IA BUKAN JAWATAN YG MENGAMBARKAN JAWATAN MAKSUM..RAMAI ULAMAK DAHULU MENOLAK JAWATAN MUFTI
Mufti perlu juarai semua isu berkaitan IslamJohari Jaafar | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
IPOH, 29 Julai: PAS Perak menggesa para mufti menjuarai semua isu berkaitan umat Islam di negara ini dengan merujuk sumber al-Quran dan as-Sunnah tanpa memilih dan tidak dipengaruhi mana-mana sentimen politik. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Khairuddin Abdul Malik berkata, hanya tindakan sebegitu yang mampu mengelak sebarang label negatif oleh rakyat terhadap mufti. Menurutnya, label negatif terhadap mufti yang berlaku hari ini adalah akibat mereka dilihat hanya menjuarai isu-isu yang berkepentingan bagi pihak Umno BN dan senyap dalam isu-isu besar membabitkan pemimpin negara. "Apabila mufti bersikap pasif dan membisu dalam isu-isu yang dirasakan penting oleh rakyat, tiba-tiba sekarang mufti terlibat langsung dalam kemelut politik yang dilihat partisan tentulah sukar bagi rakyat menerimanya dengan baik sangka. "Lebih-lebih lagi apabila umum mengetahui mufti pernah memberikan ucapan-ucapan yang ditafsirkan sebagai menyebelahi Umno," katanya merujuk kepada kes menimpa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Murfti juga, menurutnya dilihat hanya bersuara dalam isu murtad sedangkan banyak lagi isu-isu lain yang juga memerlukan penjernihan semasa daripada ulama. Rakyat katanya, mahu melihat mufti lebih dari itu iaitu turut memberi pandangan berhubung salah laku elit dalam sistem kehakiman negara dan agensi-agensi penting kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). "Ini perkara yang mengecewakan rakyat yang cintakan Islam. Juga isu-isu tersebut menjadi faktor utama yang melambatkan proses dakwah dan transformasi (islah) dalam negara ini untuk menuju negara yang diredhai Allah. "Kecuali dalam isu murtad. Rakyat tertunggu-tunggu respons dan teguran mufti dalam isu-isu besar seperti pengumpulan kekayaan di kalangan pemimpin Umno, pendakwaan terpilih, kehakiman yang songsang, pelanggaran amanah oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (contohnya royalti minyak Kelantan dan Terengganu 1999), kes perangkap seks dan rasuah oleh Umno dan SPRM bagi menjatuhkan Kerajaan PR Perak, kenyataan-kenyataan anti Islam oleh pemimpin-pemimpin Umno, dan penggadaian kedaulatan negara kepada Singapura dan Brunei oleh Umno BN," katanya. Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, beliau juga melahirkan kekesalan terhadap 'sebahagian kecil' warga negara ini yang didakwanya terlibat dalam budaya menggunakan label-label yang kasar dan melampau terhadap Mufti Perak. Bagaimanapun dalam kontrovesi terbaru yang melibatkan isu perpaduan Melayu yang cuba diterokai oleh mufti tersebut, beliau menyarankan kepada Harussani menjernihkan segera suasana agar beliau tidak terus dipandang serong oleh masyarakat ISU ZINA Cubaan merogol, culik gagalBESUT 29 Julai – Seorang pemuda dan remaja berusia 15 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan mereka menculik dan merogol seorang pelajar perempuan gagal setelah kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam sebuah parit. Bukan sahaja gagal, malah kedua-duanya turut ditangkap kira-kira sejam setengah selepas itu oleh penduduk kampung dan polis yang melancarkan gerakan memburu mereka. Kejadian bermula apabila kedua-dua suspek menculik mangsa, Nur Muni Ainun Izzati Mohd. Roslan, 15, yang ketika itu baru keluar dari pintu pagar sekolahnya pada pukul 4.30 petang semalam. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Supritendan Noor Zainy Md. Noor berkata, pelajar itu dipaksa menaiki kereta jenis Perodua Kenari namun berlaku pergelutan antara mereka menyebabkan kenderaan itu gagal dikawal. Katanya, kereta itu kemudian terbabas di sebuah parit di Kampung Limbongan dekat sini, kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa diculik. “Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. “Kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan pelajar itu di dalam kereta. Suspek yang berusia 23 tahun cedera di kepala manakala rakannya tidak mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, suspek yang cedera kemudian membuang bajunya sebelum mencuri baju lain di ampaian sebuah rumah bagi mengelakkan dirinya dikesan. Menurut Noor Zainy, kejadian culik itu bagaimanapun disedari beberapa pelajar lain yang melihat mangsa bergelut sebelum dibawa masuk ke dalam kereta itu. Katanya, pelajar-pelajar itu juga melihat beg mangsa terputus dan tertinggal di tempat kejadian. “Mereka kemudian memaklumkan kepada guru dan penduduk kampung sebelum melaporkannya kepada polis. “Hasil operasi yang dijalankan, kedua-dua suspek berjaya ditahan di sebuah rumah di Kampung Alor Jejawi, Kuala Besut kira-kira 5 kilometer dari tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Katanya, jika disabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun penjara dan denda jika sabit kesalahan. Selain itu, tambahnya, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. ISU MUAMALAT ISLAM Amalina seksi diburuOleh Shanty Nur Shaffizan Shafee 2010/07/30 IMBAS...laporan Harian Metro, semalam. Difahamkan, Amalina yang baru berusia 23 tahun kini memiliki aset bernilai puluhan juta ringgit dan menjalani kehidupan mewah seperti melancong ke luar negara serta menggayakan pakaian berjenama bagi meyakinkan pelabur baru. Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata pihaknya kini memantau pergerakan suspek yang dipercayai masih giat meneruskan kegiatan itu. “Wanita terbabit dipercayai mempunyai pengaruh kuat di kalangan ahli skim terbabit kerana bijak berlakon kononnya pelaburan berasaskan produk kesihatan itu wujud dan mempunyai lesen jualan langsung yang sah. “Pada setiap kali perjumpaan, suspek akan berlakon dengan menceritakan kehidupannya yang susah ketika bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, namun kerana berani membuat pinjaman untuk melabur, dia hidup mewah pada usia muda,” katanya ketika ditemui, semalam. Rohaimi berkata, pihaknya mengumpul maklumat risikan serta memantau pergerakan suspek sebelum menahannya dalam tempoh terdekat. “Buat masa ini, kami menahan reman 59 orang dipercayai ahli sindiket itu untuk siasatan lanjut. Jika terdapat bukti kukuh berlaku penipuan dalam pelaburan ini, polis akan mengambil tindakan membekukan aset mereka yang dipercayai mencecah lebih RM10 juta,” katanya 10 ciri skim piramidKUALA LUMPUR 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menyiarkan di akhbar 10 ciri perniagaan skim piramid yang tidak mengikut peraturan, bagi mengelakkan masyarakat terus tertipu.Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, masih ramai rakyat di negara ini yang terpedaya dengan skim tersebut, walaupun kerajaan menasihatkan mereka supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pelaburan. Antara ciri skim piramid itu ialah anggotanya perlu merekrut ahli baru, menjual produk dengan harga yang tidak bersesuaian dengan barangan dan perlu membayar sejumlah wang yang tinggi seperti ditetapkan syarikat. "Saya berharap orang ramai dan pelbagai pihak perlu melindungi diri sendiri dan tidak tertipu dengan skim ini, yang dari awalnya berniat menipu peserta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kejayaan polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di Petaling Jaya. Ismail Sabri berkata, kerajaan memandang serius skim itu dan melakukan pemantauan berterusan, selain mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha skim tersebut. Selain berdepan tindakan digantung atau dibatalkan lesen serta didenda, mereka juga akan dihadapkan ke mahkamah jika ramai yang tertipu dengan skim itu, katanya. Beliau berkata, penguatkuasaan Akta Jualan Langsung (Pindaan 2010) akan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan aktiviti jualan langsung beretika, selain melarang segala kegiatan berbentuk Skim Piramid dan Skim Cepat Kaya bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna. - BERNAMA ISU ZINA DAN ROGOL LAGI 2 lagi pernah jadi mangsaKUALA LUMPUR 29 Julai – Pemandu van yang ditahan kerana merogol seorang murid berusia 10 tahun di Petaling Jaya dekat sini Isnin lalu, disyaki pernah melakukan jenayah sama terhadap dua mangsa lain.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perkara itu terbongkar hasil soal siasat terhadap suspek yang berusia 51 tahun. “Dia mengaku pernah merogol dua mangsa lain sebelum ditahan selepas merogol mangsa terakhir yang menaiki vannya di Jalan Othman, Petaling Jaya. “Perbuatan terakhir suspek pada pukul 1.40 petang itu terbongkar apabila dilihat oleh seorang guru tadika yang melalui tempat kejadian. “Guru itu cuba menyelamatkan mangsa sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu disedari oleh dua anggota polis yang meronda lalu menahan suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Menurut Arjunaidi, suspek kemudian berjaya ditahan ketika masih berada di dalam van tersebut, hasil maklumat orang ramai. Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Dalam kes berasingan pada hari sama di Kelana Jaya, seorang lagi murid perempuan tahun enam turut menjadi mangsa nafsu buas pemandu van sekolah apabila dicabul lelaki itu. Arjunaidi berkata, suspek berusia 37 tahun itu dilaporkan memegang kemaluan mangsa ketika murid itu berseorangan dalam kenderaan untuk dihantar ke sekolah pada pukul 6.40 pagi. Beliau berkata, mangsa yang terkejut dengan tindakan itu, menjerit meminta tolong sebelum keluar dari kenderaan tersebut dan melarikan diri. “Setakat ini, kita masih mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri sejurus selepas kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” kata beliau ISU MENCURI Sindiket curi kereta ke pasaran antarabangsaIPOH 29 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti sindiket yang terlibat dalam kegiatan mencuri kereta di negara ini untuk dijual di pasaran antarabangsa.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan ini berikutan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menyedari wujudnya kegiatan tersebut yang kini bergerak aktif di seluruh negara. Menurutnya, PDRM juga sedang meningkatkan kerjasama dengan polis di negara-negara ASEAN dan negara lain bagi mengenal pasti sindiket terbabit. Katanya, Bahagian Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang mengumpul maklumat terkini modus operandi sindiket itu yang mempunyai rangkaian di seluruh negara sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Menurut beliau, pihaknya sedang memantau keadaan itu dan tindakan akan diambil sebaik sahaja maklumat terperinci mengenainya di perolehi dari sumber risikan polis. “Sejak enam bulan pertama tahun ini, Bukit Aman berjaya menemui semula 46 buah kenderaan curi di beberapa negara ASEAN manakala 36 lagi di beberapa negara di luar rantau Asia. “Kita ada lakukan tangkapan tetapi tidak ada bukti untuk mendakwa mereka dan oleh itu kita perlu kumpulkan bukti yang kukuh sebelum mendakwa mereka yang terlibat,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) seluruh Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini. Ismail diminta mengulas laporan yang mendakwa syarikat insurans di negara ini membayar tuntutan hampir RM400 juta akibat kegiatan curi kereta oleh sebuah sindiket antarabangsa tahun lalu. Menurut laporan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), 8,673 buah kenderaan persendirian kebanyakannya buatan Jepun dilaporkan dicuri tahun lalu oleh sindiket yang menjualnya di China, Kemboja, Sierra Leone dan Afrika Selatan. Tambah Ismail, polis negara terbabit juga sedang memantau kegiatan sindiket itu dan sedang mengkaji langkah susulan yang perlu diambil bagi membanteras kegiatan tersebut daripada berulang. “Kita mempunyai pakar risikan selain menjalinkan kerjasama dengan rakan sejawat kita di negara berkenaan dan saya yakin kita akan dapat mengesan modus operandi sindiket itu. “Polis juga kini hanya menunggu masa untuk melaksanakan tindakan susulan bagi melumpuhkan sindiket tersebut,” katanya ISU RIBA DAN MEMINJAM Ah long diculik, dibelasah peminjamJOHOR BAHRU 29 Julai - Kisah ceti haram atau ah long memukul dan bertindak ganas terhadap peminjam sering dilaporkan di akhbar-akhbar sebelum ini.Bagaimanapun lain pula berlaku di sini, apabila si peminjam pula menculik dan menuntut wang tebusan RM30,000 daripada keluarga dua ah long. Dalam kejadian pukul 11.15 malam, 5 Julai lalu, kedua-duanya diculik di kawasan Danga Bay di sini, sebelum menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut tebusan. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, bimbang dengan keselamatan mangsa, keluarga mereka membayar RM5,000 melalui akaun bank manakala baki RM25,000 secara tunai. "Kedua-dua mangsa kemudian dibebaskan. Ketika ditemui mereka mengalami kecederaan hampir di seluruh bahagian badan dipercayai akibat dipukul. "Kenderaan kepunyaan mangsa juga turut dilarikan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. Mohd. Mokhtar berkata, bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan tujuh warga tempatan termasuk dua wanita berusia 16 hingga 42 tahun di Kota Tinggi, pada 15 hingga 17 Julai lalu. Beliau berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM6,500 dan sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa yang dilarikan. Sehubungan itu, pihaknya juga kini sedang memburu dua lagi individu iaitu Al Annaz Wahid, 18, yang beralamat di 32, Felda Tenggaroh 2, Jemaluang, Mersing. Katanya, seorang lagi ialah Mohd. Hadi Hamdan, 29, yang beralamat di 199F, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, Mersing, bagi membantu siasatan kes itu. Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kulaijaya di sini, hari ini, lima individu daripada tujuh yang ditahan dituduh menculik Lew Wei Your, 19, dan Leow Own Keong, 30, untuk mendapatkan wang tebusan RM30,000 setiap mangsa. Tertuduh ialah Mohamad Awan A. Bakar, 23; Wan Karmizi Muhamad, 28; Ismail Jaafar, 39; Rasman Ahmad, 42, dan Aida Jamhalie Samson. Aida Jamhalie merupakan warga Filipina. Kesemua tertuduh lelaki bekerja sebagai penarik kereta serta wanita itu didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya A. Karthiyayini manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. Majistret Siti Aishah Ab. Rashid kemudian memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi tanpa menetapkan sebarang tarikh ISU PELACURAN..BERGAUL BEBAS..BUKA AURAT...ARAK Tidak serik walaupun telah 10 kali diserbuPULAU PINANG 29 Julai - Walaupun telah diserbu sebanyak 10 kali dan kali terakhir pada Isnin lalu, sebuah pusat hiburan di Lorong Madras berhampiran Jalan Macalister di sini tidak pernah serik menjalankan kegiatannya. Buktinya, apabila diserbu kali ke-11 kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi, polis menahan 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Vietnam dan Indonesia sedang berpelukan dengan pelanggan masing-masing. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua wanita terbabit berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan dalam 'Ops Noda' yang dijalankan oleh anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri. Menurutnya, selain menahan kesemua GRO itu, pihaknya turut menahan pekerja premis berkenaan. "Serbuan dilakukan selepas polis membuat risikan selama tiga hari selain menerima maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti yang dijalankan di premis ini melibatkan pekerja warga asing. "Hasil pemeriksaan, kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya di sini hari ini. Menurut Kong Meng, kesemua GRO yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk tindakan selanjutnya mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1959/63 kerana menyalahguna visa pelancong. Katanya, pemilik premis yang mengendalikan pusat hiburan itu pula disiasat mengikut Seksyen 55b (1) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggaji dan melindungi pekerja asing tanpa permit. Isnin lalu, polis menahan seramai 28 GRO dan seorang pekerja yang kesemuanya berusia antara 20 hingga 30 tahun di pusat hiburan tersebut ISU RANCANGAN TV DAN RADIO...MASALAH AURAT...BERGAULAN BEBAS...DALAM SIRI DRAMA MELAYU...ADA TAK...IA MENYUMBANG KERUNTUHAN MORAL REMAJA DAN UMAT ISLAM Intisari Rancangan TV3Jumaat 30 Julai 20106.00 999 6.30 Malaysia Hari Ini 7.00 Buletin Pagi 7.15 Sambungan Malaysia Hari Ini 9.00 Berita Terkini 9.05 Toon Disney: Donald Duck Presents 9.30 TV3 Kids News 9.32 Nickelodeon: Avatar - The Last Airbender 10.00 Berita Terkini 10.02 Haiwan Teladan 10.30 The Mummy 11.00 Bizworld 11.02 Majalah 3 12.00 Berita Terkini 12.02 Wanita Hari Ini 12.58 My TV3 Capsule 1.00 Al-Hidayah 1.30 Cerekapilihan: Dosa Semalam 3.30 Naluri: Jalan Taqwa - Gigolo 4.00 Berita Terkini 4.02 Sambungan Naluri 4.28 My TV3 Capsule 4.30 Kisah Kaisara: Rupa Atau Sikap 5.00 Al-Kuliyyah 6.00 Bizworld 6.05 Jula Juli 7.00 TV3 Kids: Naruto Shippuden 7.28 Jurnal Protege 7.30 Marchen Awaken Romance 8.00 Buletin Utama 9.00 Zehra: Janji Kekasih 10.00 Mega Movie: The Game Plan 11.58 My TV3 Capsule 12.00 Nightline 12.30 Kapten Kit 1.30 Upik, Abu & Laura 2.30 Spa Q 3.30 Apa Apa Aje 4.30 Cinta Tsunami 5.00 Chef Jo ISU HUKUM BEKERJA SEBAGAI ARTIS..DAN MENYANYI Dengarnya: Tak berduit, tapi hidup mewahKADANG-kadang Cik Normah hairan melihat kehidupan mewah segelintir artis kita, terutama artis wanita. Berlakon tak seberapa, tapi boleh hidup senang lenang. Bukan setakat itu, tapi mewah, ada yang kereta besar menjalar dua tiga buah depan rumah. |
| ||||||||||||||||||||||||
Da Ma Cai | Magnum 4D | Sports Toto | ||||||||||||||||||||||
|
|
DAN BANYAK LAGI ISU AGAMA YANG PERLU DITANGANI WAHAI TUAN2 MUFTI...ALLAH AKAN TANYA DI AKHIRAT NANTI...KITA KHUATIR UMAT ISLAM JADI ROSAK DAN SESAT ATAS TINDAK TANDUK KITA...JANGAN KITA TEROPONG SALAH ORANG...TEROPONG JUGA SALAH DIRI SENDIRI....ADAKAH KITA MAKSUM DAN DIJAMIN MASUK SYURGA...BEGITU USTAZ HEBAT2...HIDUP PENUH KEMEWAHAN...YANG SELALU KELUAR DIKACA TV...ADA TAK...MEREKA NI MEPERJUANGKAN ISLAM SECARA SYUMUL...
No comments:
Post a Comment