Tuesday, August 3, 2010

KISAH GEMPAR

NEGARA


Misteri kematian bekas ADUN, janda


ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa yang ditemui mati dalam kereta di Sungai Buloh semalam.


SUNGAI BULOH - Sepasukan polis trafik semalam menyangka kemalangan maut melibatkan sebuah kereta Toyota Caldina berwarna putih dinaiki dua individu yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan selepas susur Sungai Buloh sebagai kemalangan biasa.
Bagaimanapun, sangkaan mereka meleset apabila mendapati bukan sahaja mangsa yang maut dalam kemalangan pukul 11 pagi itu sebagai orang penting, malah dipercayai terdapat unsur jenayah apabila melibatkan senjata api.
Sehubungan itu, ia ibarat misteri yang menyelubungi kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, apabila terdapat kesan tembakan di kepala masing-masing.
Abdul Aziz pernah berkhidmat sebagai ADUN Permatang bagi tempoh 2004 hingga 2008 dan kini memegang jawatan sebagai bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor.
Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan di kawasan tersebut




NEGARA


Siti Rohana menjanda sejak empat tahun lalu


ORANG ramai mengunjungi rumah Abdul Aziz bagi memberi penghormatan terakhir di Seksyen 9, Shah Alam semalam.


KUALA LUMPUR – Siti Rohana Ismat dikatakan telah empat tahun menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak berusia sembilan dan 20 tahun.
Satu sumber memberitahu, jika Siti Rohana keluar untuk urusan parti atau perniagaan, dia meninggalkan anaknya itu kepada ibunya di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang.
Menurut sumber itu, tujuan Siti Rohana menaiki kereta Toyota Caldina bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh ialah dipercayai untuk mendaftarkan syarikatnya di sini



Bekas ADUN Selangor ditembak mati
Ogos 3, 10 2:43pm
Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Meng
emaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, hampir jam 6 petang tadi, Khalid berkata hasil laporan awal bedah siasat telah diperolehi di mana Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya.

Tambahnya, dua kesan tembakan dikesan pada wanita tersebut dan satu lagi pada mangsa lelaki.

"Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi


Tembakan dari dalam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Shamsul Munir Safini dan Abdullah Wahab
am@hmetro.com.my
2010/08/04

SUNGAI BULOH: Siapa tembak siapa? Itulah persoalan yang cuba dirungkai polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, dalam kenderaan dipandu mantan Yang Berhormat (YB) itu di Kilometer 455.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.
MAUT...anggota polis memindahkan mayat Abdul Aziz ditemui mati ditembak dalam kenderaannya, pagi semalam.
MAUT...anggota polis memindahkan mayat Abdul Aziz ditemui mati ditembak dalam kenderaannya, pagi semalam.
Kedua-dua mereka dipercayai ditembak dari jarak dekat berdasarkan tiada bukti tembakan dilepaskan dari luar kenderaan. Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan pada kepala Abdul Aziz manakala kepala Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan. Polis turut menemui sepucuk revolver .38 milik Abdul Aziz dalam Toyota Caldina dinaiki mereka.

Difahamkan, kereta berkenaan yang dipandu Abdul Aziz adalah milik Siti Rohana. Ibu tunggal beranak empat itu aktif dalam politik dan pernah menjadi pembantu peribadi kepada Abdul Aziz dan kini Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi semalam, petugas lebuh raya mulanya menyangka mangsa terbabit dengan kemalangan biasa, namun terpaksa memanggil polis sejurus mendapati punca kematian kedua-dua penumpang kereta berkenaan akibat kesan tembakan.

Susulan itu, sepasukan anggota polis unit Forensik Selangor bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis turut menemui sepucuk pistol dalam kereta berkenaan dan senjata itu kini dihantar ke makmal forensik untuk siasatan lanjut
“Terdapat dua peluru yang masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga bekas peluru yang sudah digunakan di dalam chamber. Saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

“Mungkin ia kes pembunuhan atau sebaliknya. Adalah baik sekiranya polis melakukan siasatan lebih rapi terlebih dulu,” katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Kejutan berita TV



2010/08/04

TANJUNG KARANG: “Luluh hati saya selepas mendapat berita kematian anak saya melalui siaran berita di televisyen jam 1.30 tengah hari tadi (semalam). Saya jadi lemah dan tidak bermaya,” kata Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Siti Rohana Ismat, 43.
Siti Rohana yang juga seorang ibu tunggal ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kereta dipandu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, turut maut dalam kejadian itu di Kilometer 455.7, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara.
Siti Badariah berkata, anaknya yang juga bekas pembantu peribadi Abdul Aziz keluar menghadiri satu program Umno memakai baju kurung seragam parti itu, kira-kira jam 8.30 pagi.

“Sebelum ini sikapnya biasa, tiada perubahan. Pagi tadi (semalam) arwah keluar seperti kebiasaan.

“Jam 9 pagi tadi (semalam), kali terakhir arwah menelefon meminta memeriksa rumahnya berikutan penggera dipasang berbunyi dan saya dapati pembantu rumahnya masih ada di rumah itu,” katanya.

Menurutnya, mereka tinggal berasingan, tapi dia sering menemankan Siti Rohana dan tiga anaknya, seorang lelaki dan dua perempuan di rumah mangsa selang dua rumah dari rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang, berdekatan masjid baru. Seorang lagi anak Siti Rohana meninggal dunia.

Ditanya mengenai hubungan antara Siti Rohana dengan bekas Abdul Aziz, Siti Badariah enggan mengulas lanjut, sebaliknya hanya memaklumkan anak perempuannya itu menjadi pembantu khas kepada Abdul Aziz.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Tanjung Karang, Habibah Yusof, terkejut kerana sepatutnya berjumpa Naib Ketuanya semalam menghadiri program anjuran Umno kawasan itu di Hotel De Palma Kuala Selangor turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar




Laporan penuh kematian bekas Adun diketahui seminggu lagi



2010/08/04

KUALA LUMPUR: Laporan penuh kes kematian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama pembantu peribadinya semalam hanya akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, laporan penuh itu merangkumi tiga elemen penting iaitu laporan bedah siasat, laporan balastik dan laporan forensik.
"Ini adalah prosedur biasa dalam melengkapkan siasatan sesuatu kes pembunuhan. Laporan balistik untuk kesan bukti dan elemen membabitkan penggunaan senjata iaitu pistol, jarak tembakan dan lain-lain lagi.

"Laporan bedah siasat penuh adalah bagi mencari maklumat dan bukti lain jika ada, manakala laporan forensik adalah untuk mengesan bukti fizikal di kawasan kejadian termasuk kereta dan jalan raya," katanya hari ini.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi semalam. Katanya, pegawai siasatan sudha merakam keterangan awal kenalan melalui data dalam telefon bimbit melalui kedua-dua mangsa dan akan memanggil lagi mereka yang mampu membantu siasatan.

Khalid berkata, polis sedang berusaha menyiapkan segera ketiga-tiga laporan penuh itu dan dalam masa yang sama perlu menghormati kedua-dua keluarga.

"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya pergi ke rumah seseorang atau tanya orang yang sedang bersedih semudah itu. Kita perlu hormati juga keadaan mereka," katanya.

Menurutnya, siasatan juga kini menjurus kepada motif kenapa kejadian itu boleh berlaku berdasarkan bukti daripada tiga laporan penuh itu bagi mengelak sebarang "spekulasi liar".

Penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim, pula berkata terdapat beberapa teori yang mungkin boleh dikaitkan dengan kejadian itu tetapi hanya laporan bedah siasat, forensik dan balastik yang dapat menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

"Kedudukan jarak tembakan itu juga boleh menentukan sama ada ia dilakukan dengan sengaja atau tidak. Laporan balastik boleh menentukan kesan belerang yang terdapat pada pistol menunjukkan tembakan dilakukan dari jarak dekat atau jauh," katanya.-Bernama



Khalid: Motif tembakan kes Aziz belum dipastikan
Ogos 4, 10 3:19pm
Polis masih belum dapat menentukan motif tembakan dilepaskan dalam kes kematian bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh dan seorang pembantunya, kata ketua polis Selangor.

Datuk Khalid Abu Bakar (kiri) berkata, buat masa ini pihaknya perlu memberi masa kepada keluarga allahyarham untuk memberikan kerjasama dalam menyiasat motif kes tersebut.

"Kita perlu memberi masa kepada ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan atas apa yang berlaku.

"Apabila keadaan sesuai nanti kita akan dapatkan kerjasama ahli-ahli keluarga, dalam kita menyiasat motif ini," katanya.

Semalam, Abdul Aziz, 64, dan seorang pembantunya, Siti Rohana Ismat ditemui mati dengan kesan tembakan dalam kenderaan ketika sedang memandu di Sungai Buloh.

Sepucuk pistol dilaporkan ditemui di tempat kejadian. Kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menulis dalam laman Facebook beliau awal petang ini, Khalid berkata polis bagaimanapun telah menemubual saksi-saksi lain yang berkaitan.

"Beberapa kenyataan telah dirakam, kebanyakknnya daripada mereka yang berada/sampai ditempat kejadian, sewaktu kejadian," katanya lagi.



Siapa tembak siapa

SUNGAI BULOH – Siapa tembak siapa menjadi persoalan kes kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, 64, bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat , 43, yang ditemui dalam kereta di Kilometer 455.7 Lebuhraya NKVE, semalam.

Siti Rohana, yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, bersama Abdul Aziz, ditemui dengan kesan tembakan di badan dan kepala.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kereta putih jenis Toyota Caldina yang dipandu Abdul Aziz, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pengadang besi jalan raya selepas tembakan dilepaskan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan awal polis mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mereka dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Menurutnya, polis menjumpai sepucuk pistol jenis Revolver milik Abdul Aziz bersama lesen pemilikan senjata api disahkan polis.

"Mangsa memandu di laluan paling kiri (dan) secara tiba-tiba hilang kawalan (dan masuk) ke laluan paling kanan. “Kedua-dua mangsa dipercayai mati di tempat kejadian akibat kecederaan. Hasil laporan bedah siasat mendapati dua kesan tembakan ditemui pada Siti Rohana dan satu das pada Abdul Aziz," katanya.

Khalid berkata, polis menemui dua kelongsong peluru yang digunakan dan tiga butir peluru lagi masih dalam senjatapi itu.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, anak Abdul Aziz, Mohd Anis Hisham, yang kelihatan tenang ketika ditemui berkata, beliau terkejut mendapat berita itu.

Menurutnya, bapanya seorang penyayang dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum pemergiannya.

Kali terakhir beliau bertemu bapanya adalah kira-kira jam 9 pagi semalam ketika bapanya keluar dari rumah di Seksyen 9, Shah Alam, untuk ke Tanjung Karang bagi menghadiri satu majlis.

Katanya, bapanya memang mempunyai lesen memiliki pistol untuk tujuan keselamatan sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2004 hingga 2008.

Mohd Anis Hisham, yang juga terlibat dalam politik, menyifatkan bapanya sebagai mentor.

Sementara itu, jenazah Abdul Aziz dituntut oleh ahli keluarga pada jam 5.25 petang manakala Siti Rohana pada jam 6.45 petang semalam.

Abdul Aziz meninggalkan seorang isteri Datin Siti Fatimah Mohd Noor, 62, bersama dua anak perempuan Nor Azila, 40, Nor Azian, 37, di samping Mohd Anis Hisham



Kematian misteri


Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
2010/08/04

 


'Tiada skandal'
Oleh Suzaini Sulaiman dan Nor Fariza Ramlan
bhnews@bharian.com.my
2010/08/05

pix_gal0
Keluarga nafi Siti Rohana ada hubungan istimewa atau isteri kedua bekas ADUN

TANJUNG KARANG: Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, semalam menafikan pelbagai spekulasi yang tersebar sejak kedua-duanya ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala, kelmarin.



Ibu Siti Rohana, Siti Badariah Ahmad, 62, menegaskan anaknya bukan isteri kedua atau ada hubungan istimewa dengan Abdul Aziz, manakala bapa Siti Rohana, Ismat Shafie, 74, berkata arwah anaknya tidak mempunyai sebarang musuh dalam politik mahupun urusan peribadinya.

Anak kedua bekas ADUN itu, Norazian, 37, pula menjelaskan Siti Rohana, 43, memang rapat dengan keluarganya kerana Allahyarham adalah pembantu peribadi arwah ayahnya.

Siti Badariah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini, berkata anaknya mengenali Abdul Aziz, 64, sejak bekas ADUN itu menjadi wakil rakyat di kawasan Permatang.

“Dulu pun orang ingat dan cakap anak saya ada hubungan istimewa dengan Datuk Aziz, tetapi hubungan mereka sebenarnya tidak lebih daripada majikan dengan pekerja saja. Sebagai kerani atau pembantu khas, mestilah kena ikut bos. Anak saya ada harta sendiri dan tak kacau orang.

“Arwah kerja keras siang malam. Kejadian ini seperti kes bunuh dan saya minta polis siasat segera," katanya.
Abdul Aziz dan Siti Rohana ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala dalam kereta yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh pada jam 11 pagi kelmarin.

Ismat yang ditemui pula berkata setahunya Siti Rohana tidak pernah menerima sebarang ugutan.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suratan takdir, Ismat juga berkata, beliau tidak pernah mengambil tahu mengenai urusan peribadi anaknya, tetapi tahu hubungan arwah dan bekas suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, masih baik walaupun sudah lima tahun berpisah.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Abdul Aziz mengenai hal berkaitan tiga anak arwah, iaitu Izati Natasha, 19; Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, sembilan tahun.

Ketiga-tiga anak arwah juga dikatakan masih trauma dengan kejadian yang menimpa ibunya. Izati menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iliana belajar di tingkatan empat Sekolah menengah Kebangsaan Datuk Harun dan Mohd Izat di darjah tiga Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang.

Sementara itu, Norazian ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 9, di Shah Alam, meminta semua spekulasi mengenai hubungan ayahnya dengan Rohana dihentikan demi menjaga perasaan ibunya, Siti Fatimah Mohd Noor, 62.

“Ibu masih dalam keadaan terkejut dan saya berharap pihak media tidak memperbesarkan hal ini bagi menjaga perasaan keluarga kami.

"Allahyarham berkahwin dengan ibu selama 41 tahun. Sepatutnya kelmarin kami sekeluarga membuat kenduri tahlil dan membersihkan kubur arwah datuk serta nenek seperti sebelum ini, sebaliknya kejadian lain yang berlaku," katanya.

Beliau menyifatkan Allahyarham sebagai bapa yang bertanggungjawab dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan sebelum kejadian itu.

Mengenai senjata api milik Allahyarham, Norazian berkata: "Allahyarham mempunyai lesen senjata dan meminati aktiviti menembak. Ia juga difahamkan sebagai perlindungan sejak menjadi ADUN














  <strong></strong>
Bekas ADUN, pembantu ditemui mati dengan tembakan di kepala di lebuh raya

SUNGAI BULOH: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor dan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat, ditemui mati dalam keadaan misteri dengan kesan tembakan di kepala, semalam..

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dijumpai terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Dua tembakan dikesan di sebelah kanan kepala Siti Rohana, manakala satu tembakan pula di kanan kepala Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis masih menyiasat motif kejadian itu, tetapi tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Beliau berkata, polis menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina yang dipandu bekas ADUN itu.

“Mengikut beberapa saksi, kenderaan itu yang dalam perjalanan menghala ke Utara, hanya dinaiki kedua-dua mangsa dan terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh penghadang lebuh raya di sebelah kiri,” katanya ketika dihubungi.
Khalid berkata, pemeriksaan mendapati tembakan itu dilepaskan dari dalam kereta kerana tiada kesan kenderaan itu ditembak dari luar, sebaliknya hanya remuk di bahagian depan akibat merempuh penghadang lebuh raya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Jenazah Abdul Aziz dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam manakala jenazah Siti Rohana di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang.

Abdul Aziz meninggalkan isteri, Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, dan Norazian, 37, kedua-duanya pensyarah universiti, serta seorang anak lelaki, Mohd Anis Hisham, 33, yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Bendahari Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Selangor, menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar pada 1997.
Siti Rohana pula adalah bekas pembantu peribadi Abdul Aziz dan sudah bercerai dengan suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, empat tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan tiga anak - Izati Natasha, 20, Iliani Nazira, 14 dan Mohd Izat Emir, 9, yang tinggal bersama Siti Rohana di Tanjung Karang.

Bekas suami Siti Rohana ketika ditemui di HSB, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu sejauh mana hubungan bekas isterinya dengan Datuk Abdul Aziz kerana sudah lama tidak berhubung.

Sementara itu, Mohd Anis berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya, kira-kira jam 9 pagi di kediamannya di Shah Alam.

“Bapa memandu sendiri kenderaannya ke pejabat di Petaling dan mungkin meletakkan kenderaannya di pejabat sebelum menumpang Siti Rohana untuk menghadiri program di Tanjung Karang.

“Bapa tidak menunjukkan sebarang perlakuan pelik, cuma bapa menjadi rapat dengan saya sejak beberapa hari lalu. Bapa seorang yang baik dan tidak mempunyai musuh,” katanya.



'Kami patut berkumpul sekeluarga malam ini'

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala bersama bekas pembantu peribadinya dalam kereta di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini hari ini, sepatutnya berkumpul bersama ahli keluarga termasuk adik-beradiknya malam ini bagi meraikan kedatangan Ramadan.
Majlis berkumpul beramai-ramai yang diadakan seminggu sebelum Ramadan ini merupakan acara tahunan diraikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang itu bersama keluarga terdekatnya.
Namun, majlis makan malam bertujuan merapatkan hubungan keluarga itu bertukar menjadi kenduri arwah berikutan kematian mengejut Abdul Aziz.
Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Tanjung Karang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala bersama bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, di dalam sebuah kereta Toyota Caldina yang terbabas di lebuh raya berhampiran susur keluar Sungai Buloh pada pukul 11 pagi ini.
Menurut anak bongsu Allahyarham, Mohd. Anis Hisham, 33, kali terakhir beliau bertemu bapanya ialah pukul 9 pagi di rumah mereka di Jalan Saas 1, 9/6A Shah Alam dekat sini.
"Ayah ada beritahu saya dia mahu pergi ke Tanjung Karang sebelum keluar rumah tetapi saya tidak mengesyaki perkara buruk akan menimpanya sehinggalah dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa dia terlibat dalam kemalangan kira-kira pukul 11 pagi.
"Kematian ayah mengejutkan saya dan semua ahli keluarga yang lain kerana ia berlaku menjelang Ramadan yang mana kami sudah merancang berkumpul untuk makan di rumah salah seorang saudara di Shah Alam malam ini," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sungai Buloh dekat sini hari ini.
Mohd. Anis Hisham yang juga Exco Pemuda UMNO berkata, sebagai anak bongsu dan lelaki tunggal daripada tiga beradik, beliau memang rapat dengan bapanya memandangkan kedua-dua mereka terlibat dalam politik.
Malah, katanya, beliau langsung tidak menyangka bahawa hubungan mereka bertambah rapat sejak akhir-akhir ini merupakan petanda Allahyarham akan meninggalkan keluarga buat selama-lamanya.
"Keistimewaan ayah ialah beliau peramah dan pandai mengambil hati, malah kefasihan bertutur dalam bahasa Mandarin dan Tamil menyebabkan beliau mempunyai ramai kenalan termasuk di kalangan bukan Melayu.
"Dalam dunia politik, saya anggap ayah sebagai mentor dan penasihat kerana pengalaman dan ketokohannya," katanya.
Mohd. Anis Hisham berkata, bapanya pernah berkhidmat sebagai guru bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebelum menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar.
Sementara itu, adik Allahyarham, Rasiah Mohd. Noh, 63, berkata, beliau bersama keluarganya yang tinggal di Pulau Pinang datang ke Shah Alam pada Sabtu lalu semata-mata untuk bertemu dan kumpul bersama keluarga Abdul Aziz dan dua lagi adik-beradik yang lain sebelum Ramadan.
"Acara berkumpul beramai-ramai seminggu sebelum Ramadan menjadi tradisi keluarga kami sejak turun-temurun.
"Dalam tempoh tersebut, kami akan bergotong-royong membersihkan kubur emak dan ayah dan mengadakan jamuan makan malam," katanya sambil menyatakan perasaan amat terkilan tidak sempat menemui Abdul Aziz sejak tiba di Shah Alam kerana bercadang menemuinya malam ini.
Sementara itu, bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, ketika ditemui di hospital berkata, mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lalu.
Katanya, anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia 9 tahun.
Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, pula berkata, Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.
"Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang," katanya



NEGARA


Hubungan mesra Aziz-Rohana



Rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang yang tiada penghuni semalam.



SHAH ALAM - Spekulasi perkahwinan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat didakwa hangat diperkatakan sejak setahun lalu.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang, Habibah Yusof berkata, kedua-dua mereka memang rapat, lebih-lebih lagi Siti Rohana menjadi orang kuat ketika Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya umum pada tahun 2004.
Bagaimanapun, menurut Habibah, sejauh mana hubungan tersebut tidak diketahui kerana dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang itu memandangkan ia adalah urusan peribadi masing-masing.
"Namun spekulasi perkahwinan itu memang hangat diperkatakan dalam tempoh setahun lalu tetapi saya tidak mahu tanya kerana Siti Rohana juga merupakan ibu tunggal sama seperti saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam

NEGARA


Tiada bukti arwah kahwin dengan Rohana



PUSAT andaman dan solekan milik Siti Rohana yang ditemui mati bersama Abdul Aziz di Sungai Buloh kelmarin.



SHAH ALAM – Anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Allahyarham Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh tidak tahu sejauh mana hubungan bapanya dengan pembantunya, Siti Rohana Ismat, 43.
Bagaimanapun, anak keduanya yang merupakan pensyarah di Universiti Industri Selangor (Unisel), Nor Azian, 37, berkata, mereka memang mengenali Siti Rohana sebagai pembantu bapanya.
Namun Nor Azian menegaskan, mereka sekeluarga tidak tahu jika Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang yang turut ditemui mati bersama bapanya itu adalah isteri kedua kepada Allahyarham sebagaimana desas-desus yang tersebar ketika ini.
“Saya tidak boleh jawab soalan itu kerana tidak tahu sama ada ia benar atau sebaliknya kerana tidak ada apa-apa bukti atau dokumen mengenai (status) mereka berdua.
“Jadi, saya minta maaf kerana tidak boleh mengesahkan atau menafikan dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di rumah Allahyarham bapanya di Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Satu 9/6A, Seksyen 9 di sini semalam.




'Bukan isteri kedua'

Oleh Abdullah Wahab
abwahab@hmetro.com.my
2010/08/05

TANJUNG KARANG: “Arwah bukan isteri kedua Datuk Aziz (bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh). Dia kerani saja.
SUNYI...rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang.
SUNYI...rumah Siti Rohana di Kampung Sungai Gulang-Gulang.
“Orang ingat dia isteri kedua sebab kerja dia kena ikut bos,” kata Siti Badariah Ahmad, 62, ibu Siti Rohana Ismat, 43 yang ditemui mati dengan kesan tembakan bersama Abdul Aziz dalam sebuah kereta, kelmarin.

Siti Badariah yang ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Gulang-Gulang di sini, semalam menegaskan dia tahu segala pergerakan dan apa yang berlaku kepada anak kedua daripada tiga beradik itu.

Dia turut kesal dengan andaian dibuat segelintir pihak tanpa merujuk ahli keluarga terdekat terlebih dulu.

“Dari dulu orang cakap macam tu (ada hubungan), tapi tidak. Mereka rapat kerana kerja. Malah, dia (Siti Rohana) ada semua...tanah, rumah sendiri, harta. Kenapa nak ambil hak orang lain lagi?,” katanya.

Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana yang juga bekas pembantu peribadinya ketika menyandang jawatan Yang Berhormat, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di Kilometer 455.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, dekat Sungai Buloh, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, kedua-dua mereka dipercayai mati akibat tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan berdasarkan siasatan awal polis, tiada bukti tembakan dilepaskan dari luar kenderaan.

Siasatan awal polis mendapati terdapat satu kesan tembakan pada kepala Abdul Aziz manakala kepala Siti Rohana mempunyai dua kesan tembakan

Turut ditemui sepucuk pistol revolver .38 dalam Toyota Caldina dinaiki mereka.

Siti Rohana yang berstatus janda selepas berpisah dengan suaminya sejak lima tahun lalu meninggalkan tiga anak iaitu, Izatty Natasya Aziz, 19, Illiyani Nazira Aziz, 16, dan Mohd Izat Aziz, 9.

Ditanya sejauh mana perkenalan anaknya yang juga Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang itu, Siti Badariah berkata, ketika Abdul Aziz menjadi Adun Permatang, Allahyarham menyewa sebuah rumah kosong di kampung itu untuk dijadikan pusat khidmatnya sementara menunggu pejabat barunya siap.

“Sejak itu dia dan anak saya mula rapat. Itu pun sebagai bos dengan pekerja. Tambahan pula anak saya juga aktif berpolitik di sini,” katanya.

Pada masa sama, Siti Badariah berharap polis dapat menyiasat kejadian itu segera dan menganggap apa yang berlaku ke atas anaknya sebagai kejadian bunuh.

“Dia tak ada musuh atau pernah terima ugutan dan apa yang berlaku ke atasnya mengejutkan kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, suami Siti Badariah, Ismat Shafie, 74, menyifatkan kejadian terbabit suratan takdir dan dugaan tuhan terhadap keluarganya.

“Setiap yang bernyawa pasti mati. Mungkin Tuhan lebih sayangkannya. Tapi, saya reda dengan apa yang berlaku dan ia ketentuan Tuhan,” katanya pilu.

Ismat berkata, dia tidak pernah jumpa Abdul Aziz, tetapi tahu dia bekas Adun Permatang.

“Saya tak nak masuk campur urusan orang muda dan saya tak pernah tanya. Itu urusan orang muda. Malah, arwah tak pernah mengadu hal dengan saya,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di rumah Siti Rohana yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah ibunya mendapati pintu pagarnya tertutup rapat berikutan ketiga-tiga anaknya tinggal bersama Siti Badariah kecuali anak bongsunya dibawa bekas suami ke rumahnya tidak jauh dari situ untuk menenangkannya




Isteri Aziz belum tahu kejadian sebenar



2010/08/05

SHAH ALAM: Keluarga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang, Allahyarham Datuk Aziz Mohd Noh, 64, yang ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala bersama bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, tidak mengetahui jika terdapat hubungan lain di antara kedua-duanya.
Anak kedua Allahyarham yang juga pensyarah di Universiti Industri Selangor (Unisel), Nor Azian, 37, berkata mereka mengenali Siti Rohana sebagai bekas pembantu peribadi bapanya.
Bagaimanapun, dia sekeluarga tidak tahu sekiranya Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang itu isteri kedua Allahyarham seperti desas-desus dan spekulasi tertentu.

“Saya tidak boleh jawab soalan itu kerana tidak tahu sama ada ia benar atau tidak kerana tidak ada apa-apa bukti atau dokumen mengenainya.

“Jadi, saya minta maaf kerana tidak boleh mengesahkan atau menafikan dakwaan itu. Saya berharap semua spekulasi itu dihentikan segera,” katanya di sini, semalam.

Beliau ditemui di rumah keluarganya di Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Satu 9/6A, Seksyen 9 di sini.

Nor Azian berkata, kejadian yang berlaku kepada bapanya diketahui selepas menerima panggilan kira-kira jam 11 pagi kelmarin sebelum bergegas ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Bagaimanapun, setakat semalam, mereka sekeluarga tidak memberitahu kejadian sebenar kepada ibunya, Datin Siti Fatimah Md Noor kerana khuatir penerimaan ibunya terhadap berita yang didedahkan akhbar. Difahamkan, Siti Fatimah hanya diberitahu kematiannya suaminya berpunca daripada kemalangan jalan raya.

“Pada masa ini, ibu masih terkejut dan trauma jadi kami tak nak tambahkan kerisauannya.

“Kami mohon kerjasama media supaya bagi ruang untuk kami sekeluarga, tetapi kami reda dengan dengan pemergian arwah,” katanya meminta orang ramai faham perasaan ahli keluarganya.

Nor Azian berkata, kali terakhir dia bertemu bapanya pada Jumaat lalu dan tidak mengesan sebarang perubahan pelik berlaku pada bapanya.
Katanya, pada hari kejadian itu, mereka sekeluarga sepatutnya menziarahi dan mengadakan majlis tahlil untuk arwah datuk dan nenek kerana ia menjadi kelaziman keluarga mereka apabila menjelangnya Ramadan, namun tidak menyangka hal sebaliknya berlaku.

“Arwah ayah seorang yang sangat mesra dengan sesiapa saja, malah kami tidak pernah dijentik atau ditengking dengan suara tinggi sepanjang hayatnya.

“Malah, sepanjang 41 tahun perkahwinan ayah dan ibu, tanggungjawab arwah sempurna buat kami tiga beradik,” katanya menambah bapanya mempunyai hobi menembak, manakala pistol yang dimilikinya sebagai langkah keselamatan ketika menjadi Adun.

Selain Nor Azian, Abdul Aziz turut mempunyai dua lagi anak iaitu pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Nor Azila, 40, dan Exco Pemuda Umno, Mohd Anis Hashim.



Rohana bukan isteri kedua


TANJONG KARANG - "Anak saya bukan isteri kedua kepada Datuk Abdul Aziz Mohd Noh. Dia hanya menjalankan kerjayanya sebagai kerani atau pembantu khas dan mesti mengikut bos."

Demikian tegas Siti Badariah Ahmad, 62, ibu kepada Allahyarham Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang itu dengan kesan tembakan pada kepala kedua-dua mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi kelmarin.

Siti Badariah berkata demikian ketika menafikan desas-desus mengatakan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang itu sudah berkahwin dengan Abdul Aziz.

“Malahan, beliau (Siti Rohana) turut mempunyai harta sendiri dan tidak kacau orang. Dari dulu orang kata ada hubungan tapi sebenarnya bukan, arwah kerja keras siang dan malam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Siti Badariah, Allahyarham anaknya itu dan bekas suaminya, Abdul Aziz Hamim, 43, berpisah sejak lima tahun lalu namun hubungan kedua-duanya tetap baik.

Pasangan berkenaan mempunyai tiga orang anak iaitu Izzati Natasya Aziz,19, yang kini belajar di sebuah institusi pengajian tinggi dalam jurusan perniagaan, kedua manakala Elliyani Nadira, 16, belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun dan Mohd Izat, 9, di Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang.

“Selepas ini, saya sendiri akan menjaga anak-anak arwah,” katanya.

Siti Badariah merasakan ada yang tidak kena dengan kematian Siti Rohanan dan mahu pihak polis menjalankan siasatan dengan segera bagi menjawab segala persoalan.

Sementara itu, bapa Allahyarham, Ismat Shafie, 74, menerima berita kematian anaknya sebagai suratan takdir yang harus diterima dengan pasrah.

Menurutnya, dia tidak pernah mengambil tahu mengenai urusan peribadi Allahyarham dan kematian ke atas anaknya itu, diserahkan sahaja kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

“Mengenai hubungan yang didakwa, saya tidak berapa rapat sangat tetapi hanya tahu pasal kerja sahaja. Dia pun tidak pernah menerima ugutan atau sebarang khabar angin,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai status perkahwinan pasangan ini, sumber Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan pasangan bukan suami isteri kerana tiada rekod menunjukkan pendaftaran perkahwinan di negeri ini.



Gambar2 Terakhir Datuk Aziz Dan Siti Rohana Mati Ditembak


Berikut adalah sedikit gambar dari tempat kejadian untuk dikongsikan bersama..







Sumber dari Saudara Mazidul Akmal Sidek






Caldina Putih melanggar divider









Dua mayat kelihatan



Mayat Siti Rohana



Mayat Datuk Abdul Aziz






Mayat dibungkus dengan plastik hitam



Dipindahkan dari tempat kejadian





Sumber gambar : ondscene



KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantunya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.
Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.
Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang.
Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
Difahamkan kereta dipandu Abdul Aziz , bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh.
Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.
Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan.
Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala.
Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.
“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.
Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut.
Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.
Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.
“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.
“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.
Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu.
Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (Unisel) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Sementara itu, Mohd Anis berkata kali terakhir beliau bertemu dengan ayahnya kira-kira 9 pagi tadi di kediamannya di Shah Alam.
“Sebelum mendapat tahu kejadian yang menimpa ayah melalui kawan saya tengah hari tadi, ayah ada cakap nak pergi satu majlis di Tanjung Karang.
“Saya amat kagum kebolehan yang ada pada ayah saya dan saya menjadikannya sebagai role model dalam bidang politik. Ayah mempunyai kebolehan berbahasa Mandarin. Ayah juga ada lesen pistol,” katanya ketika ditemui.
Bekas suami Siti Rohana, Abdul Aziz Hamim, 43, yang ditemui di hospital berkata mereka dikurniakan empat anak sebelum berpisah empat tahun lepas.
Katanya anak sulung mereka berusia 20 tahun manakala yang bongsu berusia sembilan tahun.
Seorang kenalan rapat kepada Siti Rohana, Towhid Mokthi, 53, berkata Siti Rohana aktif dalam politik dan pernah menjadi pegawai peribadi kepada Abdul Aziz.
“Rohana seorang yang peramah dan suka tolong orang. Dia sangat disenangi sebab itu dia terpilih sebagai Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang,” katanya





Siti kena tembak di kepala, rusuk
Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my
2010/08/05

Polis ambil keterangan lima orang siasat kematian bekas ADUN, pembantu peribadi

KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan Naib Ketua Wanita UMNO Tanjung Karang, Siti Rohana Ismat mati kerana terkena dua das tembakan, masing-masing satu di kepala dan rusuk, bukannya kedua-dua tembakan di kepala seperti dilaporkan. 
Difahamkan, siasatan awal polis juga mendapati tiada sebarang pergelutan antara mangsa dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor yang juga ditemui mati dengan kesan tembakan di kanan kepala dalam kereta dinaiki mereka.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan menjurus kepada tiga elemen penting iaitu laporan penuh bedah siasat, ujian balistik dan laporan forensik bagi mengenal pasti apa sebenarnya berlaku dan motif kejadian.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.

Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan seorang daripada mereka menembak pasangannya sebelum menembak diri sendiri.

Polis turut menemui sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru, kepunyaan Abdul Aziz, di celah tempat duduk bahagian depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.
Khalid berkata, polis akan menyiapkan laporan penuh kes kematian kedua-dua mangsa secepat mungkin bagi mengelak terlalu banyak spekulasi berhubung kes itu sedangkan siasatan berhubung punca dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, ketika kejadian tiada sebarang rakaman kereta dinaiki kedua-dua mangsa di Lebuh Raya Utara-Selatan yang boleh membantu siasatan polis dan pihaknya bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi kejadian.

“Sementara siasatan dijalankan, saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi serta andaian sendiri dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis merungkai apa yang berlaku sebalik kejadian itu.

“Polis belum dapat mengenal pasti motif kejadian dan kita juga sedang menunggu laporan penuh bedah siasat. Semalam (kelmarin) saya sudah beritahu laporan awal bedah siasat, tetapi keputusan penuhnya akan mengambil masa.

“Siasatan dijalankan bagi mencari maklumat dan bukti lain yang mungkin ada, selain ujian balistik bagi mengesan elemen dalam penggunaan senjata api ketika kejadian iaitu pistol dan jarak tembakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Khalid berkata, polis sudah merakamkan percakapan beberapa individu terutama yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita juga perlu memberi masa kepada ahli keluarga (kedua-dua mangsa) kerana mereka masih bersedih atas apa yang berlaku. Apabila keadaan sesuai nanti, kita akan dapatkan kerjasama ahli keluarga dalam menyiasat motif itu,” katanya.

Beliau juga enggan mengulas kemungkinan motif kejadian akibat cemburu, sebaliknya meminta semua pihak bertenang dan menghormati perasaan keluarga kedua-duanya yang masih bersedih.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, berkata polis sudah mengambil keterangan lima orang iaitu tiga anggota polis, seorang saksi kejadian dan anak lelaki Abdul Aziz bagi membantu siasatan.










NEGARA


Spekulasi cinta tidak kesampaian

















KEARATAN Kosmo! semalam.










SHAH ALAM - "Hubungan Abdul Aziz dan Siti Rohana memang intim tetapi mengenai dakwaan mengatakan mereka ada hubungan cinta saya tiada komen."
Demikian kata Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Karang, Salbiah Shaari ketika diminta mengulas mengenai hubungan misteri antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh, 64, dengan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, 43, yang ditemui mati Selasa lalu.
Menurutnya, keintiman antara kedua-duanya tidak menimbul apa-apa reaksi pelik di kalangan rakan-rakan memandangkan umum sendiri mengetahui Siti Rohana merupakan pembantu peribadi Abdul Aziz.
"Sebab itu apabila orang sekeliling mula membincangkan hubungan antara kedua-duanya, lebih-lebih lagi selepas kejadian kemalangan itu, saya sendiri rasa hairan kerana apa yang hendak dicuriga kerana selama ini pun mereka memang rapat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, satu sumber memberitahu, Siti Rohana Ismat pernah dilamar oleh Abdul Aziz beberapa tahun lalu tetapi ia ditolak oleh wanita tersebut dengan dakwaan tidak mahu mengganggu rumah tangga orang.
"Datuk (Abdul Aziz) juga pernah melamar Siti Rohana sejak beberapa tahun lalu dan ia kerap disuarakan tetapi wanita itu enggan menerimanya," kata sumber itu ketika dihubungi semalam.



Siasatan kes kematian bekas ADUN dan pembantu 90 peratus siap


SHAH ALAM - Polis hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kes kematian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) kawasan Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat pada Selasa lepas, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, setakat ini, 90 peratus siasatan kes berkenaan telah siap termasuk dalam mengenal pasti motif kejadian yang tidak melibatkan pihak ketiga.

"Kita sudahpun merakam percakapan lebih 15 saksi termasuk anggota keluarga kedua-dua belah keluarga dan beberapa lagi akan dipanggil hari ini dan esok untuk bantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bendera Jalur Gemilang kepada kakitangan Nationwide Express sempena sambutan Hari Kebangsaan dekat sini.

Abdul Aziz, 64, ditemui mati bersama Siti Rohana Ismat, 43, dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini pada 11 pagi Selasa.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai motif kejadian kerana kes masih dalam siasatan.

"Apabila saya kata tidak ada pihak ketiga, apapun motif yang ada adalah antara kedua-dua mangsa. Jadi, motif ini tak perlulah kita hebahkan satu dunia," katanya.

Mengulas mengenai kes yang mengaitkan Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock dengan dakwaan menyalahguna kepala surat dan cop rasmi seorang anggota exco kerajaan negeri bagi mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK, Khalid berkata, polis sudahpun membawa kertas siasatan berhubung kes itu kepada Pendakwa Raya untuk mendapat arahan lanjut.

"Jadi kertas siasatan itu sekarang berada di Putrajaya dan kita sedang menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya," katanya




Kematian bekas ADUN, motif hampir dikenalpasti
Ogos 6, 10 10:04am
Polis hampir kenal pasti motif kematian misteri bekas ADUN Permatang, Datuk Aziz Mohd Noor dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, kelmarin, lapor Berita Harian Online.

Ketua Polis Selangor,, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan polis terhadap kes kematian itu kini sudah 90 peratus siap.

Beliau juga mengulangi bahawa tiada pihak ketiga terbabit dalam kes kematian Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Semalam, Khalid berkata, siasatan polis hanya menjurus untuk mencari motif tembakan terhadap kedua-dua mangsa.

Katanya, polis juga sedang merakam percakapan beberapa saksi antaranya orang pertama tiba di tempat kejadian dan orang yang melihat kenderaan mangsa terbabas di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh dekatShah Alam.
Dalam pada itu, bercakap kepada pemberita selepas Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2010, semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan mana-mana pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung kes itu.
Katanya, polis akan memaklumkan hasil siasatan kes itu selepas laporan bedah siasat kedua-dua mangsa diperoleh.

"Seperti yang diberitahu sebelum ini, tiada orang ketiga terlibat dalam kes itu. Jadi jangan buat sebarang spekulasi, kami akan maklumkan hasil siasatan selepas mendapat laporan bedah-siasat kedua-dua mangsa," katanya.Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan sama ada Abdul Aziz menembak dirinya sendiri setelah melepaskan tembakan ke arah bekas pembantu peribadinya itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat Kuala Lumpur.

Polis
turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 yang dipercayai milik Abdul Aziz dalam kereta itu.

Mengulas mengenai had umur yang ditetapkan terhadap individu yang ingin
memiliki lesen senjata api, Musa berkata tiada had umur yang ditetapkan.

“Tiada had umur. Tetapi mereka yang ingin memiliki lesen senjata api perlu mendapatkan surat sokongan dari doktor kerajaan yang menyatakan mereka ini mampu untuk mengendalikan senjata itu...iaitu mesti sihat dari segi mental dan fizikal," katanya.



Kematian bekas ADUN, polis sahkan bunuh, bunuh diri
Ogos 10, 10 4:53pm
Polis mengesahkan kematian bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noor, dan pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat sebagai kes bunuh dan bunuh diri.

K
etua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata hasil siasatan pihak polis mengesahkan perkara berkenaan tetapi beliau enggan memberikan butiran lanjut termasuk motif pembunuhan itu.

Pada kejadian pada jam 11 pagi Selasa lalu di kilometer 455.7 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh, Abdul Aziz, 64, ditemui terkulai di tempat duduk pemandu kereta yang terbabas, manakala Siti Rohana, 43, dalam keadaan terduduk di sebelahnya.
Polis juga menjumpai kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

Polis juga menjumpai sepucuk revolver .38 yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana yang dipandu bekas ADUN itu.
A
ziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno








NEGARA


Siasatan kes Aziz-Rohana selesai





KERATAN muka depan Kosmo! 4 Ogos 2010.




PETALING JAYA - Siasatan berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh bersama pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat, akhirnya selesai apabila polis mengesahkannya sebagai bunuh dan bunuh diri.
Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan motif kejadian mahupun siapa yang dibunuh dan siapa yang membunuh.
"Oleh kerana tiada suspek atau pihak ketiga yang kita cari atau akan dituduh di mahkamah maka tiada keperluan untuk mengumumkan motif sebenar kejadian.
"Saya anggap kes ini telah selesai," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran dan sistem antirampasan di sini semalam.


HANYA ALLAH YG TAHU.....TUNGGU DI PADANG MAHSYAR....UNTUK DIADILI....

Bumiputera Berjaya's Photos - Wall Photos

Photo 328 of 330   Back to Album · Bumiputera's Photos · Bumiputera's Profile


    2 comments:

    1. kalian semua ni semuanya mengarut..tak kira la yang pro BN atau pro Pembangkang..sepatutnya kalian sedekahkan lah alfatihah kepada arwah..tak kira apa jua sebab kematian..saya sarankan kalian mengkaji dan mengambil tahu pasal FREEMASON yang semakin melengkapi misi dan tujuannya di dunia termasuk di Malaysia..Subhanallah..

      ReplyDelete