Wednesday, August 11, 2010

UNDANG2 YANG DIGUBAL DAN DISOKONG...HAMPIR MERANGKAP DIRI...DAH HUKUM ALLAH MENGHARUSKAN KITA NAK PERKETATKAN....BOLEH TAK BOLEH...BESOK JAWAB DIHADAPAN ALLAH..YANG MENGUBAL DAN MENYOKONG...JODOH TELAH DITAKDIRKAN...JANGAN CUBA NAK LAWAN TAKDIR ALLAH...BOLEH JADI KUFUR....KERANA ADA UNSUR TIDAK REDA HUKUM DAN TAKDIR ALLAH SWT....


NEGARA


Terlepas hukuman sebulan jel





BUNG MOKTAR ditemani Zizie keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam semalam.




SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak dapat menahan perasaan apabila mengalirkan air mata kegembiraan selepas berjaya mengenepikan hukuman penjara sebulan yang dikenakan terhadapnya kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Bung Moktar bagaimanapun diperintahkan oleh Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam supaya membayar denda sebanyak RM1,000 dan jika gagal berbuat demikian akan dipenjara enam bulan.
“Saya bersyukur kepada Allah kerana setelah melalui proses mahkamah begitu lama, akhirnya ketentuannya ditentukan pada hari ini dan saya harap isu ini akan tamat di sini.
“Saya percaya perkara yang baik tetap baik dan Allah telah beri yang terbaik pada hari ini sebagai hadiah pada hari pertama bulan puasa ini,” kata Bung Moktar di luar kamar mahkamah di sini semalam.
Beliau ditemani isteri keduanya, Zizie Izette atau nama penuhnya Zizie Izette A. Samad, 32.
Zizie yang turut mengalirkan air mata kegembiraan berharap dengan keputusan mahkamah itu, dia dan suami dapat menjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri yang sempurna.
“Syukur Alhamdulillah semua sudah selesai dan kami mahu jalani kehidupan sebagai suami isteri,” katanya. Bung Mokhtar telah membayar denda itu.
Terdahulu, Mukhyuddin berkata, mahkamah menerima lima daripada 13 petisyen rayuan yang dikemukakan oleh Bung Moktar setelah tidak berpuas hati dengan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 19 Mei lalu bagi kesalahan berpoligami tanpa izin mahkamah.





Poligami: Mahkamah ketepi hukuman penjara Bung
Hafiz Yatim
Ogos 11, 10
10:09am
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bersetuju mengetepikan hukuman penjara sebulan ke ahli parlimen Kinabantangan, Datuk Bung Moktar Radin atasnya itu dan menggantikannya dengan denda RM1,000.

Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim berkata denda maksimun dan bukannya hukuman penjara boleh dijatuhkan kerana kesalahan itu.
Bagaimana
pun jika gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama enam bulan.
Bung Mokhtar, ketika ditemui di luar mahkamah kemudian, berkata ia adalah hadiah Ramadan baginya.
"Pengalaman itu telah mengajar saya. Saya akan terus berkhidmat kepada pengundi kawasan saya.

"Terima kasih kepada semua pihak terutama ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak media yang sentiasa memberi sokongan kepada saya," katanya dengan sebak.

Isteri kedua beliau, pelakon Zizie Izette A Samad yang hadir menemani Bung Moktar turut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak memberi sokongan kepada mereka.
Tepuk bahu suami

Pasangan itu kelihatan mengalirkan air mata kegembiraan. Zizie yang memakai tudung dan berbaju kurung moden berwarna merah jambu, dilihat mententeramkan Bung Moktar berulang kali sambil menepuk-nepuk dan memeluk bahu suaminya.
Zizie Izette juga berkata beliau bersyukur kerana kemelut itu sudah berakhir.
Pada 19 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas Bung Moktar mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Dis tahun lalu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.

Beliau membayar denda itu.
S
ementara itu, Bernama melaporkan, dalam penghakimannya, Mukhyuddin berkata beliau menerima lima daripada 13 petisyen yang difailkan oleh Bung Moktar selaku perayu dalam hujahan rayuannya sebelum ini.

Antara petisyen yang diterima ialah Bung Moktar merupakan pesalah pertama dan tidak pernah disabitkan dalam mana-mana kesalahan sebelum ini.

Mukhyuddin juga berkata beliau mendapati Hakim Mahkamah Rendah Syariah terkhilaf apabila tidak mempertimbangkan kesalahan kali pertama sebagai faktor dalam menentukan hukuman pemenjaraan.
'Bung sepatutnya tahu undang-undang'

Mukhyuddin berkata hukuman penjara yang dikenakan Hakim Mahkamah Rendah Syariah agak rendah jika dibandingkan dengan kedudukan Bung Moktar sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan sebagai ahli parlimen, Bung Moktar seharusnya mengetahui tentang undang-undang syariah.

"Namun begitu, adalah tidak adil untuk mengaitkan perayu (Bung Moktar) sebagai ahli Dewan Rakyat dengan penggubalan undang-undang Syariah kerana undang-undang Syariah ditetapkan oleh kerajaan negeri.
"Justeru mahkamah menerima petisyen perayu bahawa Mahkamah Rendah menjatuhkan hukuman penjara ke atas perayu tanpa mengambil kira kedudukannya sebagai Anggota Parlimen, dan menjatuhkan hukuman atas alasan sekiranya hukuman setimpal tidak dijatuhkan, akan mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti Mahkamah Syariah," katanya.

Mukhyuddin berkata Hakim Mahkamah Rendah Syariah juga gagal mempertimbangkan kesan-kesan sabitan atau hukuman penjara terhadap kedudukan dan kewangan Bung Moktar memandangkan beliau mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap keluarganya.

Beliau berkata sekiranya Bung Moktar dijatuhi hukuman penjara, ia akan mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua isteri dan anak-anaknya serta boleh mengakibatkan berlakunya masalah sosial.

"Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati hukuman yang sesuai dikenakan ke atas perayu ialah denda maksimum tanpa pemenjaraan. Oleh itu hukuman penjara ke atas perayu dipinda kepada denda RM1,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda," katanya.

Bung Moktar diwakili peguam syarie Amli Embong manakala pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Syarie Zusyarafain Md Yusof

No comments:

Post a Comment