Wednesday, July 7, 2010

KES NI TERPINGGIR DAN KECIL DAN TAK BOLEH JADI HUJAH BERKENALAN DAHULU...DIKHUATIRI MELANGGAR SYARAK

Derita isteri pengantin baru

Oleh Nazarali Saeril

2010/07/07

JOHOR BAHRU: Malam pertama pengantin baru sepatutnya dihiasi dengan terpenuhnya impian menikmati hubungan kelamin mengasyikkan, namun sepasang suami isteri diibaratkan ‘menunggu buah tidak gugur’ apabila si lelaki gagal mencapai ereksi walaupun 11 kali mencuba pada setiap minggu selama tiga bulan yang akhirnya membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka.
Si suami yang tertekan dengan kegagalan memenuhi tanggungjawab batin, akhirnya akur dan terpaksa melepaskan isteri manakala wanita dengan gelaran janda berhias itu pula kini sudah berkahwin dengan lelaki lain beberapa bulan selepas bercerai.
Senario didedahkan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang itu mungkin kelihatan tidak masuk akal berikutan pasangan berkenaan baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Namun, ia memang berlaku di kalangan masyarakat walaupun tidak banyak pendedahan dibuat mereka yang terbabit dengannya.

Menurut Musa, kes perceraian itu diuruskan olehnya dan bukan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya bagi pedoman kepada pasangan berkahwin lain.

Katanya, kes itu berlaku tidak lama dulu dan membabitkan pasangan yang disatukan hasil perbincangan ibu bapa serta keluarga masing-masing.

“Pasangan ini tidak pernah bertemu tetapi setuju melangsungkan perkahwinan kerana sayang serta hormat orang tua.

“Mereka hanya bertemu beberapa kali sebelum bernikah dan kedua-duanya yang berusia 30-an tinggal berjauhan, suami di pantai timur manakala isteri di Lembah Klang.

“Pengantin baru itu bertemu sekali setiap hujung minggu akibat keterbatasan waktu kerana sibuk dengan karier masing-masing,” katanya.

Semuanya bermula pada malam pertama perkahwinan pasangan itu tetapi masing-masing memberi perangsang serta peluang kemungkinan kerana mereka tidak pernah mengenali diri pasangan lebih mendalam sebelum berkahwin.

Bagaimanapun, si isteri mula kecewa kerana suami gagal melaksanakan tanggungjawab batinnya setiap kali bertemu pada hujung minggu malah tidak mahu mencuba buat kali kedua jika gagal kali pertama.

“Setiap kali mencuba ia gagal dan pasangan berkenaan mula meluahkan rasa tidak puas hati masing-masing hingga akhirnya si isteri menuntut cerai ketika usia perkahwinan mereka mencecah enam bulan.

“Secara teorinya, memang pasangan itu bersama untuk enam bulan tetapi hanya tiga bulan awal saja mereka cuba melakukan hubungan suami isteri. Akhirnya si suami setuju dan mencapai kata sepakat berpisah sebagai penyelesaian terbaik,” katanya.

Menurut Musa, pasangan berkenaan bertemunya dan mendaftar di mahkamah untuk membubarkan perkahwinan sebelum berpisah secara baik tidak lama kemudian.

Kes kedua dikendalikannya beberapa bulan lalu juga hampir sama cuma pasangan terbabit sudah dikurniakan dua cahaya mata.

No comments:

Post a Comment