Wednesday, August 4, 2010

ZINA BERITA YANG TAK PERNAH KERING....QURAN DE JALAN PENEYELESAIAN TAPI ADA PIHAK2 KURANG BERMINAT MELAKSANAKANNYA

Pemandu teksi didakwa cabul


AYER KEROH - Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita berumur 24 tahun di hadapan Balai Polis Bukit Baru, 30 Julai lalu.

Tertuduh, M Ayasami, 53, mengangguk faham dan mengaku tidak bersalah sejurus jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Muzila Mohd Arsad.

Mengikut pertuduhan, pada 30 Julai lalu, jam 7.40 pagi, tertuduh dengan sengaja menggunakan kekerasan jenayah meraba seluruh badan mangsa daripada pusat sehingga leher dengan niat mencabul kehormatan.

Ayasami didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Muhamad Juhari Haron yang mengendalikan kes menawarkan kepada mahkamah jaminan RM5,000 kepada tertuduh.

Ayasami dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan kerana dia hanya pemandu teksi dan daripada keluarga miskin.

Muzila kemudian membenarkan jaminan RM3,000 dan menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan lantikan peguam



Bomoh muda cabul gadis 17 tahun
SKUDAI – Terpedaya dengan permintaan bomoh muda yang baru dikenali, seorang abang meminjamkan adik bongsunya untuk dijadikan perantara roh dalam upacara mengubati penyakit isterinya.

Bomoh berusia 27 tahun itu mengaku anak kepada seorang ustaz yang mahir dalam perubatan tradisional, melarikan gadis itu ke Melaka dan mencabulnya.

Mangsa, Rina, 17, (bukan nama sebenar) berkata, abang ketiganya membawa lelaki itu ke rumahnya, pagi kelmarin dan merayu supaya bersetuju meminjamkan rohnya bagi proses perubatan dengan alasan gadis itu mempunyai hati bersih selain masih dara.

“Kasihan dengan abang, saya akur dengan permintaannya asalkan penyakit kakak ipar dapat diubati, walaupun curiga dan takut ,” kata Rina, yang tinggal bersama kakaknya di Taman Nusa Perintis 2, di sini.

Menurutnya, bomoh yang dikenali sebagai Man (bukan nama sebenar), memintanya membaca selawat dan al-Fatihah sebanyak tujuh kali selain dikehendaki bertakbir sehingga 21 kali dalam satu nafas selain memasang niat membantu abangnya.

“Selepas itu, Man meminta izin membawa saya bertemu ibunya di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, untuk menceritakan masalah dihadapi abang saya kerana ibu lelaki itu turut mahu membantu,” katanya.

Menurutnya, Man membawanya menaiki teksi, manakala abangnya menaiki motosikal ke lokasi sama namun selepas sampai di sana lelaki itu meminta abangnya pulang kerana mendawa isterinya sudah pulih.

“Selepas abang pulang, Man membawa saya ke stesen bas berhampiran dan membeli dua tiket untuk ke Melaka dan meminta saya menemaninya mencari adiknya yang melarikan diri,” katanya.

Katanya, Lelaki itu merampas dompet dan mematikan telefon bimbitnya supaya keluarga tidak dapat mengesan lokasi mereka berada.

“Sebelum menaiki bas, Man menyembur minyak wangi ke arah saya dan saya menjadi patuh segala arahannya walaupun berasa untuk melawan,” katanya.

Rina berkata, semasa di dalam bas juga Man bertindak mencabulnya kebetulan hanya ada kira-kira enam penumpang, walaupun cuba untuk menolak perbuatan biadab lelaki itu namun tidak berdaya kerana ketakutan.

“Semasa dalam perjalanan, Man mengaktifkan semula telefon bimbit saya dan kebetulan kakak berjaya menghubungi kami tetapi saya dibenarkan bercakap beberapa kali saja,” katanya.

Difahamkan selepas keluarga Rina berjaya menghubunginya, lelaki itu membawanya pulang dan pulangkan semua barang yang disimpan sebelum itu.

“Dalam perjalanan pulang dia mengulangi perbuatan itu, selepas turun daripada bas kami menaiki teksi tetapi Man berhenti di Taman Ungku Tun Aminah, manakala pemandu menghantarkan saya ke rumah,” katanya.

Hasil pemeriksaan di Hospital Sultanah Aminah mendapati Rina tidak dirogol



16 pelacur Vietnam, sembilan China ditahan

KEPONG – Seramai 16 orang, termasuk empat wanita warga Vietnam dan sembilan wanita warga China yang bekerja sebagai tukang urut, ditahan polis semalam, dipercayai terlibat dalam pelacuran di Metro Prima, Kepong.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.50 petang itu, operasi dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, di dua rumah urut berasingan yang terletak di pusat beli belah berkenaan.

Ketua Operasinya, Cif Inspektor Wiryanty Abd Wahid berkata, ketika serbuan di premis pertama, dua wanita warga Vietnam berbogel melayan pelanggannya.

“Hasil pemeriksaan, premis pertama itu tidak mempunyai lesen, manakala premis kedua pula mempunyai lesen tamat tempoh.

“Selain tukang urut, turut ditahan tiga orang pengurus termasuk dua beradik dan seorang penjaga wanita,” katanya.

Wiryanty berkata, daripada 13 tukang urut wanita berkenaan, sembilan daripadanya menyalah gunakan pasport manakala empat orang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua suspek yang berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun dibawa ke Balai Polis Kepong dan disiasat di bawah Seksyen 372 Akta Imegresen



Hukuman penjara 37 tahun kekal

PUTRAJAYA - Seorang pesalah seks bersiri mungkin terpaksa menghabiskan sisa-sisa hidupnya, meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 37 tahun terhadapnya kerana tiga kali meliwat bekas rakan sekerjanya.

Hakim Datuk Hasan Lah yang mengetuai panel tiga hakim, bagaimanapun membenarkan rayuan Abdullah Mohd Isa, 45, bagi mengurangkan jumlah sebatan daripada 20 kepada 15 sebatan.

Bekas pekerja kilang itu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 30 Jun 2006 terhadap tiga pertuduhan meliwat rakan sekerjanya yang ketika itu berusia 18 tahun, di sebuah kilang di Rawang, antara 8 Julai dan 12 Julai 2003.

Ketika kejadian, mangsa yang berasal dari Pahang, ditempatkan di asrama yang sama dengan Abdullah.

Hakim Hasan yang bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Sulaiman Daud, membuat keputusan itu selepas mendapati tidak ada merit dalam rayuan Abdullah.

Abdullah, bapa kepada dua anak, sebelum ini mempunyai beberapa rekod lampau membabitkan kesalahan seks.

Dia pernah dipenjara kerana mencabul kehormatan seorang wanita di Sekinchan ketika berusia 18 tahun serta pernah disabitkan bagi tiga kesalahan merogol dan dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun dengan 12 sebatan.

Abdullah keluar daripada penjara pada 2000, namun tidak sampai tiga tahun, dia meliwat rakan sekerjanya pula.

Dalam kes liwat itu, Hakim Mahkamah Sesyen Azimah Omar (kini Pendaftar Mahkamah Rayuan) menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan 10 sebatan bagi kesalahan pertama dan 17 tahun penjara dengan 10 sebatan bagi kesalahan kedua.

Beliau mengarahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Bagi kesalahan ketiga, Abdullah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dengan 10 sebatan dan mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman itu secara berasingan, iaitu selepas selesai hukuman sebelumnya. - Bernama



10 pelacur warga asing ditahan di pusat kecantikan
Ogos 7, 10 10:59am
Seramai 10 wanita asing yang menjalankan aktiviti pelacuran ditahan di sebuah premis yang berselindung di sebalik pusat kecantikan di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur, malam semalam.

Ketua Operasi dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, ASP Khairi Anuar Rusli, berkata dalam serbuan kira-kira 10 malam yang disertai dua pegawai dan 11 anggota itu, polis turut menahan sembilan pelanggan dan seorang penjaga premis warga China.

"Hasil risikan selama dua hari itu, kita dapati premis tersebut bukan sahaja menjalankan rawatan kecantikan dan spa tetapi turut menawarkan khidmat seks," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu awal pagi ini.

Beliau berkata, kesemua wanita yang ditahan itu berumur antara 20 dan 30 tahun, manakala pelanggan premis terdiri daripada lelaki tempatan yang berumur antara 20 dan 40 tahun.

"Wanita asing dari beberapa negara ini telah menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka dan dua daripada mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri," katanya.

Beliau berkata, premis yang telah beroperasi selama setahun itu juga tidak mempunyai lesen perniagaan dan operasinya bermula dari 12 tengahari sehingga pukul 1 pagi.

"Caj RM80 dikenakan kepada setiap pelanggan yang menginginkan oral seks dan RM150 untuk khidmat seks. Pelacur ini juga perlu berbogel ketika menjalankan rawatan urutan kepada pelanggan," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment