Saturday, July 31, 2010

ADAKAH MEREKA TERKECUALI DARI HUKUM MENUTUP AURAT DAN BERTUDUNG...APA KOMEN ULAMAK...ATAU MEMBISU AJE....ATAU DAH CAKAP TAPI DIAORANG BUAT TAK DENGAR AJE

DIVA INTERAKTIF


Aksi mesra Farid-Diana



DIANA DANIELLE (kiri) manakala Farid Kamil (kanan) sukar dilihat bergambar berdua-duan walaupun terlibat dalam satu acara hiburan.



RASANYA sudah acapkali cuping telinga Diva yang nipis ini ditembusi kisah asmaradana pasangan merpati dua sejoli yang popular ini, siapa lagi kalau bukan Farid Kamil dengan si aktres Diana Danielle.
Diva sendiri dah lama terhidu kisah intim mereka berdua tapi sehingga hari ini, masing-masing saling mengunci mulut tentang selebar mana jendela hati sudah terkuak antara satu sama lain.
Baru-baru ini pun, muncul lagi penafian daripada si gadis kononnya hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan dalam industri.
Hendak dijadikan cerita, tiba-tiba Diva didatangi Cik Honey Jariah, sumber gosip terbaik Diva.
Kata Cik Honey, ketika dia bersiar-siar mencuci mata di sebuah kompleks beli-belah tertinggi di ibu kota, matanya 'tercuci' dengan 'aksi panas-panas manja' Farid dan Diana.
"Va, mungkin sebab mereka dating kat kafe mahal, kiri dan kanan semuanya mat saleh sebab itulah berani sungguh mereka bermesra-mesraan tanpa menghiraukan mata di sekeliling yang memandang," bisik Cik Honey ke telinga Diva.
Kata Diva, mungkin Farid dan Diana itu sekadar melepaskan rindu, maklumlah masing-masing sibuk di lokasi penggambaran, sesekali bertemu mahu bermanja.
Tapi yang tak sedapnya, bila setiap kali bercakap, mulut mereka itu bukan main sedap menutup cerita. Sekarang kan dah terkantoi.
 

 
Lagu Raya - Raihan - Harapan Ramadhan
 

Friday, July 30, 2010

DENGAN ALLAH MEREKA TAK MALU....DENGAN MANUSIA APA TAH LAGI...MUNGKIN SEMUA PIHAK LEPAS TANGAN DAN MENYALAHKAN ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN....

Tidak segan silu bermadu kasih


AYER KEROH – Suasana Taman Botanikal yang terkenal dengan sebagai tempat riadah keluarga setiap petang, di sini tercemar dengan kegiatan pasangan muda-mudi bermadu kasih.

Lebih mengejutkan, tempat itu bukan saja menjadi tumpuan pasangan tempatan, malah dalam kalangan pasangan warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh.

Tinjauan Sinar Harian, semalam selepas mendapat maklumat daripada orang awam mendapati beberapa pasangan mengambil kesempatan di kawasan tersorok daripada pandangan di taman itu untuk melakukan maksiat.

Tindakan mereka ini yang tidak segan silu menggunakan taman riadah keluarga untuk kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kawasan berkenaan.

Salah seorang peniaga di situ yang dikenali sebagai Din, 28, berkata, dia sering melihat karenah muda-mudi menjadikan kawasan taman itu untuk bermadu kasih, sepanjang berniaga di situ sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja pasangan yang datang dan melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

“Hutan rekreasi ini kelihatan lebih luas dan gelap jika dibandingkan daripada taman bunga biasa yang lebih terbuka pada pandangan orang ramai.

“Kalau dilihat, bukan taman ini sahaja, terdapat juga taman-taman lain yang menjadi mangsa melepaskan nafsu,” katanya.

Din berkata, laluan sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian khas untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna kereta ’Buggy’ turut memudahkan kegiatan itu dilakukan.

Selain itu, katanya, taman botanikal yang terdapat banyak pokok memudahkan lagi pasangan untuk melakukan perkara terkutuk di sebalik pandangan orang ramai.

“Mereka tidak kisah duduk di atas tanah, diserang nyamuk dan sebagainya. Apa yang penting mereka dapat melepaskan nafsu masing-masing.

“Pasangan ini juga bagaikan sudah biasa melakukan perkara sumbang di taman ini kerana mereka sudah biasa dengan keadaan jalan dan sudah mempunyai kawasan ataupun tempat sendiri untuk menjalankan ‘projek’,”katanya.

Beliau berkata, biasanya pasangan tersebut memilih waktu tengahari memandangkan ketika itu tidak ramai pengunjung ke sini.

“Mereka gemar datang seawal 1 petang kerana orang ramai sedang bekerja dan tidak mempunyai masa ke sini.

“Jadi, di waktu inilah pasangan tersebut menjalankan kerja masing-masing kerana berasa lebih selesa tanpa ada mata yang memerhatikan gerak-geri mereka.

“Jika dibandingkan waktu petang keadaannya agak berbeza kerana ramai keluarga yang datang di samping pengunjung yang bersenam dan berjogging di sini,”katanya.

Din berkata, dia juga pernah menangkap beberapa pasangan yang sedang berasmara berhampiran tandas di situ.

“Bagaimanapun, pasangan ini biasanya hanya dilepaskan begitu sahaja dan dinasihatkan supaya tidak membuatnya lagi,”katanya.

Seorang pelajar, Razlan Musa, 23, berkata, dia yang sering beriadah di sini terkilan kerana pasangan muda-mudi datang tidak segan silu berpelukkan dan bercumbu di hadapan orang ramai.

“Kadang-kala apabila berjogging ternampak juga perbuatan tidak bermoral mereka,” katanya.

Saturday, July 24, 2010

TERUS MENERUS KITA DIPERBODOH OLEH SYAITAN...IKUT SYAITAN UNTUK BAWA KITA KE NERAKA..ITU KEJE DIA..FULLTIME...KITA IKUT BANGGANGLAH

SUSAH2 NAK KEJAR BAPA LARI...YANG KITA LINDUNGI ORANG AHLI ZINA WATPE....ROTAN 100X ATAU REJAM ..IKUT HUKUM ALLAH...NAPE BODOH SANGAT

NEGARA


Juara Sebaya bendung buang bayi


SHAHRIZAT (dua dari kiri) bersama Sharifah Hapsah (depan kanan) pada majlis pelancaran program Kami Prihatin di Bangi semalam.


BANGI - Gerakan kempen Kami Prihatin perlu turun padang ke semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini untuk menjadikan para pelajar sebagai 'Juara Sebaya' menyedarkan masyarakat mengenai isu pembuangan bayi di kalangan remaja.
Melalui projek Rakan Pintar, sebagai permulaan kerajaan menyasarkan seramai 105,377 pelajar baru di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dilibatkan dengan kempen itu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, memandangkan institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai ramai remaja, pendedahan melalui rakan seusia diharap dapat menyedarkan mereka yang terlibat tentang gejala maksiat dan kes-kes pembuangan bayi.
"Dalam kes buang bayi sebelum ini ramai bapa kepada bayi itu lari dan sukar dikesan. Ibu bayi yang dibuang pula sebahagian besarnya gadis di bawah umur 18 tahun, jadi remaja lingkungan umur sedemikian perlu didedahkan melalui kempen ini," katanya

Friday, July 23, 2010

MANUSIA DAH TAK MENGGUNAKAN FIKIRAN YANG WARAS...FIKIRNYA DUIT,MAKAN DAN SEX....SEX YANG BEBAS...SEPERTI BEBASNYA SEX PADA HAIWAN2...ANJING DAN BABI JIJIK...TAPI TAK JIJIK PADA BERZINA...RAKAM LAGI...BANGGA LAG.....INI SEMUA MENEMPAH NERAKA ALLAH...


DUNIA


Polis Pattaya serbu pesta seks



GAMBAR menunjukkan beberapa pegawai polis bersama suspek yang ditangkap dalam serbuan di tujuh lokasi di Pattaya semalam.



PATTAYA - Polis Thailand melakukan serbuan di tujuh buah lokasi di sini semalam dan menangkap tiga warga asing dan 30 lagi pesalah yang terlibat dengan aktiviti haram termasuk parti seks, lapor akhbar Pattaya Daily News.
Tiga warga asing itu ditangkap pada satu parti seks dan polis turut menemui pelbagai dadah kelas satu.
Operasi itu diketuai oleh seorang pegawai polis, Kolonel Natthawut Suwanla-ong bagi membanteras dadah, senjata api dan aktiviti haram lain.
Warga asing yang ditangkap itu berasal dari Australia, Perancis dan Scotland.
Menurut akhbar itu, mereka ditangkap semasa menghadiri parti seks bersama beberapa wanita Thailand. - Agensi




DUNIA


Polis pamer pelacur di tepi jalan


SEORANG lelaki dipercayai bapa ayam turut ditangkap polis di Guangzhou.


GUANGZHOU - Polis China mula bertindak tegas bagi memerangi kegiatan pelacuran di bandar raya ini yang bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia XVI pada November depan, lapor sebuah akhbar semalam.
Namun, orang ramai terkejut apabila beberapa pelacur yang ditangkap berdiri tanpa kasut dengan tangan bergari di tepi jalan.
Pekerja-pekerja seks yang ditangkap itu berdiri pada waktu panas bagi mengelak mereka melarikan diri.
Seorang wanita China yang dikenali sebagai Wan Yu sempat merakamkan gambar-gambar pelacur tersebut menerusi telefon bimbitnya dan kemudian dihantar kepada beberapa laman Internet.
"Wanita-wanita itu masih muda dan sepatutnya mereka diberi sedikit rasa hormat.
"Mempamerkan mereka di jalanan seperti haiwan itu di depan orang ramai bukanlah cara untuk melayan mereka," katanya.
Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan mereka selepas pekerja seks itu enggan bekerjasama mendedahkan maklumat tempat aktiviti pelacuran.
Pelacur-pelacur itu berjalan bersama seorang lelaki yang dipercayai sebagai bapa ayam ke sebuah balai polis di Guangzhou.
Kegiatan pelacuran berjaya dikekang semasa Presiden China pertama, Mao Zedong memperkenalkan Revolusi Budaya pada 1960-an hingga 1970-an dengan mengasingkan lelaki dan wanita serta membanteras habis-habisan aktiviti tidak bermoral.
Namun, aktiviti pelacuran haram meningkat selepas China mengalami pertumbuhan pesat ekonomi dan nilai-nilai Barat dibawa masuk sehingga banyak bandar kecil mempunyai kawasan pelacuran manakala perkhidmatan seks ditawar di hotel-hotel. - Agensi

Wednesday, July 21, 2010

NAK ADU KE...IKUT ISLAM KENA CERAI...SEBAB DAH BERZINA...JIKA TIDAK DIKIRA DAYUS....

Suami berhak adu kecurangan Cut Tari: Peguam



2010/07/22

JAKARTA: Suami Cut Tari, Johanes Yusuf Soebrata, berhak membuat aduan mengenai persetubuhan haram isterinya dengan vokalis Peterpan, Ariel.
Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea, berkata walaupun Johanes masih belum menggunakan haknya itu, dia boleh berbuat demikian.
“Cut Tari mengaku dia adalah wanita yang mengadakan hubungan seks dengan Ariel dan dia bersalah daripada aspek melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Walaupun begitu, kata Hotman, siasatan polis masih belum disiapkan.

“Terserah kepada Johanes untuk membuat tindakan selanjutnya, tetapi apa yang saya tahu, dia masih menunggu perkembangan lanjut siasatan,” katanya.

Cuma, kata Hotman, setakat ini Johanes bersikap terbuka dan memaafkan Cut Tari. - Agensi

Monday, July 19, 2010

Maher Zain - Allahi Allah Kiya Karo [Lyrics are in description box]

baraka Allahu lakuma Maher Zain

4 The Rest Of My Life♥¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸♥Maher Zain

Maher zain - Salam Aalayka.wmv

Al-Hamdulilah●¸.•*۰۪۪۫۫●۪۫۰*•.¸●Maher Zain

Maher Zain - Always be There!

maherzain (allahakbar)

Maher Zain 'Ya Nabi Salem Aleyke' يا نبي سلام عليك ..ماهر زين

Maher Zain - Hold my hand

always be there with lyric by maher zain [HQ]

Maher Zain - Open Your Eyes | ماهر زين - فتح عينيك

Maher Zain - Insha Allah | ماهر زين - ان شاء الله

Maher Zain 2009 / Thank You Allah / inshaa allah arabic & french

Maher Zain - Palestine Will Be Free | ماهر زين - فلسطين سوف تتحرر

CUBA CARI PASANGAN YANG TAKWA......

INI SALAH SATU KESAN TIDAK MENGIKUT HADIS SARANAN RASULLULLAH SAW..BILA HENDAK MEMILIH PASANGAN...

Unsur aniaya



2010/07/19
KUALA LUMPUR: Isteri yang menghadapi masalah dalam hubungan seksual, malah menjadi mangsa kepada kerakusan nafsu suami sehingga tidak mendapat layanan sewajarnya berhak mendapat pembelaan melalui proses perundangan keluarga Islam di mana-mana mahkamah syariah.
Ketua Unit Pembangunan Undang-Undang Islam dan Sistem Kehakiman Syariah, Jabatan Peguam Negara, Abdul Walid Abu Hassan, berkata isteri terbabit boleh melaporkan kes berkenaan kepada mahkamah syariah atas alasan tidak mendapat layanan berpatutan.
“Isteri boleh membuat laporan kepada mahkamah syariah kerana tidak dilayan suami secara berpatutan, tidak menepati syarak dan tidak beradab.

“Laporan boleh dibuat di mana-mana mahkamah syariah melalui peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam, sama ada kerana tidak mendapat layanan berpatutan dan wujud penganiayaan,” katanya mengulas perlakuan seks ganas suami terhadap isteri.

Harian Metro, kelmarin melaporkan, seorang guru dan pemilik pusat tahfiz berusia lewat 50-an bertindak ganas dalam hubungan seksual bersama tiga isteri, malah tergamak memperlakukannya serentak, sekali gus menjadi igauan ngeri kepada isterinya.

Bagi ‘menghalalkan’ caranya itu dia sanggup menjaja dakyah palsu kononnya amalan seperti itu sunnah nabi dan mendakwa kononnya Rasulullah turut melakukan perkara sama dalam berpoligami. Perlakuan aib dan menjijikkan guru tahfiz itu didedahkan dua bekas isterinya kerana tidak tahan menanggung derita diperlakukan sedemikian, malah kedua-duanya pernah meminta cerai bagi menamatkan segala pengalaman pahit itu.

Peguam Syarie, Datuk Mohd Zaidi Zain, berkata hubungan seksual suami isteri secara melampau sehingga mewujudkan unsur penganiayaan serta penderaan mental dan fizikal pasangan tidak wajar berlaku.

Katanya, bagi isteri yang tidak bernasib baik dan mengalami kejadian memeritkan itu boleh tampil bagi mendapatkan pembelaan mengikut undang-undang sedia ada yang terkandung dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam




Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua.Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup.Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia,kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan
Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.

Rasulullah saw bersabda:

"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.




Cara memilih calon suami atau isteri

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa, dan kebahagian didalam rumah tanga.
Tahukah bagaimana untuk mencapainya dan apakah cirri-ciri yang perlu ada didalam sebuah rumah tanga yang bahagia?

Perempuan yang dipilih jadi isteri.

Sunat bagi mereka yan hendak mendirikan rumah tangga memilih calun isteri yang mempunyi ciri-ciri berikut
• Perempuan yang beragama lagi soleha kerana sabda Nabi

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لارْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Seorang perempuan itu dikahwini kerana empat pekara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, atau agamanya maka hendaklah kamu ambil yang beragama jika tidak binasa tangan engkau yakni jadi papa engkau.
Biar perempuan itu miskin atau tidak cantik, yang penting dia beragama, kerana perempuan yang beragama dapat menjaga dirinya dari melakukan pekara yang dibenci oleh suami.
• Perempuan yang sempurna akal, sekalipun cantik tapi akal yang tidak sempurna boleh merosakkan hubungan suami isteri. Mereka yang kurang akal tidak dapat menilai kebaikan yang suami telah beri kepadanya. Kebanyakan orang yang kurang akal adalah mereka yang tiada pendidikan agama.
• Anak dara kerana sabda Nabi

عَلَيْكُمْ بِالْأَبْكَارِ فَإِنَّهُنَّ أَعْذَبُ أَفْوَاهًا وَأَنْتَقُ أَرْحَامًا وَأَرْضَى بِالْيَسِيرِ

Nikah lah dengan yang dara-dara kerana mereka itu manis percakapannya, suci rahimnya dan reda dengan yang sedikit.
• Perempuan yang baligh
• Perempuan yang banyak anak diketahui demikian itu dengan segala kerabatnya.

Lelaki yang patut jadi suami

Sunat bagi wali perempuan memilih suami anaknya yang menpunyi ciri-ciri berikut
• lelaki yang beragama.
• Bujang (belum pernah berkahwin)
• Yang eluk rupanya.
• Yang kuasa mendirikan hak (nafkah dan lainnya)


Panduan Memilih Zaujah / Isteri


Saya memulakan bicara perihal panduan memilih isteri ini kerana saya ingin berkongsi dengan para syabab dan ikhwan di luar sana yang sedang mencari teman hidup … mungkin xsempurna siti khadijah namun semoga sedikit sebanyak pilihan tersebut di atas jalan yang dibenarkan oleh Islam dan diredhai Allah swt .. semoga selamat yer..
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan gadis juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar sebaliknya.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukharidari Ibnu Abbas r.a.
Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan dari berkawan dengannya dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya baik, sopan dan elok apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa Yang bercahaya tidak semestinya emas dan Yang cantik tidaklah semestinya permata. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Tapi bergantung juga pada kepercayaan dan fikrah yang dipegang masing.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).
Lakukan risikan secara rahsia kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia beradabersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.-Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil merisik ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan menyelidik dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa.Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga. Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi wanita dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua.Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan.Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah lupa masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup.Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama.Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang tak boleh tahan. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama.Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
semoga sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan yer.. dan untuk perkongsian buat gadis muslimah juga..
dipetik dari:- SitiHumaira


Memilih isteri jelita

Difailkan di bawah: Uncategorized — jalanakhirat @ 7:30 pm


Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.
( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)

Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?
Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar bukan gadis’ . Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil ‘bergetah’ jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang ‘boleh tahan’ dan ada gadis yang ‘tak boleh tahan’. Gadis yang ‘boleh tahan’ biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang ‘tak boleh tahan’ pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis ‘tak boleh tahan’ ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki.
Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.
Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim.
- Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah ternoda.
Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenamya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.
Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. ( Bidalan ltali).
Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia lni adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkahlakunya di depan mata.
Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina
Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibubapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman
Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.
Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada lbubapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredamya zaman perlu mengambilkira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Servia
Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!
Bertunang Jangan Lama
Blia anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan tali
Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi la merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibubapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, lbubapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman
Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.
Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya . Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidatan Tamil
Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis. 



Kekasih naik minyak



2010/07/20

AMPANG: Hanya kerana bertanya mengenai wang dalam akaun yang dikeluarkan teman lelakinya, seorang wanita menerima padah apabila dia dipukul dengan termos oleh lelaki terbabit di rumahnya di Ampang, Isnin lalu.
Tidak cukup dengan itu, muka mangsa turut ditumbuk.
Malah, lelaki terbabit yang bagaikan naik minyak mencampakkan bayi mangsa yang berusia tujuh bulan sebelum dia ke dapur mengambil pisau dan mengugut mencederakan mangsa.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika pasangan terbabit yang masing-masing berusia 20-an berada di rumah mangsa.

“Ketika itu berlaku pertengkaran selepas mangsa bertanyakan sama ada teman lelakinya mengeluarkan wang dalam akaun miliknya,” katanya.

Katanya, mangsa yang tidak tahan akibat dibelasah cuba melarikan diri.

“Mangsa meminta kunci kereta, namun lelaki terbabit enggan memberikannya sebelum dia menahan teksi dan ke balai polis untuk membuat laporan,” katanya.

Berikutan itu, polis kini mencari teman lelaki wanita terbabit untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan

Sunday, July 18, 2010

ALLAH MAHA BIJAKSANA...NAK CARI 4 SAKSI ADIL SUSAH....KALAU DAH ADA RAKAM VIDEO ...ADAKAH NAK LARI LAGI HUKUMAN MENGIKUT QURAN...INGKAR JUGA...ALLAH MAHA BIJAKSANA HENDAK MENGHUKUM ORANG2 BEGINI DAN JUGA ORANG YANG BERDALIH2....TAK MAHU HUKUM QURAN DILAKSANAKAN...KITA TUNGGU AJE...NAK KEMANA ORANG2 BEGINI...

32 adegan 'panas'



2010/07/18

JAKARTA: Setelah menangkap juruteknik muzik kumpulan Peterpan, RJ, atas dakwaan menyebar video seks, polis kini melancarkan siasatan terhadap 32 adegan panas dalam komputer riba milik bekas penyanyi utama kumpulan berkenaan, Ariel (gambar).
Ada laporan mendakwa 32 adegan panas dalam komputer riba Ariel itu membabitkan artis lain selain Luna Maya dan Cut Tari.

Antara nama yang disebut ialah Bunga Citra Lestari, Aura Kasih, Wulan Guritno, Krisdayanti dan Audy Item.

Dalam pada itu, beberapa pihak berkata, RJ yang bertanggungjawab menyebarkan video seks Ariel itu ialah Reza Rizaldy.

Reza pernah terbabit dalam penerbitan beberapa lagu Peterpan. - Agensi

TIPU DAH JADI BIASA..DARI ATAS KE BAWAH...YANG TAKUT MENIPU ORANG YANG KEPADA DOSA DAN NERAKA

Artis hampir ditipu

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN

2010/07/18

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas sepasukan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Wilayah Persekutuan menyerbu tapak sebuah ekspo telefon bimbit murah berjaya menyelamatkan seorang artis remaja daripada ditipu sindiket menjual telefon bimbit palsu.
BARANG TIPU... anggota KPDNKK Wilayah Persekutuan menyiasat premis menjual telefon bimbit  tiruan.
BARANG TIPU... anggota KPDNKK Wilayah Persekutuan menyiasat premis menjual telefon bimbit tiruan.
HEELA...bayar deposit
HEELA...bayar deposit

Penjual di ekspo terbabit yang membuka tapak perniagaan di depan sebuah pusat beli-belah di Taman Connought, Cheras, di sini, dikatakan berjaya memujuk artis itu membeli dua unit telefon bimbit palsu jenama Nokia dan iPhone dengan tawaran ‘harga runtuh’.

Heela yang ditemui di lokasi kejadian bersama ibunya, Noriah Mat Isa, 42, berkata dia tertarik untuk membeli telefon bimbit berjenama terkemuka itu selepas dipujuk dengan tawaran harga luar biasa oleh penjual di ekspo bergerak berkenaan, petang kelmarin.

“Mereka mendakwa harga asal dua telefon bimbit terbabit boleh mencecah sehingga RM3,000 tetapi dua unit telefon bimbit itu dijual dengan harga RM1,000 saja. Namun berikutan kekurangan wang, saya hanya membayar deposit RM200 dan bersetuju membayar bakinya semalam.

“Namun sebaik datang untuk membayar baki harga telefon bimbit kira-kira jam 11.30 pagi, saya dan ibu terkejut apabila mendapati gerai menjual telefon bimbit berkenaan diserbu pegawai KPDNKK,” kata artis terbabit yang pernah membintangi teater Gamat dan Kita The Muzikal.

Menurutnya, dia cuba menuntut semula wang depositnya tetapi jurujual di gerai berkenaan enggan melayan permintaannya.

Dia yang juga bakal mengeluarkan album single bertajuk Heela terbitan komposer, Julfekar, bagaimanapun bernasib baik apabila Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK Wilayah Persekutuan, Othman Nawang, menawarkan bantuan bagi memaksa peniaga terbabit memulangkan wang mangsa.

“Ketika itu baru saya sedar telefon bimbit yang dibeli itu adalah model tiruan yang dibawa masuk ke negara ini. Telefon bimbit itu dijual murah berikutan ia mudah rosak dan menyerupai model tulen hampir 100 peratus,” katanya yang baru selesai menjalani penggambaran filem ‘Aku Tak Bodoh’ terbitan sebuah syarikat dari Singapura.

Sementara itu, Othman yang ditemui di lokasi kejadian berkata, seramai 12 pegawai KPDNKK melakukan serbuan serentak di ekspo bergerak terbabit yang dikesan menjadi lokasi menjual telefon bimbit tiruan.

Dalam operasi terbabit, 14 gerai diperiksa dengan kebanyakan peniaga di kawasan terbabit baru ingin memulakan perniagaan.

“Hasil pemeriksaan dilakukan, sebanyak 139 unit telefon bimbit jenama terkenal yang dianggarkan bernilai RM100,000 berjaya dirampas daripada peniaga.

“Kami akan mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Kawalan Harga 1946 atas kesalahan menjual barangan palsu dan menjual produk tanpa meletakkan tanda harga,” katanya.

Menurutnya, rampasan itu yang terbesar tahun ini selepas melakukan 34 serbuan sama di beberapa lokasi lain sejak Januari lalu.

“Saya menasihatkan orang ramai berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran telefon bimbit berjenama dengan harga terlalu murah kerana ia didapati mempunyai perkakas tiruan dan mudah rosak selepas beberapa hari dipakai.

“Mangsa biasanya gagal mendapatkan ganti rugi berikutan ahli sindiket akan berpindah-randah selain menggunakan alamat premis palsu,” katanya

NAK CANTIK DAN MUDA....HABIS KHASIAT...TUA....MATI JUGA

Operasi di hotel murah

Oleh FIRDAUS SAHAT, SHAMRAN SARAHAN, SHANTY NUR SHAFFIZAN SHAFEE dan MOHD AZAM SHAH YAACOB

2010/07/18
KUALA LUMPUR: Nak cantik, tidak perlu bersusah payah. Dalam hanya 15 minit, kulit yang kendur boleh menegang. Itulah masa diambil seorang wanita yang mendakwa dirinya doktor pakar untuk mengubah wajah pelanggannya supaya lebih cantik dan menawan menggunakan suntikan botox dalam operasi di sebuah bilik hotel tiga bintang di Lembah Klang.
DEMI CANTIK... wanita berusia dalam lingkungan 30-an (baring) membiarkan Lim menyuntik wajahnya dengan botox.
DEMI CANTIK... wanita berusia dalam lingkungan 30-an (baring) membiarkan Lim menyuntik wajahnya dengan botox.

Berusia 40-an dan memperkenalkan dirinya sebagai Lim, dia mendakwa berpengalaman lebih lima tahun dan berani memberi jaminan suntikan itu berkesan dalam membuatkan seseorang itu lebih cantik dan menawan.

Wartawan Metro Ahad menemui Lim menerusi seorang lelaki lembut yang sudah lama menjadi pelanggan biarpun mulanya tidak mendapat layanan ketika mahu membuat temujanji kerana mendakwa terlalu sibuk.

Bagi meyakinkan Lim, seorang wartawan lelaki dan wanita menyamar sebagai kekasih yang ingin mencantikkan wajah, terutama bahagian hidung.

Bagaimanapun, Lim masih enggan melayani permintaan wartawan sehingga mereka menyebut nombor telefonnya diberi oleh lelaki lembut itu.

Lim yang bermastautin di Johor kemudian memaklumkan, dia akan berada di hotel itu pada hari tertentu bagi memenuhi temujanji beberapa pelanggan yang memerlukan suntikan botox.

Bagi menjamin keselamatannya, Lim meminta pasangan wartawan itu menghubungi semula sebelum jam 3.30 petang sebelum masuk ke bilik untuk pengesahan.

“Bila sampai nanti... sebelum you (kamu) nak masuk bilik, hubungi saya dulu,” kata Lim.

Sebaik saja kedua-dua wartawan memasuki bilik terbabit yang mempunyai dua katil, Lim yang memakai penutup hidung dan mulut kelihatan sibuk memberi suntikan botox di dagu dan hidung seorang pelanggan wanita berusia 30-an di atas katil.

Dengan berdebar-debar, wartawan melihat dagu dan hidung wanita terbabit disuntik dengan beberapa suntikan manakala lemak di bawah lengannya disedut dengan jarum.

Darah yang keluar disapu dengan kapas manakala wanita itu tidak menunjukkan rasa sakit, malah membiarkan Lim terus melakukan tugasnya dengan dibantu seorang pembantu wanita berusia 40-an.

Proses melakukan suntikan mudah kerana Lim hanya menyapu krim sebelum menyuntik bahagian yang perlu ditegangkan. Semuanya selesai dalam tempoh 15 minit.

Di bilik berkenaan, wartawan melihat beberapa bekas ubat-ubatan, botol cecair botox serta satu bekas jarum suntikan diletakkan pada meja solek.

Jarum suntikan botox yang sudah digunakan berselerak di tepi katil sebelum pembantu wanita yang mendakwa doktor itu mengambilnya untuk dibuang sementara di bilik air.

Selepas tugasnya selesai, Lim bertanya pasangan wartawan berkenaan mengenai kedatangan mereka.

LIM (L): You mahu buat apa?
WARTAWAN LELAKI (WL): Saya punya girlfriend mahu cantikkan muka.

L: Saya nampak you (wartawan wanita) punya hidung rendah. Boleh kasi tinggi, tiga atau empat suntikan. Nak panjang dagu pun boleh.

Seorang pondan yang turut berada di bilik itu tiba-tiba menyapa sambil memberitahu, dia membuat suntikan botox di hidung dan dagu.

“Saya buat suntikan di hidung dan dagu. Kamu tidak perlu risau, tak sakit pun. Nak cantik tak perlu takut,” katanya.

WL: Berapa harga ini suntikan?

L: Saya ada dua pakej dengan harga murah dan mahal. Murah untuk suntikan jarum pendek manakala yang mahal suntikan jarum panjang.

Lim kemudian memicit beberapa bahagian wajah wartawan wanita dan mencadangkan supaya disuntik pada dagu dan hidung.

“You panjangkan sedikit dagu, selepas itu saya akan suntik pada hidung. You perlukan lapan hingga 10 suntikan.

“Semua kos lebih kurang RM800. I bagi suntikan jarum panjang sebab boleh tahan lama. Kalau hendak murah, I bagi jarum pendek, hanya RM60 satu suntikan tetapi tidak kekal,” katanya.

Selepas mendengar penjelasan Lim, kedua-dua wartawan mulai resah berikutan terperangkap dalam bilik dan kemungkinan penyamaran mereka terbongkar.

Dalam pada itu, Lim ditanya bahan yang digunakan untuk suntikan botox, namun dia yang kelihatan terkejut hanya memberitahu supaya tidak perlu bimbang.

Lim turut memberitahu, dia menyediakan khidmat menyedut lemak.

Menakutkan apabila rawatan menyedut lemak itu dilakukan semudah kiraan satu, dua, tiga.

Boleh dilihat dengan jelas Lim membius lengan pelanggannya sebelum menyedut lemak menggunakan jarum suntikan.

Jelas kelihatan lemak seperti minyak bercampur darah dalam bekas khas yang disambung dengan jarum suntikan terbabit.

Bagi mengelak dikenakan suntikan botox, pasangan wartawan itu terpaksa memberi pelbagai alasan kepada Lim, termasuk mahu berfikir terlebih dulu kerana kos tinggi dan belum mengisi perut.

Kebetulan pula, Lim menasihatkan wartawan wanita itu mengambil sedikit makanan bagi mengelak perkara tidak diingini ketika suntikan dilakukan dan ini memberi peluang kepada wartawan untuk meninggalkan tempat itu.

Walaupun Lim ada menghubungi wartawan lelaki, namun dia dimaklumkan 'kekasihnya' takut jarum

Friday, July 16, 2010

SEKARANG PENGARUH BLUE FILEM MENGATASI QURAN SERTA HUKUM...QURAN HANYA DIBACA...DIPERTANDINGKAN SAJA...DITAFSIRKAN SAJA..UNDANG2 AMBIK YANG MENGUNTUNG SEPERTI ZAKAT ...HUDUD TENGGELAM TIMBUL..USTAZ2 PUN TAKUT NAK BERKEMPEN TENTANG HUKUM ISLAM...TAKUT KENA GAM...FULUS TAK DAPAT...MIS SURUUUU PULAK...HARAM LAH NI ORANG DAH TAKUT....MEREKA TAKUT POLIS LAGI DAN SAMAN...YANG ZAHIR SAJA ORANG NAMPAK....HAL2 GHAIB HANYA ORANG DIBUKA HIJAB OLEH ALLAH YANG SEDAR DAN MENGEJARNYA@MENCARINYA....

Perbuatan haram



2010/07/17

KUALA LUMPUR: “Tiada adab dalam Islam yang membenarkan suami mengadakan hubungan intim bersama beberapa isterinya serentak, malah perbuatan itu haram,” kata penceramah bebas, Mohd Zawawi Yusoh.
Menurutnya, perbuatan itu haram kerana setiap isteri mempunyai had aurat masing-masing dan tidak dibenarkan saling melihatnya, malah tidak sepatutnya melihat aksi suami dengan madunya.
“Perbuatan itu juga haram kerana melakukan hubungan intim serentak dengan kalangan isteri boleh menimbulkan perasaan cemburu kerana kepuasan seksual mereka dan cara berhias yang berbeza, sekali gus melahirkan tindakan yang lain.

“Rasulullah s.a.w tidak pernah memperlakukan isterinya seperti itu walaupun baginda mempunyai ramai isteri. Cuma yang nabi lakukan ialah bertukar-tukar rumah isteri, itu yang jelas dan bukan bercampur ramai isteri serentak.

“Sekiranya ada yang mendakwa nabi berbuat demikian, ia satu pembohongan dan fitnah besar, tidak kira individu terbabit mempunyai kedudukan mulia di sisi masyarakat seperti guru tahfiz.

“Malah, kepada orang yang mengada-adakan apa yang nabi tidak lakukan balasannya dosa yang amat berat, malah tempatnya di neraka,” katanya

NAK LARI GAK DARI SALAH...BENDA TU ZINA....DLM AGAMA DOSA BESAR...REJAM KALAU DAH KAWIN...ADAB DAN AKHLAK PUN PERBUATAN TAK BERMORAL....RAKAM TU....ALLAH NAK TUNJUK BERTAPA ROSAK AKHLAK MANUSIA KETIKA INI....ITU PUN TAK PAHAM2 LAGI KE...DUNIA BOLEH LEPAS SEBAB BERPENGARUH....AKHIRAT BAGAIMANA...APE TAK MATI KE....

Cut Tari bukan mangsa: Polis



2010/07/17

JAKARTA: Peguam Cut Tari, Hotman Paris Hutapea selama ini mengatakan anak guamnya menjadi mangsa dalam kes video lucah Ariel. Alasannya, bekas pengacara program ‘Insert’ itu tidak tahu-menahu aksi ranjangnya dirakam.
Bagaimanapun, ketua balai polis, Edward Aritonang membantah alasan Hotman, sekali gus menolak sekerasnya jika kes Cut mahu dihentikan. Pihak polis menegaskan mereka mempunyai bukti untuk meneruskan kes ini.
“Dia boleh mengatakan dia menjadi mangsa tetapi kami mempunyai bukti kukuh melalui aksi yang kami lihat dan terima. Itu sudah cukup untuk membawanya ke muka pengadilan,” kata Edward.

Menurut Edward, sekiranya Luna Maya dan Cut Tari mendakwa mereka hanya menjadi mangsa keadaan dan kurang senang dengan cara siasatan dilakukan pihak polis, mereka boleh membuat tuntutan di mahkamah.

“Kami tiada masalah untuk mendakwa mereka sebagai suspek. Semuanya mengikut prosedur undang-undang. “Jika ada yang keberatan untuk disiasat polis, mereka boleh rujuk ke mahkamah. Saya yakin perbuatan mereka yang enggan memberi kerjasama sepenuhnya itu sudah melanggar undang-undang,” ujar Edward lagi.

Sebelum ini, Hotman mengatakan anak guamnya adalah mangsa dalam kes video lucah itu. Malah, peguam yang juga suami kepada Meriam Belina itu meminta supaya kes anak guamnya dihentikan. - Agensi



Universiti mungkin singkir Luna



2010/07/17

JAKARTA: Bukan saja kariernya musnah, malah pembelajaran Luna Maya juga turut terancam akibat kes video lucah. Universiti Langlangbuana (Unila) tempat Luna melanjutkan pengajian mengusulkan supaya pengacara program Dahsyat menghentikan pengajiannya jika benar dia terbukti bersalah dalam kes video lucah itu.
“Sekiranya Luna dibuktikan bersalah selepas perbicaraan di mahkamah, kami tidak teragak-agak untuk menghentikan pengajian Luna di kampus ini,” ujar Dekan Fakulti Undang-Undang Unila di Bandung, Atma Suganda, semalam.
Menurut Atma, Luna adalah mahasiswa program sarjana muda Fakulti Undang-Undang di Unila Bandung sejak 2008. Dia sekarang belajar di semester kelima dan dilaporkan seorang mahasiswa yang bijak. - Agensi

SYUKURLAH PADA ALLAH KERANA MUKA KITA CANTIK ATAU HESEM...JAGALAH SUPAYA TAK DIBAKAR DALAM NERAKA...ALLAH BOLEH MUSNAHKAN MUKA KITA DENGAN SEKELIP MATA...JANGANLAH BONGKAK DISEBAKAN CANTIK ATAU HESEM..TAK TAKWA...APE GUNA...

Wajah baru Chrissy



2010/07/17
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
OREGON: Seorang ibu yang kehilangan wajah akibat ditembak senapang patah ketika berusia 16 tahun, diberikan ‘wajah baru’ tiruan, semalam.
pix_middle
MENGAGUMKAN...wajah tiruan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.
MENGAGUMKAN...wajah tiruan yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.
Sebelum ini, Chrissy Steltz, 27, tidak pernah membenarkan anaknya melihat wajahnya yang sentiasa disembunyikan di sebalik topeng hitam.
Bagaimanapun, hasil usaha sepasukan doktor yang menghabiskan masa bertahun-tahun membuat penyelidikan secara percuma, wajah tiruan itu berjaya dihasilkan dan sesuai diletakkan pada muka Chrissy.

Uniknya, wajah tiruan itu boleh dipasang atau dibuka mengikut keperluan.

Pakar merujuk kepada gambar Chrissy ketika sebelum insiden itu berlaku untuk mereka bentuk wajah tiruan itu.

Apabila diberikan wajah gantian itu, Chrissy turut menunjukkan pembaharuan itu kepada ahli keluarganya yang berkumpul di pejabat doktor pakar di Eugene, Oregon.

Pada Mac 1999, Chrissy - dari Milwaukie - hilang mata, hidung dan sebahagian besar tengkoraknya apabila rakannya yang mabuk bermain senapang patah yang dicuri.

Ketika berada di bawah pengaruh alkohol, remaja terbabit menarik picu senjata api itu secara tidak sengaja ketika larasnya ditujukan ke mula Chrissy.

Kata Chrissy, dia memang menasihati rakannya supaya jangan bermain senapang patah itu tetapi mereka berkeras dan mendakwa ia tidak berisi peluru.

Akibat tembakan itu, Chrissy koma dan dirawat di hospital selama enam minggu.

Apabila sedar semula, Chrissy tidak tahu apa berlaku ke atasnya tetapi amat kecewa apabila dimaklumkan, dia tidak mampu melihat atau menghidu lagi selepas itu.

Pakar bedah yang merawat Chrissy, Dr Eric Dierks, berkata amat mengagumkan apabila wanita itu masih selamat walaupun mengalami kecederaan parah.

Sehingga kini, masih ada serpihan peluru tertanam di otak Chrissy dan tidak selamat untuk dibedah.

Dia bertemu teman lelakinya di sekolah khas untuk pelajar buta dan mereka tinggal bersama sehinggalah melahirkan anak lelaki pada 23 Julai tahun lalu. - AgensL

Thursday, July 15, 2010

BILA JAHIL AGAMA..TAK PENDULI AGAMA....HUKUM QURAN DIABAI...INI JADINYA...

Onar dalam kebun getah

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
2010/07/16

KUALA PILAH: Nafsu serakah tidak mengenal usia. Itulah kisah malang dialami seorang nenek berusia 68 tahun apabila menjadi mangsa kerakusan seorang lelaki ketika menoreh di sebuah kebun getah, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, nenek malang itu dikatakan menjadi mangsa cabul seorang lelaki berusia 50-an yang juga penoreh getah ketika berseorangan di kawasan itu selepas dikatakan tiba-tiba ghairah melihat warga emas berkenaan lalu menghampirinya dan menolaknya hingga terjatuh.
Suspek yang seolah-olah dirasuk syaitan kemudian menindih badan wanita berkenaan menyebabkan mangsa ketakutan dan tidak berani melawan.

Suspek kemudian bertindak ganas dengan membuka pakaiannya sebelum mencabul mangsa.

Sumber berkata, lebih teruk lagi, lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak itu dikatakan turut mengajak mangsa melakukan hubungan seks, namun ditolak.

Katanya, suspek yang tidak berputus asa untuk menjayakan kerja jahatnya itu dikatakan beberapa kali merayu, namun tidak diendahkan wanita terbabit.

“Selepas lebih 10 minit mencabul mangsa, suspek akhirnya mengalah dan meninggalkan wanita itu seorang diri di kebun getah berkenaan.

“Wanita itu yang terkejut dengan perbuatan suspek pulang ke rumah sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, suspek dan wanita itu dikatakan menoreh di kebun bersebelahan menyebabkan dia mengambil kesempatan mencabul kehormatan mangsa.

Harian Metro difahamkan, sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu terus menyiasat. Beliau berkata, suspek diberkas ketika sedang menoreh di kebunnya sehari selepas polis menerima laporan mangsa.

Katanya, lelaki itu direman reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafaf Baba yang mengesahkan kejadian, berkata polis masih menyiasat kes itu

JIKA ALLAH MENGHENDAKINYA TIADA APA YANG MUSTAHIL BAGINYA...JADI KITA MANUSIA YANG HINA DINA JANGAN MELAWAN HUKUM ALLAH....AKHIRAT MASUK NERAKA BARU TAHU...MEMANG MANUSIA BANYAK TAK SEDAR DIRI...BERLAGAK BILA DAH BERKUASA DAN MEWAH...


NEGARA


Suami Wook Kundor bebas dari pusat pemulihan dadah





MOHD. NO0R melangkah pulang setelah dibebaskan dari Puspen, Besut semalam.




BESUT - "Lepas ni saya nak belajar pondok untuk mendalami ilmu agama."
Itu luahan pertama Mohd. Noor Che Musa, 38, suami kepada warga emas, Wook Kundor sebaik sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut di sini semalam.
Mohd. Noor yang pernah menggemparkan negara apabila mengahwini seorang warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundor dua tahun lalu dibenarkan keluar dari pusat itu selepas selesai menjalani pemulihan selama 12 bulan akibat menagih dadah.
Sejurus dibebaskan, Mohd. Noor yang kelihatan sayu meninggalkan pintu utama Puspen menadah tangan tanda syukur sambil berniat mahu mengubah nasibnya demi masa depan diri dan isteri.
"Selain belajar pondok, saya tekad mencari pekerjaan yang sesuai untuk kehidupan kami suami isteri," katanya ketika ditemui Kosmo! di luar Puspen di sini semalam.
Walaupun kelibat Wook tidak kelihatan sejurus dia dibebaskan semalam, Mohd. Noor tetap tenang dan mahu menjadikan pengalamannya selama 12 bulan di Puspen untuk menjadi manusia berguna.
"Saya janji tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penagihan dadah. Selepas ini, saya mahu menghabiskan banyak masa bersama isteri tersayang dan mahu menjaganya dengan baik," jelasnya.
Mohd. Noor dimasukkan ke Puspen Sungai Besi pada 7 Julai tahun lalu selepas ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Dia bagaimanapun dipindahkan ke Puspen Besut pada 31 Disember tahun lalu atas permintaan Wook yang mengakui kesukaran untuk menziarahi suaminya itu.
Mohd. Noor yang ditemani anak saudaranya keluar dari Puspen semalam akan bertolak ke Tanah Merah, Kelantan sebelum menemui isterinya yang kini tinggal sementara di Beris, Bachok, Kelantan.BESUT BESUT - "Lepas ni saya nak belajar pondok untuk mendalami ilmu agama."
Itu luahan pertama Mohd. Noor Che Musa, 38, suami kepada warga emas, Wook Kundor sebaik sahaja dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut di sini semalam.
Mohd. Noor yang pernah menggemparkan negara apabila mengahwini seorang warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundor dua tahun lalu dibenarkan keluar dari pusat itu selepas selesai menjalani pemulihan selama 12 bulan akibat menagih dadah.
Sejurus dibebaskan, Mohd. Noor yang kelihatan sayu meninggalkan pintu utama Puspen menadah tangan tanda syukur sambil berniat mahu mengubah nasibnya demi masa depan diri dan isteri.
"Selain belajar pondok, saya tekad mencari pekerjaan yang sesuai untuk kehidupan kami suami isteri," katanya ketika ditemui Kosmo! di luar Puspen di sini semalam.
Walaupun kelibat Wook tidak kelihatan sejurus dia dibebaskan semalam, Mohd. Noor tetap tenang dan mahu menjadikan pengalamannya selama 12 bulan di Puspen untuk menjadi manusia berguna.
"Saya janji tidak akan terlibat dalam sebarang bentuk penagihan dadah. Selepas ini, saya mahu menghabiskan banyak masa bersama isteri tersayang dan mahu menjaganya dengan baik," jelasnya.
Mohd. Noor dimasukkan ke Puspen Sungai Besi pada 7 Julai tahun lalu selepas ditangkap oleh sepasukan anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan di Kampung Bukit Tok Bat, Kuala Berang, Hulu Terengganu

NAK MENEMPAH KEMURKAAN ALLAH..TAK PENDULI HUKUM...SEMUA ORANG YANG TERLIBAT BUAT FILEM ADA UNSUR HARAM...MAKA FILEM ITU HUKUMNYA HARAM...MENUNTONNYA PUN HARAM...CUBA TANYA MUFTI2...HARAM TAK

HIBURAN


Babak bogel Zul lulus!






SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem ... Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.
Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.
Bukan hanya kerana filem itu merupakan filem pertama yang mengangkat Zul atau kini dikenali sebagai Zul Suphia'an sebagai pelakon utama untuk watak Muzir, iaitu seorang pengamal ilmu hitam.
Bahkan filem juga menimbulkan kontroversi apabila Zul,35, dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan.
Adegan bogel yang cukup sensitif belum menjadi satu kewajipan dalam minda masyarakat Malaysia dan ia ternyata memberi impak yang cukup besar untuk buah tangan terbaru pengarah Azhari Mohd. Zain itu.


ZUL berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra.



Filem Mantra yang turut dilakonkan Hasnul Rahmat dan Ana Dahlia itu bagaimanapun lulus bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) meskipun diklasifikasikan sebagai 18. Ini bermakna adegan bogel Zul itu lulus untuk dipertontonkan kepada penonton filem!
Dia yang ditemui baru-baru ini memberitahu, tidak pernah menyesal dengan keputusan yang diambil untuk berbogel dalam filem yang menelan belanja sebanyak RM1.5 juta itu.
Kosmo!: Apa yang menyebabkan Zul berani untuk melakonkan adegan bogel itu?
Zul: Saya telah diberitahu awal tentang adegan bogel. Sebelum bersetuju untuk melakukannya saya bertanya terlebih dahulu kepada pengarah dan penulis skrip (Shahriman Wahab) sama ada adegan ini benar-benar perlu atau tidak. Selepas berbincang, adegan bogel sangat perlu kerana ia salah satu ritual dalam amalan ilmu hitam. Pengarah mahu beri gambaran yang jelas tentang ilmu hitam, kalau hanya guna tengkorak atau makan kemenyan, itu sudah biasa dilakukan, jadi kami tampil dengan satu yang lebih realiti.
Apabila Zul borbogel dalam filem, ia tidak secara langsung memberi promosi percuma kepada filem Mantra. Tidakkah ia kelihatan seperti sengaja menimbulkan kontroversi murahan?
Kalau setakat mahu timbulkan kontroversi murahan, saya tidak sanggup buat adegan bogel. Banyak lagi cara boleh timbulkan kontroversi selain berbogel. Saya lakukan kerana perlu dan ingin beri kesedaran kepada penonton apa akibatnya apabila terjebak dengan ilmu hitam.
Adakah Zul sememangnya orang yang tidak kisah dengan pandangan orang lain atau terlalu berani?
Saya memang berani. Berani kerana saya buat benda yang betul. Semasa bersetuju dengan pengarah untuk adegan bogel saya sudah sedia dengan segala tohmahan dan kritikan yang akan saya terima.


BUKAN mahu mencari populariti murahan, Zul sekadar merealisasikan karakter lakonannya.



Mungkinkah Zul lakukannya kerana terdesak atau dipaksa sesiapa?
Tidak. Saya lakukan dengan rela hati, tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Kalau untuk populariti memang tidak benar kerana saya sudah popular dengan lagu Kau Yang Bernama Seri 10 tahun dulu. Saya berbogel kerana bersebab. Jangan sampai jadi seperti Ariel Peterpan sudahlah (ketawa).
Bagaimana perasaan Zul ketika melakonkan adegan itu di hadapan krew produksi?
Saya akui, saya gementar bila lakonkan adegan itu. Namun, dalam masa yang sama saya bersyukur kerana kerjasama yang diberikan oleh seluruh tenaga produksi. Saya bukan berbogel sepanjang masa ketika penggambaran, saya pakai seluar ketat dan tuala. Hanya ketika penggambaran hendak dimulakan baru saya tanya kepada pengarah posisi mana yang dia mahukan. Apabila saya sudah berada dalam posisi itu, baru saya tanggalkan seluar dan tuala serta tutup mana yang patut. Habis sahaja penggambaran krew akan terus membalut tubuh saya dengan tuala.
Rela berbogel untuk kali kedua?
Saya tidak tahu lagi kerana saya perlu meneliti skrip terlebih dahulu. Kalau saya buat pun tidak akan melebihi apa yang saya lakukan dalam filem Mantra kerana itu sudah paling maksimum saya beri.
Ceritakan pengalaman ketika menjalani penggambaran filem Mantra.
Kalau hendak tahu sepanjang penggambaran kami semua dikelilingi makhluk halus. Saya diganggu dua, tiga minggu sebelum penggambaran lagi iaitu ketika saya perolehi skrip. Saya ingat saya seorang saja yang kena rupa-rupanya pengarah dan Hasnul juga mengalami pengalaman yang serupa.


ZUL dan Ana mendokong watak penting dalam Mantra.



Benarkah semua mantera yang digunakan dalam filem Mantra merupakan mantera sebenar untuk memanggil makhluk halus?
Semua mantera yang digunakan adalah mantera betul untuk memanggil makhluk halus dalam bahasa Jawa. Bila tiba bab mantera itu sahaja tiba-tiba sahaja angin yang kuat akan datang. Bayangkan hari-hari saya baca mentera itu, secara tidak langsung saya memanggil makhluk halus untuk datang. Saya juga rasa dimasuki makhluk halus kerana lokasi penggambaran di Lenggong, Perak, merupakan kubur lama yang berusia 500 tahun, selain Penjara Pudu. Pengarah juga melihat saya dan Hasnul berbual dalam bahasa Jawa pada malam hari di bilik selepas penggambaran selesai sedangkan kami berdua tidak tahu bahasa Jawa dan tidak ingat langsung kejadian itu

HANYA 14 TAHUN NI UNDANG2 PENJAJAH..SEPATUT JIKA SABIT DALAM HUKUM ISLAM IA DIREJAM....JAWAB JE LAH DI MAHSYAR NANTI...

Rogol gadis bawah umur


KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini semalam menyaksikan seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan dikenakan 14 sebatan setelah didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur.

Hakim Rofiah Mohamad menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan tujuh sebatan bagi pertuduhan pertama serta hukuman 14 tahun penjara dan tujuh sebatan bagi pertuduhan kedua terhadap Mohd Zain Deraman, 42, dari Kampung Limbat, Kubang Kerian.

Rofiah turut mengarahkan hukuman penjara untuk tempoh berkenaan berjalan secara serentak berkuat kuasa dari tarikh hukuman dijatuhkan iaitu semalam.

Berdasarkan pertuduhan pertama yang dihadapi, Mohd Zain didakwa merogol seorang perempuan Melayu berusia 12 tahun tujuh bulan pada 20 September 2003.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Likong, Limbat dekat Kubang Kerian kira-kira jam 12 tengah hari.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd Zain didakwa merogol mangsa yang sama di rumah yang sama pada awal bulan Disember 2003 kira-kira jam 10 malam.

Atas kesalahan itu, dia didapati melakukan dua kesalahan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Dalam prosiding semalam, Mohd Zain diwakili peguam Mohd Yusoff Yaacob sementara pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin

Wednesday, July 14, 2010

PERKARA BEGINI CEPAT DAPAT SAMBUTAN...TAK BOLEH PAKAIAN TU SOPAN...ADA TUJUAN TERSIRAT BERPAKAIAN CAMNI

VARIA


Senaman tarian gelek



RAMAI wanita menyukai senaman tarian gelek kerana kelebihannya dalam menguat otot perut sekali gus mencantikkan penampilan keseluruhan tubuh.



TARIAN gelek yang bermula sejak 6,000 tahun pada zaman Mesopotamia (Turki) seringkali disalah tafsir kerana gaya pemakaian menjolok mata dan pergerakan yang mengghairahkan.
Bagaimanapun, tarian gelek sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri dalam membantu wanita membentuk susuk tubuh dan mengempiskan perut mereka.
Pusat kecergasan Celebrity Fitness, 1 Utama, Petaling Jaya, tidak mahu ketinggalan memberi pendedahan asas mengenai gerak langkah tarian gelek dengan mengadakan bengkel selama tiga hari bermula 3 Julai hingga 5 Julai lalu.
Bengkel tersebut yang turut disertai peserta luar negara seperti Singapura, Filipina, Taiwan, Indonesia, China, Thailand dan banyak lagi dikendalikan oleh pakar tarian Sepanyol dan klasik Argentina, Angeles Cayunao, 37.
Angeles berkata, tarian gelek banyak memberi manfaat kepada mereka yang melakukan senaman tersebut termasuk mempertingkatkan postur dan menguatkan otot.
"Individu yang mengamalkan gerakan tarian gelek juga akan melihat kesan secara fizikal di bahagian perut dan kaki.
"Ini kerana gerakan dalam tarian ini menyebabkan otot di bahagian itu bergerak mengikut rentak dikehendaki," katanya yang pernah menjadi juri tarian gelek di peringkat antarabangsa.
Dalam pada itu, Angeles menambah, tarian gelek boleh disamakan dengan melakukan senamrobik kerana kedua-duanya memerlukan tenaga yang banyak dalam setiap langkah dilakukan.
Katanya, masih ada perbezaan di antara kedua-dua senaman itu kerana tarian gelek memerlukan daya tahan dan kekuatan otot yang tinggi.
"Tarian gelek merupakan antara cabang yang terdapat dalam tarian Arab selain fusion dan folklore. Setiap negara memiliki gaya tersendiri dalam melakukan tarian gelek lantaran mengikut variasi kebudayaan masing-masing.
"Pergerakan, muzik dan adat resam turut memainkan peranan kerana setiap negara berbeza sama sekali dan itu antara keunikan dalam tarian gelek yang boleh menggabungkan semua dalam satu tarian," ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Choi Kwang Ho berkata, pihaknya sentiasa menganjurkan bengkel dan aktiviti menarik untuk ahli-ahlinya demi memastikan mereka sentiasa teruja melakukan senaman.
"Penganjuran bengkel antarabangsa sebegini tentu sekali akan memberi kepuasan kepada ahli-ahli dan orang ramai yang menyertainya. Kami berbesar hati kerana terdapat ramai peserta dan penari antarabangsa mengambil bahagian dalam bengkel kali ni," katanya.

Tuesday, July 13, 2010

APA MACAM..MALAYSIA BOLEH KOD...

NEGARA


Urut badan guna payu dara



PELACUR yang menggunakan payu dara untuk urutan badan ke badan ditahan di Kepong semalam.



KUALA LUMPUR - Khidmat mengurut badan ke badan nampaknya terus menjadi trend terkini premis urut untuk menarik lebih ramai pelanggan mendapatkan khidmat pelacur warga asing.
Semalam, polis membongkar kegiatan itu di sebuah pusat refleksologi yang beroperasi secara haram di Taman Sungai Besi di sini apabila menahan dua wanita China, dua rakyat Mynmar dan seorang Indonesia berusia di antara 22 dan 37 tahun.
Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran di samping bergelumang dengan aktiviti mengurut secara batin dan badan ke badan menggunakan payu dara.
Turut ditahan ialah seorang bapa ayam berusia 36 tahun yang bertanggungjawab melacurkan wanita-wanita tersebut.
Modus operandi mereka ialah setiap pelacur akan menggoda pelanggan supaya mengambil pakej urutan batin dan jika bersetuju, mereka akan melakukan aksi yang lebih ghairah iaitu mengurut badan ke badan menggunakan payu dara dengan bayaran serendah RM80.




BILA HUKUM HUDUD YANG BERPANDU QURAN NAK DILAKSANAKAN.....




ADA
YANG MENENTANG ATAU TAK MAHU DILAKSANAKAN...
ATAU ENTAH APA SEBAB 2
LAIN YANG MENJADIKAN MEREKA TIDAK MAHU...HANYA ALLAH SAJE YANG TAU...



SEDANGKAN
SEMUA ORANG AGAMA LEBIH2 MUFTI2 TAHU KEWAJIPAN PERLAKSANAANNYA.....KECUALI
ORANG JAHIL YANG TIDAK TAHU KEWAJIPAN PELAKSANAKANNYA



MUNGKIN GULUNGAN INI MENOLAK...ATAS SEBAB



1. TELAH BERZINA..MENCURI,,MEROGOL

MINUM ARAK...BERJUDI ..MENINGGALKAN SEMBAHYANG@SOLAT...DLL..



ATAU



2.ADA MEMPUNYAI CITA2 DAN BERANGAN2 NAK BERZINA..MENCURI,,MEROGOL

MINUM ARAK...BERJUDI ..MENINGGALKAN SEMBAHYANG@SOLAT...DLL..



SEBAB JIKA DILAKSANAKAN...MEREKA LAH YANG DULU KENA...



TAK KAN ORANG NI HENDAK@RELA DIPOTONG TANGAN...DIROTAN 100X ATAU DIREJAM DAN SEBAGAINYA..




DAN ORANG MACAM NI PULAK KITA NAK BELA ATAU HENDAK KITA KESIAN...TAK KE LUCU




KESIAN TU BIARLAH BERTEMPAT...

DAN NAK BELA PUN BIARLAH BENDA YANG HAQ ATAU ORANG BENAR LAGI SOLEH...
 

NEGARA


Wanita dirogol, dibunuh


SEPASUKAN anggota polis forensik memeriksa mayat wanita yang ditemui rentung di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang semalam.


IPOH - Seorang wanita menjadi mangsa jenayah kejam apabila dia bukan sahaja dipercayai dirogol malah dibunuh sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di tepi Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan Perak-Pahang kira-kira 80 kilometer dari sini semalam.
Wanita berusia dalam lingkungan 30-an yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui dengan hampir 80 peratus tubuhnya terbakar. Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira pukul 8 pagi.
Difahamkan, selain menjumpai cebisan pakaian seperti coli dan seluar jean milik mangsa berhampiran kawasan kejadian, polis turut menemui beberapa titisan minyak diesel yang dipercayai digunakan untuk membakar mayat mangsa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pihaknya mengambil masa selama 40 minit untuk tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan Perak-Pahang.
"Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak dan dibakar di situ kerana pemeriksaan awal mendapati hampir seluruh tubuh mangsa hangus terutama pada alat sulitnya.
"Penjenayah bertindak demikian untuk menghapuskan bukti tetapi kita perlu menunggu laporan forensik bagi menentukan kesahihannya," katanya kepada pemberita semalam
 

Isteri hilang sejak seminggu



2010/07/15

REMBAU: Seorang suami diburu kebimbangan selepas isterinya menghilangkan diri secara misteri sejak seminggu lalu dan hingga kini gagal dikesan.
Kamaruzaman Othman, 47, berkata kehilangan isterinya, Litasuria Wahidin, 37, membuatkan hidupnya tertekan kerana pelbagai usaha dilakukan untuk mencari wanita itu, namun menemui kegagalan.
Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian Rabu minggu lalu, dia keluar menghantar anaknya ke sekolah berhampiran kira-kira jam 7 pagi.

“Isteri saya pula keluar ke Pekan Rantau bersama seorang jiran kerana mempunyai urusan di bank sebelum dia terus hilang tanpa khabar berita sehingga kini.

“Jiran memberitahu ketika berada di pekan, isteri saya pergi ke mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank,” katanya yang bersedih dengan kehilangan isterinya itu.

Menurutnya, isterinya ada memberitahu dia ingin berjumpa dengan seorang rakan di situ selepas pergi ke ATM.

Katanya, jiran yang turut pergi bersamanya ke pekan berasa pelik kerana isterinya tidak muncul selepas beberapa lama menunggu di situ.

“Selepas puas menunggu, jiran itu cuba menghubungi telefon bimbit isteri saya, namun gagal menyebabkan dia menghubungi saya memaklumkan kejadian itu “Apa yang lebih membimbangkan adalah keselamatannya kerana saya takut kalau dia ditimpa perkara buruk,” katanya yang mempunyai lima anak berusia antara dua hingga 15 tahun hasil perkongsian hidup dengan isterinya.

Katanya, dia meminta kerjasama orang ramai yang melihat isterinya supaya menghubunginya di talian 019-3477358 dan Shahrin Othman di talian 019- 6232104 atau balai polis berhampiran