Friday, July 30, 2010

DENGAN ALLAH MEREKA TAK MALU....DENGAN MANUSIA APA TAH LAGI...MUNGKIN SEMUA PIHAK LEPAS TANGAN DAN MENYALAHKAN ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN....

Tidak segan silu bermadu kasih


AYER KEROH – Suasana Taman Botanikal yang terkenal dengan sebagai tempat riadah keluarga setiap petang, di sini tercemar dengan kegiatan pasangan muda-mudi bermadu kasih.

Lebih mengejutkan, tempat itu bukan saja menjadi tumpuan pasangan tempatan, malah dalam kalangan pasangan warga asing seperti Indonesia dan Bangladesh.

Tinjauan Sinar Harian, semalam selepas mendapat maklumat daripada orang awam mendapati beberapa pasangan mengambil kesempatan di kawasan tersorok daripada pandangan di taman itu untuk melakukan maksiat.

Tindakan mereka ini yang tidak segan silu menggunakan taman riadah keluarga untuk kegiatan tidak bermoral sekali gus mencemarkan kawasan berkenaan.

Salah seorang peniaga di situ yang dikenali sebagai Din, 28, berkata, dia sering melihat karenah muda-mudi menjadikan kawasan taman itu untuk bermadu kasih, sepanjang berniaga di situ sejak lima bulan lalu.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja pasangan yang datang dan melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

“Hutan rekreasi ini kelihatan lebih luas dan gelap jika dibandingkan daripada taman bunga biasa yang lebih terbuka pada pandangan orang ramai.

“Kalau dilihat, bukan taman ini sahaja, terdapat juga taman-taman lain yang menjadi mangsa melepaskan nafsu,” katanya.

Din berkata, laluan sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian khas untuk pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna kereta ’Buggy’ turut memudahkan kegiatan itu dilakukan.

Selain itu, katanya, taman botanikal yang terdapat banyak pokok memudahkan lagi pasangan untuk melakukan perkara terkutuk di sebalik pandangan orang ramai.

“Mereka tidak kisah duduk di atas tanah, diserang nyamuk dan sebagainya. Apa yang penting mereka dapat melepaskan nafsu masing-masing.

“Pasangan ini juga bagaikan sudah biasa melakukan perkara sumbang di taman ini kerana mereka sudah biasa dengan keadaan jalan dan sudah mempunyai kawasan ataupun tempat sendiri untuk menjalankan ‘projek’,”katanya.

Beliau berkata, biasanya pasangan tersebut memilih waktu tengahari memandangkan ketika itu tidak ramai pengunjung ke sini.

“Mereka gemar datang seawal 1 petang kerana orang ramai sedang bekerja dan tidak mempunyai masa ke sini.

“Jadi, di waktu inilah pasangan tersebut menjalankan kerja masing-masing kerana berasa lebih selesa tanpa ada mata yang memerhatikan gerak-geri mereka.

“Jika dibandingkan waktu petang keadaannya agak berbeza kerana ramai keluarga yang datang di samping pengunjung yang bersenam dan berjogging di sini,”katanya.

Din berkata, dia juga pernah menangkap beberapa pasangan yang sedang berasmara berhampiran tandas di situ.

“Bagaimanapun, pasangan ini biasanya hanya dilepaskan begitu sahaja dan dinasihatkan supaya tidak membuatnya lagi,”katanya.

Seorang pelajar, Razlan Musa, 23, berkata, dia yang sering beriadah di sini terkilan kerana pasangan muda-mudi datang tidak segan silu berpelukkan dan bercumbu di hadapan orang ramai.

“Kadang-kala apabila berjogging ternampak juga perbuatan tidak bermoral mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment