Tuesday, July 6, 2010

MUNGKAR KIAN BERCAMBAH DAN BILA NAK BERHENTINYA

Siang belajar malam kerja spa korek



2010/07/07

PETALING JAYA: Pusat refleksologi yang dipercayai menawarkan pakej urutan batin di Dataran Sunway, Kota Damansara di sini, dikesan dilindungi pihak tertentu malah dipercayai turut menggunakan khidmat pelajar warga asing genit bagi tujuan kegiatan tidak bermoral.
Malah, pelajar terbabit dikesan menjalankan kegiatan ‘spa korek’ itu pada waktu malam sebagai pekerja dan menjelang siang sebagai pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi di ibu kota.
Ini terbukti apabila dua pelajar wanita warga asing ditahan bersama 10 wanita warga asing lain termasuk dari China, Indonesia, Myanmar dan Indonesia berusia 20 hingga 30 tahun dalam dua serbuan berasingan di dua pusat refleksologi, kira-kira jam 11 malam kelmarin. Dalam serbuan pertama, dua pelajar masing-masing warga China dan Indonesia ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka menyalahgunakan pas pendidikan dan lawatan sosial dengan melakukan kegiatan tidak bermoral.

Timbalan Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor, Johari Supardi, berkata serbuan dilakukan selepas menerima maklumat awam dan risikan pihaknya yang mengatakan premis itu turut menyediakan khidmat seks dengan pakej RM150 selain urutan badan.

Katanya, serbuan kedua dijalankan di sebuah lagi pusat refleksologi di belakang premis pertama dan menahan empat lagi wanita warga asing.

Menurutnya, dalam serbuan itu, seorang wanita Indonesia cuba bersembunyi dengan meniti di papan tanda iklan pusat itu yang terletak di tingkat satu, tetapi dikesan apabila anggota penguat kuasa yang menjalankan pemeriksaan ternampak kakinya.



Sindiket lacur pelajar tumpas di hotel bajet



2010/07/07

MELAKA: Hanya dengan bayaran serendah RM50 hingga RM60, tubuh mereka boleh diratah sepuasnya oleh lelaki berhidung belang.
Itu nasib tiga gadis remaja belasan tahun yang diperalat satu sindiket yang melacurkan pelajar sekolah di hotel bajet sekitar bandar raya ini demi mengaut keuntungan segera.
Difahamkan, sindiket terbabit baru saja menjalankan kegiatan haram mereka kira-kira dua bulan lalu dengan didalangi tiga individu iaitu seorang wanita dipercayai ibu ayam bersama dua pembantunya iaitu seorang wanita dan seorang lelaki yang juga anggota tentera.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit menemui noktahnya petang kelmarin apabila polis Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri diketuai Asisten Superintendan Noor Zarini Ariffin membuat serbuan di dua hotel bajet berasingan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pihaknya menahan tiga anggota sindiket dan empat pelanggan berusia 20-an di samping tiga pelacur remaja berusia belasan tahun.

“Kami menerima maklumat awal dan laporan seorang mangsa mendakwa dia dilacurkan dan dipaksa melayan pelanggan di hotel sekitar daerah Melaka Tengah. Berikutan itu, kami melancarkan operasi khas bagi mengesan sindiket terbabit.

“Kami percaya dengan tertangkapnya tiga individu terbabit, sindiket pelacuran yang mengeksploitasi remaja belasan tahun yang masih bersekolah dalam aktiviti pelacuran ini sejak Mei lalu dapat ditumpaskan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 43 (1) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara sehingga 15 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan,” katanya


Sindiket lacur pelajar tumpas

BUKIT BERUANG - Polis Melaka berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran pelajar belasan tahun berikutan penahanan tujuh orang, termasuk seorang wanita yang dipercayai bertindak sebagai ibu ayam.

Polis turut menyelamatkan tiga pelajar perempuan sekolah menengah di negeri ini yang dipercayai telah digunakan sindiket terbabit untuk melayan pelanggan.

Selain ibu ayam yang berumur 20-an itu, turut ditahan seorang wanita dan seorang lelaki kerana disyaki membantu ibu ayam terbabit dalam aktiviti pelacuran.

Seramai empat lelaki yang dipercayai pelanggan juga ditahan.

Difahamkan, sindiket berkenaan mengenakan bayaran antara RM60 dan RM80 bagi mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan pelajar terbabit.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, satu operasi khusus telah dijalankan polis bagi mengesan dan menangkap suspek berikutan laporan dibuat salah seorang pelajar yang mendakwa telah diminta melayan pelanggan.

Mohd Adnan berkata, siasatan polis mendapati sindiket itu sudah mula menggunakan hotel di negeri ini untuk menjalankan aktiviti pelacuran sejak Mei lalu.

“Bagaimanapun, polis masih belum dapat mengenal pasti sudah berapa lama sindiket ini beroperasi kerana siasatan masih dijalankan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Negeri, di sini, semalam.

Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 43(1)(b) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara 15 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Dengan penahanan ini, polis percaya telah dapat mematahkan satu sindiket pelacuran yang menggunakan pelajar perempuan belasan tahun di negeri ini,” katanya

No comments:

Post a Comment