Tuesday, August 31, 2010

LOK PUN....ELAK PERKARA TAK ELOK...NI CARA TERBAIK

Aida temu jodoh

Oleh Esme Johari Wahab
esme@hmetro.com.my
2010/09/01

KUALA LUMPUR: Selepas empat tahun menjanda, aktres sensasi, Aida Aris kembali bersedia bergelar isteri apabila melangsungkan majlis perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Sabtu ini.
AIDA...berkenalan Februari lalu
AIDA...berkenalan Februari lalu
Aktres langsing itu menamatkan segala spekulasi cintanya apabila bertemu jodoh dengan ketua pramugara syarikat penerbangan, Husfarid Shaikh Ali@Shaikh Hussain.

Majlis pernikahan diadakan sebelah pagi sementara kenduri jamuan diadakan pada berbuka puasa di kediamannya di Taman Sierra Ukay, Ampang, Selangor.

Cinta pelakon Debu Debu Liar dan Black Maria dengan pramugara berkenaan berputik selepas perkenalan selama enam bulan yang akhirnya membawa mereka ke gerbang perkahwinan.

Bercakap mengenai perkahwinannya, Aida berkata, dia bertemu Husfarid selepas diperkenalkan selebriti, Syarifah Haslinda dan suaminya, Datuk Reezal Merican Naina, Februari lalu.

“Pertemuan dengan Husfarid tidak pernah diatur. Saya berkenalan dengan Hus selepas diperkenalkan Syarifah dan (Datuk) Reezal. Sejak itu, kami mengenali hati budi satu sama lain dan menjadi sejarah hinggalah majlis perkahwinan diatur minggu ini.

“Sebenarnya, kami merancang mendirikan rumah tangga sebelum bulan Ramadan. Bagaimanapun, ada beberapa urusan dokumen pernikahan dengan pejabat agama hanya dapat disiapkan sepenuhnya, minggu lalu.

“Apapun, saya gembira kerana kami diijab kabul pada bulan mulia penuh keberkatan

“Husfarid seorang penyayang serta mudah diajak berbincang. Saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa kami bergelar suami isteri walaupun berkenalan tidak lama. Saya gembira dan berdoa dimurahkan rezeki,” kata Aida.

Sebelum ini, Aida, 38, pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, pelakon dan penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada 2004, tetapi hanya bertahan selama dua tahun


IKUT CARA ISLAM...PAKAI TUDUNG TERUS...WAJIB MENUTUP AURAT




Selamat diijabkabul

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
2010/09/04

KUALA LUMPUR: “Empat tahun saya beraya seorang diri. Sebab itu kami melangsungkan pernikahan dalam Ramadan ini supaya Aidilfitri nanti dapat diraikan bersama,” kata aktres sensasi, Aida Aris, 38, yang melangsungkan perkahwinannya dengan duda anak dua, semalam.
MANIS... kedua-dua mempelai diapit anak Husfarid, Danish Hazim dan Farish Nasha.
MANIS... kedua-dua mempelai diapit anak Husfarid, Danish Hazim dan Farish Nasha.

Menurut Aida, perkenalan selama tujuh bulan itu sepatutnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan bulan lalu, namun terpaksa ditunda disebabkan beberapa masalah membabitkan dokumen pernikahan dengan jabatan agama.

“Alhamdulillah, akhirnya semua dapat diselesaikan minggu lalu. Kami tidak mahu menunggu lama, sebab itu majlis pernikahan ini diadakan secepat mungkin.

“Yang penting bagi kami ialah mengadakan majlis pernikahan. Lagipun, saya tidak merancang melakukan majlis besar-besaran. Cukup sekadar bermula dengan majlis pernikahan sebelah pagi diikuti kenduri kecil di sebelah malam.

“Dalam masa sama, kami ingin mendapat keberkatan menjamu tetamu yang hadir berbuka puasa selain meraikan perkahwinan ini,” katanya tanpa mahu mendedahkan nilai hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Majlis pernikahan yang berlangsung sederhana itu hanya dihadiri keluarga daripada kedua-dua pihak, termasuk beberapa rakan artis.

Menurut Husfarid, mereka melangsungkan perkahwinan tanpa ikatan pertunangan seperti kebiasaannya.

“Mungkin ini semua ketentuan Allah yang Maha Esa. Perkenalan singkat melahirkan bibit-bibit cinta antara kami. Selepas berbincang, kami sepakat meneruskan acara perkahwinan tanpa majlis pertunangan.

“Yang penting, kami bergelar suami isteri yang sah sebelum Aidilfitri menjelma. Walaupun saya perlu bekerja pada hari raya, Aida akan menemani saya di pesawat,” katanya.

Bercakap mengenai perkahwinannya, Aida berkata, dia bertemu Husfarid selepas diperkenalkan selebriti dan juga rakannya, Syarifah Haslinda Syed Abu Bakar dan suaminya, Datuk Reezal Merican Naina, Februari lalu.

“Pertemuan dengan Husfarid tidak pernah diatur. Saya berkenalan dengannya selepas diperkenalkan Syarifah dan (Datuk) Reezal. Sejak itu kami mengenali hati budi satu sama lain hingga ke jinjang pelamin.

“Husfarid penyayang serta mudah diajak berbincang. Saya bersyukur kepada Allah kerana memakbulkan doa kami bergelar suami isteri. Saya gembira dan berdoa dimurahkan rezeki,” katanya.

Sebelum ini, Aida pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, pelakon dan penerbit rancangan televisyen, Bob Azrai pada 2004, tetapi hanya bertahan dua tahun

No comments:

Post a Comment