Pelajar tahan lelaki skodeng
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/08/04
mfirdaus@hmetro.com.my
2010/08/04
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu itu, mangsa yang berseorangan di dalam tandas tiba-tiba melihat kelibat seorang lelaki berusia lewat 20-an asyik mengintainya dari luar menerusi dinding tandas berkenaan.
Menurut sumber, mangsa menghubungi rakannya yang berada berhampiran kawasan berkenaan untuk meminta bantuan.
“Mangsa bergegas keluar sebelum pergi ke kawasan belakang tandas untuk menahan suspek.
“Suspek terkejut sebaik melihat kehadiran remaja berkenaan sebelum cuba melarikan diri,” katanya.
Sumber berkata, bagaimanapun pelajar perempuan itu menghalang suspek menyebabkan berlaku pergelutan.
“Suspek ditahan dengan bantuan orang ramai,” katanya.
Beliau berkata, mangsa menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
“Polis tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian sebelum membawa suspek ke balai untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sumber berkata, mangsa tampil ke Balai Polis Sungai Besi di sini, sebelum membuat laporan kejadian itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955
“Sehingga kini, kami (polis) mengemas kini kertas siasatan dan menunggu perintah mahkamah untuk membuat pertuduhan,” katanya.
Warga emas khalwat lelaki muda
Oleh Ramli Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/08/04
am@hmetro.com.my
2010/08/04
Lagipun kamu sebelum ini sudah berkahwin dengan empat lelaki walaupun sudah bercerai,” kata Hakim Syarie Norazizi Abdul Rahman di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Norazizi berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau enam bulan penjara terhadap seorang ibu tunggal yang ‘berselera muda’ kerana berkhalwat dengan seorang lelaki berusia 35 tahun pada Jun lalu.
Hukuman terbabit dijatuhkan Norazizi apabila tertuduh, Mek Som Kasim, 54, mengaku salah berkhalwat dengan Ibrahim Yusooff selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapannya.
Dia bagaimanapun menundukkan kepala kerana terkejut dengan hukuman tinggi dikenakan terhadapnya.
Selain Mek Som, pasangannya yang masih bujang turut dijatuhkan hukuman denda RM1,600 atau enam bulan penjara selepas mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Kanan Syarie Kelantan, Masnira Kadir, meminta mahkamah menjatuhkan hukuman lebih berat dan setimpal dengan perbuatan yang dilakukan sebagai pengajaran.
Pasangan itu didakwa di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Dalam serbuan di rumah wanita berkenaan kira-kira jam 1 pagi pada 22 Jun lalu di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Sungai Terah, Gua Musang, Mek Som yang berkemban ditahan bersama lelaki terbabit dalam bilik tidurnya.
Bagaimanapun, ketika Skuad Amru bersama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) diketuai Penolong Pegawai Penguat kuasa Agama Jajahan, Husnie Adabi Abdul Kadir, memasuki rumah itu, Ibrahim yang memakai kain pelikat melarikan diri.
Ibrahim yang menunggang motosikal kemudian menyerah diri sebaik terserempak dengan Skuad Amru di Bandar Lama Gua Musang setengah jam selepas serbuan dilakukan
Lelaki cemburu ugut sembelih isteri
2010/08/04
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi Jumaat lalu, pasangan terbabit mulanya bertengkar dan si suami yang berang terus mengambil pisau di dapur sebelum menerpa ke arah isterinya.
Menurut sumber polis, suami mangsa mengacukan pisau ke leher isterinya dan memaksa mangsa menjawab segala pertanyaannya.
“Selepas mendapat jawapan dimahukan, lelaki berkenan menyimpan kembali pisau digunakan itu sebelum beredar keluar dari rumah,” katanya.
Menurutnya, kira-kira jam 9 malam, pasangan berkenaan sekali lagi bertengkar dan suaminya dikatakan tidak berpuas hati selepas keluarga mangsa berada di rumah mereka.
“Kali ini, suaminya memberi amaran dan mengugut mencederakan mangsa selepas keluarga wanita itu pulang.
“Berikutan itu, mangsa yang takut keselamatannya dan juga anak terancam membuat laporan polis berhubung ugutan dibuat suaminya itu,” katanya.
Menurut sumber, setakat ini mangsa beberapa kali membuat aduan polis berhubung sikap cemburu suaminya selain menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
“Wanita berusia 30-an itu bekerja sebagai jururawat dan suaminya yang kuat cemburu dan panas baran sebelum ini pernah membuat kecoh di tempat isterinya bekerja.
“Malah, wanita terbabit mendakwa sebelum ini rumahnya pernah diceroboh dan dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan suaminya sendiri namun enggan membuat laporan polis,” katanya.
Menurutnya, mangsa juga pernah menarik kembali laporan polis dibuatnya kerana dikatakan tidak sanggup melihat suaminya ditahan bagaimanapun kejadian kali ini membuatkan hatinya benar-benar terguris dan bimbang lelaki terbabit bertindak di luar dugaan.
“Berikutan aduan itu, polis menahan suami mangsa dan selepas siasatan serta keterangannya diambil, lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.
No comments:
Post a Comment