang, Roslan Hashim, 50, berkata, masalah kedudukan surau yang tidak sesuai itu sudah lama diperkatakan sehingga beberapa orang Datuk Bandar silih berganti.

“Saya antara penduduk terawal flat ini sejak ia didirikan pada 1975 dan kedudukan surau di tingkat bawah blok tiga itu lokasi kedua sebelum ia berpindah dari tingkat satu, blok satu.

“Ia dipindahkan berikutan kapasiti ruang yang tidak mencukupi bagi bilangan jemaah semakin bertambah, tambahan pula tidak sesuai bagi warga emas untuk turun naik tangga,” katanya.

Katanya, surau berkenaan kurang selesa bagi menunaikan solat terutama solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha, Tarawih serta jenazah kerana ia hanya memuatkan 100 jemaah pada satu-satu masa.

Roslan berkata, jika ruang terlalu sempit, ahli jemaah terpaksa bersolat di siar kaki surau yang tidak selesa berikutan tiada bumbung tambahan serta berdekatan longkang apabila hujan.

Sementara itu, bekas setiausaha surau berkenaan, Yusof Yaakob, 69, berkata kedudukan surau berkenaan masih tidak berubah sejak dia memegang jawatan terbabit 21 tahun lalu.

Katanya, bekas Datuk Bandar sebelum ini pernah berjanji untuk mengubah lokasi surau itu di kawasan lapang belakang blok tiga, namun janji tinggal janji



MENCURI BERBAGAI KAEDAH..POTONG TANGAN BARU MEREKA TAKUT

Kebas duit firma guaman RM1j

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/10/11

KUALA LUMPUR: Hanya dengan meniru dan memalsukan tandatangan, seorang wanita berjaya melesapkan wang tunai hampir RM1 juta daripada beberapa pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan dari sebuah firma guaman di sini.
Difahamkan, suspek kerap mengambil kesempatan menggelapkan wang dibayar pelanggan kepada syarikat guaman tempat dia bekerja sebelum melarikan diri.
Sumber polis Kuala Lumpur berkata, dalam kes pertama, sebuah firma guaman di Jalan Yap Ah Shak di sini, kerugian selepas seorang kakitangannya mengambil wang RM9,640 dengan meniru tandatangan pada cek sehingga meyakinkan pihak bank untuk menunaikan cek berkenan.

Katanya, suspek pernah melakukan jenayah sama dan melesapkan wang syarikat RM15,989 sewaktu bekerja di sebuah firma guaman di Plaza Damas, Jalan Hartamas, di sini.

“Berdasarkan siasatan, suspek sering berpindah randah dan bertukar tempat kerja membabitkan beberapa firma guaman sekitar Lembah Klang sejak beberapa tahun lalu. “Ketika bekerja di sebuah lagi firma guaman juga di Plaza Damas, suspek cuba menunaikan tiga cek milik syarikat berkenaan dengan memalsukan tandatangan, namun gagal kerana ia dikesan majikannya,” katanya.

Menurutnya, kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah itu membabitkan sebuah firma guaman di Tingkat 3, The Amwalk, 218 Jalan Ampang, di sini. Suspek menunaikan dua cek berjumlah RM600,000 dan RM379,847.56.

“Susulan kes itu polis mencari seorang wanita, Noor Hafizah, 27, dengan nombor kad pengenalan 830610-10-5022 yang dipercayai boleh membantu siasatan empat kes penipuan berkenaan.

“Orang ramai yang mengenali atau mengetahui di mana Noor Hafizah berada boleh menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany di talian 012-2834134 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) Brickfields, Asisten Superintendan Nazri Mohd. Noor (03-22742222),” katanya.

Selain Noor Hafizah, polis juga mencari seorang lelaki, Leow Han Sing, 31, pemegang kad pengenalan bernombor 791201-10-5217 yang beralamat terakhir 408, Tingkat 3, Blok 76, Seksyen 24, Shah Alam, Selangor.

Han Sing dicari bagi membantu siasatan kes penipuan gaji pekerja sebuah syarikat meletak kenderaan yang beralamat di 708, Blok A, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, No.9, Jalan 16/11 Off Jalan Damansara, Petaling Jaya di sini.

Lelaki berkenaan dipercayai boleh membantu siasatan kes seorang Eksekutif Sumber Manusia di syarikat terbabit yang memalsukan tandatangan surat pembayaran gaji pekerja

Dalam kes itu, suspek turut memalsukan tandatangan dalam surat pembayaran gaji pekerja dan memasukkan wang gaji itu ke akaun dua individu dan 18 pekerja yang tidak dibenarkan oleh syarikat masing-masing berjumlah RM167,850, RM183,450 dan RM1,000.

Suspek dikesan turut melakukan perbuatan sama dan melesapkan wang syarikat RM70,456 sebelum itu.

Sesiapa mempunyai maklumat mengenai Han Sing boleh menghubungi KBSJD Dang Wangi, Asisten Superintanden Mazlan Udin atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Redduan Ali di talian 03-23022222



TAK KIRA HARAM...JANJI UNTUNG

Tamak kejar sewa RM6,000

Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/10/11

GUA MUSANG: “Kami dihalau keluar selepas pemilik mengejar tawaran harga sewa lebih tinggi tanpa mempedulikan rayuan supaya kami diberi peluang mencari rumah sewa lain terlebih dulu,” kata Norhasnida Ab Ghani, 18, yang mendakwa dihalau dari bilik sewanya, Khamis lalu.
Norhasnida bersama tujuh rakan lain mendakwa, pemilik bangunan di tingkat atas bangunan kedai di Taman Mesra Wangi di sini, bertindak menghalau penyewanya gara-gara menerima tawaran sewa lebih tinggi berikutan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Menurut Norhasnida, pemilik bangunan kedai berkenaan memberikan notis kepada penyewa pada Rabu lalu dan mengarahkan mereka mengosongkan bangunan itu keesokan harinya.

“Bayangkan, dalam masa satu hari, mana mungkin kami dapat mencari tempat tinggal lain. Lagipun kami semua hanya bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan tidak seberapa.

“Lebih menyedihkan, pemilik bilik sewa kami turut menutup bekalan air paip pada malam pemberian notis itu, menyebabkan kami terpaksa keluar rumah dalam keadaan yang tidak terurus,” katanya.

Menurut Norhasnida, dia menyewa bilik di bangunan kedai itu sejak awal tahun ini hanya dengan bayaran RM70 sebulan untuk seorang.

Bagaimanapun, katanya, berikutan pilihan daya kecil Dun Galas yang akan bermula dengan hari penamaan calon 26 Oktober ini, kos sewa premis di sekitar kawasan ini meningkat berkali ganda dan difahamkan pemilik bangunan tempat dia menyewa menerima tawaran sewa sehingga RM6,000.

“Dua daripada rakan saya terpaksa berhenti kerja kerana sukar mendapat rumah sewa dalam masa yang singkat disebabkan tindakan orang ramai mencari rumah sewa menjelang pilihan raya kecil.

“Selepas dua hari keluar dari bilik sewa itu, baru kami dapat rumah sewa baru. Walaupun rumah baru itu agak uzur dan terletak di tanah rizab sungai, kami bersyukur kerana masih ada tempat berlindung dan hanya mampu memuatkan empat orang saja,” katanya.

Rakannya, Zalina Ariffin, 17, berkata, dia tidak menyangka pemilik bilik sewanya sanggup menipu supaya dia mengosongkan rumah dengan memberi alasan mahu membaiki bangunan berkenaan.

“Pada mulanya kami diberitahu pemilik bangunan itu yang dia hendak membaik pulih semua enam bilik yang ada di bangunan terbabit dan selepas sebulan nanti barulah boleh kami masuk semula

“Bagaimanapun, muslihat pemilik bangunan terbabit terbongkar apabila ada individu mendedahkan tembelangnya bahawa bilik di bangunan itu akan disewakan kepada petugas parti yang akan bertanding pada pilihan raya kecil itu dengan harga lebih tinggi,” katanya.

Zalina berkata, pemilik bangunan tidak sepatutnya bertindak demikian


BILA SYAITAN MNGUASAI DIRI... 

 

Kakak mengamuk libas ibu tunggal guna getah paip



2010/10/11
LUBOK CHINA: Seorang wanita berusia 60-an tergamak menyerang adiknya sendiri menggunakan getah paip tanpa usul periksa ketika mangsa leka membasuh pakaian di bilik air rumahnya di Kampung Nerambai, Sawah Raja, dekat sini, Khamis lalu.
Wanita itu didakwa bertindak demikian seperti orang tidak tidak siuman sambil disaksikan ibu bapa mereka.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.25 petang itu, Azmidah Ahmad, 38, ibu tunggal beranak dua dikatakan diserang kakak kandungnya ketika membasuh pakaian dengan getah paip sepanjang satu meter.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Azmidah, anak bongsu daripada enam beradik cuba menyelamatkan diri dengan berlari ke dalam rumah, namun tidak mampu melawan.

“Ketika berada dalam bilik air, dia tiba-tiba memaki-hamun emak sebelum emak menghalangnya dengan menyiram air.

“Kakak kemudian melemparkan perkataan kesat terhadap emak yang berada di tepi kolah.

“Akibat perbuatan itu, saya mengalami lebam di bahu kiri,” katanya.



YANG BERTUAH BAYI YANG AKAN TAAT PADA ALLAH

Bayi tarikh bertuah



2010/10/11

SUBANG JAYA: “Kami tidak menyangka sama sekali bayi kami akan lahir pada tarikh 10 Oktober 2010 kerana isteri saya, Su Zee Wei, 35, sudah merasakan kesakitan sejak Jumaat lalu. Malah bagi kaum Cina, bayi ini bayi ‘10 yang sempurna’,” kata seorang kontraktor yang juga bapa kepada tiga cahaya mata.
Ling Sew Shin, 43, berkata kelahiran bayi lelaki seberat 3.66 kilogram (kg) tepat jam 12.55 malam tadi dianggap tuah buat keluarganya apatah lagi dia dilahirkan secara normal.
“Bagi kami, kelahirannya secara normal pada 10 Oktober 2010 dan menjadi bayi pertama dilahirkan di Pusat Perubatan Sime Darby (SDMC) bakal menjadi petanda feng shui yang baik untuknya. Namun, apa yang lebih menggembirakan saya apabila isteri dan anak saya selamat.

“Semoga dia sentiasa bahagia dan sihat, malah kami berharap dia bakal berjaya dan menjalankan tanggungjawab sebagai anak sebaiknya,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Ketua Pegawai Operasi SDMC, Wu Chin Huei, di sini, semalam.

Dalam kunjungan berkenaan, Wu menyampaikan hamper, tuala tertera tulisan ‘I’am a 10-10-10 baby’, bantal Dunlop dan cenderahati kepada keluarga berkenaan.

Bagi Penolong Pengurus sebuah bank, Dayang Zarina Abang Johny, 33, kelahiran cahaya matanya ketiga tanggal 10 Oktober 2010 melengkapkan tarikh istimewa dimiliki hampir semua ahli keluarganya.

Katanya, dia tidak sukar melahirkan bayi perempuannya seberat 2.54 kg jam 4.58 pagi secara normal.

“Biarpun kelahirannya sudah dijangka, namun kami gembira kerana keunikan tarikhnya. Jika suami saya, Azmi Musa, 37, lahir pada 9 September dan saya pada Julai 1977, akhirnya bayi ini melengkapkan tarikh istimewa keluarga kami iaitu 10 Oktober 2010,” katanya Dia membuat laporan di Balai Polis Lubok China berhubung kejadian itu


MEREKA TAK TAKUT DOSA KECUALI HUKUM ALLAH DILAKSANAKAN... 

Usah bermegah main api



2010/10/11

KUALA LUMPUR: Wanita yang mahu mencari kesenangan cara mudah dengan menjadi perempuan simpanan bukan saja melakukan dosa, malah perbuatan itu boleh diumpamakan ‘bermain api’ kerana mereka berdepan pelbagai risiko.
Apabila wanita itu bertindak meninggalkan lelaki yang ‘menyara’ mereka selepas kehabisan wang dan mencari lelaki lain, mereka berdepan pelbagai ancaman sama ada dibunuh atau dicurah asid kerana sakit hati.
Pengerusi Rumah Iman Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Hanafi Abdul Malek berkata, perkara berkenaan pernah berlaku dan perbuatan mencari wang dengan cara mudah sedemikian tidak lebih daripada berdepan masalah lebih besar di kemudian hari.

“Mereka terdedah kepada Aids atau penyakit kelamin lain malah saya pernah merawat seorang pelajar IPTA (Institut Pengajian Tinggi Awam) yang disihir sehingga mengalami kegatalan di muka akibat dendam salah seorang lelaki yang menyimpannya sebelum ini kerana ditinggalkan,” katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas muka depan Metro Ahad semalam mengenai pengakuan seorang wanita yang disimpan tiga lelaki dalam satu masa kerana lebih mudah mencari kesenangan.

Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Niza, 27, berkata sekarang menjadi satu trend wanita disimpan lebih seorang lelaki. Hanafi berkata, berdasarkan pengalamannya, kes seumpama itu bukan perkara baru kerana wanita terutama pelajar IPT yang sanggup menggadai tubuh badan demi mencari kemewahan dengan cara pantas



NI LAH KESAN BILA KITA DAH MATI

Barangan milik Jacko dilelong



2010/10/11

MACAU: Majlis lelongan kira-kira 100 barang milik Michael Jackson berjaya mengumpul perolehan lebih RM3.1 juta, manakala sebiji bola keranjang ditandatangani bintang itu dan Michael Jordan dijual pada harga RM763,600.
Lelongan barangan Raja Pop itu diadakan di Macau dan menarik perhatian pembida di seluruh dunia.
Seorang pembida yang tidak dikenali membayar RM561,000 untuk memiliki sarung tangan hitam bertatah kristal serta penyangga tangan dipakai Michael ketika penggambaran klip video pada 1995 untuk promosi album HIStory.

Bola keranjang itu juga dibeli melalui bidaan Internet.

Daripada 435 barangan dilelong, turut ditawarkan adalah pakaian yang pernah dipakai Bruce Lee ketika berlakon filem Game of Death, serta pakaian Madonna ketika menjayakan konsert jelayah dunia Girlie Show. - AP



PENCURI BUAT HELAH

‘Pinjam sekejap’


AYER KEROH - “Saya mahu pinjam sekejap, nanti lepas guna saya pulangkan semula,” kata seorang pencuri bateri bas selepas dicekup sendiri oleh pemilik bas terbabit di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, di sini, pagi semalam.

Misteri kehilangan sembilan buah bateri yang terdapat pada lima buah bas milik seorang pengusaha bas sejak Julai lalu akhirnya terjawab selepas pemiliknya, Hau Hun Kow, 47, itu sendiri dapat menangkap seorang lelaki yang ketika itu berusaha membawa lari sebuah bateri, kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian, dia dan isteri datang untuk mengambil salah sebuah bas yang diletakkan di bahu jalan kawasan perindustrian itu tetapi berasa curiga selepas melihat sebuah motosikal berada di belakang salah sebuah bas terbabit.

“Saya dan isteri bergegas turun daripada van yang dinaiki, kemudian menuju ke arah pencuri yang sibuk mengangkat sebuah bateri ke atas raga motosikal,” katanya.

Pasangan suami isteri itu bertindak menolak lelaki berumur lewat 30-an itu sehingga menyebabkan dia terjatuh ditimpa motosikal dan gagal melarikan diri.

“Orang ramai mula mengerumuni kami dan ada yang mencadangkan supaya lelaki berbangsa India ini diikat dengan tali untuk me­ngelakkan daripada melarikan diri serta mencederakan saya dan isteri.

“Selepas itu, saya membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh dan serahkan suspek kepada pihak polis,” katanya.

Hun Kow bersyukur kerana pencuri itu berjaya ditangkap dan mengesyaki orang sama mencuri sembilan buah bateri miliknya sebelum ini.

“Bisanya, bas sekolah ini memang tidak digunakan pada Ahad tetapi disebabkan saya perlu membawa satu keluarga Cina ke tanah perkuburan di Telok Mas kerana ada kematian, maka saya datang untuk mengambil bas ini.

“Saya bernasib baik dapat menangkap pencuri terbabit. Jika tidak sampai bila-bila pun saya akan menanggung kerugian,” katanya yang tidak pernah membuat laporan polis sebelum ini.

Menurutnya, kejadian berlaku sejak awal Julai lalu dengan purata dua minggu sekali bateri bas hilang.

"Sejak itu juga, reputasi perkhidmatan saya terjejas apabila ada ibu bapa dan pihak kilang yang mengadu mengatakan kami sering lewat mengambil, menghantar anak serta pekerja kilang.

“Malah, ada juga pelanggan kami tidak percaya apabila saya mengatakan bateri bas hilang punca kelewatan perkhidmatan,” katanya.
Hun Kow yang menjalankan perniagaan selama lebih 20 tahun itu mengalami kerugian hampir RM5,000 selepas setiap dua bateri yang terdapat pada empat buah bas 44 penumpang dan sebuah bateri pada sebuah bas 30 penumpang lesap.

Menurutnya, kali terakhir kecurian yang sama berlaku sebelum pencuri yang mendakwa berasal dari Simpang Ampat itu ditangkap adalah pada 29 September lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Tengah, Deputi Suprintendan Gan Chip Pho ketika dihubungi mengesahkan laporan Hun Kow


JANGAN SAMPAI MEMBAZIR DAN BUAT ACARA2 YAG HARAM..SENDIRI MAU INGATLAH

Perkahwinan mewah Sani, Fatimah di Masjid Kristal


KUALA TERENGGANU – Tarikh 10 Oktober 2010 menjadi detik bersejarah buat Pengarah Urusan Sani United, Datuk Wan Mohammad Sani Datuk Salleh, 34, selepas selamat mengakhiri zaman bujangnya dengan wanita pilihan, Hajah Fatimah Dalilah Omar, 30.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam, (TTI), Pulau Wan Man, dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Omar Endut, sambil disaksikan Jurunikah Mukim Bandar, Mohd Syukri Harun.

Mohamad Sani berkata, dia bersyukur apabila perkenalan sejak lapan tahun lalu dengan Pengarah Syarikat Firma dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat OBE Development Sdn Bhd itu berakhir dengan sebuah perkahwinan selepas majlis bertunang pada Jun lalu.

Dengan tiga kali lafaz, pasangan ini sah menjadi suami isteri dengan mas kahwin RM100,000 dengan 13 berbalas 15 hantaran.

Ditanya destinasi percutian sempena perkahwinannya, Sani menyerahkannya kepada isteri tetapi belum menetapkan tarikh sesuai.

Sementara itu, Fatimah Dalilah berkata, dia ingin ke Kota Paris kerana negara tersebut merupakan destinasi kota cinta.

Mohammad Sani mengenali isterinya selepas diperkenalkan ibunya pada 2002.

Bermula dari situ, mereka selalu berhubungan antara satu sama lain dan atas persetujuan serta restu kedua-belah pihak, mereka disatukan dalam majlis pertunangan di Kuala Terengganu, Jun lalu.

Majlis perkahwinan itu bukan sahaja berlangsung pada tarikh istimewa, malah turut dimeriahkan dengan konvoi kereta mewah.

Kira-kira 30 kereta mewah termasuk Ferrari, Lamborghini dan Porsche menyertai konvoi tersebut dari Riyaz Heritage, Resort & Spa di Pulau Duyong ke Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Selain jamuan selepas majlis akad nikah di pekarangan Masjid Kristal membabitkan jemputan kira-kira 100 orang, jamuan kedua iaitu jemputan saudara-mara, penduduk kampung dan penduduk pulau berkenaan dianggarkan seramai 500 orang diadakan di resort berkenaan.

Majlis persandingan membabitkan jemputan orang kenamaan dan kenalan rapat seramai 900 orang di Cindai Ballroom, bermula kira-kira jam 8.30 malam


Sheikh Muszaphar mahu 10 anak


PUTRAJAYA - Setelah lapan tahun menyulam cinta, Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dengan sekali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, semalam.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dengan mas kahwin sebanyak RM80 kira-kira jam 11.40 pagi di hadapan ahli keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Sheikh Muszaphar, 38, menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebentuk cincin, sirih junjung, telekung, sepasang baju kurung, seutas jam tangan, tas tangan, seutas rantai, coklat dan minyak wangi.

Pihak perempuan pula membalas dengan sebentuk cincin, sirih junjung, sejadah, senaskhah al-Quran, minyak wangi, sepasang baju Melayu, sehelai kain songket, seutas jam tangan, coklat, dan buah-buahan.

Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancang. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini.

“Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas seperti biasa di samping menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia akan mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami kekal hingga ke anak cucu,” kata Sheikh Muszaphar.

Manakala Dr Halina, 29, turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah tersebut.

“Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga selepas lapan tahun berkawan,” katanya.

Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, sambil berseloroh Sheikh Muszaphar berkata, dia teringin memiliki 10 orang cahaya mata. Mereka juga dijangka ke Mekah bagi menunaikan umrah dan haji sambil berbulan madu.

Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.

Majlis persandingan pula diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada sebelah malamnya pula dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan yang disiarkan secara langsung di TV3.

Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa


IKHTIAR LAGI

Balkis ghaib lagi


BESUT - Kejayaan dua bomoh yang mendakwa berjaya menangkap sembilan jin dan makhluk halus yang sering ‘menyembunyikan’ seorang gadis, Siti Balkis Mohd Nor, 22, kelmarin nampaknya tidak berjaya menghalang gadis itu daripada terus ghaib pada waktu senja.

Semalam, gadis itu ghaib lagi dan ditemui terkulai tidak sedarkan diri di atas pokok rambutan belakang rumahnya di Gong Nangka, Apal di sini.

Gadis itu didapati ghaib jam 7.30 malam semalam dari rumahnya iaitu kira-kira 30 minit sebelum ketibaan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat bersama tiga tokoh agama dari Yayasan Islam Terengganu (YIT).

Difahamkan hajat Khazan membawa tiga pegawai YIT berkenaan bagi membantu merawat Siti Balkis dengan kaedah rawatan Islam namun tidak dapat berbuat demikian kerana gadis itu terlebih dahulu ghaib.

Kehilangan gadis itu semalam selepas berlaku sejak dua bulan lalu menggemparkan lagi orang ramai dan usaha mencari di merata tempat dilakukan tetapi dia gagal ditemui.

Bagaimanapun kira-kira jam 11.30 malam, ibu Siti Balkis, Norizan Said, 47, menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada anaknya memberitahu dia berada di celah batu di satu lokasi seakan-akan di Bukit Keluang, kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.

Menerusi SMS itu juga, Siti Balkis meminta keluarganya membaca Yasin dan sehubungan itu Khazan mengadakan bacaan Yasin beramai-ramai.

Sementara itu pada masa sama, orang ramai, keluarga termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali bergegas ke Bukit Keluang untuk mencari Siti Balkis namun tidak berhasil menemuinya, didakwa dia telah disorokkan ke tempat lain disebabkan kelewatan orang ramai tiba di situ.

Sehingga jam 1 pagi, Siti Balkis masih gagal ditemui dan Khazan bersama pegawai berkenaan pulang meninggalkan rumah gadis misteri itu.

Kira-kira 30 minit selepas Khazan beredar, penduduk kampung akhirnya menemui gadis itu berada di atas pokok rambutan hanya 20 meter di belakang rumahnya.

Kata keluarganya, ketika ditemui, Siti Balkis tidak sedarkan diri dan badannya tersangkut pada dahan pokok rambutan.

Dia dibawa turun ke bawah oleh orang ramai dalam keadaannya tidak sedarkan diri dan hanya sedar kira-kira jam 5 pagi semalam.

Semalam akhbar termasuk Sinar Harian melaporkan kisah bomoh tempatan yang mendakwa berjaya menangkap sembilan daripada sepuluh makhluk halus yang dikatakan sering mengganggu Siti Balkis

No comments:

Post a Comment