Sunday, July 11, 2010

BILA KESALAHAN MORAL TIDAK MEMALUKAN LAGI....JIKA ISLAM MEMANG PEMBUAT MUNGKAR YANG NYATA

DUNIA


Model berbogel semasa bulan madu




LONDON - Satu rakaman gambar menunjukkan model terkenal, Katie Price (gambar) berbogel bersama suaminya,
Alex Reid di sebuah lokasi di Thailand, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu berbulan madu di negara itu dan menandatangani satu perjanjian dengan sebuah stesen televisyen untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka.
Pasangan itu membayar £600,000 (RM2.89 juta) kepada stesen televisyen ITV2 untuk hak menyiarkan majlis perkahwinan dan bulan madu.
Gambar model itu berbogel dirakamkan semasa dia berada di balkoni tempat penginapan mereka.
Suaminya, Reid yang merupakan penggusti kurungan kemudian menyertai Price berbogel. - Agensi






DUNIA


Ibu terkejut anak luar nikah Ronaldo




LONDON - Keluarga pemain bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo (gambar) berasa terkejut dengan tindakan bintang itu yang mahu menjaga sendiri anak lelakinya yang diperoleh menerusi sumbangan seorang ibu tumpang, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu Ronaldo, Maria Dolores dos Santos Aveiro pada mulanya terkejut apabila bintang bola sepak itu memberitahunya dia akan menjadi bapa.
Satu sumber dekat dengan bintang bola sepak itu memberitahu, keluarga Ronaldo menganggap anak berkenaan perlu dibesarkan oleh ibu dan bapanya secara bersama dan bukannya oleh bintang bola sepak tersebut secara bersendirian.
"Terdapat perbalahan dan beberapa anggota keluarga enggan memberikan restu kepada anak Ronaldo," kata sumber itu.
Menurut sumber itu, terdapat luka dalam keluarga yang perlu dibaiki oleh Ronaldo dan ia memerlukan masa.
Ronaldo mengumumkan dia menjadi bapa kepada seorang bayi yang baru dilahirkan selepas Portugal tersingkir pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan baru-baru ini.
Identiti bayi itu bagaimanapun dirahsiakan oleh Ronaldo. - Agensi

No comments:

Post a Comment