Saturday, July 10, 2010

NAFSU TAK DAPAT DIBENDUNG...TERPENGARUH FILEM LUCAH...AGAMA DIABAIKAN SYAITAN MUDAH MENYESATKAN...LUPA PADA MATI...NI KESANNYA

Cut Tari tak berani keluar



2010/07/11

JAKARTA: Cut Tari (gambar) yang sudah mengaku dan memohon maaf kepada orang ramai berhubung pembabitannya dalam video seks dengan penyanyi utama kumpulan Peterpan, Ariel, kini takut untuk muncul di khalayak ramai.
pix_middle

Hingga malam semalam, Cut, suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan keluarga mereka yang lain memilih untuk mengurung diri dalam rumah.

Sementara itu, kesihatan ibu model, pelakon dan pengacara terkenal televisyen Indonesia itu dikatakan terjejas teruk akibat skandal video berkenaan.

“Dia dirawat di rumah oleh doktor keluarga,” kata Seno, pengawal kediaman keluarga Cut.

Cut dan rakan selebriti, Luna Maya memohon maaf kepada rakyat Indonesia berhubung kes video itu Khamis lalu sementara Ariel, lelaki yang terbabit dalam video seks dengan kedua-dua wanita itu masih enggan berbuat demikian. - Agensi

No comments:

Post a Comment