Thursday, July 1, 2010

TERKENAL TIDAK JUGA MEMBAWA KEBAHGIAAN

Bintang popular Winter Sonata ditemui mati


SEOUL - Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Park Yong-Ha, 33, ditemui mati di rumahnya di Nonhyeon-dong, Seoul, semalam.

Menurut kenyataan polis, mayat Yong-Ha ditemui ibunya dalam keadaan tergantung dengan leher dijerut wayar pengecas bateri telefon bimbit.

Pelakon popular yang menjadi kegilaan ramai di beberapa negara Asia itu dilaporkan telah meluangkan masa bersama bapanya, seorang penghidap kanser, pada sebelah malam hari Selasa.

Yong-Ha mula yang lahir pada 12 Ogos 1977 mula terkenal selepas berlakon sebagai Kim Sang-Hyuk dalam drama bersiri :Winter Sonata: pada 2002.

Artis itu juga pernah mengeluarkan album, antaranya :Fiction: (2004), :Will Be There :(2006), :Once in a Summer: (2009) dan :Stars: (2010).

Selain muncul dalam filem :If It Snows on Christmas: (1998) dan :The Scam :(2009), Yong-Ha juga berlakon dalam beberapa drama bersiri popular seperti :What A Tough Woman: (1997), :Sunflower: (2000), :Loving You: (2002), :On Air :(2008) dan :The Slingshot :(2009).

Pelakon itu juga sudah dipilih untuk memegang watak utama dalam drama televisyen :Comrades, Almost a Love Story: dan penggambaran dijadualkan pada bulan ini.

Beberapa artis terkenal Korea Selatan dilaporkan membunuh diri sebelum ini, antaranya Lee Eun-Joo yang membunuh diri pada 22 Februari 2005 dan Choi Jin-Sil pada 2 Oktober 2008.

Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo-hyun pula membunuh diri pada 23 Mei 2009 manakala konglomerat dan bekas pengerusi Kumpulan Doosan, Park Yong-oh, membunuh diri pada November 2009.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Korea Selatan, hampir 24 daripada setiap 100,000 penduduk negara itu membunuh diri pada 2007, berbanding hampir 20 di Jepun, 17 di Finland dan 14 di Switzerland.

No comments:

Post a Comment