Memey tidak cemburu gandingan Abby-Norman
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pelakon muda, Memey Suhaiza (gambar), 22, tiada sebarang masalah apabila kekasihnya, Norman Hakim, 34, berlakon bersama bekas isterinya.Ujarnya, Norman sudah memaklumkan dari awal lagi yang dia akan berlakon dalam telemovie Sabar bersama Abby Abadi, 32.
Telemovie Sabar arahan Erma Fatima itu merupakan lakonan pertama yang menggandingkan bekas suami isteri itu sejak berpisah hampir dua tahun lalu.
"Tiada perasaan cemburu jauh sekali marah kerana selain di set pengambaran ini, Norman memang hampir setiap hari berjumpa dengan bekas isterinya kerana urusan anak-anak.
"Saya sebenarnya turut dipanggil untuk berlakon telemovie yang sama tetapi terpaksa menolak kerana terikat dengan jadual penggambaran lain.
"Jika saya lapang, saya memang tiada masalah untuk digandingkan bersama mereka tetapi saya tidak pasti bagaimana pula di pihak Kak Abby," ujar Memey ketika dihubungi hari ini.
Bagi Memey, dia menganggap semua itu adalah tuntutan kerja dan sebagai seorang pelakon perlu bersifat profesional serta tiada hak untuk memilih dengan siapa mereka mahu berlakon kerana ia adalah tugas penerbit.
Semalam, Utusan Malaysia menyiarkan gambar gandingan Norman dan Abby di set penggambaran telemovie komedi itu yang akan disiarkan di TV3 pada hari raya nanti.
Mengulas persiapan majlis pertunangannya dengan Norman yang akan dilangsungkan pada hari raya keempat iaitu 13 September ini, Memey berkata, setakat ini ia baru dalam lingkungan 50 peratus sahaja.
Dia yang sibuk menjalani pengambaran telefilem Osman Berani untuk Astro Ria hanya berkesempatan menguruskan sebahagian barang hantarannya hari ini dan selebihnya akan diselesaikan di kampungnya di Kota Tinggi, Johor nanti
Ikatan cinta Memey
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
2010/08/31
akmar@hmetro.com.my
2010/08/31
Ketika dihubungi Memey dalam nada ceria berkata, keluarga kedua-dua pihak setuju mengadakan majlis pertunangan itu pada hari raya keempat di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Merpati dua sejoli ini saling mengenali lebih dua tahun lalu dan khabarnya cinta mula berputik ketika berlakon bersama dalam drama Pasrah.
“Minggu lalu saya dan Norman balik ke kampung saya dan keluarga mula berbincang mengadakan majlis pertunangan itu. Ikutkan hati saya tak mahu bertunang kerana kami saling memahami dan mengenali hati budi tapi abang (Norman) mahu saya merasai proses dari mula iaitu merisik, bertunang dan baru diijabkabulkan.
“Dia mahu saya melalui semua pengalaman itu. Pada majlis pertunangan itu nanti, baru keluarga kami akan berbincang jumlah hantaran dan tarikh kami akan disatukan. Insya-Allah majlis kenduri dan persandingan akan dilangsungkan awal tahun depan kerana tidak mahu bertunang lama-lama. Sekiranya semua okey, lebih baik disegerakan.
“Untuk majlis pertunangan ini, akan ada dulang hantaran. Berapa jumlahnya... juga dalam perbincangan. Saya akan bertanya kepada emak apa yang patut dibeli sebagai hantaran balas kepada abang
Pilih Disember
Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my
2010/08/31
maiamalina@hmetro.com.my
2010/08/31
Menurut usahawan muda berusia 27 tahun itu, beliau dan Marion, 30, sudah sepakat memilih Disember depan untuk bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah, namun tarikhnya masih belum diputuskan lagi memandangkan kedua-duanya perlu menyelesaikan beberapa urusan terlebih dulu.
“Kami belum lagi memilih tarikh yang sesuai untuk bergelar suami isteri, tetapi yang pastinya majlis bahagia itu nanti akan berlangsung pada Disember ini di ibu negara.
“Walaupun tiada penetapan tarikh dibuat tapi saya dan Marion sudah bersedia, malah kami bersyukur kerana keluarga kedua-dua belah pihak merestui perhubungan ini dan mereka juga bersetuju dengan perancangan awal (majlis) yang sudah dibuat setakat ini,” katanya, semalam.
Difahamkan sebelum bergelar isteri kepada Nasaruddin, Marion atau nama sebenarnya Marion Rose Counter akan terlebih dahulu memeluk Islam sekitar bulan depan atau Oktober sebaik selesai menjalani rakaman program E! News Asia dan The Biggest Loser Asia musim kedua.
Akhbar sebelum ini melaporkan kisah pasangan itu yang menyulam kasih selama lima tahun tetapi berjaya merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum, selain tidak pernah membuat kenyataan rasmi mengenainya
Laporan turut menyebut, Marion yang juga anak kelahiran Pulau Pinang memberitahu media, terpaksa merahsiakan hubungan cinta suci itu atas sebab dan alasan tertentu, khususnya bagi menjaga nama baik kekasih hatinya yang cemerlang dalam dunia korporat.
Katanya lagi, Nasaruddin kurang gemar menggembar-gemburkan hubungan percintaan mereka sebelum keputusan sah dicapai dan mereka bakal melangsungkan perkahwinan selain tidak mahu terkena tempias glamor
Bagaimanapun, kini kedua-dua pasangan merpati sejoli berkenaan mengambil keputusan mengumumkan berita gembira terbabit bagi mengelak tercetusnya sebarang spekulasi kurang menyenangkan
No comments:
Post a Comment