Dewi Persik ratu 'goyang gergaji'
2010/07/04
DEWI PERSIK mempersembahkan 'goyang gergaji'.
JAKARTA: Peminat muzik dangdut Indonesia kini mempunyai satu lagi tarikan baru iaitu Dewi Persik yang memperkenal aksi 'goyang gergaji' dianggap setanding atau lebih seksi dibandingkan Inul Daratista sebagai pengasas gaya 'goyang gerudi' menurut laporan, semalam.
Penyanyi itu mengakui meminati pelbagai jenis tarian dan pada masa ini amat menyukai tarian perut penyanyi berasal dari Colombia, Shakira yang menunjukkan bakatnya dalam lagu ‘Waka Waka’ untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan
Dewi menggayakan tarian goyang perut ala Shakira itu di depan wartawan.
“Saya meminati Shakira dan Madonna. Saya suka tarian perut Shakira,” kata Dewi Persik atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung yang lebih dikenali dengan Depe.
Katanya, beliau peminat bola sepak dan tidak lupa menyaksikan pertandingannya.
“Saya akan ‘menggelabah’ jika tidak menonton pertandingan itu. Sekurang-sekurangnya, saya ingin tahu siapa pemenang,” katanya.
“Pihak pengurusan kadangkala meminta saya bekerja lebih masa, berikutan itu saya perlu patuh kerana itu punca pendapatan saya. Kerjaya perkara nombor satu,” katanya, merujuk kepada syarikat Republik Cinta Management.
Bagaimanapun, Depe tetap tidak melupakan Piala Dunia 2010 kerana ia kejohanan empat tahun sekali.
Depe mengaku sempat bertaruh dengan meneka jumlah gol bersama wartawan pada sesi forum dengan polis Indonesia mengenai penyalahgunaan dadah.
“Ketika Jerman menentang England saya ramal Jerman menang 1-0, tetapi pasukan itu nyata lebih kuat selepas menang 4-1. Apapun, ramalan saya Jerman akan menang memang tepat,” katanya.
Depe mengaku beliau memang akrab dengan beberapa wartawan, malah ada antara mereka yang pernah menginap di rumahnya. – Agens
Cynthiara syak peminat edar gambar bogel
2010/07/04
Cynthiara Alona
Cynthiara percaya, mereka yang terbabit melakukannya terlalu taksub untuk melihatnya tidak berpakaian dan berkongsi dengan orang lain
Kes saya masih lagi disiasat. Berdasarkan apa yang diketahui, penyebar gambar itu bukan hanya seorang tetapi ramai lagi yang turut serta
“Mungkin peminat suka melihat bentuk tubuh saya hingga yang dalam juga mahu dilihat,” kata Cynthiara ketika pelancaran filem Obama Anak Menteng di Plaza FX, beberapa hari lalu.
Artis itu yang merasa dirinya dizalimi, begitu berharap pihak yang bertanggungjawab atas kes itu dapat dikesan dan beliau menaruh harapan tinggi kepada pihak polis dalam perkara itu.
“Saya menjangka orang yang bertanggungjawab itu akan dikesan juga dan yakin dengan polis akan berjaya sedangkan pihak berkuasa boleh menyelesaikan kes pengganas, perkara ini pasti boleh selesai juga.
“Siasatan akan diteruskan dan saya akan menemui penyiasat minggu depan di pejabat mereka untuk memeriksa kemajuan penyiasatan. Peguam saya akan menguruskannya,” kata pelakon yang bergandingan dengan ratu dangdut baru, Dewi Persik dalam filem Setan Budeg (Syaitan Pekak). – Agensi
Klip lucah KD, Ariel
2010/07/04
SKANDAL klip video lucah vokalis kumpulan Peterpan Ariel, terus 'mengheret' nama beberapa orang lagi artis negara itu dan terbaru, penyanyi Krisdayanti dikatakan turut terbabit dengan 'adegan panas' bersama Ariel. Peguam Krisdayanti atau KD, Elsie Lontoh ketika ditemui wartawan berkata, beliau sudah memaklumkan perkembangan terbaru itu kepada penyanyi terbabit
“KD menafikan sekeras-kerasnya malah memberitahu saya bahawa dia ingin melihat sendiri rakaman itu, jika benar pelakonnya menyerupai wajah beliau,” katanya. – Agensi
DUNIA
Miyabi mahu berlakon dengan Ariel
|
|
JAKARTA - Bintang filem pornografi terkenal dari Jepun, Maria Ozawa menawarkan diri untuk berlakon bersama dengan penyanyi popular Indonesia, Ariel Peterpan kerana tertarik apabila melihat susuk tubuh dan ketampanan wajahnya, lapor akhbar Kompas semalam.
Dia yang terkenal dengan panggilan Miyabi dan pernah mencetuskan kontroversi menerusi beberapa buah filem berbaur lucah berkata, Ariel memang diminatinya bukan kerana skandal klip video seks dengan aktres Luna Maya dan Cut Tari.
"Saya tertarik kerana dia memiliki fizikal tubuh impian wanita dan bukan sebab isu penyebaran video panas itu," kata Maria, 23, yang mendakwa kes Ariel, 29, mendapat perhatian di Jepun dan ramai bersimpati dengan nasib lelaki itu.
Model kacukan Jepun-Kanada-Perancis itu berkata, jika berpeluang dia mahu berlakon dengan Ariel dalam filem genre seram, komedi atau romantis kerana dia sudah meninggalkan bidang pornografi tiga tahun lalu. - Agensi
No comments:
Post a Comment