Thursday, August 26, 2010

DAH SIKAP MACAM TU...IKUT ISLAM KAWIN 4..MUNGKIN SELESAI MASALAH KECUALI 4 PUN TAK CUKUP...TAK DAPAT DEN MENOLONG...

DUNIA


Tiger Woods luah perasaan sedih






PARAMUS, New Jersey - Pemain golf No. 1 dunia, Tiger Woods kelmarin mengakui bahawa sikapnya yang suka berpoya-poya menjadi punca dia berpisah dengan model dari Sweden, Elin Nordegren.
Dua hari selepas penceraian dan sehari sebelum bermula perlawanan golf kejohanan US PGA, Woods, 34, meluahkan perasaan selepas sehari majalah People menyiarkan wawancara pertama bersama Elin.
"Memang tindakan saya membawa kepada keputusan ini. Saya membuat banyak kesilapan dalam kehidupan. Itulah yang perlu saya harungi sekarang," kata Woods yang berharap dia akan belajar menjadi manusia lebih baik.
Ditanya adakah dia berasa lega apabila penceraian itu sudah selesai, Woods menjawab: "Saya tidak fikir itu perasaannya. Saya fikir ia lebih sedih. Tiada siapa berkahwin untuk bercerai, sebab itulah ia sangat menyedihkan."
Woods memberitahu, menguruskan penceraian adalah proses yang menyakitkan dan lebih sukar daripada yang difikirkannya. Pasangan itu kini cuba membantu dua anak mereka iaitu Sam dan Charlie untuk berdepan dengan perceraian tersebut.
Woods juga menyatakan dia tidak berkecil hati dengan isterinya. "Saya doakan dia yang terbaik dalam semua perkara. Ini adalah saat sukar dalam kehidupan kami," katanya yang kemudian diam apabila ditanya sama ada dia masih mencintai Elin atau tidak.
Selepas lima bulan tidak menyertai sebarang pertandingan untuk menjalani kaunseling dan menyelamatkan perkahwinannya, Woods hanya mampu menduduki tempat keempat dalam kejuaraan US Masters dan US Open pada Jun lalu.
Woods sebelum ini pernah dikaitkan dengan lebih 13 orang wanita, skandal yang sekali gus memusnahkan hubungannya dengan Elin. - Agensi


'Hidup saya bagai di neraka'



2010/08/27

WASHINGTON: Bekas isteri Tiger Woods berkata, kecurangan pemain golf itu selama ini membuatkan dia berasa amat bodoh dan hidup umpama dalam neraka.
pix_middle
Elin Nordegren bersuara buat kali pertama mengenai skandal seks bekas suaminya dengan memberitahu majalah People, dia menghadapi insomnia dan mengalami penurunan berat badan akibat tekanan daripada berita sensasi mengenai kecurangan Woods.
Dia juga mula mengalami masalah keguguran rambut beberapa hari sebelum kes perceraiannya selesai. “Penderitaan saya bagaikan hidup dalam neraka,” kata Elin, 30, bekas peragawati berketurunan Sweden dalam temu bualnya.

Woods mengahwini Elin pada Oktober 2008 di Barbados dan mereka dikurniai seorang anak perempuan, Samantha, 3, dan seorang anak lelaki, Charlie berusia 19 bulan. Kes perceraian pasangan itu selesai dalam sesi perbicaraan selama 10 minit di Florida, Isnin lalu. Woods yang mempunyai hubungan sulit dengan sebilangan perempuan simpanan sehingga menjejaskan imejnya mengaku menjadi punca perceraian ini. Pengakuan pertama Woods itu dibuat ketika memulakan pertandingan PGA AS di New York yang disertainya, semalam. “Keputusan perceraian ini berpunca daripada tindakan saya,” kata Woods. “Saya sudah melakukan banyak kesilapan dalam hidup ini dan kini saya terpaksa menanggung risikonya,” katanya lagi.

Ketika ditanya adakah kini dia lega kerana kes perceraiannya sudah selesai, Woods berkata, dia amat sedih.

Elin pula memberitahu majalah People, dia terkejut dan tidak percaya apabila mendapat tahu Woods berlaku curang dan menipunya. Dia mula bertanya kepada diri sendiri apabila lebih banyak skandal seks Woods terbongkar termasuklah skandal bersama pelakon filem lucah, pelayan bar dan pengurus kelab Las Vegas. “Saya rasa begitu bodoh apabila lebih banyak skandalnya terbongkar. Bagaimana saya boleh tidak tahu mengenainya?” kata Elin.

“Istilah pengkhianatan tidak cukup untuk semua ini. Hidup saya sudah musnah,” katanya. - AFP

No comments:

Post a Comment