Wednesday, August 11, 2010

CERITA YG SENTIASA ADA DI DADA AKHBAR.....AKIBAT HUKUM ALLAH DIABAIKAN


TERKINI


Bayi dijumpai di dalam tong sampah

11/08/2010 6:33pm

MELAKA — Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Ayer Keroh di sini menemui seorang bayi perempuan di dalam sebuah tong sampah berhampiran tempat kerjanya, awal pagi ini.
Mohd. Asri Shaari, 44, berkata, beliau yang ketika itu baru lepas bersahur di kantin kilang, memeriksa tong sampah berkenaan selepas terdengar suara tangisan bayi pada kira-kira pukul 5.15 pagi.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sini beliau berkata selepas diperiksa beliau menemui bayi yang masih bertali pusat itu dalam sebuah beg di dalam tong sampah tersebut.
Katanya beliau terus menghubungi polis, dan bayi itu kini berada di Hospital Melaka untuk pemeriksaan lanjut.
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohd Adnan Abdullah berkata polis sudah menahan seorang remaja lelaki dan remaja perempuan yang bekerja di kilang berkenaan, bagi membantu siasatan.
Katanya kedua-dua mereka yang berumur 18 tahun dan berasal dari Gemas, Negeri Sembilan itu dipercayai pasangan kekasih yang baru bekerja di kilang berkenaan sejak sebulan lalu.
"Kedua-dua suspek direman mulai hari ini sehingga Sabtu ini dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya. — Bernama



TERKINI


Mayat wanita separuh bogel ditemui

11/08/2010 5:28pm

SUNGAI PETANI – Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui di sebuah ladang getah berhampiran Taman Kelisa Ria di sini pagi tadi.
Mayat yang tidak dikenali itu hanya berbaju-T, manakala seluar dalamnya terlondeh sehingga paras lutut dengan muka tersembam ke tanah dan tangan kirinya diikat dengan dawai, kata Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali.
Mayat itu yang dipercayai berketurunan Melayu atau Siam berumur awal 20-an dijumpai oleh seorang penoreh getah kira-kira 10 pagi.
"Polis masih menyiasat punca kematian mangsa dan belum boleh memastikan sama ada mangsa telah dirogol, dibunuh di tempat lain atau di tempat mayatnya ditemui,” kata Hashim.
Orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mengetahui tentang kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Teh Boon Keong di talian 012-3284837. – Bernama



TERKINI


Mayat wanita warga asing ditemui dijerut

11/08/2010 1:41pm

KUALA LUMPUR – Polis menemui mayat seorang wanita warga asing dengan kesan jerutan di lehernya, di dalam bilik sebuah pangsapuri di tingkat tujuh Plaza Pudu di sini, semasa melancarkan Ops Dadu di plaza berkenaan tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, mayat itu ditemui anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, semasa pasukan itu membuat serbuan di beberapa unit pangsapuri di plaza berkenaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.
Katanya, semasa memeriksa sebuah pangsapuri di tingkat tujuh plaza itu, polis menemui dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai pelacur di dalam salah sebuah bilik.
"Ada satu lagi bilik berkunci, dan selepas dibuka tuan rumah, polis menemui mayat seorang wanita berumur 31 tahun tertiarap di atas katil dalam keadaan separuh bogel, dengan kesan jerutan di lehernya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini malam tadi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita yang masih belum dikenal pasti identiti itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.
Khairi berkata, polis kemudian menahan pemilik pangsapuri itu yang berusia 67 tahun, lelaki kedua yang dipercayai pelanggan yang berumur sekitar 40-an, dan dua wanita dipercayai pelacur dalam lingkungan umur sekitar 30-an, bagi membantu siasatan. – Bernama



NEGARA


Pelacur China jual tubuh depan tandas mati dijerut



ANGGOTA polis mengusung mayat seorang wanita China yang ditemui mati dengan kesan jerut di lehernya di Plaza Pudu kelmarin.



KUALA LUMPUR - Malang menimpa seorang pelacur warga China apabila dia ditemui mati dengan kesan jerutan di leher di dalam sebuah bilik di sebuah rumah di tingkat tujuh pangsapuri Plaza Pudu di sini kelmarin.
Mayat separuh bogel berusia 31 tahun itu ditemui pada pukul 10.30 malam dalam keadaan tertiarap di atas tilam oleh sepasukan polis dari Cawangan Anti Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur yang sedang melakukan operasi Ops Noda.
Difahamkan ketika serbuan, terdapat dua lagi pelacur di dalam rumah tersebut yang sedang berbual-bual dengan dua lelaki tempatan di ruang tamu.
Berdasarkan keterangan yang diambil, dua pelacur tersebut merupakan rakan kepada mangsa. Mereka menyangka mangsa hanya tidur di dalam bilik.
Lokasi pelacuran tersebut pernah disiarkan Kosmo! 19 Jun lalu dengan wartawan menyamar sebagai pelanggan bagi mendapatkan khidmat pelacur yang menjual diri mereka depan tandas.
Empat hari kemudian, polis telah melakukan operasi dan dapat menahan seramai lima pelacur warga China.
Salah seorang daripada mereka kemudian bertindak melondehkan seluar hingga menampakkan punggungnya akibat geram dengan tindakan jurugambar yang mengambil gambar mereka ketika dibawa untuk perintah tahanan reman.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya percaya mangsa telah dibunuh pelanggannya dalam tempoh 24 jam berdasarkan penemuan kondom yang telah digunakan berdekatan mayat



DARA SANGAT BERNILAI..MENENTUKAN SUCI LEBIH MULIA



DUNIA


Gadis 17 tahun lelong dara di TV





GAMBAR menunjukkan wajah Miss Spring.




BUDAPEST - Seorang gadis di Hungary akan melelong daranya menerusi sebuah stesen televisyen secara langsung, lapor sebuah akhbar semalam.
Remaja tersebut yang berusia 17 tahun dan dikenali sebagai Miss Spring menyatakan, dia akan menyerahkan daranya kepada lelaki yang membayar harga tertinggi itu sebaik sahaja usianya mencecah 18 tahun.
Dia dilaporkan berbuat demikian bagi mengumpul wang untuk menyelamatkan rumah milik keluarganya daripada dilelong akibat hutang tertunggak.
"Hubungan seks itu cuma untuk semalam. Bagi saya, ia agak romantik kerana saya melakukannya dengan lelaki yang membayar wang untuk membantu keluarga saya daripada kehilangan tempat tinggal. Dia adalah penyelamat saya," katanya.
Pada mulanya, gadis itu mahu merahsiakan identitinya tetapi mengubah fikiran apabila kisahnya disiarkan media tempatan. - Agensi

No comments:

Post a Comment