Saturday, August 28, 2010

JENIS ORANG MACAM NI MUNGKIN TAK NAK HUKUM ALLAH....SEBAB IA JADI TAUKEH@PENGANJUR ARAK...ARAK PUNCA SEGALA MAKSIAT...MAKSUD HADIS

NEGARA


Tawar cabutan bertuah arak


PENGUNJUNG sebuah pusat hiburan di Kota Pendamar, Pelabuhan Klang menjalani ujian air kencing kelmarin.


PELABUHAN KLANG - Melampau dan memalukan umat Islam.
Itulah gambaran sebuah pusat hiburan dipercayai dimiliki oleh seorang lelaki Melayu di Kota Pendamar di sini yang memberikan kupon kepada pelanggan bagi setiap minuman keras dibeli untuk melayakkan mereka mendapat cabutan bertuah berupa arak dan wang tunai.
Perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilihat tidak menghormati bulan Ramadan, lebih-lebih lagi rata-rata pelanggannya juga adalah orang Melayu.
Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas pusat hiburan itu diserbu oleh polis, pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment