Saturday, July 3, 2010

GANAS TAK GANAS SEORANG BAPA...INI YANG DIKESAN YANG TIDAK BAGAIMANA...

Suspek rogol tiga anak kandung berjaya diberkas


2010/07/04

KOTA KINABALU: Seorang petani yang diburu polis sejak Selasa lalu kerana disyaki merogol tiga anak kandungnya, berjaya diberkas di rumahnya di Kampung Talangkapas, Kota Marudu, kira-kira 150 kilometer (km) dari sini, malam kelmarin.

Suspek berusia 43 tahun ditangkap kira-kira jam 8 malam hasil maklumat penduduk kampung itu yang menghubungi polis selepas mengetahui lelaki berkenaan berada di rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof, berkata sepasukan anggota polis dan Unit Anjing Pengesan bergegas ke rumah mangsa dan mengepung premis itu sebelum melakukan serbuan.

Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan pemeriksaan lanjut dalam rumahnya menemui 32 kelongsong peluru senapang patah bersama 10 unit bahan peledak. Soal siasat mendapati suspek mempunyai senjata api buatan sendiri iaitu `bakakuk', tetapi kita tidak menemui senjata itu di rumahnya,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Mohd Isa berkata, lelaki itu kini ditahan reman seminggu di Balai Polis Kota Marudu untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Petani terbabit menjadi buruan polis selepas bekas isterinya membuat laporan mendakwa suspek merogol tiga anak kandung mereka sejak awal tahun ini dengan kejadian terbaru dilaporkan berlaku Jumaat minggu lalu.

Lelaki itu yang berpisah dengan isterinya lima tahun lalu, tinggal bersama ketiga-tiga anak perempuannya berusia 11, 13, dan 14 tahun di kampung berkenaan yang terletak kira-kira 15km dari pekan Kota Marudu.
Dia dikatakan menjadikan anaknya berusia 14 tahun sebagai mangsa pertama sebelum dua lagi adik mangsa turut dijadikan sasaran melepaskan nafsu buasnya dan dipercayai
dilakukan berulang kali.

Kejadian itu dipercayai dilakukan secara berulang dan mangsa dikatakan diugut supaya merahsiakan perbuatan jijik itu.

Bagaimanapun, mangsa berusia 11 tahun menceritakan perlakuan keji bapa mereka kepada ibu saudaranya yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum wanita terbabit menghubungi ibu tiga beradik itu yang bekerja di Sandakan.

No comments:

Post a Comment